Menu Utama

Muhyiddin Akan Umum Team 5M Bertanding Pemilihan UMNO 2018?

MENJELANG Perhimpunan Agung UMNO 2015 yang akan berlangsung esok, Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang telah dipecat dari jawatan Timbalan Perdana Menteri, dijangka berucap dalam satu perhimpunan khas pada jam 8.30 malam Isnin, di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru.

Menurut sumber dalaman, Muhyiddin dikatakan bakal mengumumkan Team 5M yang akan bertanding dalam pemilihan UMNO 2018 nanti.

Muhyiddin akan bertanding jawatan Presiden UMNO bagi mencabar Datuk Seri Najib Tun Razak. Jawatan Timbalan Presiden pula akan dicabar oleh Mukhriz Mahathir.

Sementara itu pula jawatan Naib Presiden akan dicabar oleh Mohd Shafie bin Haji Apdal, Ahmad Bin Said (Md Said) dan Mohamed Khaled Nordin.

Senarai Team 5M
1. Presiden : Muhyiddin Yassin
2. Timbalan Presiden : Mukhriz Mahathir
3. Naib Presiden : Mohd Shafie bin Haji Apdal
4. Naib Presiden : Md Said
5. Naib Presiden : Mohamed Khaled Nordin

Baru-baru ini Majlis Tertinggi UMNO telah memutuskan bahawa Muhyiddin tidak akan berucap merasmikan upacara pembukaan bagi ketiga-tiga sayap iaitu Wanita, Pemuda dan Puteri pada 8 Disember ini. Beliau juga tidak akan menggulung ucapan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak. Mungkinkah ini turut menjadi punca Muhyiddin menubuhkan Team 5M?

Walaubagaimanapun, keputusan akhir sama ada Muhyiddin dibenar berucap pada sesi penggulungan itu akan diputuskan dalam mesyuarat khas Majlis Tertinggi UMNO pada 9 Disember ini.

Mahathir dan Muhyiddin didakwa pernah meminta bantuan sekumpulan tokoh Melayu ternama yang dikenali dengan gelaran ‘G25’ untuk menentang Datuk Seri Najib Tun Razak. Ahli kumpulan tersebut, Tawfik Ismail berkata, Muhyiddin pernah memanggil G25 dalam satu mesyua­rat September lalu bagi menyuarakan perasaan tidak puas hatinya terhadap kepemimpinan Perdana Menteri.

Untuk makluman, Perdana Menteri kita Datuk Seri Najib Tun Razak berkata beliau sememangnya bersikap terbuka dalam menerima kritikan. Namun, sebagai anggota Kabinet, perbezaan pendapat dan pandangan tidak sepatutnya dilakukan di forum terbuka kerana boleh menjejaskan pandangan umum terhadap kerajaan serta negara. Keputusan menggantikan Tan Sri Muhyiddin merupakan satu keputusan yang betul setelah mengambil kira pertimbangan politik dan kepentingan pentabiran. Ini merupakan antara sebab utama Najib memecat Muhyiddin dari jawatan Timbalan Perdana Menteri.

Namun tindakan Muhyiddin meminta bantuan G25 untuk menggulingkan Datuk Seri Najib pula dilihat sebagai tindakan yang cukup terdesak untuk memenuhi impian beliau untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia. Oleh kerana G25 telah menolak permintaan Mahathir dan Muhyiddin untuk membantu mereka menggulingkan Najib maka tidak hairanlah apabila Muhyiddin dikatakan membentuk Team 5M pula untuk mencabar Datuk Seri Najib dalam pemilihan UMNO 2018 yang akan datang,

sumber: PRU14






13 Komen to Muhyiddin Akan Umum Team 5M Bertanding Pemilihan UMNO 2018?

  1. rockers says:

    ALOHA!!!

  2. mata-mata says:

    5M… yang dibonekakan oleh Mahathir….

    Ingatkan dapat Perdana Menteri lagi muda… ini lagi tua dari Najib???

    Proksi yang terpaksa ikut telunjuk dan arahan dari ‘council of elders’….

    kah kah kah kah kah kah kah kah… semuanya mmmmmmmm…

  3. Silat Tempang says:

    Bisa aja Pak. Lawan terang-terangan lagi baik, demokrasi. Adab melayu keris disisip didepan bukan dibelakang. Tunjukkan niat mu sebenar, tunjukkan musuhmu sebenar.

  4. bena says:

    semuanya tak akan kemana,sejarah krisis umno dh banyakali berlaku….
    1.tun musa hitam …BUNGKUS

    2.tg razaleih,ds rais yatim,d suhaimi,d harun,d zainal abidin,ts Osman saat,d razhi,d sanad,d malik,d yusof pinang,d ab rahman trg,d manan ,tg paduka raja,tg azlan dan ramai lg yg hebat2 s46…semuanya HANCUR LEBUR.

    3.ds anwar Ibrahim……SG.BULUH

    4.ts muhyiddin n gang3 ….AKAN DESPRADO AJE

  5. Silat Tempang says:

    Bisa aja Pak. Lawan terang-terangan bagus sekali. Lebih demokratik. Adab Melayu, orang Melaka beratus tahun dulu, keris disisip di depan, bukan dibelakang. Ini supaya niatnya jelas, musuh atau lawannya juga jelas.

  6. Pemerhati says:

    harap wartawan dapat bertanya pada muhyiddin sekiranya dia dapat menjadi presiden UMNO(sekali gus menjadi PM menggantikan Najib), apakah dia akan mengikut telunjuk ‘council of elders’? aku percaya rakyat bukan melayu & bumiputera pun teruja juga nak tahu sangat pendirian muhyiddin sama ada dia sanggup atau tidak jadi lembu kena cucuk hidung kepada ketua ‘council of elders’ iaitu madey

    rakyat pasti nak tahu juga kalau nantinya mukhriz jadi PM menggantikan muhyiddin, boleh tak mukhriz membuat perjanjian sekarang ini bahawa dia tidak akan menyelamatkan(menyuruh mana2 GLC gergasi) bail-out syarikat anaknya pula yang nak bankrap sepertimana bapanya pernah lakukan semasa menjadi PM dahulu?

  7. bangKano says:

    Muhyideen telah dibonekakan oleh Mahathir yang dah pandir meghaban……cukup-cukupla tu Muhyideen terimalah hakikat awak dah tiada kuasa lagi……!!!!

  8. joe says:

    Bersedialah untuk disaman…berita disahkan tidak benar & berunsur fitnah.

  9. semangat dato' haron says:

    Cantik plan mamak kutty. Muhyiddin tu cuma nk cover rancangan dia melantik anaknya jd bakal PM

  10. Memang Terok says:

    Kalau lah hal ini benar, memang jelas arkiteknya tak lain tak bukan dari mamak kerala. Kita tak kisah siapa pun tersenerai dalam 5M itu tapi apa saja yang terlahir dari mamak kerala itu hanya produksi busuk lagi berniat buruk.

    Mahyuddin sudah jadi orang luar, shafie afdal dan said ganu juga orang luar kini yang punyai grudge tinggi terhadap Najib kerana ketiga2 itu semua nya dipecat dari jawatan masing2. TEtapi apahal pulak dengan Mukhriz yang dilihat sentiasa ucap taat setia dia pada PM dan juga Khaled Nordin. Walau khaled sering tunjuk gaya haluan kirinya terhadap PM hingga gunakan anaknya Akmar untuk menghentam boss sendiri,tapi jangan sampai ketahap misi bunuh diri.

    Jangan pacak lembing dalam perigi lalu sendiri terjun kedalam perigi. Itu suicide namanya. Walaupun bukan suicide dia akan jadi accident not amounting to suicide, serupa macam apa yang berlaku pada bekas TPM yang dibuang tegakkan demokrasi diri.

    Namun kita sama2 tunggu Datuk Shahrir Samad di beri jawatan kabinet atau SEnator Datuk Abdullah diberi jawatan.

  11. selamat bersidang says:

    cerita 1MDB 42 ringgit, derma tok arab 2 bilion ringgit, mana hilang duit tu mana hilang duit ni, hutang tu hutang ni, kos sara hidup tinggi, tu naik ni naik, inflasi, harga tu naik harga ni naik, yang turun hujan, apa lagi cerita-cerita basi dan merapu meraban yang dijangka akan diulang-ulang oleh para perwakilan yang berbahas.. penonton kalau rasa bosan nak menguap dengan cerita basi ni, boleh alihkan perhatian anda dengan tengok smartphone anda dan jelajahlah benda yang lebih menarik di alam maya ni.. ada lawak jenaka sikit nak bagi ceria keadaan pwtc, ada gelak-gelak sikit, tepuk-tepuk, jerit-jerit, excited.. siapa yang dah selalu pergi perhimpunan agung umno dah boleh agak rupa pau tahun ni.. apa boleh buat, sebagai perwakilan umno, pergi tetap pergi bersidang.. yay! hidup umno! hidup umno!! kat luar dewan tu ada macam-macam kiosk, bolehlah shopping-shopping,, jangan window shopping je.. pusing-pusinglah sikit duit ringgit tu dalam malaysia.. jangan jadi selfish macam lim kit siang and the gang, meroyan sampai mampus agaknya ulang-ulang malaysia nak jadi bankrap, failed state.. dah rasa tak suka malaysia, pergilah berambus taiwan ke hong kong ke apa, orang cina lain banyak yang dah berambus.. agaknya tak puas lagi kot duduk malaysia, ada agenda yang perlu disettle.. dap celaka!!

  12. system baru says:

    Kos rasa hidup di bisingkan pada 1998 hingga 2004 pun ramai juga bising maklumlah dizaman itu mana ada media sosial
    Ini kos Sara hidup 1998 aku masih ingat lagi
    Gaji 500rm-600rm
    Tea o 80sen naik 1.20sen
    Tea ais 1.20sen- naik 1.50sen
    Nasi kosong 50sen-naik 80sen
    Ikan kembong 1kg 5rm-naik 8rm
    Ikan kembong dikedai makan 3rm-naik 3.50sen ikan kembong itu dah tak nampak Dah tak nampak kedai makan zaman Sekarang
    Harga makanan tengah hari 5-6rm

    Macam ini kalau cakap pasal kos Sara hidup mana negara majukan cakap perkara itu kau yakin ke dua perkara aku sebut akan turun harga jika kita jadi negara majukan malah pakatan haramjadah pun tak manpu kawal harga aku cakap ini
    1)Rumah
    2)makan

    Apa yg boleh kerajaan buat kawal harga makan tersebut cuba berfikir gaji Sekarang 1k
    Kalau makan tengan hari 7-9rm menasabah dek akal lan

    Kilang dan syrikat tahu kos kenaikan gaji bakal tengung oleh penguna ,tak akan benda asas itu tak tahu berfikirlah gaji naik, harga barang naik, dok selama harga macam itu lama2 kilang bankrap

  13. Mohd Yusof says:

    Kalau kita perhatikan dgn situasi sekarang, memangnya Mahyuddin dan Shafie akan dipecat dari UMNO. Khalid Nordin dan Mukhriz tidak akan jadi MB lagi jika Najib masih berkuasa.

    Ini cadangan saya :-

    1. Kita pergi ke bawah, ke ahli2 UMNO yg 3 juta orang, yg rata2 sudah muak dgn kepimpinan UMNO yg ada sekarang. Kita pakat ramai2 keluar dari UMNO yg ada sekarang dan masuk UMNO Baru. Kita abaikan Ketua2 Bahagian dan AJKnya kerana semua mereka telah dibeli oleh Najib dgn duit 2.6 bilionnya. Kita pujuk ketua2 cawangan yg ada dlm Bahagian utk bersama kita. Kerana ahli2 dlm cawangan dah hampir semua keluar, maka cawangan2 itu akan tutup. Ini akan mengakibatkan Bahagian2 juga ditutup. Jangan sesekali ambil orang2 Najib utk jadi ahli UMNO Baru. Kita adakan mesyuarat cawangan2 dan Bahagian2 yg baru dan melantik orang2 yg jujur dan amanah, yg tidak akan makan rasuah sbg Ketua2 Cawangan dan Ketua2 Bahagian yg baru.

    2. Dulu Semangat 46 tak menjadi sebab tiada kemudahan internet. Sekarang dgn internet kita boleh menyampaikan maklumat dgn cepat. Kita boleh juga menggunakan 500,000 belia2 yg sedang menganggur utk berkerja sbg sukarelawan utk masuk ke kampong2 dan memujuk orang Melayu ahli UMNO utk keluar dari UMNO lama ke UMNO Baru.

    3. Pasal wang, jangan susah – sudah tentu ada orang2 korporat yg akan melabur utk masa depan dia.

    4. Yg penting kita bungkuskan Najib dan konco2nya utk menyelamatkan masa depan kaum Melayu dpd terus di perdaya oleh mereka. Sampai bila, kita orang Melayu nak mendiamkan diri?????????

Leave a Reply