Menu Utama

Muhyiddin diingat tidak terus buat kenyataan bercanggah

Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin sekali lagi diingatkan supaya tidak terus membuat kenyataan bercanggah dengan keputusan yang dibuat demi perpaduan dan kesatuan parti.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Dr. Mohd. Salleh Said Keruak berkata, sekiranya pemimpin nombor dua parti itu terus mengeluarkan kenyataan yang tidak selari dengan keputusan yang dibuat parti, dikhuatiri akan menimbulkan persepsi buruk rakyat terhadap UMNO sebagai sebuah parti yang berpecah belah.

“Apa yang penting, semua kita perlu bersatu padu menghadapi cabaran politik masa depan. Beliau (Muhyiddin) kena terima hakikat bahawa dalam parti, kita mempunyai seorang Pre­siden (Datuk Seri Najib Tun Razak) yang mendapat sokongan padu daripada ahli.

“Tanggungjawab beliau untuk bantu Pre­siden UMNO dan se­kiranya mempunyai pendapat yang berbeza, beliau boleh me­nyampaikannya mene­rusi sa­luran dalaman parti dan akhirnya parti yang akan buat keputusan,” katanya ditemui Mingguan Malaysia semasa melawat Bilik Operasi Utusan pada Perhimpunan Agung UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini hari ini.

Beliau yang juga Menteri Komunikasi dan Multimedia berkata, dalam sistem demokrasi, keputusan parti dibuat secara majoriti dengan persefahaman ahli dan kemudiannya keputusan tersebut harus didokong oleh semua ahlinya.

Bagaimanapun, me­nurutnya, seseorang pe­mimpin itu tidak boleh memaksa semua pendapatnya diterima dan juga harus menghormati pandangan yang berbeza daripada pemimpin lain.

“Bersatu padu bukan bermakna kita semuanya bersetuju, bersatu padu bukan bermaksud kita tak ada perbezaan. Tetapi apabila parti buat keputusan, adalah menjadi tanggungjawab kita sokong dan laksa­nakan keputusan itu.

“Kita berhak beri pendapat, tapi kita juga kena hormati pendapat yang berbeza. Contohnya, dalam soal penggulungan, iaitu Majlis Tertinggi (MT) telah membuat keputusan bahawa hanya Presiden UMNO yang membuat ucapan penggulungan (pada perhimpunan agung),” katanya.

Ditanya kenyataan Muhyiddin bahawa beliau tidak akan meminta maaf kepada sesiapa walaupun Naib Presiden, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata masih ada ruang bagi Timbalan Presiden itu dan seorang lagi Naib Presiden, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal untuk memohon maaf demi memperkukuhkan parti, Salleh berpendapat, perkara itu tidak timbul kerana Najib tidak pernah meminta mereka berbuat demikian.

Utusan






10 Komen to Muhyiddin diingat tidak terus buat kenyataan bercanggah

  1. azmi says:

    Ya dalam bahasa mudah ahli UMNO jangan sesekali sebut pasal 2.6 billion dan 1MDB..Majlis FATWA UMNO telah mentakrifkan 2 benda tersebut jika disebut hukumnya HARAM dan sesiapa yang menyebutnya dengan sendiri terkeluar dari saf UMNO..sesiapa yang telah terkeluar dari saf UMNO maka dirinya umpama najis mughallazah yang wajib disamak..

  2. dindally says:

    Dan harus diingat sebarang tuduhan mesti disertakan dengan bukti yang sahih. Kalau tidak dengan sendirinya menjadi balaci DAP yang sah najis mughallazah yg tidak boleh disamak lagi, seperti pembangkang dan para penyokongnya.

  3. Meriam Buluh says:

    Apabila si munafik dan si fasik bersuara maka bersoraklah syaitan dan konco-koncoya. Fatabayyanu..

  4. Meriam Buluh says:

    Apabila si munafik dan si fasik bersuara maka bersoraklah syaitan dan konco-konconya. Fatabayyanu..

  5. azmi says:

    UMNO OH UMNO…

  6. ayam says:

    Agaknya macam tu la Najib gelak dalam opis….bodoh bendul la melayu….hahahahaha…ada wakil pon semua bodo2 jugak…kakakakaa

  7. dkds says:

    Muhyiddin ego tinggi

  8. Memang Terok says:

    TSMY tak akan jumpa PM untuk berbaik2 dan bermaafan . Dia tak boleh buat begitu selagi mentor dia masih hidup belum mati. Dia juga ada pengikut yang mahu dia terus jadi pak kadok jadi TSMY tak akan buat begitu.

    Walau dalam hati dia kita tahu bahawa dia simpan rasa kesal yang amat sangat kerana tersalah pilih kawan dihujung2 kerjayanya.

  9. Memang Terok says:

    Kita sudah tonton sibodoh alang dan sibebal kelabu asap TSMY dan Fie Bedal dibuang padang kerana foul main kasar.

    Kini kita mula lihat MB kedah pulak sudah mula tunjuk bebal. Dalam ucapannya dimana2 penuh dengan kata2 derhaka sama saperti sahabat dia berdua itu dan serupa jugak bunyinya macam Sharifuddin Abdullah yang sudah pun jadi babu PKR sekarang.

    Manusia jenis ini bila dihukum tak akan dapat terima hakikat hukuman keatas mereka lalu meroyan tak habis2 sepanjang hayat.

  10. Teja says:

    Bukti? Mntk najibla tunjukkn bukti dri mn dtgnya penderma or penderma-penderma or kabilah or ketua kabilah..aishh..mn satu da…xboleh terima bulat2 saja kata najib..ckp biar brserta bukti. Mn surat tu.. mn no akaun.. transaksi duit tu.. balance tu dimana skarang?2.6 bil tu utk najib shj atau umno? Klu umno.. knp tidak ditulis dlm akaun? Hmm..

Leave a Reply