Menu Utama

Katanya Susah Cari Dewan, KSS Itu Bukan Dewan?

det dewan

Ni berucap dalam tandas ke apa?

Sebenarnya penulis awal-awal lagi berada di depan komputer buruk menyaksikan ‘live streaming’ ucapan Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Tun Dr Mahathir Mohamad di Kelab Sultan Sulaiman baru-baru ini. Sengaja sedia awal dengan kacang rebus dan air kopi menonton auta mereka…

Mengapa penulis berpandangan kata-kata mereka itu auta belaka? Kerana penulis mahu ‘jilat Najib’? Penulis bukan ‘macai’. Tapi apa yang diucapkan itu boleh dikatakan hampir semua bersandarkan persepsi semata-mata. Jika ada fakta pun, banyak yang silap dan dimanipulasi mengikut anak tekak mereka sahaja. Sila rujuk ucapan mereka betul-betul…

Apa yang diucapkan oleh Muhyiddin atau Tun M adalah kenyataan yang berulang-ulang. Itulah yang mereka sebut sebelum ini di pentas-pentas yang menjadi lokasi menjaja cerita auta mereka. Sebelum ini, Tun M kata tiada dewan hendak dia. Habis berucap di DEWAN Kelab Sultan Sulaiman itu apa? Bukan dewan? Pondok? Tandas?

Pada pengamatan penulis, warga emas di usia Tun M itu selalunya menyibukkan diri membaca Al-Quran dan sering meluangkan masa di masjid serta surau untuk beribadah. Mereka yang seusianya sudah ramai dijemput Allah, tidak ramai yang dilanjutkan usia sepertinya. Mungkin tidak ramai yang mampu pakai jantung ‘bateri’. Tidak mengapalah, ‘beliau miskin’ katanya…

Menghairankan, beliau di usia lebih 90 tahun, sibuk ke hulu ke hilir mencari dewan untuk menjatuhkan Presiden parti sendiri. Orang lain sibuk cari masjid, beliau sampai luah rasa sedih di blog menuduh kononnya tiada dewan yang hendakkan beliau. Kalau masjid yang tidak mahukan beliau, penulis boleh terimalah jika rasa sedih. Tapi tidak dapat dewan pun mengadu di blog?

Mungkin kini zikir bekas Perdana Menteri itu adalah memburuk-burukkan Najib. Bagaikan candu, sehari tidak memperlekeh dan menjejaskan Najib bagaikan tidak senang duduk. Memburuk-burukkan Najib bagaikan ‘makanan rohani’ baginya?

pengemis

Antara kereta ‘pengemis’ yang hadir ke KSS …

Orang lain sibuk baca Al-Quran, beliau sibuk baca Sarawak Report. Jika beliau baca Al-Quran, penulis yakin Allah tidak akan menipu beliau. Tapi bila baca Sarawak Report, beliau sendiri tidak sedar ditipu Claire Brown. Peliknya, walau diberitahu beliau ditipu Claire sekalipun, namun beliau masih belum sedar-sedar ditipu wanita itu. ‘Hitam’ sangatkah hati itu?

Khabarnya kali ini beliau mahu hadir ke PAU2015 sebab hendak tengok dan tahu tentang duit RM2.6 bilion itu. Kononnya hendak tahu ke mana? Hendak tengok laporan kewangan. Penulis terkekeh-kekeh ketawa mendengar kenyataan beliau.

Penulis memohon supaya pihak UMNO serahkan 10 set salinan penyata laporan kewangan parti pada beliau. Pastikan segala tulisan dan fakta di atasnya jelas, dengan ‘font’ besar supaya dapat dilihat oleh lelaki berusia lebih 90 tahun itu. Jika perlu, sediakan sekali kanta pembesar.

Jika terdapat kesilapan dalam laporan kewangan UMNO itu, penulis menyarankan supaya Tun M membuat laporan polis, mengambil tindakan mendakwa parti di mahkamah seberapa segera. Buat sampai UMNO diharamkan seperti yang pernah berlaku padanya pun tidak mengapa. Buatlah sesuka hati dan sepuas mungkin.

Itupun jika ada cacat cela atau bukti penyelewengan dalam penyataan itulah. Tapi jika tidak ada, penulis cadangkan supaya Tun M mendirikan sebuah masjid atau di sebelah rumahnya dan menumpukan perhatian kepada ibadah sehingga ke akhir hayatnya. Dalam cakap mudah, benar-benar pencen politik untuk selama-lamanya.

Tun M perlu tahu bahawa bukan beliau saja yang sayangkan UMNO. Ramai lagi ahli UMNO yang lebih sayangkan UMNO berbanding dirinya. Kami sayangkan UMNO walaupun anak-anak kami tidak ada langsung tersenarai dalam individu terkaya di Malaysia, tahu?

Tun M bergaduh dengan Najib secara terbuka, UMNO yang jadi mangsa. Kami pun sayang UMNO, tapi tidaklah sampai ‘bakar rumah’ atau ‘bunuh penghulu rumah’. Sebaliknya, jika ‘penghulu’ kami hadapi masalah, kami bantu beliau dan perkukuhkan lagi rumah itu, tanpa diketahui jiran sebelah rumah pun. Faham? Kalau tak faham sudah…






12 Komen to Katanya Susah Cari Dewan, KSS Itu Bukan Dewan?

  1. moo says:

    Semua org umno jugak……………..

  2. Anak_Nogori says:

    Sbb tu saya percaya madey bukan nakkan jawapan tapi nak najib berundur…dan saya tak ada masalah najib utk berundur, tapi saya nak bukti kesalahan yg najib dah buat..kalau tak ada..elok madey terjun lombong lah.

  3. moo says:

    Hangpa nak penyangak jadi PM ka…? Bodonya…

  4. sireh ke gagang says:

    antara penyangak dgn peliwat , mana lagi hina moo ? hang kan penyokong peliwat.

  5. Zul says:

    Sepatutnya kita bina industri

  6. Anak Sngor says:

    No worry, biarkan minoriti ini terlalak terlolong. Sedih la pasai, ‘angsa emas’ ipp dan pelaburan pencen mereka dah kena tarik. Kroni pemyamun mereka pun dah panas punggung…

  7. Gengrembau says:

    Hehehehehe
    Terang terang tak leh pakai ah jib
    Lagi mau sokong ka?
    42b = 20klcc
    2.6b = 1 klcc

    Duit habis tapi barang tak de….
    Mengarut la kalu hang masih tak nampak kesalhan tu

    Macam mana hang urus belanja hari hari pun gua tak paham
    Duit habis tapi tak de aper.. Dapat hampas pun ok jugak..
    Ooopsss dedak ade.. Hehehe

  8. Anak_Nogori says:

    42b hutang…eset lebih dari hutang..sbb tu 1mdb tak bengrap.

    2.6b..satu sen tak amik duit rakyat.

    Ckp dgn pemakan bangkai ni bukan dia faham…hehe.

  9. bangKano says:

    Khusus untuk Moo…..

    Siapa yang Penyangak wahai bahalol….? Najib ka atau Madeypandir….?

    Najib kononnya cuma ada 2.6 bilion dalam akaun peribadinya sedangkan Madey didakwa ada 33 bilion tersimpan di bank luar negara. Pasai apa 2.6 bilion dikepoh-kepohkan sakan la ni…..mana yang lebih banyak 33 bilion atau 2.6 bilion wahai Mooo…?

  10. Dino says:

    Najib mr perfect

  11. jebon says:

    Berulang2 itu menunjukkan konsisten.

    Dan kebanyakkannya bermula dgn pertanyaan.

    Bukan mcm Najib dan juak2 makan dedak, ada pelbagai penjelasan dlm pelbagai versi.

    Setiap satu mengundang persoalan yg lebih besar.

    Bila jawapan disusun tak menjawab soalan yg dikemukakan akhirnya banyak yg digali dan dibongkar, seterusnya menjadi satu persepsi dan tuduhan.

  12. mr perfect says:

    dah tua2 pun nak tunjuk siapa power, terang2 pula tu memalukan kaum saja, sepatutnya bagi contoh teladan yang baik kepada generasi muda sekarang..

Leave a Reply