Menu Utama

Keterbukaan Najib beri kesan positif terhadap politik negara

Keterbukaan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menghulurkan salam perpaduan kepada Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang akan memberi impak positif terhadap iklim politik negara dan perpaduan umat Islam.

Ahli Parlimen Maran, Datuk Seri Ismail Abd. Muttalib berkata, Perdana Menteri mempamerkan watak seorang negarawan hebat yang mementingkan Islam dan masa depan negara dalam menghadapi abad ke-21 menerusi tindakannya itu.

Beliau berkata, Najib berusaha bersungguh-sungguh dan ikhlas untuk mengukuhkan ikatan silaturahim antara umat Islam di negara ini bagi mengelakkan musibah yang menimpa di keba­nyakan negara Asia Barat.

“Walaupun berlainan aliran politik, akidah dan tanggungjawab membina serta memelihara syiar Islam tetap menjadi tanggungjawab bersama UMNO dan Pas.

“Salam perpaduan yang dihulurkan Najib sangat terkesan ke arah perpaduan ummah dan kaum Melayu. Usaha murni yang dirintis itu perlu mendapat sokongan padu kedua-dua belah pihak supaya kekuatan orang Melayu dan Islam kekal utuh,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas majlis perasmian penyerahan rumah kekal mangsa banjir melibatkan lapan penerima di Rumah Banjir Kampung Sembai, Chenor di sini hari ini.

Menurut Ismail yang juga Timbalan Menteri Sumber Manusia, dalam Islam, perpaduan dan pe­ngukuhan terhadap ikatan persaudaraan sangat dituntut kerana ia menjadi pemangkin ke arah kemajuan serta daya saing.

Beliau percaya akan wujud iklim politik yang lebih baik selepas ini berikutan perkembangan semasa itu.

“Kita wajar memahami implikasi perpecahan dan perselisihan kerana bertentangan fahaman politik secara berterusan tidak menguntungkan sesiapa,” katanya.

Utusan






5 Komen to Keterbukaan Najib beri kesan positif terhadap politik negara

  1. azmi says:

    Najib hulur tangan pada hadi bukan bermakna UMNO hulur tangan pada PAS…
    Najib tak pernah bincang dalam MT dan ahli UMNO lain hasratnya..
    Hadi pun tak pernah bincang dengan Majlis Syura PAS nak kerjasama/gabung dengan UMNO..
    Jadinya hanya presiden dengan presiden..
    Ahli akar umbi pulak kata sebaliknya..
    Entahlahh OOOOOOMNOOO…

  2. semangat dato' haron says:

    Azmi ni cina daPIG menyamar jd melayu benci tgk perpaduan melayu. Melayu x kan tergamak bg komen menentang perpaduan melayu.

  3. Gengrembau says:

    Ajib terbuka?
    Pigidah… Cuba cer sikit pasal 1mdb ni….

    Mana ade cerita

  4. Meriam Buluh says:

    Puak-puak laknatullah cukup tak suka melihat umat Islam bersatu.

  5. Omega says:

    Puak laknat termasuklah gang madey kutty yg kerjanya siang malam fitnah dan adu domba

Leave a Reply

Threesome