Menu Utama

Kalau Idam Kerusi Presiden, Mengaku Sajalah Terus Terang…

picsart_12-10-11-43-401

Perhimpunan Agung UMNO 2015 telah berakhir. Namun apa yang dihajatkan para perwakilan, ahli akar umbi mahupun semua penyokong UMNO di seluruh negara untuk melihat perpaduan di kalangan pucuk pimpinan tertinggi parti tidak kesampaian.

Walaupun Presiden UMNO, Dato’ Seri Mohd Najib Tun Razak merintis salam damai kepada beberapa pemimpin yang sepatutnya membantu beliau, nampaknya ia seakan-akan tidak dipedulikan pihak berkenaan.

Salam yang dihulur Presiden secara zahirnya mungkin bersambut, tapi ikhlaskah di dalamnya? Mungkin terpaksa disambut kerana salam dihulur di depan para perwakilan? Apatah lagi jika diharapkan untuk memeluk Presiden, bukan? Mungkin sebab itulah ramai yang kecewa kerana tiada keikhlasan di hati sebelah pihak sana…

Sebenarnya, penulis melihat perkara itu merupakan sesuatu yang biasa bagi mana-mana parti. Apabila wujud tindakan dari mana-mana pemimpin yang cuba mencabar kedudukan Presiden, selalunya itulah yang berlaku.

Sekiranya dirujuk kembali ketika mana Tengku Razaliegh Hamzah cuba mencabar kepimpinan Tun Dr Mahathir dahulu, perkara yang sama juga berlaku. Pepecahan memang tidak dapat dielak ketika itu sehingga menyaksikan wujudnya ‘team A’ dan ‘team B’, insiden keluar parti dan tertubuhkan parti serpihan UMNO, Semangat 46.

image

Begitu juga pepecahan yang berlaku apabila bekas Timbalan Presiden UMNO, Dato’ Seri Anwar Ibrahim cuba menggugat kedudukan Dr Mahathir dulu. Bezanya, belum sempat cabar, dia awal-awal lagi disumbat masuk ke penjara. Terlepas jenayah liwat pemandunya, dia disabit kesalahan salah guna kuasa…

Perkara yang sama juga berlaku di dalam sketsa ‘pembersihan’ PAS baru-baru ini. Pepecahan berlaku sebelum muktamar PAS berlangsung. Bila kumpulan Mat Sabu kalah teruk, mereka keluar parti dan tubuh parti serpihan PAS, Parti Amanah Negara (Amanah).

Untuk apa media bertanya Timbalan Presiden atau Naib Presiden sama ada mereka akan meminta maaf pada Presiden atau tidak? Tidak perlu ditanya pun soalan itu. Jika mereka sedar tentang kesalahan mereka, tidak perlu disuruh atau ditanya, pasti mereka sendiri yang akan memulakan salam seraya meminta maaf secara terbuka.

Asasnya, mereka tidak sedar tentang kesalahan tersebut. Pada mereka, tindakan mempertikai atau mengeluarkan kenyataan yang bercanggah dengan Presiden adalah satu tindakan yang benar. Pada mereka, memburuk-burukkan pendirian Presiden dan parti adalah benar.

Pada mereka, mengkritik dan menjejaskan imej Presiden secara terbuka adalah satu tindakan yang ‘berani’ bagaikan pahlawan. Pada mereka, mereka sajalah yang benar, tiada yang tidak benar melainkan yang benar-benar belaka.

‘Hero’ sangatkah mereka? Memalukan keluarga UMNO begitu di depan rakyat maka ia akan mengembalikan keyakinan rakyat kepada parti? Meruntuhkan kepercayaan rakyat dan ahli kepada Presiden akan menjadikan UMNO semakin kuat di pandangan rakyat? Kenapa begitu dangkal sekali pemikiran mereka?

Meskipun Tun Abdullah Ahmad Badawi ‘berkorban diri’ ketika dijatuhkan Dr Mahathir sebelum ini, apakah Barisan Nasional berjaya meraih kerusi 2/3 di Parlimen? Penulis tahu kerusi UMNO bertambah dan mendapat lebih sokongan, tapi bagaimana dengan sokongan dari keseluruhan rakyat?

Contohnya Dr Mahathir mendakwa masyarakat Cina akan kembali menyokong BN jika Pak Lah berjaya diturunkan dari jawatan Perdana Menteri. Benarkah itu berlaku pada PRU ke-13 yang lalu? Cuba rujuk statistik. Tapi seperti biasa, takkanlah Dr Mahathir mahu akui salahnya, bukan?

muhyiddin-yassin

Penulis optimis, Muhyiddin akan mencabar kedudukan Najib pada pemilihan UMNO yang akan datang. Mungkin beliau sudah mula ‘pasang kaki’ di seluruh negara. Tapi pada penulis, itulah yang menandakan demokrasi itu masih wujud lagi di dalam UMNO. Mungkin Muhyiddin atau Dato’ Seri Shafie Apdal tidak dipecat bagi mencabar Najib nanti, kan?

Tapi UMNO merupakan sebuah parti yang kaya dengan pengalaman. Biar berpecah bagaimana pun sekali, walau pernah ‘mati hidup semula’, namun UMNO tradisinya terbukti tetap diyakini oleh majoriti rakyat Malaysia. PKR ada? DAP ada? Amanah?

Justeru itu, penulis berharap supaya semua ahli UMNO mahupun penyokong tidak cepat melatah atau gundah gulana. Apa yang berlaku mungkin ada hikmahnya. Penulis faham, selaku seorang yang hampir ‘expired’ karier politiknya, sudah tentulah Muhyiddin bercita-cita untuk duduk di kerusi Perdana Menteri…

Cuma saranan penulis, jika mahu berkempen pun, kempenlah cara sihat dan benar. Ikut cara Islam, jangan ikut cara Yahudi. Janganlah ambil ‘fakta’ dari Sarawak Report yang sudah diubah suai menjadi fitnah. Itu bukan cara Islam, itu cara Yahudi.

Jika mahu bertanding sekalipun, janganlah burukkan peribadi. Di sebelah sana pun bukannya ‘bersih’ sangat. 22 tahun mentadbir negara pun, banyak juga ‘kekotoran’ yang ditinggalkan. Jadi Menteri Besar di Johor dan beberapa kementerian pun, mungkin ada juga ‘kotoran degil’ yang belum terdedah, bukan?

Sebaliknya, bertandinglah cara sihat. Kita bersaudara, buatlah cara saudara. Penulis yakin, takdir Allah SWT itu lebih ‘aula’. Tapi kalau tewas nanti, janganlah buat parti baru pula. Jangan ikut jejak langkah Anwar atau Mat Sabu. Buruk sangat nampaknya nanti, kan?






14 Komen to Kalau Idam Kerusi Presiden, Mengaku Sajalah Terus Terang…

  1. daud says:

    Kalau dah terasa diri tu bersalah…
    Nk jawab soalan yang mudah pun jadi susah…
    Nk pecat salah, tk pecat salah…
    Berlagak konon diri difitnah…
    Yg nyata kita meluat tk sudah…
    Makin lama makin menyampah…

  2. daud says:

    Apalah sangat 2.6B kalau nk dibanding dengan `Perpaduan Ummah’…
    Apalah sangat 2.6B berbanding kos nk menyaman TWSJ demi `Perpaduan Ummah’…
    Apalah sangat nk saman TWSJ kalau dah boleh `main golf’ dengan Obama 🙂

  3. Memang Terok says:

    Mamak kerala meneruskan hidupnya kearah mengejar apa yang dia mahu, bukan apa yang dia perlu. Dalam mengejar apa yang dia mahu dia tak pernah ambil kira walau apa yang dia mahu itu hak orang lain bukan hak dia.

    TSMY yang sudah direkrut Mamak itu dan mereka berdua akan berbuat apa saja kearah merealisasai impian mereka.

    Disini kita lihat jelas bahawa perjuangan pemimpin kta semua pejuangan perut bukan perjuangan iklhas untuk bangsa, agama dan negara.

  4. Meriam Buluh says:

    “Disini kita lihat jelas bahawa perjuangan pemimpin
    kta semua pejuangan perut bukan perjuangan
    iklhas untuk bangsa, agama dan negara.”

    memang terok,

    Saya betulkan:

    Di sini kita lihat jelas bahawa perjuangan dua orang BEKAS pemimpin kita yang disebut di atas semuanya pejuangan perut bukan perjuangan ikhas untuk bangsa, agama dan negara.

  5. Meriam Buluh says:

    “Disini kita lihat jelas bahawa perjuangan pemimpin
    kta semua pejuangan perut bukan perjuangan
    iklhas untuk bangsa, agama dan negara.”

    memang terok,

    Saya betulkan:

    Di sini kita lihat jelas bahawa perjuangan dua orang BEKAS pemimpin kita yang disebut di atas semuanya perjuangan untuk perut sendiri, bukan perjuangan ikhas untuk bangsa, agama dan negara.

  6. shahabudin bin mahamud says:

    Adakah pemimpin yang kita sanjung,baik disisi Allah..bersih disepanjang masa? tidak melakukan kemunkaran? kita akan dipersoalkan diakhirat kelak, jika kita turut bersekongkol dengan nya..ayuh sebagai seorang Islam, patuhilah ajaran nya, Kita jangan terpedaya dengan syaitan yang bertopengkan manusia..setiap hujah yang didendangkan, kita harus perhalusi nya, jangan mudah terpedaya dan kita sanggup mencela bila kita tidak suka pada nya, adakah di bolehkan didalam Islam agama kita.Beristifar lah kita, supaya terhapus segala dosa-dosa yang lalu..salam kemaafan dari saya..

  7. azmi says:

    meriam buluh dan memang terok, tak payah nak betulkan memang tak dinafikan memang pemimpin kau orang semua perjuangan untuk perut bukan perjuangan ikhlas untuk bangsa agama dan negara..
    – cuma perjuangan najib bukan untuk perut lagi dah..2.6 billion dah lebih dari mencukupi..
    – perjuangan najib adalah perjuangan mengelakkan diri dari hukuman..
    – jenayah najib tak dapat disorok lagi…
    – hukuman dunia sedang menanti najib..
    – doakan semoga dia diampuni…

  8. system baru says:

    Azmi selama INI anwar Dan sudara anwar si khairuddin berjuang tembolok dia sendiri malah jatuh suadara sendiri pun dia sangup. Bila kaya ada ke anwar Dan suadara Mara dia termasuk khairudin bantu usahawan bumiputera ITU ‘sila jawab?

  9. azmi says:

    system baru..setuju dengan komen saudara..
    kan saya dah kata dalam posting saya terdahulu..
    memang dah jadi budaya UMNO macam tu..
    DULU KINI DAN SELAMANYA…
    terima kasihlah bagi saya lebih pencerahan..

  10. kakak says:

    Hanya orang tertentu yang menyangkakan TSMY begitu “bersih” termasuk saya tetapi saya tersengap kerana banyak eipsod-episodnya “terkeluar” secara tak sengaja baru-baru ini.

    Sungguh memeranjatkan.

  11. ayam says:

    Bagus tu kakak…semua pasal UMNO punya pekung sudah keluar…sungguh memeranjatkan…kalau boleh kasi londeh semua spenda pak2 menteri sekali sampai terlungkup UMNO…saya pon dah kenyang makan dedak nie…bangga ada PM mcm Najib…londeh la sepentot dia berapa banyak kali pon tetap ada spentot spare kt dalam berlapis2…takan terbogel punya…sementara PAS dengan PAN tgh saling melondeh sampai semua kurap terdedah…bukak spenda ada kurap…bukak kopiah ada kurap…PKR tgh nazak jugak sebab org Sabah/Sarawak sudah marah sama si Nurul sebab jumpa anak lanun…episode melayu nie berkisar kat rompak…rembat..melanun…liwat…seks…aleh2 melayu yg biasa2 jugak makan angin keluar asap….hehehehehe…

  12. tony fernandes merapu says:

    bukak spender nampak bulu ari-ari la ayam..

  13. semangat dato' haron says:

    Bersatulah wahai melayu. Ketepikan ego masing2

  14. bangKano says:

    Jangan hang pa tak tau…Azmi ini ancua terhina bagi Madey & anuWar tu sebab dia sanggup dipergunakan mereka asalkan dapat sedikit imbuhan cukup buat sebulan makan,minum dll. Azmi jenis sanggup dieksploit oleh sesiapa macam karekter Raja Medeliar,Sikitul dll pada zaman penjajahn Portugis,Belanda & Inggeris malah kerajaan Siam menaluk Kedah dulu.

    Azmi..Azmi…tu lah sifat alam Azmi ni…bebal memanjang….!!!!!!!!

Leave a Reply

Threesome