Menu Utama

Kisah Proton dan 1MDB, Kisah Puluhan Bilion Mahathir dan Najib

Najib melalui 1MDB mahu mengambil alih IPP bagi menukar perjanjian berat sebelah dan menstabilkan harga letrik untuk rakyat.

Di satu pihak lagi Mahathir mahu suntikan dana berbilion kepada Proton dan terus memaksa rakyat mendapat kereta dengan harga yang mahal untuk melindungi Proton.

Tun Mahathir berhak bertanya dan mengkritik pengurusan 1 Malaysia Development Berhad (1MDB) tapi bukan dengan cara memanipulasi fakta dan melakukan serangan berterusan untuk menjatuhkan syarikat terbabit.

Ini kerana beliau sendiri mengetahui bahawa pelaburan dan perniagaan merupakan satu risiko, apatah lagi apabila perniagaan dan pelaburan ini melibatkan kepentingan negara dan keperluan mengutamakan polisi kerajaan berbanding keuntungan.

Namun Mahathir berterusan menyerang 1MDB seolah-olah zaman beliau tidak berlaku apa-apa kekurangan mahu pun kerugian. Semalam MYKMU menerbitkan artikel menyatakan kerugian Proton jauh lebih besar daripada 1MDB yang belum rugi, dan ia mendapat reaksi yang negatif daripada penyokong Tun.

Sehingga kini 1MDB hanya berhadapan dengan “aliran tunai” dan andaian ia akan mengakibatkan kerugian berbilion ringgit. 1MDB bertujuan menguruskan beberapa polisi kerajaan melalui perniagaan hasil beban peninggalan Tun Mahathir ke atas industri janakuasa bebasa (IPP). Namun ia menemui kegagalan setelah diserang bertalu-talu oleh Tun Mahathir dan konco-konconya.

Sejarah akan mengingati kegagalan 1MDB bukan sepenuhnya kerana model perniagaan beliau yang lemah tetapi kerana serangan Tun mahathir menyebabkan mereka gagal melancarkan IPO yang sepatutnya menjadi penyelesai kepada masalah aliran tunai.

Kita mempertikaikan Proton bukan kerana kita benci Proton. Kita sayang proton sebagai satu projek kereta nasional. Kita terima kegagalan Proton sebagai satu kegagalan dalam banyak kejayaan.

Selepas 30 Tahun kita kena terima hakikat Proton tidak mempunyai daya saing kerana pasaran yang terhad.

Orang yang matang akan menerima bahawa dalam kita membangunkan negara mesti akan ada kegagalan. Yang penting kita merancang, melaksanakannya dan cuba menjayakannya. Jika gagal, kita harus mencuba jalan lain, bukannya terus mempertahankan kegagalan kita melalui suntikan dana dan modal.

Kita tidak nafikan jasa Tun Mahathir kepada pembangunan negara, namun Tun mahathir bukan sempurna untuk kita menjadikan kata-katanya sebagai “hadis sahih” terutamanya dalam bidang perniagaan. Sekian banyak perniagaan di bawah Tun Mahathir gagal dan terpaksa diselamatkan berkali-kali.

Kerajaan hanya menyumbang RM 1 juta modal permulaan 1MDB, jaminan bon sebanyak RM 5 bilion. Baru-baru ini juga kerajaan memberi “credit fasility” sebanyak RM 950 juta.

Sebaliknya Proton telah beberapa kali rugi dan diselamatkan oleh kerajaan hanya kerana mahu mempertahankan ego Mahathir tanpa kepentingan strategik nasional seperti 1MDB.

Kereta nasional bukan kepentingan strategik negara. Hanya berapa kerat sahaja negara ada industri kereta sendiri.

Ditubuhkan dengan modal sebanyak RM 150 juta dari kerajaan pada awal 90-an hanya membuat keuntungan melalui jualan kembali kepada kerajaan dan rakyat Malaysia.

Pada tahun 2000, Petronas terpaksa menyelamatkan Hicom dan Proton melalui pengambil alihan 25% saham Proton dengan kos RM 1 bilion.

Baru-baru ini Proton mahu kita menanggung kos R&D sekitar RM 3 bilion ringgit. Berapa buah kereta perlu dijual oleh Proton untuk mendapatkan RM 3 bilion ini semula?

Sekejap, Menurut Abdul Rashid Musa, Ketua Pegawai Teknikal Proton, sebelum ini Proton telah membelanjakan RM 18 bilion ringgit untuk R&D sepanjang 30 tahun lalu. Wang siapa selama 30 tahun ini? Sudah tentu wang kerajaan. Ini belum termasuk lagi suntikan dana lain bila Proton mengalami kerugian.

Malangnya, selepas 18 bilion, Proton mengalami pengucupan jualan dan pasaran di dalam negara sendiri. Malah lebih mengecewakan sebahagian besar teknologi masih bergantung kepada Mitsubishi.

Ini belum dikira dengan pembinaan prasarana untuk Proton yang dianggarkan oleh Asia Times berjumlah sekitar USD 2 bilion (RM 7.5 bilion) sehingga 2003.

Pada tahun 2003 sahaja Proton membayar royalti penggunaan reka bentuk Mitsubishi sebanyak RM 1.2 billion walaupun syarikat terbabit mempunyai saham 15% dalam Proton. Dianggarkan sepanjang hubungan Proton-Mitsubishi sehingga 2003 sahaja, Proton telah membayar RM 17 bilion kos royalti kepada Mitsubishi.

Pada tahun 2005 juga Khazanah telah membeli 7.93% saham Mitsubhishi pada harga RM 384 juta.

Tanpa mengambil kira dasar perlindungan kereta nasional yang menaikkan harga kereta, ambil kiraan mudah sebegini sahaja:

i. Pembinaan dua buah kilang awal berharga RM 6 bilion ringgit.
ii. R&D sepanjang 30 tahun RM 18 bilion ringgit
iii. Bail out Petronas RM 1 bilion
iv. Bayar royalti Mitsubishi RM 17 bilion (sehingga 2003 sahaja, jumlah mungkin sudah meningkat berkali ganda)
iv. Kerugian pembelian MV Agusta dan Lotus, anggaran kasar sekitar RM 1 bilion. Mungkin lebih.
v. Campur tangan khazanah Nasional melalui perubahan saham sahaja dianggar sekitar RM 1 bilion

Setelah tiga puluh tahun dan hampir RM 44 bilion dibelanjakan kita masih tiada industri automatif yang sebenar dan Tun Mahathir mahu memberitahu kita 1MDB yang baru beberapa tahun ini dan belum lingkup sebagai tidak betul?

Ketika 1MDB masih boleh diselamatkan kerana aset melebihi hutang RM 30 bilion, Proton sudah hampir tiada jalan kejayaan kecuali kerajaan terpaksa memungkiri janji untuk mengurangkan cukai kereta import dan memberi suntikan dana berbilion lagi.

Najib melalui 1MDB mahu mengambil alih IPP bagi menukar perjanjian berat sebelah dan menstabilkan harga letrik untuk rakyat.

Di satu pihak lagi Mahathir mahu suntikan dana berbilion kepada Proton dan terus memaksa rakyat mendapat kereta dengan harga yang mahal untuk melindungi Proton.

Tepuk dada tanyalah selera anda!

Najib belum menggunakan sepenuhnya RM 1 bilion wang kerajaan untuk 1MDB. Mahathir pula sudah menghabiskan lebih RM 44 bilion untuk Proton.-MYKMU.NET






22 Komen to Kisah Proton dan 1MDB, Kisah Puluhan Bilion Mahathir dan Najib

  1. sman says:

    Siapa kata hanya 44 billion?.Itu hanya perbelanjaan direct,bagaimana pula dgn jumlah cukai kereta yg telah di naikan kerana ‘protections’ utk membolehkan Proton bersaing?.Itu di kira perbelanjaan untuk Proton juga.Bayangkan jika di anggarkan cukai kereta di naikan sebanyak kira-kira RM 30,000 bagi setiap kereta import baru/recond/ckd yg di jual sejak projek Proton di mulakan lebih 30 tahun lalu,berapa jumlah keselruhan cukai tambahan yg telah di bayar oleh rakyat Malaysia kerana ‘protection’ utk Proton?.Mengikut anggaran kiraan oleh LSS jumlah cukai tambahan selama ini ialah kira-kira 300 billion.Kemana perginya wang tersebut?Sudah tentu telah di belanjakan oleh kerjaan dan PM yg paling lama sempat mempergunakan cukai tersebut ialah ‘orang itu’ yg memerentah selama 22 tahun.

  2. kakak says:

    Kalau begitulah keadaannya, tak disangka TM dan perancangannya begitu licik sekali. Dalam masa yang sama, beliau bermatian-matian merangka strategi untuk menjatuhkan PM DS Najib dan IMDB.

    Kadang-kadang saya rasa tidak percaya setelah individu yang kita kagumi sebelum ini “bermain kayu tiga” terhadap negara sendiri.

  3. system baru says:

    Bagi aku proton berlagak kaya contoh kita beli agustar ketika kowangan proton belum kukuh dan kerajaan terpaksa bayar hutang2 proton,untuk ambil sebuah syarikat kena ambil Kira hutang syrakat yg bankrap.proton mampu bayar atau tak, Cuba tengok sebab APA kereta Korean tak beli lotus dulu sebab kowangan mereka tak kukuh, kita telalu berlagak kaya Dan tak tahu guna sumbar ada,proton dulu kita berkerjasama syarikat prancis gagal sebab tahu Cara berkerjasama dengan mereka, kita patut malu kerata Korean hanya berkerjasama dengan perancis Dan German mampu ubah budaya kerja pembuatan kereta Dan pemasaran kereta mereka sendiri. Kesilapan kita tahu hanya tahu meniru budaya kerja barat Dan jepun sedangkan kita masih gagal memahami budaya kerja otomatif kita sendiri.kalau korang tengok stadar kereta Korean sama macam kita INI tapi budaya kerja pemasaran otamatif dikata terbaik. sell and srevis 5s proton tak mencapai kuliati bagus tapi peralatan alat ganti minta tak mencapai kualiti memuaskan di sebab tak ada pemantauan Dari pihak proton. Saya cakap jika perkara tak atasi macam mana bina proton perdana ITU diiktiraf sebagai kereta sedan itu , tak akan kita harap kerata sedan saga ITU selama2 nya. Tun m patut fikir macam mama pasar kerata sedan itu

  4. jebon says:

    Kahkahkah

    Kalau betul berlaku salahgunakuasa, penyelewengan, org tua tu dah berpuluh2 kali mencabar supaya dirinya disiasat.

    Siasatlah beliau, penjarakanlah beliau, kita tengok siapa yg akan berpuashati.

    Selepas itu, kita tengok pulak nasib Najib dan penjilat2nya.

    Gegaran di bawah permukaan makin menggelodak. Akar umbi dah makin lantang bersuara.

    Admin jangan lupa delete cepat komen aku.
    Jangan terkincit dlm seluar dahlah.

  5. HANG TUAH says:

    hai jebon, ikut telunjuk Dap , Melayu juga yang rugi, Dap hanya memperjuangkan KAUM cINA

  6. daud says:

    Setahu akulah…dah banyak kali TDM offer untuk sesi soal jawab apa saja issue semaaa 22 tahun jadi PM dgn syarat Najib pun kena ada hadir sama juga untuk menjalani sesi soak jawab tersebut. Kesimpulan nya, pahlawan bugis ni agak pengecut dan selalu kelihatan berdolak dalik bila nk menjawab isu isu yg memang dia tk mampu nk jawab. Sebab apa yer? Kurang keyakinan yg dia boleh menyakinkan orang ramai agaknya…berbanding Tun…dia boleh bagi jawapan on the spot, direct to the point dan bersahaja…hampir setahun dah dok pi mai pi mai tang tu jugak…dok ulang la pelan rasionalisasi tk habis habis….sampai kiamat pun rakyat Malaysia tk dapat jawapan. Konon nk reduce kos power plant, alih alih pi jual kat company lain…meniaga apa 1MDB ni…money laundering ka 🙂

  7. system baru says:

    1mbd Ada jalan penyesainya, proton bertahun2 kerajaan terpaksa selamatkan nya guns duit kerajaan proton bukan kereta saab keuntungan dijana dengan syarikat pertahaan, syarikat lori Dan bas’ walau pun syarikat kereta rugi. daun Boleh cakap kenapa ceo lama proton tak di panggi oleh pac dulu ketika era tun m dulu rugi sebab tun m selalu banyak masuk wang kerajaan Tampa di kawalan, sebenar nya proton patut tunjuk kauliti kerja produk terbaik Dan sell and server terbaik di Malaysia INI sebab kilang utamanya di malaysia, kalau Honda atau Toyota tak tunjukkan kualiti terbaik menasabah akalah sebabnya kilangnya di Thailand Dan malaysia.

    Cuba daun jawab pada aku ini simedaby jual syarikat tayar di Malaysia rugi dijual pada syarikat german ketika ekonomi baik Dan Petronas jual logi dia Vietnam sebab harga gas Dan minyak jatuh ketika ekonomi dunia buruk’kenapa tak ada orang bising malah muka2 seperti khairuddin tak nampak pun adakah dalam ITU Ada kroni tun m menyebab Rakyat tak bising, khairuddin perjuang perut tembolok dia sendiri, malah suadara dia sendiri si anwar pun dia sanggup jatuhkan di sebab mahu kuasa Dan Wang tun m itu

  8. Zul says:

    Proton pun pernah untung dan berjaya di era 90-an, malah menghasilkan kereta yg berkualiti,itulah kelebihan tdm- otak teknokerat, cuma ia kini selepas pentadbiran diambil alih 2 pm terkemudian- dgn dasar tahap otak darjah 6 ” menghapus perlindungan” kereta nasional, buka kat keta luar masuk , dan berfikir ” yg penting keta murah dan cantik- tahap fikiran mak cik kiah gitu”,

    Nampaknya dasar mak cik kiah dah semakin mendasari negara dengan,

    Menyesal belajar automotiv
    Buat bangunan bagi indon bangla
    Jgn buat industri
    Jgn buat railway
    Jgn belajar apa apa
    Jgn buat jambatan

    Yang penting kita ada aset dan jualkan aset itu, kemudian kita bergaya sakan dgn duit tu dan berkata betapa bijaknya kita dan sungguh hebat kerana ” berjaya” jual aset – yg ni fikiran tahap bawah sikit dari mak cik kiah.

  9. sman says:

    Umur TDM dah lebih 90 tahun,kalau nak siasat penyalahgunaan kuasa beliau memang boleh di buat ,cuma pihak yg berkiatan tidak berhati busuk seperti orang yg mahu disiasat.Kalau benar TDM bersih mengapa semasa beliau menjadi PM, beliau tidak mengarahkan AG,SPRM atau polis membuat siasatan terhadap beliau berkaitan dgn tuduhan yg di buat di sana sini,seperti yg di buat oleh PM Najib mengarahkan AG meyiasat 1MDB.Yg kita tahu dari pendedahan bekas KP BPR beliau di marahi oleh TDM kerana menyiasa orang TDM,kalau nak siasat TDM lagi lah teruknya.Bila Zahid Hamidi membangkitkan kronisma dan nepotis semasa perhimpunan Agung Umno,’boss’ beliau Anwar Ibrahim di pecat atas alasan sodomi,sedang sebenaarnya TDSM dah tahu pasal sodomi sudah bertahun-tahun lebih awal,Zahid pun kena cekup sekali,dan terpaksa buat U turn.

  10. rockers says:

    1mdb berniaga ape..gali lubang tutup lubang..untung unit…bye interest pun pinjam Ananda…

  11. Gengrembau says:

    1mdb keje jual tanah melayu
    Hehehehehehehehehehe

  12. semangat dato' haron says:

    Penyokong mamak Kutty dlm mode panik setelah skandal proton didedahkan. Skrg masa utk Najib menyerang balas semula Mamak Kutty hipokrit dan geng2 kroninya.

  13. semangat dato' haron says:

    Zul salahkan 2 PM selepas mamak kutty punca masalah Proton. Dia x nampak pengerusi Proton tu si mamak Kutty.

  14. system baru says:

    Zul zaman fun m Ada kerajaan kawalan ekonomi 90an ia Semarang dah tak boleh lakukan lagi jika kita ingat maju . bukan kah tun m dah ingat kan bahawa dasar ekonomi terbuka kita pada INI lupa ucapan beliau, apa kah tun m cakap tak serba bikin tak tahu dalam ucapan ketika dia berucap sekarang, jawapan mudah proton seolah2 tak bersedia selepas 90an siapa bersungguh2 tubuhkan produa bukan tun m juga kenapa produa lebih untung Dari proton, proton lebih sepuluh tahun lebih tua Dari produa sepatutNya Sudan matang tahu selok belok atumotif itu

  15. sireh ke gagang says:

    EDRA tu meniaga ape . bodoh budak2 mahathir ni.

  16. sireh ke gagang says:

    kalau tak kerana bapak najib & bapak hishamuddin kutip mahathir dari bendang sawah kat kedah , takkan mahathir merasa jadi pm 22 tahun . sedar la diri sikit oii budak2 mahathir. tokoh idola kau org tu pernah berkurang ajar dengan Tunku .memang patut pun tunku terajang mahathir ni dulu. sebab dia tak kenal adab sopan budaya org melayu .

  17. jebon says:

    Sireh ke ganggang.

    EDRA tu milik siapa sekarang ni ye?

    Dulu bukan main kompang konon Najib berjaya beli IPP, gabungkan semua, dan tarif jadi murah.

    Murah, apa ke toyol?
    Ada dengar dan lihat tarif makin turun sejak Najib dan mangkuk ayunnya yg cerdik sgt kata dah kuasai IPP ni?

    Tahun depan,yg pasti tak ada lagi bantuan eletrik percuma utk rakyat.

    Bongkarlah semua cerita Proton, rakyat nak jugak tahu.
    Yg pasti telunjuk tetap kpd Najib, sebab dia PM sekarang, dia bertanggungjawab ke atas semua syarikat2 milik kerajaan sekarang.

    Siasatlah Tun M, penjarakanlah Tun M, tapi ianya takkan mengubah hakikat bahawa Najib memang gagal dan tak punya otak cerdik langsung selain menyalahkan org lain utk melepaskan diri.

    Dia ingat rakyat ni bodoh sangat.

  18. Omega says:

    Rakyat yg bodoh ialah rakyat yg telan buta buta apa sahaja kata madey kutty

  19. rockers says:

    proton mmg dh lama bermasaalah.pemakan dedak najibean bru p erasan ke.bila tun m suruh najib berhenti,bru nk keco h ke..

  20. Meriam Buluh says:

    Masalah Proton boleh selesai. Tun M perlu diselesaikan dahulu..

  21. sayang negara says:

    Selesaikan masalah rakyat dulu…harga barang semua naik…paling teruk dlm sejarah Malaysia. satu pihak yg lain tersangat bermewah-mewah… Semuanya dahulukan rakyat yang tanggung beban akibat perbuatan pemimpin x bertanggungjawab.

  22. […] Sumber:http://www.mykmu.net/2015/12/kerajaan-belanja-rm-30-bilion-untuk-proton/ […]

Leave a Reply