Menu Utama

Kevin Morais: Orang Mabuk Sahaja Boleh Cadangkan Pasukan Penyiasat Ke US

Cadangan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Zaid Ibrahim supaya Polis menghantar pasukan penyiasat ke Amerika Syarikat untuk mengkaji kandungan pen drive itu yang didakwa oleh Charle Morais adalah tidak masuk akal dan seumpama orang mabuk sahaja.

Sepatutnya sebagai bekas Menteri dan bekas pengamal undang-undang, Zaid Ibrahim menasihati Charles membuat laporan polis dan menyerahkan salinan kandungan “pen drive” kepada pihak berkuasa bagi tujuan penyiasatan.

Mengapa perlu menghantar pasukan penyiasat ke US sedangkan kandungan tersebut boleh sahaja diemel kepada pihak Polis jika Charles tidak mahu menyerahkan secara bersemuka.

Rabu lalu, Charles mendedahkan akuan bersumpah kepada media yang mendakwa ada konspirasi dalam pembunuhan abangnya.

Beliau juga mendakwa memiliki sebuah pen drive yang memperincikan kes yang dikendalikan oleh Kevin, seorang timbalan pendakwa raya kanan. Ahli perniagaan yang berpangkalan di Amerika Syarikat mendakwa Kevin juga memberitahunya beliau mengendalikan kes-kes yang melibatkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor.

Jika ini benar mengapa Charles tidak mendedahkan kandungan pen drive tersebut. Sebaliknya, selepas membuat akuan bersumpah beliau melarikan diri dari memberi kenyataan kepada Polis.

Bukankah ini menunjukkan tindakan beliau bermotif politik dan mungkin telah dibayar oleh orang-orang tertentu untuk menghuru-harakan negara ini?

Bagaimanapun seorang lagi abang Kevin Morais mendakwa kenyataan Charles tersebut tidak masuk akal.

“Tidakkah pelik jika Kevin menghantar maklumat penting itu kepadanya (Charles Suresh) sedangkan namanya tidak tersenarai dalam wasiat Kevin malah, dia juga tidak membayar satu sen pun kos pengebumian mendiang sebaliknya ditanggung sepenuhnya oleh saya.






5 Komen to Kevin Morais: Orang Mabuk Sahaja Boleh Cadangkan Pasukan Penyiasat Ke US

  1. Meriam Buluh says:

    Apabila si jahil bersuara maka bersoraklah syaitan dan konco-konconya..

  2. syaa says:

    dah dia tu penipu.yg hang percaya kenapa?

  3. azmi says:

    Hendak seribu daya..kenapa IGP boleh ke Thailand nak soal siasat Justo walaupun tidak dibenarkan oleh polis thai..

  4. Jack says:

    Azmi, cuba la guna otak yang ada tu sikit. Justo tu kena jail, so kenala pergi sana utk interview dia. Yang si india ni boleh email je content pen drive tu. Atau kalau besar sangat rahsianya bagi je kat fbi kat us tu dgn laporan polis. Betulla mungkin bekas menteri ni mabuk masa cadangkan tu.

  5. kakak says:

    Kalau adapun, perlu pakar untuk memastikan “authenticity”. Ini perlu profesionalisme yang berciri tinggi.

Leave a Reply