Menu Utama

Kerjasama UMNO-Pas bakal buka dimensi baharu landskap politik negara

Kerjasama antara Pas dengan UMNO untuk kepentingan agama dan rakyat akan membuka dimensi baharu landskap politik negara pada masa depan.

Ketua Pemuda Pas Pusat, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz berkata, impian rakyat di negara ini untuk melihat perpaduan di antara kedua-dua parti tersebut bagi mewujudkan persaingan politik yang sihat.

Beliau berkata, rakyat sudah matang untuk membuat keputusan memilih mana parti yang terbaik untuk memerintah negara ini.

Menurutnya, Pas akan terus kekal sebagai pembangkang manakala UMNO sebagai pemerintah untuk ketika ini dan jika UMNO buat benda yang baik, Pas akan sokong.

“Sebagai pembangkang Pas tidak boleh asyik hendak bangkang perkara baik yang dibuat oleh UMNO dan itu bukan politik sihat. Begitu juga dengan UMNO, jika Pas atau parti pembangkang lain membuat kebaikan, mereka perlu berbuat perkara yang sama iaitu tidak menyekat. Inilah yang kita mahukan iaitu berpolitik secara matang.

“Apabila pilihan raya umum, kita akan berlawan seperti biasa dan ketika itulah rakyat akan membuat penilaian parti mana yang mereka akan pilih dan sokong,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan persekolahan kepada pelajar kurang berkemampuan di sini, hari ini.

Akhbar sebelum ini melaporkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menghulurkan salam perpaduan kepada Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang ketika merasmikan Majlis Multaqa Serantau Alumni Al-Azhar Malaysia 2015.

Najib menghulurkan salam perpaduan kepada Abdul Hadi dengan berpandukan suruh Ali-Imran ayat 103 yang mengajak umat Islam agar berpegang teguh kepada tali Allah dan melarang daripada berpecah-belah.

Sementara itu, dalam perkembangan lain, Nik Mohamad Abduh yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas berkata, Pas akan terus memperjuangkan hudud sehingga menemui noktah.

Katanya, parti itu akan membawa sekali lagi Rang Undang-undang (RUU) Persendirian berkaitan hudud untuk dibentangkan di Parlimen pada bulan Mac tahun hadapan selepas ditolak sebelum ini.

“Bulan lepas kita tidak bentang di Parlimen kerana berdepan dengan saman. Alhamdulillah kita menang, jadi kita akan bawa sekali lagi ke Parlimen,” ujarnya.

Utusan






7 Komen to Kerjasama UMNO-Pas bakal buka dimensi baharu landskap politik negara

  1. burrpp.. says:

    Lebih molek jika UMNO dan PAS bertanding di kawasan masing2 demi melawan rejim Pakatan Harapan. Jika bertanding sesama sendiri, ia tidak akan memberi sebarang makna.

  2. Meriam Buluh says:

    Di kawasan yang ramai pengundi PAS jenis petai yang sampai kiamat tak akan pangkah BN tapi akan pangkah PAS, kena letak calon PAS juga agar undi tu tak dapat pada pakatan haramjadah.

  3. Meriam Buluh says:

    Di kawasan yang ramai pengundi PAS jenis petai yang sampai kiamat tak akan pangkah BN tapi akan pangkah PAS, kena letak calon PAS juga agar undi tu tak dapat pada pakatan haramjadah laknatullah.

  4. sman says:

    Kerjasama Umno/Pas kena diadun oleh gulungan tertentu(profesional,ilmuan dan ikhlas)yg tidak memihak tapi benar-benar mahukan Melayu Islam bersatu.Kemudain barulah ianya di bincangkan oleh kedua-belah pihak yg berkepentingan,utk membuat keputusan.Kenyataan spontan seperti yg di keluarkan oleh para pemimpin Pas sekarang ini ,tidak banyak membantu,kerana sering berubah-ubah dan kelihatan lebih sebagai retorik politik.Matlamat kerjasam mistilah menang-menang bagi kedua pihak dan kemenangan mutlak hanya utk Islam.

  5. ayam says:

    Jangan lupa tabur2 skit dedak macam biasa.

  6. bujuk says:

    Ahli PAS tak mungkin terima kerjasama politik PAS/UMNO selagi Najib jadi Presiden. Sementelah nama Najib tak menunjukan dia pemimpin Islam. Najib pernah bersama MCA masa Chua Soi Lex jadi Presiden menolak hudud.. malah beliau ada sebut selagi BN memerintah takkan laksana hudud. Sedangkan antara isu utama perpecahan dalam PR adalah isu hudud bila DAP dan sebahagian pemimpin PKR dan PAN menolak hudud.
    Seperti kata TITM, UMNO buatlah dulu kerja Islam yg boleh dibuat tampa PAS seperti pulangkan Royalti K’tan, halang kenaikan Tol dan kenderaan awam. Hapuskan GST dan banyak perkara lagi yg menekan dan menzalimi rakyat. Ini tanda UMNO iklas. PM juga kana jawab secara terang isu 1MDB dan 2.6Bilion tu.

  7. itsme says:

    Dlm isu ini, PAS perlu lbh positif akan hala tuju UMNO dibwh DSN. Jika byk sangat provokatif kpd sesuatu niat maka agak sukar ianya hdk dicapai.

    Semua pihak perlu melihat setiap komen dr kedua pemimpin parti dlm konteks yg baik dan adalah mnjadi tanggungjawab setiap penulis utk melapor dgn konteks yg lbh berilmiah agar perpaduan dpt dicapai krn perpaduan itulah kunci utama kejayaan ummah.

    Sy fikir langkah diambil UMNO ini sgt2 baik spt mn dituntut ISLAM dan PAS harus tanpa ragu perlu menerima dgn hati twrbuka tanpa ragu. Bersama dulu baru bincang apa perlu dibuat utk masa akan dtg. BERSAMA dulu then bincang. Ini lebih baik. Tak rapat bagaimana mungkin kita boleh memujuk, jadi PAS perlu lbh mengambil peluang ini jika mrk benar2 mahukan ISLAM tersemai dgn lbh indah dibumi ALLAH ini.

Leave a Reply