Menu Utama

Kuasa, kedudukan Najib masih kukuh

Analisis sebuah firma penyelidikan bebas antarabangsa, Financial Times (FT) Confidential Research mendapati kedudukan dan kuasa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak masih kukuh.

Berdasarkan laporan firma berkenaan, Najib yang juga Presiden UMNO berjaya membuktikan kedudukannya kukuh melalui sokongan ahli yang diterimanya pada Perhimpunan Agung UMNO 2015, baru-baru ini.

“Dengan itu kita juga mengesahkan bahawa Najib akan kekal berkuasa dan akan bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) iaitu pada 2018.

“Antara lain yang turut memperlihatkan bahawa Perdana Menteri itu masih mempunyai kawalan penuh adalah menerusi pengguguran Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Timbalan Perdana Menteri selain tidak membenarkan Timbalan Presiden parti itu berucap pada perhimpunan berkenaan berikutan tindakan beliau mempersoalkan Najib,” kata laporan itu.

Menurut analisis berkenaan, kedudukan Najib juga dilihat masih kukuh apabila bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang sebelum ini berjaya menurunkan Tun Abdullah Ahmad Badawi pada 2009 turut gagal berbuat demikian terhadap Perdana Menteri walaupun dengan pengaruh politiknya.

“Tanda paling jelas adalah ketika Najib mengkritik tindakan ahli yang tidak mahu berdamai (Muhyiddin dan Mahathir) telah diterima oleh perwakilan malah disokong penuh oleh semua wakil cawangan parti itu seluruh negara.

“Meskipun Najib masih menghadapi tentangan dalaman di Kedah, Negeri Sembilan dan Johor yang ada kumpulan pro-Muhyiddin, namun kumpulan anti-Najib itu semakin lemah dan telah kehabisan pilihan.

“UMNO akan mengadakan pemilihan parti pada pertengahan 2018 dan kita melihat tiada kemungkinan bahawa Najib akan digulingkan,” ujar laporan itu.

Dalam analisis tersebut, antara faktor lain yang turut mempengaruhi kedudukan dan kuasa Najib adalah melalui penyusutan isu dan hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

“Salah satu faktor adalah menerusi resolusi krisis hutang 1MDB dan Pengarah Eksekutif Kumpulannya, Arul Kanda Kandasamy juga telah memaklumkan bahawa masalah dana itu dapat diselesaikan melalui dua transaksi.

“Pertama melalui penjualan aset tenaga 1MDB iaitu Edra Global Energy Bhd. (Edra) kepada General Nuclear Power Corporation (CGN Group) bernilai RM9.8 bilion secara tunai selain mengambil alih hutang sebanyak RM7.4 bilion.

“Kedua, pemindahan hutang sebanyak RM16 bilion kepada dana Pelaburan Antarabangsa Petroleum Abu Dhabi sekali gus mengurangkan hutan 1MDB menjadi RM19 bilion daripada RM42 bilion,” kata laporan itu.

Utusan






7 Komen to Kuasa, kedudukan Najib masih kukuh

  1. Memang Terok says:

    Negara bakal kerugian 30B pada 2016 kerana kejatuhan harga minyak. Turkey sedang ditunding jari oleh dunia terutama Rusia dengan menuduh Turkey membeli minyak US 25/barrel dari pengganas ISIS yang menjual minyak dari Iraq dan Syria dari telaga minyak yang mereka ambil alih secara menceroboh.

    Dunia bercerita mengenai kejatuhan harga minyak, dunia juga sedang menangani masaalah pelarian 20 juta jiwa dari timur tengah ke eropah.

    Adakah malaysia tetap bercerita tentang 1mdb sepanjang 2016 dan derma 2.6B sepanjang tahun itu ?

    Jawabnya mungkin. Ini kerana PM tetap akan dituduh kerana kemelesetan ekonomi yang dijangka melanda dunia/negara. Dan tentunya kedua2 isu itu sungguh sedap untuk dikaitkan, tanpa ambil kira kemelesetan juga berlaku pada 1970, 1980 dan 1990.

  2. Gengrembau says:

    Kalu nak kasi cerita habis
    Mintak pm ko tu pegi cuti
    Buat siasatan biler dier dok cuti
    Ader berani?
    Kalu buat
    I will rest my case.

    Kalu tak,, ko makan la dedak ko tu selagi boleh, sbb cerita ni akan masuk buku sejarah…
    Sbb masa nyer akan tiba jugak
    Lambat atau cepat aje
    Tu, Allah nyer keje
    Aku tak masuk campur

  3. semangat dato' haron says:

    Buat apa Najib bk berehat? Dia bkn buat salah pun. Kalo mcm tu kita fitnah semua org, biar dorang semua berehat. Ko rasa tokong ko kt pulau tu sanggup buat mcm tu. Pembangkang dan mamak Kutty semua hipokrit

  4. omega says:

    Gengrembau..

    lawak bodoh apakah saranan anda. Gi suruh madey karala go to hell baru aman Malaysia nie. Takat mahyuddin dan si Bedal mereka hanyalah tahap barua madey. Tanpa madey mereka akan lemas di daratan.

  5. Meriam Buluh says:

    Yang rajin buat fitnah tu la yang patut berehat dan berhenti buat fitnah.

    Kalau ada yang pakat-pakat fitnah semua ahli Parlimen, semua kena bercuti. Nanti kroni ba-alif-ba-ya seberang tambak boleh masuk. Hehehe..

  6. Memang Terok says:

    Madey bebas bercakap apa saja kerana dia tahu dia ada pengikut. Pengikut dan bukan pengikut tetap akan dengar dan percaya apa dia cakap. Kerana dia seorang mantan. Mantan politik bukan mantan kadhi atau mantan imam dan bilal.

    Mantan politik ceritanya penuh dusta. Kerana mantan poltik hidupnya hanya untuk dunia. Politik kurang kajian mengenai akhirat. Bila kurang kajian akhirat akan lupalah dosa pahala. Hidup mantan hidup untuk dunia tanpa ingatan kuat untuk akhirat.

  7. Memang Terok says:

    Ada cina yang mula rasa terancam atau rasa tidak dikehendaki disini, sebagaimana satu tulisan oleh seorang cina. Walau kita tak pasti ketulinan tulisan itu tetapi kita rasa kemungkinan itu tetap ada untuk mereka rasa begitu.

    Seruan untuk mereka balik negeri, pulang ke Tong san negara asal mereka adalah apa yang kita pernah dengar dan ini tentunya datang dari orang melayu untuk orang cina. Melayu rasakan Msia ini milik mereka kerana memang patut pun mereka rasa begitu atas status pribumi mereka. Dan cina memang pendatang dimana status ini tercatat dalam sejarah. Yap Ah Loi disebut antara orang cina pertama datang kesini lalu specis ini terus datang kesini dan membiak jadi ramai saperti sekarang .

    Cina harus tahu kenapa mereka disuruh balik negeri hanya sekarang tidak dari dulu . Kerana dulu mereka berbeza perangai tidak macam sekarang. Dulu kerana mereka memang baik atau mereka hanya takutkan ISA, tidak penting . Yang penting dulu mereka dilihat lebih displin dari cina sekarang.

    Melayu tidak pernah soal cara cina beragama. Cina buat sampah, cina bakar kertas , cina buat bising, melayu tak pernah soal.

    Tetapi malang sekali cina sudah mula soal halal haram yang melayu makan. Cina soal azan dari masjid, cina soal puasa bulan ramadan. Cina juga kata melayu kejam kerana sembelih lembu buat korban.

    Nampak jelas cina memang kurang hajar dan mereka yang kurang hajar harus di nyahkan kerana mereka ada tempat lain untuk sambung hidup sedangkan melayu hanya disini tak ada tenpat lain.

    Kalau ada cina baca tulisan ini, cuba hayati kerana ini adalah fakta. Elvin the exile adalah contoh cina paling jahat. Melayu tidak ganggu dia, islam tidak menyusahkan dia tapi dia benci islam sampai ketulang… apa hal pulak.

Leave a Reply

Threesome