Menu Utama

MInyak Turun Semalam, Nak Ingatkan Takut Orang Lupa!!

turun_naik

HARGA minyak turun hari ini – sebenarnya bukan turun pun sebab sejak Oktober 2014 memang tak pernah naik lebih dari RM 2.30, hanya diselaraskan saja sesuai dengan harga minyak dunia.  Kalau ceritanya semalam naik, hari ini meriahlah kita dengan kisah dongeng itu zalim, sini zalim, sana makan rumput, sini jilat longkang dan sebagainya.

Tapi sebab tak naik, maka takdelah keluar cerita merempat dan merana, dah cerita tol pulak – senang cakap ada sajalah yang tak kena.

Dalam pada tu, IKEA beribu juga manusia.  Kalau naik semalam, Menteri, jangan buka mulut sajalah, mesti kena troll waima nasihat nak kurangkan beban hidup yang banyak diperkatakan tu. Sehingga terfikir balik, rakyat Malaysia ni susah ke tidak sebenarnya? Suruh naik motor kalau nak jimat minyak pun kena ejek juga!!

Tapi penulis nak kata, inilah kemeriahan dunia siber, macam-macam pembohongan dan adu domba disebar dan dibuat-buat.  Jika dibaca, susah semualah rakyat kita ni, takdelah yang senang dan kaya-kaya walaupun hakikatnya tak begitu.

IKEA sebagai contoh.

Begitupun bagus jugalah bila kerajaan tarik balik subsidi minyak dan tukar method bagaimana harga minyak ditentukan.   Daripada harga di pam kepada harga diapung.  Sejak guna cara ini, stigma minyak naik barang naik darah naik, hujan saja turun dan sebagainya dah tak dengar lagi dah.

Menteri KPDNKK pun silap-silap orang dah tak ingat siapa, masih lagi Datuk Seri Hasan Malek kata mereka – sampai macam itu sekali.

Tinggal lagi sekarang isu-isu lama seperti tol naik walaupun perjanjian konsesi yang menetapkan tol akan naik pada tempoh tertentu, dah wujud lebih lama dari kebanyakkan bangsa Vape hari ini pun.

Apa pun ini teladan kepada rakyat kita, Malaysia ini tidaklah seteruk yang dijangka, yang kecoh, yang viral merana dan sebagainya tu, hanyalah politik saja, bukan  benar-benar jadi pun.  Masalah mana-mana pun ada, bukan negara kita saja.






4 Komen to MInyak Turun Semalam, Nak Ingatkan Takut Orang Lupa!!

  1. jebon says:

    Harga barang basah dan runcit kat pasar2 dah berbulan2 tak turun2.

    Bawang merah dari RM3.50 dah naik jd RM8
    Udang, dah 2 tahun naik, drpd RM24 dah jd RM32.
    Sawi, dari RM 2 lebih dah jd RM5 lebih.

    Barang2 pasar ni bukan naik sen2, sekali henjut, ada yg sampai RM2 hingga RM6.
    Tengok la harga timun, btg sup, cili merah, limau dsb.

    Minyak turun 10 sen..aduyai..ko punya kipas mcm turun RM1…

    Tu sebab rakyat dah hangin satu badan.

    Alaaa…hanya politik saja….ko tengok PAU nanti, Najib keluar peluh sejuk ke tidak.

    Belum PAU lagi dah mcm2 cara sekatan dibuat utk ‘sejukkan’ yg bersuara.
    Yg lawaknya, bukan kena mengena dgn Umno pun, kerana 1MDB yg suci murni dan 2.6b,ramai yg suaranya tersekat kat hujung lidah dibuat Najib.

  2. system baru says:

    jebon Tanya pada apek Dan para pemborong kenapa barang tak turun tak akan salah kan kerajaan kot.

    Tak payah kau menipulah
    Bawang merah dari RM3.50 dah naik jd RM8
    Udang, dah 2 tahun naik, drpd RM24 dah jd RM32.
    Sawi, dari RM 2 lebih dah jd RM5 lebih.

    Aku baru balik dari pasarmalam
    Bila masa sawi tempatan jadi seikat 5rm kalau kau beli 1kg aku percaya ia 5rm tak ada orang makan sawi sampai 1kg satu hari, kecuai kau beli sawi jepun seikat 5rm

    Udang menang makan mewah udang jangan malu ia udang hitam menang harga 24 ringgit pun kalau murah beli bangla tiga pinggan rm 10
    Bawang merah ada murah Dan mahal kau pilih mana itu bawang merah kalau kau beli bungus 3rm

    Nak hasut rakyat jangan bodohkan orang, kalau orang tak biasa pergi pasar,pasar malam dan pasaraya boleh kau bodohkan orang

  3. sireh ke gagang says:

    politik kecoh dan suka memviralkan isu sudah menjadi hobi wajib golongan rakyat malaysia yg celik IT skrg. disaat masyarakat dunia menggunakan internet dan segala kemajuan untuk mencipta pelbagai inovasi dan ciptaan baru , rakyat malaysia memilih menjadi wartawan cabuk , ahli ekonomi murahan , menteri takde jawatan dan hakim haram dalam media-media sosial. kalau dilihat sekali imbas , nyatakan golongan seperti ini tidak tahu menggunakan teknologi internet untuk kebaikan . yg mereka dambakan adalah popularti .sama je kaedah mcm pembangkang & anwar . gilakan publisiti & popularti .

  4. kakak says:

    Saya beli bawang besar ‘packing’ 3 kg, baru RM5.50. Tahan 2 minggu walaupun ada sebiji dua/tiga yang busuk.

    Tengoklah di gerai, di warung, di McD, di KFC, di TGIF di kedai mamak merata-rata. Ada pernah ini semua kosong? Kadang-kadang saya terfikir juga ramai orang yang mampu berbelanja makan di luar, hari-hari nampak penuh saja. Lihat saja di Uptown Damansara Utama. Belum cakap lagi kedai-kedai/restoran Cina. Beberapa bulan lepas di Kuala Selangor, hendak rasa ABC pun susah hendak dapat tempat duduk di warung tu. Begitu juga di R & R di musim cuti sekolah ini…..

    Ramai pelanggan sebilang masa.

    Kita tidak nafikan ada yang susah tetapi hitung panjang, seperti di ataslah keadaannya

    Itu Malaysia sebenarnya

Leave a Reply

Threesome