Menu Utama

Lakukan Dua Tiga Kerja Bukan Perkara Hina

TUHAN tidak akan mengubah nasib anda jika anda tidak lakukannya sendiri. Perbuatan menuding jari menyalahkan orang lain tanpa melihat kelemahan diri sendiri itu lah yang dikatakan hina. Keengganan untuk berusaha untuk diri sendiri dan keluarga adalah diantara faktor yang menyebabkan kehidupan berada dalam keadaan melarat. Apabila perkara ini berlaku, mereka memilih jalan mudah dengan menyalahkan kerajaan.

Budaya melakukan dua tiga kerja telah lama diamalkan di negara-negara barat dan timur. Namun apabila perkara ini disarankan oleh Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan, beliau telah dikecam.

kerja

Malahan Setiausaha Agung MTUC, N Gopal Krishnam pula menggesa Putrajaya membantu rakyat dengan strategi berkesan bagi memastikan mereka mempunyai pendapatan mencukupi, dan bukannya menggalakkan mereka melakukan dua kerja. Kononnya kajian menunjukkan mereka yang melakukan dua kerja akan menerima impak negatif kepada kesihatan dan produktiviti pekerja.

Sikap manusia yang lebih suka mengecam dan memilih untuk berfikiran negatif menjadi punca keengganan mereka untuk berusaha dengan lebih gigih. Pernahkah anda mendengar pepatah Melayu “Belakang parang, kalau diasah lagikan tajam”? Begitu juga dengan tubuh badan kita. Dengan “exersice” yang banyak maka badan kita akan lebih cergas dan sihat.

Tuhan telah kurniakan setiap orang dengan pancaindera yang sama namun cara setiap orang menggunakannya sememangnya berlainan diantara satu sama lain.Tahukah anda, mereka yang banyak tidur, otak akan “mati”? Mungkin anda akan terkejut apabila anda mendapati dengan melakukan dua tiga kerja, tubuh anda bukan sahaja lebih sihat malahan “poket” anda juga akan lebih tebal dan ini menjurus kepada keluarga yang lebih bahagia.

Sebelum ini Ahmad Maslan dilaporkan berkata kerajaan menggalakkan mereka berpendapatan rendah melaksanakan dua kerja dan tindakan itu turut dilakukan oleh penduduk di negara-negara lain.Kenyataannya itu mengundang kritikan banyak pihak, terutamanya pengguna laman media sosial.

Sementara itu, Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Ceupacs) Datuk Azih Muda berkata, melakukan lebih dari satu pekerjaan akan memberikan kesan terhadap prestasi pekerja untuk penjawat awam.

Adakah beliau pasti bahawa mereka yang melakukan dua kerja akan terjejas produktiviti mereka? Semua orang diberi masa yang sama iaitu 24 jam sehari. Cara bagaimana mereka menggunakan masa tersebut yang menentukan produktiviti seseorang itu.

Adakah cukup produktif bagi kakitangan awam yang lebih banyak menghabiskan masa dengan minum pagi dan minum petang dari melaksanakan kerja jika dibandingkan dengan mereka yang melakukan dua jenis pekerjaan namun tahu membahagikan masa dengan tidak melakukan perkara-perkara yang “membuang masa” seperti memfitnah kerajaan dan sebagainya.

Berkenaan dengan harta pejabat digunakan oleh pekerja melakukan kerja ke-2 mereka seperti perniagaan atas talian pula. Ini berbalik semula dengan prinsip dan disiplin diri. Pekerjaan kedua bermaksud kerja yang mereka boleh lakukan diluar waktu pejabat dan hanya mengambil masa lebih kurang dua ke tiga jam sahaja. Maknanya mereka hanya terpaksa korbankan masa “mengumpat” dan masa menonton tv rancangan kegemaran mereka sahaja dalam usaha meraih pendapatan yang lebih lumayan untuk diri sendiri dan keluarga.

Kesimpulannya, dalam apa jua perancangan dan percaturan hidup kita, prinsip “Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih” sentiasa mengekori kita. Namun jika anda memilih untuk terus melakukan satu pekerjaan dengan bermacam-macam alasan penat lah, produktiviti akan terjejas, masa bersama keluarga dan lain-lain lagi maka anda tidak boleh cemburukan mereka yang hidup lebih senang daripada anda. Dan anda tidak ada hak untuk terus menyalahkan kerajaan di atas sikap malas anda sendiri.






9 Komen to Lakukan Dua Tiga Kerja Bukan Perkara Hina

  1. system baru says:

    He.he.he malaysia hanya melakukan kerja 8jam 1jam rehat semua 9jam, di jepun Dan Korean mereka berkerja 8pagi sampai malam 9malam semua 14jam Dan bangun pagi tak kira sektor swarta Dan kerajaan. Di malaysia ini terlalu di manjakan oleh kerajaan sehingga jadi malas. Rakyat malaysia biasa 9pukul pergi kerja balik 5pukul lebih tidur Dan minun tea itu cara Rakyat malaysia ini. Hari sabtu Dan ahad boleh meniaga kenapa Rakyat malaysia malas.

  2. laut selatan says:

    bodoh….rakyat terpaksa membuat 2…3 pekerjaan untuk menampung kehidupan akibat daripada ketidakcekapan pengurusan dan pentadbiran kerajaan….sombong betul penulis ini……………dia ingat dia siapa nak ajar rakyat yang susah……

  3. semangat dato' haron says:

    Life.Work.Balance….9 jam sudah mencukupi. Kerajaan kena atasi kenaikan harga barang pengguna terutama keperluan asas. Sebuah empayar yg agung boleh runtuh jika perut rakyatnya lapar. Kenyataan2 menteri sebegini hanya mencurahkan minyak ke dalam api dan memberi ribuan peluru pd pembangkang.

  4. bujuk says:

    Pada aku nak kerja 24jam pun boleh dan ada orang yg dah buat kerja camtu. Iklas la… tengok kawan2 kita yg dah buat 2 kerja, apakah mereka menepati waktu bertugas? apakah prestasi mereka sebelum dan selepas melakukan 2 kerja? bagaimana keadaan mereka.. terurus atau serabut?
    Itu antaranya…
    Belum cerita pasal Ibadat, Ulama2 menyarankan masa diberi pada 3. Maknanya 8 jam kerja, 8jam rehat dan 8 jam ibadat. Apakah mereka yg but 2 kerja mampu menyeimbangkan semua tu? atau mereka akan rehat waktu kerja dan kerja waktu sepatutnya beribadat.
    Aku berpendapat… kakitangan K’jaan terutamanya, mesti cukup dengan 1 kerja walaupun tidak berpangkat atau pangkat rendah. Ini menunjukkan status dan prestasi k’jaan. Takkan kita nak bandingkan dengan negara kafir? Tapi aku setuju jika cuti AM dikurangkan untuk tingkat pendapatan dan prestasi atau gaji. Kerana cuti d m’sia terlalu banyak berbanding negara lain. Kita boleh buat cuti anjal, maknanya Muslim hanya cuti Hari raya, cina tahun baru china, kristian crismas, hindu depavali. Bukannya semua orang cuti untuk sambut semua perayaan. Begitu juga merdeka dan hari m’sia. Jika sabah n serawak taknak sambut merdeka mereka cuti hari m’sia saja. Semenanjung sambut merdeka seperti biasa atau tak perlu sambut merdeka.. sebab ada ahli sejarah kata m’sia tak pernah dijajah. Hari ulangtahun sultan juga buat pada hari sabtu dan tak perlu diganti. 13 buah negeri boleh sambut 1 bulan sorang sultan. Sebab ini hanya sambutan saja untuk memberi darjah kebesaran dan gelaran.
    Apa kata korang, atau kita memang suka cuti dan menyambut perayaan dan shoping dengan harga sale.

  5. esamanja says:

    Anak saya lima orang, membesar dizaman pemerintahan Tun M, orang kata kos hidup di Johor Bahru tinggi, walaupun barang murah tp gaji saya sebulan x cukup untuk menampung perbelanjaan sebulan. Saya buat dua kerja dengan memandu teksi disebelah malam, menjolok saloran pembetungan di rumah orang dan macam2 kerja pembinaan rumah. Saya bekerja lebih 100 jam seminggu iaitu 52 jam (kerja hakiki) + 48++ jam (kerja kedua – pada hari minggu dan pada sebelah malam pada hari biasa berselang hari). Ketika itu hari sabtu kerja setengah hari.
    Pada pandangan saya hidup di Malaysa ini amat mudah jika ringan tangan. Duit macam air, hari ini kita alirkan ke poket orang besuk kita cuba orang lain pula alirkan ke poket kita pula. Yg penting berusaha. Kalau duduk mgeteh kat warong, sapa nak alirkan duit ke poket kita. Mengalirkan duit setiap hari adalah menjadi kewajipan kepada semua orang samaada secara paksa atau sukarela. Cuma pandai ke tidak kita mengambil peluang.

  6. Ahmad Soffian Bin Mohd Shariff says:

    Tuduhan penulis kepada kakitangan kerajaan adalah tidak adil. Seolah-olah semua kakitangan kerajaan malas, menyokong pembangkang dan tidak bertanggung jawab. Sedangkan kini di jabatan kerajaan terdapat peraturan yang ketat dan bukan mudah untuk kakitangan keluar sesuka hati.

    Penjawat awam yang terdiri dari pegawai dan kakitangan sokongan bertungkus lumus untuk menjayakan agenda memajukan negara.

    Bila kita lihat sesuatu projek atau polisi itu berjalan lancar di bawah kepimpinan Datuk Seri Najib Bin Tun Haji Abdul Razak, pernahkah kita terfikir siapakah yang dibalik tabir yang menjadi tenaga penggerak kepada kejayaan tersebut. Tentulah ianya datang dari tangan-tangan penjawat awam.

    Itu belum lagi caci maki yang penjawat awam terima dari masyarakat, digelar macam-macam oleh pembangkang. Semuanya diterima dan dihadam oleh kakitangan awam di Malaysia.

    Apa yang dikhabarkan oleh Presiden MTUC di dalam tulisan diatas adalah kerisauan pihak MTUC terhadap fokus kakitangan awam. Dikhuatiri sekiranya dua kerja dibenarkan secara terbuka, tidak mustahil ianya akan memberikan kesan negatif terhadap prestasi kerja.

    Namun begitu kita tidak menolak cadangan yang diberikan oleh Datuk Ahmad Maslan. Mungkin ada baiknya polisi kerajaan ditukar dan membenarkan para penjawat awam untuk memperolehi sumber pendapatan sekunder. Kerana pada masa sekarang di dalam aku janji dan juga kontrak yang ditanda tangani oleh setiap penjawat awam telah dinyatakan bahawa seorang penjawat awam tidak boleh melakukan dua kerja pada satu-satu masa. Ini termasuk berjawatan di dalam mana-mana syarikat. Malah, Akta SPRM juga perlu digubal dan polisi pengistiharan harta juga perlu diteliti semula.

    Hargailah penjawat awam, pengorbanan mereka untuk melancarkan jentera kerajaan demi manfaat seluruh rakyat Malaysia harus diakui.

    Wallahualam.

  7. rockers says:

    rakyat Malaysia kan kaya.apsal nk buat 2 keje plak.SengalNye menteri ni.

  8. rockers says:

    rakyat Malaysia kan kaya.apsal nk buat 2 keje plak.SengalNye menteri ni.

  9. Meriam Buluh says:

    Ahmad Soffian Bin Mohd Shariff@December 28th, 2015 at 9:25 PM
    “Tuduhan penulis kepada kakitangan kerajaan adalah tidak adil. Seolah-olah semua kakitangan kerajaan malas, menyokong pembangkang dan tidak bertanggung jawab. Sedangkan kini di jabatan kerajaan terdapat peraturan yang ketat dan bukan mudah untuk kakitangan keluar sesuka hati.”

    ahmad soffian, ko copy paste komen dari mana ni? Tuduhan mana yang ko maksudkan? Kena sawan politik paatan haramjadah ke?

Leave a Reply