Menu Utama

Kes Bunuh Perompak: Pengguna Media Sosial Perasan Pandai Dari Peguam Negara Sila Baca Sini

“Apa ni? Tuan rumah bunuh pencuri, tuan rumah yang kena hukum? Malaysia Bolehland! Yang pencuri diangkat, yang mempertahankan diri pula kena hukum!”

1) Ramai yang salah faham dengan undang-undang Mempertahankan Diri.

Contohnya lah kan, pencuri masuk ke rumah kau. Lepas tu kau tersedar ada pencuri, kau pun ambil pisau, lepas tu tikam bertubi-tubi pencuri tu sampai mati.

2) Kau akan didakwa atas tuduhan membunuh tak?

Ya. Kau akan didakwa.

Tapi, ia hanya pendakwaan. Pendakwaan bukan hukuman. Mahkamah panggil kau bagi keterangan sebab kau dah mengambil nyawa seorang manusia.

3) Jadi, masa kau sedang dibicarakan, kau akan berhujah bahawa tindakan kau membunuh pencuri tu sebab kau nak pertahankan diri. Kau cakap kau pertahankan diri, sebab kau nak yakinkan bahawa, yang kau tak bersalah bunuh pencuri tu.

Tapi…

4) Mahkamah akan persoalkan, adakah tindakan membunuh itu setara dengan tindakan pencuri tu?

Mahkamah akan persoalkan juga, sebab apa kau tikam? Kenapa tak pengsankan? Kenapa tak tikam bahagian kaki je supaya dia tak lari?

Kemudian dipersoalkan pula adakah kau bunuh dia dengan niat yang baik? Kalau memang sebab dendam, atau kau baru tahu yang dia bekas pakwe crush kau, memang mahkamah tak layan.

Ok, tu satu hal..

5) Lagi satu hal, adakah tindakan kau tu adil?

Secara ringkas, definisi pencuri dan perompak sebenarnya agak berbeza. Pencuri kebiasaanya niatnya adalah untuk mengambil harta seseorang tanpa izin secara sembunyi-sembunyi. Jadi kalau pencuri masuk ke rumah kau tanpa bawa apa-apa senjata. Tapi kau, tikam dada dia berkali-kali,sampai dia mati. Malah, pencuri tu sebenarnya masuk ke rumah kau semata-mata nak curi barang. Pencuri tu tak buat apa-apa pun yang melibatkan nyawa tapi kau pulak bunuh dia.

Kalau pencuri tu mati, kau kena berusaha untok buktikan tindakan kau bunuh pencuri tu semata-mata nak pertahankan diri sahaja. Kau kena berusaha buktikan kalau kau bunuh sebab nak pertahankan diri dan harta kau.

Kalau kau dapat buktikan yang kau membunuh untuk pertahankan diri, tetap ada kemungkinan untok kau didakwa atas kesalahan membunuh tapi dibawah kategori membunuh dengan tidak sengaja atau tanpa niat.

Jadi pointnya adalah kau tetap akan dihukum tapi bukan dihukum gantung.

6) Kalau kau bunuh orang, ada 3 sahaja hukuman yang akan kau hadapi.

i- Kalau bunuh dengan sengaja, dengan senjata yang boleh membunuh, dan tindakan kau tu memang secara logiknya boleh membunuh, baru kau akan dihukum mati di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Yang ni, memang betul-betul nak hukum pembunuh.

ii- Kalau bunuh dengan sengaja atau tak sengaja, dengan senjata yang susah nak bagi kematian, tapi orang tu mati jugak, kau akan dihukum penjara seumur hidup, atau penjara lebih 20 tahun, di bawah Seksyen 304 Kanun Keseksaan.

iii- Kalau bunuh dengan sengaja atau tak sengaja, untok pertahankan dirinya, diprovokasi atau pergaduhan mengejut, juga akan dihukum penjara, tetapi mengikut budi bicara mahkamah.

7) Yang penting, kalau kau dah bunuh orang, kau wajib dihukum. WAJIB. Kau ikutlah hukum apa pun, malah hukum Islam pun, kalau kau ambil nyawa orang, kau akan dihukum.

Tapi hukuman tu berbeza-beza, macam yang aku senaraikan tadi.

8) Definisi perompak pula sememangnya bersenjata dan menyerang untuk merampas harta, membunuh atau menakutkan dengan cara terang-terangan. Kalau dia memang dah hala pisau ke arah keluarga kau dan kau YAKIN dia memang akan bunuh mereka, kau tiada pilihan selain daripada bunuh perompak tu atau cederakan perompak tu atas alasan mempertahankan diri. Kalau tak bunuh, perompak tu akan bunuh family kau.

Yang ni, mahkamah akan pertimbangkan, untok lepaskan kau. Tapi ingat, kau kena buktikan yang perompak tu betul-betul ancam nyawa kau. Kalau tak terbukti, susah la kau.

Tu sebab kena pilih Lawyer yang betul-betul power, supaya boleh buktikan benda-benda ni.

9) Kalau pencuri masuk, lepas tu kau pukul dia. Dia tak mati, tapi dia cedera parah. Kemudian, pencuri tu saman kau. Boleh tak?

Boleh. Memang boleh.

Hak nak menyaman ni semua orang boleh buat. Tapi tetap keputusannya semua bergantung kepada budi bicara dan timbang tara mahkamah.

Dan kau akan berhujah bahawa tindakan kau pukul pencuri sebab nak pertahankan diri.

Sekali lagi, mahkamah akan tengok sama ada tindakan kau pukul dia ni setara atau tidak?

Adil atau tidak?

Kalau pencuri tu dah lari, tapi kau kejar jugak dan langgar pakai kereta sampai lumpuh satu badan pencuri tu, benda ni tak setara. Jadi, senanglah pencuri tu ada sebab nak saman kau.

Tapi..

10) Kalau betul tindakan kau tu setara dan adil, contohnya kalau kau tak pukul pencuri tu, pencuri tu akan bunuh kau, mahkamah akan lepaskan kau dan pencuri tu tak boleh saman.

Tapi ingat, tindakan kau tak boleh melampau-lampau. Kalau tak mahu dia lari, boleh guna apa sahaja benda yang tak mencederakan secara teruk.

11) “Undang-Undang sekular ni tak adil! Kalaulah hudud dijalankan, mesti tak jadi camni!”

Rileks beb.

Kalau hukum Hudud ada pun, memang tak boleh settle benda ni.

Sebab apa?

Kau kena faham, Hudud ni cover 8 jenayah je.

Bab bunuh-bunuh ni, semua under hukum Qisas.

Haaa.. Tengok tu, nak condemn undang-undang tapi sendiri tak faham undang-undang.

12) Dalam hukum Qisas pun, kau bunuh orang, akan dihukum. Kalau pun hukum Islam dilaksana kan, tetap juga cara mahkamah tengok kes kau, sama macam hukuman sivil.

Mahkamah hukum Islam ini akan persoalkan sama ada adil atau tidak tindakan kau bunuh pencuri yang masuk rumah kau. Kalau tak adil dan tak setara, kau akan dihukum.

Ingat, apa-apa hukuman kat dunia ni, once kau dah ambil nyawa orang, kau wajib dihukum cuma berbeza-beza hukumannya ikut niat kau.

13) Sama macam hukum Islam, tetap juga akan mahkamah tengok tindakan dan niat kau. Hukumannya mungkin berbeza dengan hukum Sivil, tapi cara nak cari salah tu sama.

14) “Dah tu, pencuri masuk, kena bentang karpet merah semualah? Kena sambut dan bagi minum-minumlah kan? Macam tu?”

Bukan bang.

Kalau pencuri masuk, kau boleh je buat sesuatu untok hentikan pencuru tu. Kalau berani, lawan. Kalau tak berani, menyorok.

Kalau lawan, jangan melebih-lebih sangat lawan dan pastikan setimpal. Sebab yang nak menjawabnya kat mahkamah nanti tu kau. Asalkan pencuri tu tak boleh lari, sama ada kau ikat kaki atau pengsankan, itu dah cukup baik. Jangan belasah macam nak gila sampai mampos pencuri tu. Nanti kau yang susah.

15) Kenapa hukumannya jadi macam ni?

Sebab:

i- Nak bagi keadilan. Tuhan marah kalau kita tak adil. Memanglah pencuri tu wajib dihukum. Tapi bukan dihukum dengan bunuh atau dibelasah sampai lumpuh. Jadi, kalau pun kita nak pertahankan diri, jangan lupa berlaku adil.

ii- Tak nak ada orang ambil kesempatan. Contohnya lah kan, kau benci dengan member kau. Satu hari dia datang rumah, lepas tu kau bunuh dia. Then kat mahkamah, kau cakap yang kau bunuh dia sebab nak pertahan diri sebab dia mencuri.

Camtu senang la bang oi. Jadi, mahkamah perlu make sure yang kau betul-betul takdak mens rea (niat jahat buat jenayah).

16) “Eleh…Tapi camne nak cerita yang pemimpin curi duit rakyat tak kena hukum dan ahli politik buat jenayah terlepas? Tapi rakyat biasa buat, kena hukum pulak! Haaa? Adil sangat ke?”

Serius, bang. Part ni bukan bidang kuasa aku. Tapi Islam kata dah, Hakim yang tak adil ni confirm jadi ahli neraka.

Kalaupun ada keputusan mahkamah yang tak adil, aku sendiri pun marah. Tapi kita pun tak tahu kalau sebenarnya kes tu kekurangan bukti atau ada sebab yg meragukan sehingga menyebabkan hakim jatuhkan hukuman sebegitu rupa. Tapi kalau memang betul tak adil, maka masuklah hakim tu ke dalam neraka.

17) Harapnya kau sebarkanlah benda ni. Sebab ramai antara kita yang tak faham, dan kalau tak faham, banyak fitnah berleluasa terutamanya daripada kita sendiri.

Copy Paste dari page– Mufarwa Farid






42 Komen to Kes Bunuh Perompak: Pengguna Media Sosial Perasan Pandai Dari Peguam Negara Sila Baca Sini

  1. semangat dato' haron says:

    Itulah sbb kenapa kebebasan bersuara harus dikawal

  2. paqtam says:

    Andaikata rumah kita(mangsa rompakan) dimasuki perompak. Dengan atau tanpa senjata. Kita hanya boleh pertahankan diri sahaja. Tak boleh sampai membunuh. Senjata perompak halal untuk badan kita. Kalau kita terbunuh dulu . Apa kata kita terbunuh dia dulu…? Sebab kita tak tahu kecederaan yang akan perompak itu tanggung….sama dengan senjata pembunuh menusuk badan kita. Dan apa akan terjadi ahli keluarga kita yang tinggal setelah kita cedera parah atau mati serta merta.Perompak dan pembunuh itu bebas untuk memperlakukan apa juga pada ahli keluarga yang tinggal. terus dengan nafsu ganas mereka setelah mereka tidak ditentang. Tamatlah hak kita. Giitu ke.Saya pun tak faham ….perompak lebih berhak dilindungi dari mangsa rompak. Masuk rumah orang untuk merompak pun dah salah. Inikan pula sampai mengancam keselamatan mangsa.
    Undang2 negara pun menghimpit mangsa rompak.

  3. Wan says:

    Apelah benggap sgt cara ko menaip.. aku nk tanye ko.. pencuri masuk rumah ko mmg tak bwk ape2 ke? Ko ingat zamn pencuri dlm do re mi ke? Pencuri mesti ada bwk brg untuk pertahankan dirinya.. ke ko tanye dlu kat pencuri tu yg dia ada bwk senjata ke tak? Nk backup pun jgn sampai bengap.. bahalol…

  4. kitai says:

    semua mereka dalam fesbok tu sibok sangat nak jadi Hakim Negara dan loyar negara sebab tu otak mereka ni jadi tepu..banyak sangat pemikiran fantasi.

    Dulu ramai sangat nak jadi pakar kapalterbang, pakar CSI, pakar ekonomi, pakar Minyak tapi tu semua main hentam keromo fata sebab mereka ni nak tunjuk pandai tau semua serba serbi segalanya

  5. Younger But Wiser says:

    Tindakan mangsa ke atas pencuri atau perompak ikut kadar yang munasabah. Kalau perompak tu bawa senjata yang mengancam nyawa, mangsa boleh buat tindakan yang mampu selamatkan nyawanya. Kalau tak munasabah, mangsa juga sebenarnya dah jadi penjenayah. Wajarkah pencuri lembu yang berjaya diberkas dipukul sampai mati? Wajarkah pencuri selipar di masjid dipukul sampai patah tulang rusuk?

    Orang bijak guna akal. Yang kurang bijak ikut emosi.

  6. Hafis says:

    Aku suspek yang tulis artikel ni pernah merompak tak pun mencuri

  7. Musibat says:

    Taknak mati kat tangan orang jangan cari masalah dengan orang. Tu je konsep. Kalau takda orang yg datang merompak rumah takkan ada tuan rumah tetak guna parang. Sekarang semua benda bermula atas perompak tu, berani buat berani tanggung. Tetapkan hukum hudud, confirm tak ada yg berani nak merompak. Setakat penjara perompak tak hairan lagi. Kau nak sama kan konsep hudud dengan undang undang sedia ada? Bodoh macam anjing kau ni. Dan kau juga cakap hukum hudud tak mampu selesaikan masalah ni? Pala buto! Manusia otu diciptakan oleh Tuhan, maka Tuhan lebih mengetahui apa yg terbaik untuk manusia. Tiada tidak kesempurnaan dalam tetapan Allah. Cakap jangan bukdan bukan jangan sesedap mulut. Kau memperlekeh hukum Allah?

  8. kidkaito says:

    ape ke bangang korang semua ni,yg bersalah tetap masih pencuri sebab dye nk merompak,klau dye tak merompak dye tak la mati kne tikam oleh tuan rumah,tuan rumah tetap x salah dlm hal ni sbb dh org msuk nk merompak rumah dye kan,terserah pada tuan rumah nk hukum mcm mne perompak tu,mohon yg tulis ni g belajar agama dlu..hadith dan dalil ade utk kite umat akhir zman so hrap faham..

  9. Ayu says:

    Saya rasa org ni bercakap diatas segi teknikaliti sahaja… tetapi apabila kite sendiri berhadapan dgn situasi begini… kite berubah menjadi haiwan… fight and protect… kite buat ape sahaja utk selamatkan diri… kite sudah tidak sempat utk berfikir dimana keadilan dan apa yg patut dibuat… perkara begini tidak berlaku pada kite hari2… dalam long term memory kite x tersimpan maklumat ape yg perlu kite buat… jadi kite hanya fikir yg terburuk… animal instinct kite akan keluar utk buat apa sahaja to protect our own and our family… apatah lagi jika perompak membawa senjata… our long term memory kite akan terus bawa kite kepada segala perkara yg pernah kite baca di suratkhabar… org kene bunuh selepas dirompak la… dan berbagai lagi… pada saat itu… dengan adrenalin yg memuncak… kite hanya fikir utk fight… mana sempat lagi nak bwerfikir… adil atau tidak… kite bukan org pandai bersilat… nak tahu nak pukul bahagian tengkuk mana utk kasi org tu pengsan… atau kite bukan ade tranqualizer gun utk tembak org tu kasi pengsan… all we have is our willingness to protect our own… harimau kalo nampak org sentuh anak die pun die akan terus attack…

  10. rom says:

    jangan lawan diorang terpelajar dah belajar 5 ke 10 tahun bidang low. kita nie dikata mengaji FB google je.. pencuri win mangsa k.o.

  11. ridwan jer.. says:

    Mufarwa Farid ni rumah kt mne??nt blh bgtaw perompak..sbb mangsa rompak pn ssh nk cderakn prompak..Lg 1,agk2 mse tgh duk bgelut lawan prompak sempat lg ke pikir mne nk tikam??Hahaha..bljr n dalami agama Islam..jgn duk iman taqlid(ikut)..tnye mne Allah pakat tnjuk ats..2×5 ngn non muslim..Bljr kitab Hikam..Sheikh Abdul Malek..Tp xheran pn..Imam Abu Hanifah pn diracun oleh Khalifah..inikn pulak zmn canggih yg serba hebat..yg Islam kembali dagang..

  12. syaa says:

    macai pembangkang bangang.klu polis mempertahankan diri dgn menembak penjenayah yg bersenjata dia pusing cakap polis ni zalim.pulak dah.dia pertahankan penjenayah pulak.

  13. Ayee says:

    Abis tu polis tembak mati penjenayah tu apa cer?..kenapa polis tak tembak kaki dulu?..abis polis je boleh pertahankan diri..org awam tak boleh?..jgn rasa diri tu bagus sgtla bai…

  14. Iqbal Muqri says:

    Saya terbaca facebook selamatkan Zulkifli yang menceritakan bahawa beliau telah membunuh pencuri atau perompak rumah beliau. Zulkifli ditahan semula setelah pertuduhan dibuat dibawah seksyen 302 Kanun Keseksaan dan tidak cukup dengan itu tambah lagi bawah seksyen 326.

    Menurut berita yang diviralkan, mahkamah dijadualkan bersidang pada 24 Januari depan. Sekitar 25 hari dari sekarang. sebagaimana dikhabarkan, jika sebelum ini ketika direman 14 hari, keluarga tak dapat berniaga makanan malah diceroboh lagi rumah dengan beberapa kecurian dari penagih dadah yang makin bertambah di kawasan sekitar, apakan pula yang berlaku selama 26 hari sebelum perbicaraan ini?

    Dari sudut pandangan Islam, pencuri yang telah sabit dengan bukti atau pengakuan, maka kerajaan Islam wajib melaksanakan hukuman memotong tangan sebagaimana firman Allah swt di dalam surah Al-Maidah ayat 38. Ia tidak boleh dilaksanakan oleh mana-mana individu atau kelompok kecil masyarakat tanpa kerajaan Islam yang berdaulat.

    Dalam kes rompak pula, jika ia merompak dan mengambil harta tetapi tidak membunuh, maka hukumannya dipotong sebelah tangan dan sebelah kakinya. Jika ia merompak, mengambil harta dan membunuh mangsa, maka dijatuhkan hukuman dibunuh dan disalib (gantung mayatnya). Hukuman mengerikan ini bagi memberikan kebebasan kepada seluruh rakyat. Bukan kebebasan serta keberanian kepada perompak.

    Jika ditakdirkan, seseorang mampu menyekat perompak dengan melawan dan didapati tiada jalan lain melainkan dengan membunuhnya, maka membunuh perompak pada waktu itu adalah harus dari segi syariat.

    Sememangnya kes seperti ini diperlukan maklumat lengkap dan tepat diperlukan kerana hukuman akan berbeza disebabkan berbezanya keadaan seperti situasi (1) perompak yang telah ditangkap, diikat kemudian dibunuh oleh tuan rumah atau (1) perompak yang dibunuh ketika berlawan dengan tuan rumah (2) atau perompak yang dibunuh ketika lari dari rumah atau (3) perompak yang tersalah bunuh oleh tuan rumah seperti menembak senapang patah untuk memberi amaran, tetapi terkena tepat pada perompak (4) dan lain-lain.

    Dari segi Islam, tuan rumah agak sukar hendak disabitkan kesalahan membunuh sengaja sehingga layak dibunuh balas dalam kes ini zulkifli dijatuhkan hukuman gantung. Ini berdasarkan perbahasan ulama berkenaan status darah perompak adakah mahdar (halal) darahnya atau tidak? Jika mahdar, maka tuan rumah hanya dikenakan takzir, bukan qisas seperti dalam situati (1) di atas.

    Ini berdasarkan kepada hadis di bawah:
    من قتل دون ماله فهو شهيد، ومن قتل دون أهله فهو شهيد، ومن قتل دون دينه فهو شهيد، ومن قتل دون دمه فهو شهيد.
    Maksudnya: Barangsiapa yang mati kerana mempertahankan hartanya, maka ia syahid. Barangsiapa yang mati kerana mempertahankan keluarganya, maka ia syahid. Barangsiapa yang mati mempertahankan agamanya, maka ia syahid. Barangsiapa yang mati mempertahankan darahnya (dirinya) maka ia syahid. – (Hadis riwayat Imam Ahmad dan lafaz yang sama terdapat di dalam Sahih Bukhari dan Muslim).

    Menurut Imam Nawawi di dalam Syarah Sahih Muslim: hadis ini adalah bab yang menunjukkan bahawa barangsiapa yang berniat mengambil harta orang lain tanpa jalan yang benar, maka yang berniat demikian adalah mahdar darahnya. Saya tidak cenderung mahdar diterjemah dengan makna halal kerana ia membawa faham bahawa halal dibunuh. Tetapi Mahdar di sini bermaksud, barangsiapa yang membunuhnya tetap bersalah, tetapi terlepas daripada hukum Qisas atas sebab status si pesalah adalah Mahdar darahnya.

    Dari sudut yang lain, Islam memuliakan mereka yang berani melawan perompak sebagaimana maksud hadis di atas. Di dalam Tuhfah Al-Ahwazi, Syarah Sunan Tarmizi menyebut bahawa mempertahankan harta dengan maksud mempertahankan hartanya daripada diambil oleh orang lain secara zalim.

    Mempertahankan keluarga pula ditafsirkan sebagai mempertahan kemaluan (al-budh’i) isteri atau kaum keluarga yang perempuan. (Sesiapa yang mendalami hadis ini, dia akan faham betapa pentingnya mempertahankan aurat isteri ketika dharurat sekalipun seperti aurat ketika bersalin di hospital dan lain-lain sebagaimana yang telah saya nyatakan di dalam buku saya sebelum ini).

    Di dalam satu riwayat lain (sebagai lanjutan hadis di atas), seorang lelaki datang bertanya nabi SAW jika ada penceroboh datang merompak hartanya. Nabi menjawab, jangan kamu beri. Apa pandangan kamu jika ia ingin membunuhku? Jawab Rasulullah, bunuhlah dia (lawan balik). Beliau bertanya lagi, apa pandangan kamu jika ia membunuhku? maka jawab baginda saw, “maka mati anda adalah syahid.”

    Dalam kes Zulkifli ini (jika si mati adalah perompak yang sedang merompak), apa yang saya dapat pastikan ialah:

    1. Tiada hukuman bunuh balas melainkan hanya dalam kemungkinan yang sangat kecil sebagaimana dinyatakan di atas.

    2. Hukuman reman adalah zalim kerana perlaksanaan reman hari ini memberikan kesan kepada ekonomi keluarga serta memudaratkan keluarga itu sendiri. Dalam Islam, penjara dibenarkan dalam beberapa keadaan seperti seseorang yang mengambil harta awam (seperti kes rasuah atau audit finding hari ini), maka hukumannya ialah si pesalah dipenjarakan sehingga keluarga si pesalah membayar semua duit yang telah diambil.

    Maka penjara menurut Islam di dalam kes ini bersifat paksaan supaya si pesalah dan keluarganya mengembalikan hak orang ramai bagi memastikan pihak lain tidak terbeban. Jika keluarga si pesalah yang dipenjarakan berhadapan dengan masalah kewangan akibat suami (sebagai contoh) dipenjarakan, maka menjadi tanggungjawab baitulmal (bahagian sumber al-fai’ / hasil bumi dll) untuk membantu mereka.

    Tetapi hari ini, reman adalah satu prosedur rutin bagi memudahkan pihak berkuasa menyoal siasat atau dengan alasan takut si pesalah lari. Di zaman Saidina Umar, si pesalah (yang sudah dibicarakan) kes bunuh daripada Syam bukan sahaja tidak direman, bahkan dibenarkan pulang menyelesaikan kes wasiatnya tanpa seorang pengiring(polis) pun. Kemungkinan melarikan diri di zaman itu jauh lebih tinggi berbanding Malaysia hari ini kerana sempadan negara Islam yang sangat luas dan Syam pula sangat hampir dengan sempadan Rom yang memusuhi Islam.

    Apapun saya menyatakan solidariti saya terhadap Zulkifli yang dizalimi dengan hukuman reman. Saya berdoa supaya keluarga beliau tabah menghadapi ujian ini.

    Sekian.

    Ahli Majlis Syura Ulamak PAS

    Zaharudin Muhammad

  15. Syamil says:

    Bercakap guna hukum agama…
    Bukan undang2 dunia…

  16. wan rocjensteiners says:

    Hahahahahahaha…ini la yg paling bangang aku pernah baca..ok mcm ni..mlm ni ko dtg rumah aku p merompak..lpas tu aku akn ckp eh ko jangan bergerak..pinjam pisau ko tu kjp..aku nak tikam kaki ko..nnt tikam kat dada kna hukum gantung pla..ko ckp snang..situasi klu blaku kat kluarga ko takkn ko nak diam2 duduk tgk dorg uri or rogol adik bradik ko..jangan2 ko ni pun sma macam llki berdarah pahlawan yg berambut putih bibir pink tu..puiii

  17. satu je gua nk cakap, peguam or hakim ni membela pencuri dan perompak ke?

    kalau perompak masuk, kita bunuh dia for sure kita akan kena hukum juga. (mcm penulis ni cakap kat atas)

    tapi kalau perompak masuk rumah kita, kita mempertahankan diri dan terbunuh (taknak bunuh perompak sebab takut kena hukum), perompak lari, peguam dan penulis diatas boleh berijaminan tak perompak yg melarikan diri tu akan dihukum secara adil?

  18. Tauge says:

    Islam tak zalim mcm ni. Tu la kerajaan takut laksana hukum hudud. Yg tulis ni tau undang2 ja. Khatam al quran tapi tak tau maksud tu yg tulis mcm tu. Tau yg kat dunia jk. Tuhan adil, tuhan tak kan balas serta merta, mana tau terjadi kes rogol kat rumah dia tgok dia bunoh tak org tu. Tapi aku rasa org mcm ni dia lebih sanggup tgok keluarga dia kena rogol dari dia d hukum mati kali.

  19. Meriam Buluh says:

    “macai pembangkang bangang.klu polis mempertahankan diri dgn menembak penjenayah yg bersenjata dia pusing cakap polis ni zalim.pulak dah.dia pertahankan penjenayah pulak.”

    Pembangkang di Malaysia mana ada prinsip selain bangkang..bangkang..bangkang. Pembangkang taraf longkang.

  20. Jai says:

    Erm…rasenye yg tulis ni bercakap berdasarkan prima facie yg trdpt dlm kes tu je…yg tertuduh pula klu dh menimbulkan sebarang keraguan berkaitan kes tu…kes tu bleh diturunkan seksyen..apa2 pn tertuduh telah melakukan suatu pembunuhan..tetap kene bicara sbb ahli keluarga si perompak tu juga akan mohon keadilan di mahkamah..

  21. Jaiho says:

    Kau sembang lebat la..keyboard warrior puihh..kalau kena kat kau sendiri baru kau tau..sembang serupa bangsat..puihhh

  22. Eyza Bee says:

    Mcm lah kita ni di latih nak pengsankan orang.. Kalau kita dlm keadaan cemas..mcmana????…

  23. Zul says:

    Nampaknya kalu pencuri masuk rumah,

    T.r: Ha sapa yg bising bising tgh malam ni
    P: aku ni dtg nak mencuri
    T.r: woi penyamun apa kau ada bawa parang ka?atau kau nak bunuh aku ka
    P: aku datang kosong daa, aku mau rimpak saja daa
    T.r: ok kalu macam tu, tunggu jap aku mau simpan parang daa
    P: ok ok aku tunggu
    T.r: aku mau pukul pakai tangan daa kasi pening sama kay ya, boleh kaai

    Agaknya sempat ke dlm situasi panik?

  24. jebon says:

    Tak kena atas keluarga sendiri bolehlah gebang besar.

    Bila perompak pecah masuk, dgn bawak parang berkilat, acu pulak kat leher anak bini, apa perasan korang?
    Tambah2 yg cuba mencabul?

    Masa tu mmg semua benda dah kecik je pada pandangan.

    Bercakap atas fakta.

  25. Ina says:

    This is some bullshit article.
    Obviously this is a law student or lawyer who only thinks in theory.
    When ur in that kind of situation let’s see if you can be a wushu master where u know exactly which part to hit that can only cause certain injury but not fatal.
    Such a stupid writer.

  26. Yoyo says:

    Ya, saya akan sebarkan…kebodohan anda.

  27. Hantu malam says:

    Ade pulak si bodoh yang bangang nak kait ngan pembangkang bagai…. ini kes rompak la bahlol…. yang cakap polis zalim tu geng2 kau jugak…. ape bodohnye…. skarang ni kes knr rompak and pertahankan diri…. skang ak nk tanye, kalo perompak boleh terselamat dari rompakan, die ulang balik tak kje tu…??? Konpem ulang…. sbb ape ak ckp camtu sbb ak sndiri kne lebih dr 4 kali…. kau yg tak penah kne rompak/pecah rumah/samun mmg sembang kencang… butoh punye pemikiran… ini pasal la melayu jd layu….

  28. rockers says:

    nilah contoh penulis yg najib ckp tu.terbangsat!!!

  29. Wan says:

    Ok. We get your point.. Tapi dlm dunia ni ade ke perkara yg kita boleh kata ‘benar2 yakin’.. Contoh dlm kes diatas.. Owh sy benar2 yakin die akan bunuh sy kalau sy xlawan? Adekah nak tgu kita dicederakan dahulu baru kita boleh counter attack..? Kalau larat lgi nak counter xpe,tp
    Kalau kita dah mati? Berapa byk kes dah kita tgk perompak cederakan mangsa,mati pun ade.. So again prevention is better than cure. Kalau kita just self defence, and dibuatnya perompak jadi more angry, mcmne? Kalau i pon, i might hav done the same.

  30. Pi says:

    Dari mata kasar dah nmpak cam bodoh jer…sbb tu ramai yg bunyi. Sistem perundgn perlu byak dibaiki. Sampai bila nk ikut akta2 british ni

  31. ismail says:

    undang ketinggalan

  32. perompak says:

    Terima kasih kerana memperjelaskan tentang cara bagaimana seseorang itu boleh merompak tanpa dibunuh….idea baru untuk perompak perompak yang bakal merompak di luar sana.

  33. PakaiBuang says:

    salam..aku stuju cara penulis ni.atas kertas n teori mmg nmpak gah tulisan dia.ada benarnya.tp dr segi praktikal susahla kot.jd atas hidung sendiri kot xdan nk pikior apa yg logik, klu aku buat mcm ni jatuh kanun apa, buat mcm ni jd kanun apa plak, klu aku xbuat apa2 boleh ka aku selamat.
    pecuri perompak penyamun n sapa2 yg ada niat nk lakukan jenayah sepatutnya kena mendalami ilmu undang2 supaya boleh twist.sekurang2nya si penjenayah n si mangsa jenayah sama2 kena tindakan…bonus klu si mangsa ja kena hukuman..
    kurang enche zulkifli ni sbb dia xdak title dato tan sri or tun sri.klu ada cnfirm jauh la dr 302 304.

  34. Zzzz says:

    Klo prompak tu rogol bini , kite kne rogol prompak tu blik ke bk kasi adil

  35. janganbengapsangat says:

    Tau x Allah cipta manusia dgn fitrah yg mana hati kita akn senang tertarik dgn kebenaran. Benar dan salah tu mcm air dgn minyak. Takkan bercampur. Dlm kes pakcik ni. Klau org yg x belajar pon tau yg pkcik ni x salah. Tp klau belajar tggi2 tp makin bodoh tak guna juga. Nabi dah bgtau klau ade perompak yg masuk rumah dgb senjata kita boleh bunuh dia. Yg menulis ni kan..cer perompak2 sekalian cari alamat rumah dia. G la masuk umah dia. Kita rmai2 tgk ape dia buat. Tp xtau la kot dia mati di tgn perompak dek nak mempraktikkan ilmu undang2 dia ni. ☺

  36. Farizuanrahim says:

    Jangan pertikai hadis nabi dan hukum allah,masa dlm kubur kita tidak di tanya dari parti politik mana,jgn sembunyikan kebenaran kerana politik, ini soal mempertahankan nyawa bkn soal politik saya ikhlas bersuara maafkan saya jika ada yg tersinggung.

  37. WTF says:

    boleh pulak pilih nak tikam kat kaki..
    aku rasa peguam ni kawan baik ahmad maslan
    selalu tengok video CCTV pencuri ni selalu ada backup plan
    kalau tengok rakaman CCTV yang tersebar, bila pencuri ni nak mencuri
    ada ke dia tak bawak apa-apa? banyak je rakaman dekat petrol yang bersenjata, yang kena pukul dengan pencuri pun ada.

  38. `Wanmuz says:

    Boleh dikatakan 99% perompak adalah pendatang asing. Tak kira bersenjata atau tidak mereka sangat berbahaya.

  39. Blxxdvamp says:

    Cuba peguam ni kena rompak.. Baru dia tahu apa perasaan orang pada masa tu.. Cakap memang mudah.. Nak kena tikam pada bahagian kaki la nak kena fikir pencuri tu bawak senjata laa banyak kau cantik kau punya ideology..

  40. leman says:

    yang aku heran, apa perlunya zulkifli ni dituduh dengan 302?304 je cukuplah.. ni orang yang menyiasat kes zulkifli ni pernah ada dendam peribadi dengan zulkifli kot?

  41. X5 says:

    Salam…bila ko komplen hukum hudud yang datang dari yg maha adil terus DIA tunjuk kat situ ko buat tu salah.dalam penulisan tu ada kesalahan kalau betul2 baca.
    ALLAH MAHA BESAR

  42. Zamberi Mat Hussein says:

    Jangan la ambil dia ni jadi peguambela,tak pasal2 kita ke dalam le jawabnya!!

Leave a Reply