Menu Utama

Kerjasama Umno, Pas Telah Berlangsung Selama Dua Tahun

Kerjasama antara UMNO dan PAS telah berlangsung selama dua tahun, kata Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Beliau berkata ia melibatkan kerjasama di peringkat ‘G-to-G’ antara kerajaan Persekutuan yang ditunjangi UMNO dan kerajaan Kelantan pimpinan PAS di bawah Menteri Besar Datuk Ahmad Yakob.

“Kerjasama telah berlaku, (ia) bukan mimpi… tak tepat (kenyataan Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man), itu tak betul. Kerjasama telah berlaku dua tahun dah.

“Tapi itu bukan bermakna kerajaan campuran. Itu (kerajaan campuran) konsep yang lebih luas dan kita kena dapatkan persetujuan daripada anggota PAS dan UMNO dahulu,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan program Industri Kenaf Rakan Rakyat (IKRaR) di Bukit Bunga, di sini Ahad.

Mustapa mengulas kenyataan Tuan Ibrahim yang sebelum ini dilaporkan berkata UMNO hanya ‘bermimpi’ jika ingin menjalinkan hubungan dengan PAS selepas Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak pada Khamis menghulurkan ‘tali silaturahim’ kepada PAS untuk sama-sama membina dan membangunkan negara ini mengikut syariat Islam.

Mustapa, yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, berkata kerajaan campuran mungkin tidak dapat diwujudkan dalam masa terdekat, namun beliau yakin ‘salam’ yang dihulur oleh Najib akan disambut baik PAS selepas ini.

“Saya rasa sehari dua ini saya tak nampak ada kerajaan campuran ini, tapi kita dah mula kerjasama, saya sendiri dengan Menteri Besar Kelantan dalam setahun ini banyak pertemuan telah diadakan.

“Saya banyak kali ke Kota Darul Naim (pusat pentadbiran kerajaan Kelantan) yang tak pernah berlaku sebelum ini. Ini tanda-tanda yang baik. Menteri besar Kelantan pun banyak kali berjumpa perdana menteri untuk urusan kerajaan,” katanya.

Mengenai program berkenaan, Mustapa berkata IKRaR diperkenalkan bagi merakyatkan program pembangunan komoditi kenaf supaya lebih dekat dengan komuniti di sesuatu kawasan.

“Kenaf mempunyai potensi besar kerana banyak digunakan dalam industri automotif, elektronik dan binaan. Kita sasarkan petani yang mengusahakan tanaman ini mampu memperoleh pendapatan sehingga RM5,000 untuk semusim dalam tempoh beberapa tahun akan datang,” katanya.

— BERNAMA






10 Komen to Kerjasama Umno, Pas Telah Berlangsung Selama Dua Tahun

  1. azmi says:

    – Mustapha kata kerjasama dan terjalin 2 tahun lalu..
    – Tuan Ibrahim Tuan Man kata UMNO bermimpi..
    – Ahli PAS yang lain diarah tutup mulut oleh Presiden Hj Hadi..
    – Ohh baru saya faham..
    – Urusan ni Najib dan Hadi aja buat diam-diam..
    – macam urusan 2.6 billion..

  2. Meriam Buluh says:

    Tuan Ibrahim ni tak minat buat kerjasama dengan UMNO. Dia masih berharap nak buat kerjasama dengan PAN sebab dia ni jenis hybrid petai-harumanis dalam PAS. Talam dua muka. Anti UMNO. Akalnya masih akal Mat Sabu. Selera nak jadi menteri terlalu tinggi.

  3. Memang Terok says:

    Rata2 orang PAS sendiri pun yakin dengan gabungan dua parti ini dan mengangapnya sebagai satu perkara besar yang bakal berlaku tak lama lagi.

    Cuma sorang dua yang bergeladak otak akan berkata sebaliknya . Dan ini dianggap sebagai perkara biasa.

    Tak ada banyak perkara yang boleh diharapkan datang dari specis berkeladak ini sebenarnya.

  4. tony fernandes merapu says:

    tuan ibrahim tuan man.. dasyhat tu.. letak nama tuan dalam full name surat beranak dan ic? keturunan tuan eh.. cakap sajalah terus terang.. saudara ibrahim nak jawatan daripada kerajaan negeri pahang ataupun kerajaan persekutuan.. then, legalah dah dapat jawatan, pangkat, kedudukan.. mengakulah oh UMNO memang tak bermimpi.. UMNO memang bekerjasama dengan PAS.. hidup PAS.. takbir.. buat pe gaduh-gaduh kan.. dah tua-tua pun. dendam tak sudah.. bukan boleh bawa harta ke kubur pun. enough.. orang pas tak payah nak kafirkan orang umno… orang umno pun tak payah nak bermusuh dengan orang pas. korang gaduh-gaduh ni pun sebab berebut jawatan je kan.. kalau bersatu, lagilah susah nak naik atas kan. penyokong-penyokong pas sekalian jangan nak mengharap sangat dengan pas ni saja yang mampu bawa perjuangan islam.. orang dalam pas tu pun kahwin dengan orang umno gak.. semua dah bercampur baur.. umno dengan pas. dalam pas ada yang terlebih ekstrem macam nak buat malaysia negara Islamic State (IS), dalam umno pula ada yang terlebih hedonisme macam nak buat malaysia ni las vegas tempat berhibur tak ingat nak mampos.

  5. HANG TUAH says:

    TUAN IBRAHIM , ANWARISIMA ATAU DAH DAPAT HABUAN DARIPADA DAP, TAK LAYAK PEGANG JAWATAN NAIB PRESIDEN PAS JIKA ASYIK MENFITNAH UMNO

  6. syaa says:

    tuan ibrahim tuan sombong lagi bongkak

  7. semangat dato' haron says:

    Bersatulah wahai melayu

  8. Memang Terok says:

    Untuk menyatu Melayu sama macam untuk lihat Yahudi berdamai dengan Palestin. Namun Melayu atas nama Islam tetap boleh sepakat dalam hal2 penting demi masa depan ummah di Msia, tak perlu bersatu dalam segala aspek, kerana itu susah untuk dicapai.

    Bangsa lain juga tidak sekepala dalam semua hal . Mereka masih ada lain pendapat, masih tidak setuju dan masih bertelagah dalam hal2 tertentu. Tapi dalam hal2 penting mereka bleh duduk semeja bercakap mengenai common grounds dan akhirnya bersetuju untuk lalu jalan sehala , lalu mereka maju.

    Ini bileh dicapai dan InshaAllah kita berharap ini akan tercapai dalam masa terdekat.

  9. arul kekanda says:

    apa anutan @ agama Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man ni..??? Yahudi ker..??

  10. bangKano says:

    Takat 2.6 bilion tu tak seberapa AZMI jika dibandingkan 33 bilion yang disonglap Mahathir semasa dia berkuasa 22 tahun dulu…..napa hang tak highlite skandal Mahathir tu.

    Apa hang dah dapat upah dari Mahathir ke Azmi…beghapa dia bayaq kat hang… RM2 juta ka…? Tolong sikit Madey nak bayaq kat sebanyak itu…habih-habih dia bayaq takat RM200 jerrr..MAdey bukan sebodo tu dia bayaq ikut kemampun & kemahiran hang berpikiaq..kalau bepikiaq macam Pak Pandir tolong jauhh….!!!

Leave a Reply

Threesome