Menu Utama

Kecenderungan Anwarinas Oleh Tuan Ibrahim Tuan Man Bukanlah Baharu

tuan ibrahim musuhRamai yang tidak bersetuju, malah tidak kurang pula yang beremosi dengan Tuan Ibrahim Tuan Man atas kenyataannya bahawa UMNO kekal menjadi musuh tradisi PAS atas prinsip syarak.

Penulis tidak terkejut dengan kenyataan tersebut. Malah, ia sebenarnya membenarkan apa yang selama ini terbuku di hati penulis, bahawa Tuan Ibrahim adalah mesra Anwarinas. Mungkin juga kita boleh dikategorikan beliau sebagai petai harumanis di dalam PAS.

Penulis masih ingat, bagaimana golongan ulamak PAS tewas untuk jawatan Timbalan Presiden pada 2011 kepada Mat Sabu. Suka atau tidak, pro ulamak harus menerima hakikat bahawa kekalahan Ustaz Nasharuddin Mat Isa ketika itu adalah atas faktor pecahnya undi pro ulamak, angkara Tuan Ibrahim Tuan Man.

Pada muktamar 2011 itu, Tuan Ibrahim yang sejak awal menyatakan tidak berminat untuk bertanding timbalan presiden, tiba-tiba  mengubah keputusan menjelang dua hari tempoh akhir penerimaan pencalonan.

Itu menjadi titik penting dalam penguasaan pro Anwarinas yang akhirnya telah membuat kacau bilau di dalam PAS sehingga kita dapat menyaksikan bagaimana Hadi Awang diperlekeh, dikritik hebat serta diserang bertubi-tubi oleh PAS sendiri, tidak ketinggalan “abang long” mereka, DAP.

Tuan Ibrahim yang kononnya dalam golongan ulamak PAS, menjadi pemecah undi sekaligus memenangkan Mat Sabu. Apakah beliau benar-benar golongan ulamak PAS?

Dalam suasana perpaduan dan kerjasama yang sedang hangat diperkatakan kini, mungkin ramai yang tidak menyedari bahawa Tuan Ibrahim adalah pemimpin PAS yang lantang menyerang UMNO sejak menang jawatan Timbalan Presiden pada muktamar PAS yang lalu berbanding pemimpin-pemimpin PAS yang lain. Hilangnya Mat Sabu, penulis merasakan seolah-oleh sudah lahir Mat Sabu dari negeri Pahang Darul Makmur.

Apa yang hendak dihairankan jika dia terus-terusan melabel UMNO sebagai musuh tradisinya kerana prinsip syarak?

Mungkin beliau masih memegang kepada tahaluf siyasi Pakatan Rakyat yang meletakkan UMNO sebagai musuh utama, kerana pada bulan Oktober yang lalu beliau sendiri mendakwa Pakatan Rakyat masih hidup.  Entah beliau sedar, atau buat-buat tidak sedar, bahawa tahaluf siyasi inilah yang menyaksikan bagaimana partinya sendiri menjadi kacau bilau sehingga lahirnya PAN.

Menyentuh soal prinsip syarak, bagaimana pula hukum hakamnya jika bertahaluf siyasi dengan golongan-golongan liberal, pluralisme dan pro LBGT?

Sangat mesra dengan golongan bukan Islam, tetapi sangat cukup keras sesama Islam, persis golongan khawarij!

Jika di antara kamu, lelaki dan perempuan berdua-duaan di tempat sunyi, maka akan ada pihak ketiga; syaitan. Jika di antara kamu, dua orang Islam yang ingin berdamai, maka percayalah syaitan turut hadir bagi menggagalkan perpaduan dan damai itu.

Jangan jadi tentera syaitan.



(Next News) »



10 Komen to Kecenderungan Anwarinas Oleh Tuan Ibrahim Tuan Man Bukanlah Baharu

  1. sman says:

    Kalau TITM menolak utk berkerjasama dgn Umno keran mahu PAS berjuang bersendirian,kita memahaminya dan menghurmati hasrat beliau,dan mengucapkan selamat maju jaya kepada PAS.Tapi kalau beliau menolak utk berkerjasama dgn Umno kerana lebih cenderong utk bersama Pakatan Harapan,ianya sesuatu yg menghairankan.DAP,PKR,Amanah bukan saja tidak berhasrat utk melaksanakan Islam ,malah tidak pernah juga berjasa kepada Islam.Rasanya TITM terkeliru dalam membuat penilain,jika itu hasratnya.

  2. burrpp.. says:

    Benar, kita juga menyedari beberapa pendirian Tuan Ibrahim ini bercanggah dengan beberapa orang kepimpinan PAS. Jarang benar Tuan Ibrahim memberikan sokongan, selain tidak pernah menyerang kepimpinan PAN dan DAP secara terbuka. PELIK

  3. Memang Terok says:

    Hingga kehari ini penulis masih tercari2 dimanakah lebih islamnya PAS berbanding UMNO. Tunjang utama ummah ialah mengerjakan rukun yang 5 sebaik mungkin & selengkap mungkin. Bersandar pada rukun yang 6 sedalam mungkin tanpa goyah dan ragu2. Apakah ini hanya dibuat oleh orang PAS , tidak diamal oleh orang UMNO ? Apakah yang tiap tahun ke Haramain hanya orang PAS mengerjakan haji & umrah, orang Umno tak ada, orang tak berparti tak ada ?

    Atau PAS lebih Islam kerana PAS kata arak itu haram dan judi jugak haram ? Dalam aspek ini hanya Hassan Ali yang Islam kerana menentang arak diSelangor. Tapi dimana Hassan Ali sekarang ?

    Kalau kita kata ramai orang PAS yang tahik judi ??? ada orang percaya???. percaya tak percaya, jawapannya ada, itulah hakikatnya.

    Jangan jadikan agama sebagai alasan. Kerana PAS ke kita, Umno ke kita, PKR ke…. kita solah berkiblat sama arah. Syahadah kita berbunyi sama , wirik dan istighfar kita tetap sama. Islam hanya satu tidak 73 jumlahnya . Tiada PAS, tiada syiah dalam islam kerana yang syiah, yang wahabi itu bukan Islam, kerana itu ciptaan baru. Islam tercipta dizaman nabi dan rasul dan ketika itu tiada syiah tiada wahabi.

  4. semangat dato' haron says:

    Misi menghapuskan anwarinas masih belum berakhir dlm PAS. Kembalikan ustaz nasha dan hasan Ali semula ke dlm PAS.

  5. itsme says:

    apapun UMNO harus konsisten utk mengajak PAS berdamai. Mudah2an “satu” hari nanti akan terlerai sudah yg kusut. Kita doakan shj..

  6. Anak_Nogori says:

    Sekiranya prinsip tuan ibrahim menolak kerjasama dgn umno krn prinsip syarak..apa pkr rakan pakatan pas mengikut prinsip syarak ka?

  7. Kamarul says:

    Bagi PAS; Dapigs lagi mulia wpun menentang hukum tuhan semua yg kerajaan buat salah, walhal kejahatan itu berpunca dari madey kutty

    http://www.malaysia-today.net/pas-needs-to-be-consistent-and-credible/

  8. anak pejuang says:

    rupanya masih ada syaitan dlm jemaah….penat penat tg hadi dan haron din halau geng geng sabu..rupanya ustaz brahim dah mewarisi mat sanu..

  9. falsafah says:

    Sangat mesra dengan golongan bukan Islam, tetapi sangat cukup keras sesama Islam, persis golongan khawarij!

    nauzubillah min zalik.. PAS persis golongan khawarij.

  10. sanggam says:

    Yelah DAP dan dua pelakon porno PKR lebih mengikut syarak. Hai jgn sampai PRU14 esok lari tak cukup tanah kena serang DAP dan PAN. Umno masih kuat pengaruh di luar bandar. Kalau pembangkang berpecah peluang Umno lebih cerah. Ini soal solidariti menolak DAP.

Leave a Reply