Menu Utama

Kumpulan ‘anti-Najib’ 
semakin terdesak

Kumpulan yang menentang Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kini dalam keadaan terdesak berikutan segala perancangan mereka tidak berhasil.

Pengendali portal ‘Malaysia Today’, Raja Petra Kamarudin berkata, mereka tidak menyangka Najib mampu bertahan lama setelah diramalkan mungkin meletak jawatan enam bulan lalu.

Beliau mendakwa, bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad tahu bahawa satu-satunya cara untuk menjatuhkan Najib adalah dengan menyekat kemasukan dana politik untuk UMNO.

“Najib tidak mampu membiayai UMNO dan parti itu tidak mempunyai dana sendiri,” katanya seperti dipetik daripada portal tersebut (http://www.malaysia-today.net) hari ini.

Namun, Raja Petra menambah, dana politik RM2.6 bilion yang diterima Najib daripada penderma asing telah menyebabkan Dr. Mahathir kecewa.

Beliau menjelaskan, sumbangan tersebut membantu usaha Najib memastikan Barisan Nasional (BN) memenangi Pilihan Raya Umum Ke-13 yang lalu.

“Mereka semua tahu dana berkenaan berasal dari Asia Barat dan bukan diambil daripada 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

“Walau bagaimanapun, mereka masih memutarbelitkan fakta kerana orang ramai yang membenci UMNO dan kuasa politik orang Melayu mempercayainya,” jelasnya.

Raja Petra memberitahu, kumpulan ‘anti-Najib’ tidak dapat menerima hakikat mereka telah tewas kerana isu derma RM2.6 bilion tidak memberi kesan terhadap Perdana Menteri.

“Memandangkan isu 1MDB hampir selesai, segala-galanya akan berakhir untuk kumpulan ‘anti-Najib’,” katanya.

Utusan






10 Komen to Kumpulan ‘anti-Najib’ 
semakin terdesak

  1. Memang Terok says:

    Apa yang Madey buat (kalau benar) merupakan cara typical bangsa Melayu. Melayu pakar dalam menjatuhkan apa saja yang terbina tapi tidak pakar dalam mengubati, membina dan memperbetulkan kerosakan.

    Tidakkah itu khianat namanya??. Mengkhianati bangsa demi mencapai cita2 dan agenda untuk diri sendiri.

    Apakah orang serupa ini yang perlu kita sanjung dan hurmati. OH NO Madey, You may get lost for all we care.

  2. sman says:

    Kalau nak di kirakan lebih menyakitkan hati bagaimana Umno memndapatkan sumber dana di zaman Mahathir dulu.Ketika itu Umno menjana pendapatan dari perniagaan yg di jalankan oleh proksi dan perniagaan tersebut kebanyakannya ‘memangsakan ‘ rakyat jelata.Kontrek mega kerajaan di anugrahkan kepada syarikat berkaitan secara runding terus dgn harga yg lebih tinggi.Alasan Mahahtir kononnya kerana mahu melaksankan projek dgn segera jadi misti membelakangkan biroksrasi tender terbuka,walhal sebenarnya dana di perlukan utk membiayai pentadbiran dan kegiatan politik Umno.Projek pengswastaan juga juga di pergunakan utk tujuan tersebut.Sayangnya semua perniagaan yg bernilai puluhan billion tersebut hilang entah kemana,yg kaya adalah mereka yg di jadikan proksi. Ahli Umno sepatutnya bertanya Mahahtir berkaitan syarikat-syarikat ini.

  3. Memang Terok says:

    Yang ironi nya selepas diserang sekian lama bertubi2 tanpa henti,dengan peluru penabur, dengan meriam , dengan macam2 senjata lagi PM Najib bukan saja dilihat relax/tenang/compose malah keluar menjadi seorang yang lebih kuat dan kukuh.

    Dengan lulusnya NSC tentunya Najib bertambah kuat. Biar apa orang cakap, kerana orang akan tetap bercakap tanpa henti, NSC perlu dikuatkuasa segera atas nama keamanan negara. Negara aman rakyat sejahtera.

  4. Anak_Nogori says:

    Akhirnya nanti rakyat akan kenal siapa madey sapa midin.

  5. kakak says:

    Kepada sesiapa yang tahu, senaraikan kroni TM itu. Biar orang kampung tahu. Bukan hendak memburukkan tetapi sebagai mempertahankan serangan yang beliau mulakan. PM Najib begitu “cool” selama ini.

  6. bangKano says:

    Salah satu kroni Madey ialah YTL Power kepunyaan soerang tikun cina yang begitu akrab dengan mantan PM yang rakus,licik & pintar mengambil peluang yang ada di depan mata……malangnya tiada seorangpun usahawan anak melayu yang berjaya dianugerah sebarang tender/projek semasa Madey berkuasa…semuanya terdiri dari insan keturunan keling,arab seperti Albukhari,cicit-cicit Marikan dari Kerala dll.

    Kini IPP bagi TNB iaitu YTL Power telah dibubarkan sejak Najib berkuasa…..maka amat begitu kecewa sang mantan PM ini kerana Najib enggan mewarisi sikap/tabiat rakus,tamak & pentingkan diri,kroni & mengutamakan darah DKK/DKA. Najib mengambil sikap terbuka,adil,demokratik & telus terhadap rakyat pelbagai etnik. Madey sangkakan Najib akan mengekalkan semua legasi semasa kegemilangannya selama 22 tahun bekuasa dahulu. Dari titik inilah Madey memulaka satu konflik dengan Najib kerana segala keinginannya telah digagalkan oleh PM yang budiman. Terbaru Madey mendesak Najib menubuhkan Council Of Elders yang dianggotainya sendiri bertujuan untuk melayani semua kehendak sang mantan ini yang tamakkan wang & harta. Adakah Najib sentiasa akan akuri dengan desakan ekstrem sang mantan gila lagi pandir ini…? Tak mungkin bah……

    Najib lebih bijak,jujur & teliti dari Madey yang dah semakin nyanyok kini….!

  7. Meriam Buluh says:

    Proton dah umumkan kereta proton naik harga tahun depan. Kita tengok la tahun depan penyokong Tun akan salahkan Najib bila harga kereta proton naik nanti.

  8. geekpuk2 says:

    Baca MyKMU tahun 2015 sama macam baca Laman Reformasi Mahazalim tahun 1998.

    Cut and paste semua hujah penyokong Aljuburi . Pasal Proton, YTL, kroni Mamak semua keluar balik

  9. koko says:

    geepuk memang betul pun semua tu fakta..copy paste ke tak ke memang tulah kenyataannya..dr. m memerintah di zaman era IT baru nak bermula..capaian maklumat org awam masih terhad bergantung kepd media konvensional yg senang dikawal kerajaan..tetapi skrg dgn ledakan era IT..rakyat boleh dpt berita tanpa dikawal..terpulang kpd org awam utk menilai

    Aku membesar di zaman mahathir memerintah..terus terang sbagi anak mlaysia yg membesar di zaman tu aku memang sanjung dr m di atas pemodenan pantas yg dia lakukan terhadap malaysia…tpi bile dah matang ni dan menilai semula apa hasilnya dlm jangka masa panjang amatlah merugikan anak-anak kita.

    kita terperangkap dlm dalam dilema negara perindustrian yg terlalu tergesa2x nak meninggalkan imej negara pertanian yg kononnya mundur walhal ini semua pandangan bias dunia kapitalis yg nak ambil kesempatan buat duit saja..satu lagi ialah sikap terburu-buru menonjolkan kemajuaan tanpa mengikut proses memindahkan teknologi yg betul kpd rakyatnya..kbnykan main budaya sub kontrak makan duit atas angin…satu apa perkara teknikal pun tak reti..pembangunan fizikal negara kita memang nampak moden dgn kemudahan kelas dunia..itupun kebyknny hanya tertumpu di kawasan lembah klang..tetapi modal insan kita terutama org melayu kurang berkualiti..sebab tak dilatih dgn betul.

    apa yg aku nampak org melayu dilatih utk bende2x kecil sja..dan mereka selalunya dieksploitasi oleh majikan rakus..terutama majikan cina..bila mereka menuntut hak mereka dibela dgn wajar..itu pun kita dikatakan pemalas..perlukan tongkat lagilah dan mcm2x oleh si mamak ni..itu yg dijadikannya alasan kenapa ramai majikan terutama majikan cina ambil org asing…hakikatnya…kos buruh murah itu yg tauke2x ni nak..senang nak manipulasikan tenaga mereka yg memang sebenanrnya takde pilihan..kalau ambik org tempatan terutama melayu..mereka ni tahu hak mereka sbagi pekerja..ditambah undang2x buruh yg back up mereka..ini fenomonea global di tanah arab pun sama dan juga di china manipulasi tenaga buruh murah ni berlaku…sama ada pekerja asing atau rakyat2 dr kawasan pedalaman yg mencari rezeki ke kota-kota besar yg menjadi lubuk kapitalisma ini..tauke2x kapitalis cuma nak MEMAKSIMAKAN keuntungan saja..lebih murah kos buruh lebih elok..tetapi bagi rakyar biasa mereka tiada pilihan.

    kepantasan kemajuan malaysia di zaman mahathir memerintah tidak membawa byk manfaat kpd org melayu yg menjulang dia selama ni..kerja membina negara bangsa yg maju byk yg lompong di sana sini..yg menanggung akibatnya rakyat di zman skrg..kes kontrak konsesi itu dan ini..inilah warisan mahathir.

    satu lagi dulu aku susah nak prcaya yg dia ni sering dikatakan mementingkan puak2x mamak mcm dia..tetapi setelah melihat tingkahnya dan komenya selama ni..aku percaya dihanya mengunakan nasionalisme melayu sebagai alat utk dia jadi kaya dan kekayaan itu dia kongsi dgn suku sakat mamak dia saja.

  10. bangKano says:

    Apa yang Madey laksanakan semasa ia berkuasa semuanya untuk mengayakan diri sendiri dengan menimbunkan wang & materi sebagai aset dengan mengaburkan minda
    rakyat dengan slogan yang muluk-muluk – Kepemimpinan Melalui Teladan, Cekap & Amanah dll lantas rakyat begitu terpesona lagi taksub. Di sebalik retorik tersebut ia mengambilan peluang untuk menimbun harta secara tidak beretika. Ia bijak & licik merancang sesuatu agenda secara halus & teliti supya tidak ketara akan niat sebenarnya. Ditubuhkan IPP untuk memanipulasikan tenaga dengan menaikkan harga runcit kepada para pengguna – yang untung besar adalah dia & proksinya YTL Power milikan tikun cina sekaligus menyangsarakan kaum marhain di negara ini. Banyak lagi tindak-tanduk Madey dalam mengumpul aset….. maka tidak heranlah ada dakwaan menyatan ia bejaya mengumpul dana RM33 bilion di luar negara……bijak memang bijak Madey mengaburkan mata & minda sebahagian rakyat Malaysia yang teralam lurus bendul.

Leave a Reply

Threesome