Menu Utama

Kos Sara Hidup Meningkat: Rungutan Dan Rintihan Golongan ‘Poyo’…

media-sosial

Kita tidak lama lagi akan meninggalkan tahun 2015 dan tahun baru 2016 akan bermula pada 1 Januari nanti. Namun keluhan dan rintihan makin menjadi-jadi di akhir tahun ini khususnya berkenaan kos sara hidup yang meningkat…

Kononnya, kos sara hidup di zaman Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak adalah yang paling tinggi di dalam sejarah negara. Maksud yang cuba disampaikan seolah-olah di zaman Najib inilah memperlihatkan kerajaan yang paling ‘zalim’ dan ‘kejam’ terhadap rakyat.

Bila dijelaskan tentang rasional kenaikan kos harga barang, maka disebut pula dengan isu-isu yang masih disiasat, belum pasti dan hanya bersumberkan dari portal-portal penipu yang berpangkalan di luar negara.

Sekiranya dibaca ‘keluhan’ dan ‘rungutan’ mereka di Facebook dan laman-laman sosial, serta di aplikasi-aplikasi komunikasi di telefon pintar, sungguh ‘menyentuh hati’ dan mampu membuat ramai yang marah pada pihak kerajaan…

Pada pandangan penulis, memang benar kos sara hidup di zaman Najib kini adalah yang tertinggi dalam sejarah negara. Ketika di zaman Allahyarham Tunku Abdul Rahman dulu, harga sekati gula hanya sekitar 3 hingga 5 sen saja dan kini ia berharga RM2.80 sekilogram…

Malah, di zaman Kesultanan Melayu Melaka dulu, penulis yakin bahawa harga secupak gula adalah lebih murah berbanding di zaman Tunku Abdul Rahman ekoran ia dibayar melalui sistem barter. Begitu juga dengan harga barangan lain.

Selain itu, keperluan rakyat seperti air bersih di zaman Tunku Muzafar Syah dulu dikatakan hanya percuma tanpa sebarang bayaran berbanding di zaman Allahyarham Tun Abdul Razak. Namun di zaman anaknya Najib, harga air adalah lebih tinggi berbanding di zaman-zaman itu.

Walau bagaimanapun, jika diukur pada zaman Perdana Menteri mana yang paling tinggi kos sara hidup, adalah sangat dangkal dan tidak adil untuk menuduh ia adalah disebabkan individu yang menjawat jawatan nombor satu negara itu.

Sebagai contoh, ketika di zaman Tun M dulu, kos sara hidup meningkat berkali-kali ganda berbanding di zaman Tun Hussien Onn, Tun Abdul Razak mahupun Tunku Abdul Rahman. Namun apakah kenaikan kos sara hidup ketika itu disebabkan oleh Tun M? Penulis rasa tidak…

Pernahkah kita dengar negara membangun di seluruh dunia yang kos sara hidupnya semakin kurang dari sebelumnya? Ada? Pernah dengar mana-mana negara yang harga gulanya RM1.00 yang pada tahun 1950 namun pada tahun 2015 harga gulanya menurun ke paras RM0.20 sekilogram?

Pernah belajar ekonomi? Pernah dengan tentang ekonomi campuran? Cuba tanya pensyarah tentang dasar dan konsep ekonomi campuran. Siapa yang kawal harga barang keperluan dan kehendak. Cuba tanya pula apa itu barang mewah dan barang murah…

Dikatakan kos sara hidup menyebabkan majoriti rakyat khususnya golongan sederhana ‘menderita’? Jangan cakap macam ‘sampah’. Sejak mula cuti sekolah hinggalah ke penghujungnya baru-baru ini, cuba tengok sekeliling dan diri anda sendiri.

Jangan menipu dan berlaku ikhlas, adakah pusat membeli belah seperti SOGO, Jalan TAR, KLCC, Pavilion atau IKEA lengang dari pengunjung? Cuba tengok di kaunter pembayaran, adalah ‘cashier’ sempat menguap tertidur menanti pelanggan membuat bayaran?

Cuba tengok pula hotel-hotel di pusat-pusat pelancongan negara, berapa banyak hotel yang ‘fully booked’. Cuba tengok pula bagaimana rakyat yang melancong itu membeli belah. Khabarnya sampai tak menang tangan mengheret barang…

Cuba ke KLIA, KLIA2 dan lapangan-lapangan terbang di seluruh negara. Cuba tengok berapa ramai naik kapal terbang. Ada yang domestik dan ada yang ke luar negara bersama keluarga, bercuti di tempat orang. Cuba tanya mereka berapa RM yang mereka guna untuk ‘trip’ ke sana…

Penulis melihat, mereka-mereka yang sibuk melancong dan membeli-belah macam nak raya itulah antara yang paling ramai ‘merungut’ kononnya tertekan dengan kos sara hidup yang meningkat. Mereka jugalah yang menuding jari kepada kerajaan…

Paling tidak pun, mereka yang sibuk berintenet itulah yang kononnya tertekan dengan kos sara hidup. Tapi mereka tidak sedar bahawa mereka masih mampu habiskan wang untuk data internet, menghabiskan masa merapu di laman sosial dan menyebarkan persepsi ‘poyo’, kan?

Sedangkan pada pandangan penulis, sekiranya hidup tertekan dengan kos sara hidup yang meningkat, mereka perlu kurangkan kos berbelanja yang tidak penting, kurang penting dan tidak mendatang faedah kewangan.

Jadi, jika masih mampu memiliki Iphone, Samsung Note 5 atau telefon pintar, kemudian masih mampu melanggan data internet setiap hari, maka tidak perlulah meroyan mendakwa diri ‘tertekan kerana kos sara hidup’.

Pada pandangan penulis, orang yang benar-benar ‘tertekan’ selalunya tidak memiliki telefon pintar dan hanya menggunakan telefon awam saja. Makan pun bawa bekal dari rumah, minum air masak dalam botol air mineral yang diisi semula dari rumah saja. Facebook? Jauh sekali dalam kamus hidup mereka…

Kononnya semua itu adalah keperluan di zaman serba moden ini? Benarkah? Penulis berpandangan, tidak perlulah menegakkan benang yang basah.

Penulis kenal dengan orang yang benar-benar susah yang hidup tanpa telefon bimbit, tiada akaun Facebook dan bawa bekal tiap-tiap hari dari rumah. Elok saja kehidupannya. Paling menarik, dia tidak pernah merungut atau menyalahkan sesiapa. Lebih pedas lagi, dia mengatakan orang yang merungut itu mungkin tidak yakin bahawa rezeki itu ditangan Allah!

Orang yang penulis kenal itu tidak pernah menyalahkan sesiapa. Dia tidak pernah tinggal solat dan memohon rezeki dari Allah setiap kali bersolat dan berkesempatan. Hasilnya, dia kini hidup tenang dengan anak isteri walaupun hanya memiliki 2 buah rumah, sebuah kereta kecil buatan Malaysia dan telefon tidak pintar!

Justeru itu, tidak perlulah akhiri tahun 2015 ini dengan rungutan atau rintihan poyo. Sebaliknya, mulakan 2016 dengan azam baru dengan meminta rezeki dari Allah, bukan dari makhluk di dunia yang pastinya mati suatu hari nanti. Dia yang memiliki dunia dan menentukan rezeki, bukannya makhluk! Selamat tahun baru!



« (Previous News)



9 Komen to Kos Sara Hidup Meningkat: Rungutan Dan Rintihan Golongan ‘Poyo’…

  1. ayam says:

    Kipassss…mmg rakyat kaya2 skrg nie…pegi la mana2 hotel 5 star ke…4 star ke…hatta takde star pon semua fully booked…zaman najib paling koman dedak dia bagi…janji sanggup kipasss

  2. din says:

    Nak buat artikel pun bandingkan la dengan negara-negara lain dulu, klu mcm tu baik suruh rakyat naik kuda ka lembu ka nk p mana-mana destinasi, jimat duit skit dari nk kena bayaq duit kereta bulan-bulan

  3. geekpuk2 says:

    Memang golongan poyo pun

    Tak mampu dengan 1 kerja? Buat 2 kerja atau lebih. Itu menteri sendiri cakap.

    Dah tahu miskin, jangan ada anak sampai 5-6 orang. Memadai dengan 1 atau 2 anak sahaja. Tak lah sampai komplen belanja persekolahan mahal.

    Itu sebab aku sokong GST. Biar semua orang termasuk gologan poyo turut sama menyumbang ke kantong kewangan negara.

  4. ayam says:

    Menteri cakap buat online bisnes…guna kemudahan yg ada di opis utk cari pendapatan ke dua…ke tiga sampai la cukup duit tu…kena la sorok2 sebab salah tu dlm mana2 polisi syarikat. Mana2 yg buta IT, mintak derma drp sapa2…jgn sekali2 minta rasuah…haram. Jgn poyo sgt merintih2 tertekan hidup…role model dah pon ada di hadapan mata…siang malam najib dgn bini dia dah tunjuk jalan mcm mana nak hidup ala era 1Malaysia….makan kangkung dgn dedak dah cukup…jgn lupa bayar GST tu…tiap2 minggu pegi lepak hotel 5 star ka…4 star ka…dan beli hp selalu, ok. Petanda aras negara tu pasal skala hidup tertekan korang.

  5. AZHAR DAENG says:

    kurang sejuta orang rakyat msia yg melancong luar negara dan bershopping kat sogo paviliion?
    apa citer nasib 29 juta rakyat malaysia?
    dan sejuta yg mampu berjoli sakan itu kan golongan elite korporat org kaya gaji besar termasuk geng penyamon macai balaci kroni kroni pengampu najib yg dapat derma 2.6b dedak projek sana sini?
    tulisan mykmu dah mcm sampah
    tulisan ke parit elok humban ke longkang

  6. ayam says:

    Jangan la poyo…merungut2…Mat Maslan cakap dia sendiri buat 3 kerja yakni jadi YB, jadi TM dan jadi ketua penerangan…blom campur kutip derma rm2 juta dia dapat hasil kipas najib…blom campur online bisnes dia…bisnes nasi goreng GST dia…yg penting role model dah ada depan mata..ikut jer…mcm mykmu ni haa…korang ingat free2 ke dia nak bodek najib? Kena bayar tuu…cuma udara jer percuma brader

  7. bujuk says:

    Boleh ke penulis bagi data sikit, berapa ramai golongan kaya ada 2 rumah ada kereta, boleh tinggal d hotel? Apa ingat kitaorang tulis ni untuk diri sendiri saja ka? kita tulis tu untuk pakcik makcik yg terima BR1M tu. Depa ingat dedak yg Najib bagi tu cukup untuk bayar gst setahun. Alih2 anak2 yg dok kena cukai kiri kanan ni jugak yg nak kena tampong perbelanjaan mereka. Bukan tak iklas tapi yg dipuji Najib yg bagi BR1M setahun sekali jugak, sedangkan Najib ambik duit dari poket anak2 untuk bagi BR1M tu. Ada patut ka?

  8. ayam says:

    Ikhlas cakap…mykmu nie cuma mengompang apa yg boss2 diorang cakap…blog berbayar la katakan. Mana pernah buat reality check apa yg benar apa yg auta….nak harap menteri2 lagi laa…tunggu PRU baru mari bawak dedak..

  9. sayang negara says:

    Orang jadi menteri, banyak dapat kemudahan percuma kereta, kad minyak, elaun driver, maintenance kereta percuma, kad tol dsb…makan ada yang sponser spt mesyuarat sibuk sana sini mesyuarat dari pagi sampai ke malam …sebabtu boleh buat byk kerja..

Leave a Reply

Threesome