Menu Utama

Kerajaan Punca Proton Mahal, Mahathir Menipu Lagi

DAN2014

SESUAI dengan kedudukannya sekarang sebagai penentang kerajaan, tidak ada apa yang elok kerajaan di mata bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir.  Semua pun salah kerajaan, salah Najib, sehinggakan harga kereta Proton tak boleh nak turun pun kerana Najib juga.

Kata Mahathir, kereta Proton mahal kerana kerajaan mengutip cukai sehingga 300%!!  Ini satu pembohongan kerana cukai eksasis ke atas kenderaan yang dikenakan di negara ini hanyalah sekitar 65% hingga 125% – merujuk kepada Dasar Automotif Nasional (DAN).  Datang mana pulak 300%?

Bila Cukai barangan dan perkhidmatan (GST) diperkenal April lepas, harga kereta sepatutnya turun 4% lagi kerana cukai jualan sebanyak 10% telah digantikan dengan GST sebanyak 6%.

Hairan bagaimana Proton tak boleh turun harga kerana banyak syarikat kereta lain boleh turunkan harga selepas GST dilaksanakan.  Mungkin sebab pembekal Proton enggan turun harga mereka sebab ada pertalian saudara ke macam mana dengan Pengerusi, mungkinlah, kita tak tahu.

Tapi nak mengatakan kerajaan punca harga kereta tak boleh turun, itu tak betul.  Malah nak disebutkan disini, DAN itu sendiri menyebabkan harga kenderaan yang dipasang dalam negara (CKD) turun sebanyak 30%, tak tahulah kalau kereta Proton sekarang pasang kat Zimbabwe ke mana sampai tak boleh turun harga?

Anehnya, dalam Mahathir salah kan kerajaan kerana harga Proton mahal, Proton seperti uang dipetik dari beberapa sumber, dah menurunkan harga kenderaannya (melalui pemberian diskaun) sehingga 12%.  GST tu sendiri menurunkan harga kereta Proton sebanyak 3.25%, tak caya, boleh rujuk sini.

Pendek kata, ada turunlah, entah bagaimana maklumat ini tidak sampai kepada Pengerusi sehingga dia mendakwa seperti itu.

Atau mungkin maklumat sampai tapi sengaja diselewengkan kerana kesumat yang teramat sangat kepada Perdana Menteri.  Benarlah kerajaan tidak lagi boleh layan Proton macam anak emas seperti mana dibawah pentadbiran Mahathir dulu, masa dah berubah, banyak keperluan lain yang kerajaan perlu beri perhatian.

Tapi jangan kerana itu bohong dan fitnah kerajaan, ingat akhirat sikit.






10 Komen to Kerajaan Punca Proton Mahal, Mahathir Menipu Lagi

  1. imayam says:

    Saya sering baca kempen2 memburukkan Perodua yg dijalankan kumpulan pro Tun M. Mereka selalu kongsi gambar kemalangan yg melibatkan perodua. Ada yg nampak telah diedit. Apakah ini kempen terdesak Proton utk menakutkan bakal pembeli Perodua? Proton sepatutnya sepatutnya menumpukan perhatian pada R&D model terbaru. Bukannya sibuk taja pasukan lumba motosikal serta membeli syarikat motosikal yg tak menguntungkan. Pengurusan boros Proton yg terlalu gila cari nama punca kegagalan Proton bersaing. Keluarkan lebih kerap model baru, proton boleh!

  2. azmi says:

    Mahathir bukan menentang kerajaan, dia menentang najib ketua kerajaan yang disaluti dengan pelbagai skandal,dia ahli UMNO. MYKMU jangan cuba nak spin..

  3. semangat dato' haron says:

    Mamak Kutty bkn menentang Najib, dia menentang Melayu. Dia sakit hati melihat melayu berkuasa dan maju. Sakit hatinya dr zaman Tunku hingga Najib. Taubatlah mamK kutty…

  4. DAPbodo says:

    dulu bukankah mahathir cakap harga proton tak leh bagi murah murah lagi sebab nak bersaing dengan kereta import..apa kess orang tua ni hahhh??

  5. Anak_Nogori says:

    Kot madey menentang najib pun…ingatlah dosa juga..tidak hari ni besok mengadap Allah swt juga…tak gitu?

  6. Memang Terok says:

    Wamannu’ammir hununakkis….ya’qiluun – surah yasin ayat ke 67 mengatakan “dan barang sesiapa yang kami panjangkan umurnya nescaya kami kembalikan ia kepada kejadiannya.”

    Telah ternyata bahawa umat Muhamad usia kita sekitar 60 ke 70 tahun. Sesiapa yang melebihi jangka masa itu hayatnya bolehlah dianggap diberi bonus. Samaada untuk kebaikan atau sebaliknya wallahu alam. Dia saja yang tetapkan semua itu.

    Adapun maksud ayat diatas itu memang mudah untuk difahami. Yeini jika usia kita dilanjutkan melebihi had tersebut, kita akan kembali macam kita kecik2 dulu semula. Gigi akan tanggal jadi macam baby semula yang belum tumbuh gigi. Akal jadi tak ada macam budak kecik. Berak kencing pakai lepas saja terpaksa berpampers. Makan bersuap. Berjalan tak boleh macam bayi belum pandai berjalan.

    Jarang orang dalam usia melebihi had itu yang masih kuat berjalan, kuat bercakap dan masih mampu berfikir. Maka pada umat Muhamad yang masih belum kembali kepada kejadian nya kita harap mereka sedar. Mulalah bertaubat kalau belum. Berbuat baiklah kalau belum. Berhenti memfitnah dan berhenti berniat buruk sesama manusia. Inshaallah kita akan selamat.

  7. rockers says:

    bangangnye mykemut…tun m juga yg ko sokong dulu masa dia pm.dh nama umno..

  8. rockers beruk says:

    Biasalah bila dipenghujung usia. Kira buang tebiat

  9. bangKano says:

    Kita sokong seseorang pemimpin bukan pada individu tetapi apa yang dia katakan…..dulu kita begitu taksub menyokong Mahathir berdasarkan apa yang pernah dia katakan yang sarat dengan retorik,dan kini kita mententang dia juga berdasarkan apa yang dia katakan berunsurkan persepsi,spekulasi,falasi & ilusi terhadap orang lain yang dibencinya termasuk PM Najib.

  10. […] Sumber: http://www.mykmu.net/2015/12/kerajaan-punca-proton-mahal-mahathir-menipu-lagi/ […]

Leave a Reply

Threesome