Menu Utama

Kesilapan anak kapal, komputer bermasalah punca Air Asia QZ8501 terhempas

Kesilapan anak kapal menjadi punca pesawat AirAsia QZ8501 hilang kawalan sebelum terhempas di Laut Jawa pada 28 Disember tahun lalu sehingga mengorbankan 162 nyawa.

Berdasarkan laporan yang disiarkan Jawatankuasa Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan (NTSC) Indonesia hari ini, komputer kawalan penerbangan pesawat Airbus A300-200 itu juga mempunyai masalah dengan rosak berulang kali, termasuk empat kali semasa penerbangan dan 23 kali dilaporkan berlaku di tahun sebelumnya.

“Tindakan susulan daripada anak kapal menyebabkan pesawat itu hilang kawalan.

“Kegagalan tersebut mengakibatkan pesawat yang terbang secara normal sebaik-baik berlepas, memasuki keadaan pegun yang berada di luar kemampuan dan tidak boleh dikawal oleh anak kapal,” jelas laporan itu.

Pesawat AirAsia QZ8501 terhempas di Laut Jawa ketika dalam penerbangan dari Surabaya ke Singapura.

Utusan






3 Komen to Kesilapan anak kapal, komputer bermasalah punca Air Asia QZ8501 terhempas

  1. khairul says:

    Apa cerita?
    Punca nahas disebabkan kerosakan komputer kawalan penerbangan?
    Dinyatakan kerosakan pada komputer telah berlaku 4x semasa penerbangan dan kerosakan pada komputer sama juga telah berlaku 23x pada tahun sebelum nya?

    Apa cerita?
    Bagaimana pihak maintenance di Air Asia buat kerja..sehinggakan kerosakan boleh berulang berkali kali?
    Tidak kah pihak Air Asia terfikir untuk menukar komputer kawalan pernerbangan yang baru…atau mereka mengambil risiko di atas kerosakan berulang yang berlaku sebelum ini?

    Kenapa pihak tertentu yang mengendalikan maintenance pada kapal terbang Air Asia tersebut tidak terus ‘ground’ kapal tersebut dari membiarkan ianya terus digunakan. Akhirnya dikatakan punca nahas yang mengorbankan 162 nyawa disebabkan oleh kerosakan pada komputer kawalan pernerbangan dimana kerosakan ini adalah kerosakan yang berulang…sehingga berulang 27x??

    Kita perlu soal, apakah polisi yang di pegang oleh pihak Air Asia dalam memastikan keadaan pesawat adalah dalam keadaan tip top jika ianya melibatkan nyawa penumpang?

  2. omega says:

    Saya memang tidak suka kepada Air Asia. Tapi kapal yg jatuh tersebut dkendalikan serta dimiliki oleh Air Asia Indonesia. Bukan Air Asia Malaysia. Mereka memang cuai dan ambil mudah dalam hal ini. Pernah suatu masa dulu syarikat penerbangan yg berasal dari Indonesia diharamkan utk terbang ke negara eropah.

  3. khairul says:

    pokok pangkalnya Air Asia ler juga, tak kira lah jika ianya Air Asia Timbuktu sekalipun!

Leave a Reply

Threesome