Menu Utama

KESETIAAN DAN KETAATAN : FORMULA KEKUATAN PARTI UMNO-

KENYATAAN AKHBAR

1. Seluruh kepimpinan Pemuda UMNO Pahang menyahut seruan YAB Presiden Parti untuk terus beristiqamah dalam perjuangan UMNO dengan penuh keSETIAan dan keTAATan tanpa sebarang syarat kepada tunjang kepimpinan UMNO kini agar nasib anak bangsa kita terus dijaga serta dipertahankan.

2. Pemuda UMNO Pahang juga untuk kesekian kalinya ingin menzahirkan SOKONGAN TANPA SYARAT kepada YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Razak untuk terus mengepalai kepimpinan UMNO sebagai Presiden Parti dan juga Perdana Menteri Malaysia.

3. Sikap BERANI, GENTLEMAN dan BERJIWA BESAR YAB Dato’ Sri Mohd Najib yang ditunjukkan oleh beliau dalam menyampaikan Ucapan Presiden UMNO pada hari ini telah menyerlahkan lagi ketokohan beliau sebagai pemimpin yang memiliki HIKMAH yang tinggi dan tidak mudah melatah dengan ujian yang mendatang serta provokasi yang dicipta oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

4. Pemuda UMNO Pahang mengutuk dan menyelar mana-mana perbuatan KHIANAT ahli UMNO termasuklah segelintir pemimpin dan bekas pemimpin yang cuba merancang pakatan untuk mengulingkan kepimpinan sedia ada secara tidak berdemokrasi. Janganlah kita cuba menjadi si KITOL dan MUSANG BERBULU UMNO yang hadir dalam arus perjuangan UMNO dengan niat yang jahat untuk menjahanamkan parti keramat Melayu ini dek kerana GILA KUASA.

5. Pemuda UMNO ingin menyeru agar kita semua perwakilan UMNO khususnya perwakilan Pemuda UMNO Pahang agar menjadikan perhimpunan ini sebagai wadah musyawarah bagi menyerlah tamadun bangsa Melayu, mempertahankan syiar Islam dan kedaulatan Negara. Kitalah Pemuda UMNO yang dipertanggungjawab untuk mengalas harapan untung nasib keturunan kita.

“Ayuh kita teruskan perjuangan ini dengan GAGAH BERANI untuk BERBAKTI demi ISLAM, MELAYU dan MALAYSIA!”

-BERSATU, BERSETIA, BERKHIDMAT-

Mohd Shahar Abdullah
Ketua Pemuda UMNO Pahang
10 Disember 2015 / 28 Safar 1437






16 Komen to KESETIAAN DAN KETAATAN : FORMULA KEKUATAN PARTI UMNO-

  1. dkds says:

    ambil pengajaran dari Pas, bila dah berselisih…habis semuanya hancur dan barai.

  2. haq says:

    Taat mutlak hanya pd Allah dan Rasulullah. Tp Taat pd pemimpin msti brpksi kbnaran. Bkn Taat mcm babi buta. Lg pn Tk kn brtanya dn kritik ktua dikira derhaka. Lgpun yg kt mykmu ni pun kn taat kt muhyiddin sma mcm najib. Muhyiddin pun ktua juga hehe

  3. Memang Terok says:

    Bila beliau diam dan tenang terima segala tohmahan, fitnah dan pembohongan terhadapnya , dikatakan beliau tak ada telor. Hinggakan bila order roti kedai mamak pun kalau berhajat makan roti kosong dipanggil .., roti Najib satu.

    Bila beliau bangkit bertindak, orang yang sama cakap beliau kejam. Padahal apa salahnya tindakan diambil, itu lah penangan roti bertelor, dua biji lagi bukan hanya satu.

    Alasan Midin dibuang ialah kerana dia berhasrat membuang. Apa salahnya dia dihukum buang setelah berkomplot untuk membuang. SEharusnya Midin perlu terima hakikat bahawa if you dont like the general , do not be in the army.

  4. haq says:

    Klau btul mhyidin brsalah. Buang ajelah. Apa mslhnya. Buang smua yg Tk sehaluan dn kritik presiden. Beri pnjelasan pd ahli knpa buang. Anwar pun kt pct sblm ni. Walaupun ada mslh. Tp akhirnya smua akur . Klau muhyiddin tk brslh truskn tradisi parti. Ikut sprtimna kelaziman. Biar dia buat tugas timbln presiden. jgn biarkn Situasi mcm skrg. Buang tak. Ikut tradisi parti pun Tk. Apa yg najib buat merosakkn parti. Lps ni tk prlu la ahli ikut tradisi parti. Sbb tradisi bkn perlembagaan

  5. system baru says:

    Taat pada pemimpin dipilih ada dalam Islam, silap mahuyuddin dia tak tahu simpan rahsia parti Dan beri tugas besar gagal laksanakan nya dua perkara dia gagal fnc lembu Dan 1bistari, najib kira baik hati jika dilihat pemimpin gagal laksanakan tugas akan tukar kementerian lain, kesalahan mahuyddin terlalu besar tak tahu jaga rahsia parti Dan berniat jatuh kepimpinan yg ada dengan memaksa pemimpin letak jawatan. Kalau dekat china dah lama mati Tampa mayat

  6. Memang Terok says:

    Bila agaknya PAS mahu bergabong dengan UMNO ? Kita sebenarnya receptive pada idea begini atas nama perjuangan Melayu, atas penyatuan bangsa Melayu dan kesinambongan politik orang Melayu.

    Melayu sudah berpecah pada 4 splinter group. Tak ada bangsa akan terus kuat bila sudah berpecah. Kita ingin tengok formula yang kedua pihak rumuskan. Orang UMNO jangan jadi tuan sangat dan harus terima PAS dan buat PAS selesa bukan sekadar duduk tepi dinding. Orang PAS pulak perlu reda dengan keadaan kerana itu semua untuk kesinambongan dan masa depan bangsa.

    Kita lihat bagaimana Cer jadi tuan di Penang. Bagaimana angkohnya mereka implement kuasa yang diberi. Orang Melayu disana seolah2 mahu diterjun lautkan semua. Itu baru Penang, bayangkan Selangor mereka pegang nanti.

  7. haq says:

    System baru. Kes nfc tu bkn ke pngerusi dia ckp dlm mhkamah najib yg luluskn projek tu. Ptut la shahrizat beria sgt sokong najib. Klau slh muhyiddin besar, pecat dn dkwa d mahkamah. Bkn ckp Sja. Lg satu kt sini pun byk yg mati tnpa mayat.

  8. Memang Terok says:

    Penulis memang dari dulu kurang teruja bila sebut PAS. Bagi penulis PAS dan ahlinya jalankan hidup dengan cara penoh kepuraan. Mereka panggil diri mereka agama. SEdangkan mereka tahu tak ada agama PAS yang disebut dalam Qur’an atau mana2 hadis kerana PAS adalah orang, parti, serupa macam UMNO.

    Fatwa Hadi buatkan penulis meluat. Bai’ah orang PAS penulis nampak kotor dan langsong tak ikhlas. Penerimaan kalimah suci untuk dijual pada kafir buatkan penulis naik ngeri atas kemurkaan Allah.

    Namun atas penyatuan, semua itu perlu dilupakan. Walau kita tahu PAS memandang Umno dengan rasa yang sama. PAS tetap anggap UMNO kotor. Dikotori dengan amalan rasuah pemimpin mereka. Bagi penulis semua manusia bila dalam politik akan jadi 2×5, 5×2, 4×8, 8×4… mereka serupa macam dendangan zainal Abidin headwind.

    PAS dalam menghalal rasuah tidak menggelar habuan duit tepi yang gelap dengan nama saperti itu. Mereka terima atas nama hadiah, sumbangan, derma dan lain2 istilah sesuai untuk cita rasa mereka. Sama saperti seorang Arwah menerima pakej kerjakan haji dari seorang penyumbang sewaktu hayatnya. Dipanggilnya sumbangan dari seorang penyumbang. Jika ini berlaku dalam UMNO mereka akan panggil itu rasuah dari seorang pengusaha kepada seorang mentri besar.

  9. haq says:

    Hmm cerita psl pas la plk. Dlm pas rmai yg tnya duit 2.6b tu dtg Dr mn. Rmai yg lg kritikal. Nti tk smpai 2 bln join. Najib sndri yg halau pas. Tk thn kn soal dn kritik hehe

  10. Meriam Buluh says:

    haq, Tun M & TSMY bukan derhaka kerana bertanya dan kritik ketua. Mereka derhaka kerana memfitnah ketua & nak jatuhkan ketua dengan cara yang salah & haram.

  11. Meriam Buluh says:

    Kalau org Pas dan lain-lain yang masih lagi tanya dan tak faham isu derma RM2.6 bilion tu, anggap sajalah mereka ni bebal atau buat-buat bebal. Benda mudah macam tu pun payah sangat nak faham. Cuci dulu hati yang gelap dan busuk tu kasi cerah baru boleh faham dan nampak kebenaran.

  12. jebon says:

    Macam ucapan mintak nyawa dan simpati je.

    Tak sudah2 kutuk DAP, walhal dia sendiri yg lembut tengkuk bila diasak oleh puak pembangkang suruh mansuhkan ISA.

    Konon nak teluslah sangat, Najib mansuhkan ISA.
    Akibatnya, DAP sial dan puak liberal berpesta menghina Islam dan org2 Melayu.

    Paling lawak, geng Baju Merah boleh pulak mintak Najib kembalikan ISA.

    Najib pun buat2lah genggam penumbuk, muka cengis, marahkan DAP celaka depan perwakilan2 yg bila Najib terkentut pun mereka tepuk tangan kuat2 dgn laungan Hidup Najib.

  13. syaa says:

    bersatu teguh bercerai roboh.

  14. sireh ke gagang says:

    aku kesian tengok puak2 penentang najib.lagi kuat kau org menentang , najib selamba je mcm tu jugak. jawatan dia , gaji dia , rumah tangga dia tetap maintain & terjaga . apa cerita kau org yg menentang najib ? dah dapat janji masuk syurga ke ? tak mungkinlah. sebab tahap pemfitnah , biasanya masuk neraka .semua org tahu pasal tu.

    ingat ,menentang , menentang juga. tapi kalau sampai menjatuhkan aib najib , bukan dgn Allah shj kau org kena bertaubat & minta maaf. kelak di mahsyar , dengan najib juga kau org kena melutut memohon maaf di hadapan rabbul jalil. tuhan penguasa alam semesta ini. tak takutkah mengalami detik itu nanti ??

  15. system baru says:

    haq he.he.he INI aku tergelak INI projek FNC zaman pak lah dibawah kementerian pertanian dibawah mahuyddin itu .kenapa duit rugi itu tenth Ada take kena dengan mahyuddin INI

Leave a Reply