Menu Utama

Jika Khairuddin Tidak Jumpa Justo, Dari Mana Beliau Dapat Dokumen?

Datuk Khairuddin Abu Hassan menganggap Raja Petra Kamaruddin (Malaysia-Today) dan blog pro-UMNO, MYKMU sebagai penyangak selepas melaporkan kenyataan berhubung 10 rakyat Malaysia yang didakwa telah mengadakan perjumpaan dengan Xavier Andre Justo.

Menurut portal Free-MalaysiaToday, Bekas Naib Ketua Bahagian Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan berkata dakwaan itu adalah fitnah yang tidak berasas.

“Seumur hidup tidak pernah mengenali atau berjumpa dengan Justo sepertimana yang ditulis oleh mereka dengan niat jahat untuk memfitnah serta mencemarkan kredibiliti keperibadian saya.

“Mereka ini adalah kalangan desperado (golongan terdesak) yang cuba mereka-cipta fakta yang tidak benar,” katanya dalam status terbarunya di Facebook.

Khairuddin juga mencabar supaya Raja Petra dan blog MYKMU untuk membuktikan kenyataan yang disifatkan sebagai tuduhan jahat terhadapnya.

Katanya jika mereka tidak dapat membuktikan kesahihannya, beliau tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang dan saman malu atas dasar prinsip kebenaran.

“Saya sedang mengarahkan peguam untuk membuat penelitian terhadap kenyataan fitnah yang dibuat oleh penyangak Raja Petra serta blog MYKMU di dalam penulisan mereka yang tidak berasas sama sekali.

“Pihak barisan peguam saya sedang membuat penelitian keatas kenyataan yang berunsur fitnah itu,” tegasnya.
Khairuddin turut menjelaskan beliau tidak akan mengalah dalam perjuangan untuk memerangi rasuah dan penyelewengan.
Katanya, perjuangannya itu akan diteruskan demi untuk menegakkan kebenaran buat 30 juta rakyat Malaysia.

“Kita wajib memerangi rasuah serta penyelewengan sepertimana yang dituntut oleh hukum Islam yang sebenarnya. Taat dan takut hanya pada Allah, bukan pada pemimpin mungkar lagi korup,” katanya.

MYKMU semalam melaporkan Justo menamakan beberapa individu termasuk Pegawai Khas Tun Dr. Mahathir Mohamad antara 10 rakyat Malaysia yang didakwa telah mengadakan perjumpaan dengan Justo
.
Antara nama lain yang dikatakan disebut ialah Datuk Seri Khairudin Abu Hassan, Mathias Chang, Tony Pua dan pemilik The Edge Media Group, Datuk Tong Kooi Ong.

Bagaimanapun kami menyatakan ia sekadar andaian kerana setakat ini tiada pengesahan dibuat memandangkan Justo hanya memberi nama ringkas dan gambaran sahaja bukan identiti penuh mereka.

Persoalan yang lebih relevan dengan penafian Khairudin ini ialah, jika beliau tidak bertemu Justo dari mana beliau mendapatkan dokumen-dokumen PetroSaudi dan 1MDB?

Adakah Khairuddin mendapat dari pegawai khas Tun Mahathir atau pemilik The Edge?






16 Komen to Jika Khairuddin Tidak Jumpa Justo, Dari Mana Beliau Dapat Dokumen?

  1. system baru says:

    He.he.he si khairuddin panas bontot, khairuddin saman justo di Thailand’ kenapa takut. ITU khairuddin suadara mara anwar kerja turun naik mahkamah untuk gelemor termasuk si anwar Bambo river. Kalau boleh siasat sekali mana khairuddin dapat Wang pergi melancong euro Dan amerika itu

  2. Caijib says:

    APA yg khairuddin kata betul 100%…
    Sangat berpatutan..

  3. Burung Kakak Tua says:

    Orang muflis, tiba2 boleh round the world. Letchum2 oo la la

  4. denggi says:

    dia dah berasap sudah. ada yang dia terkejut kene denggi balik

  5. saya says:

    dia ni memang sesuatu jer….
    macam mana boleh dapat pangkat datuk paduka?
    macam mana seorang yang dah bankrap boleh senang lenang mengelilingi dunia nak jatuh kan najib?
    biasa nye orang yg bankrap akan focus dgn kerja atau biznes sbb nak bersih kan nama dari blacklisted.
    siapa yang bayar dia dan langsai kan hutang dia sampai boleh travel keluar malaysia?

  6. ayam says:

    Syoknya duduk di malaysia post dr mahathir punya era…yg jadi pm malaysia…bleh tabur dedak kat org melayu semua jadi bodo terus…jadi yb tak pass spm boleh kong kali kong org melayu tak kira yg ada degree atau tidak…jadi ustad boleh glamer asalkan ada makcik pakcik dtg…ustad kipas gomen pon ada…anak2 melayu tak abis belajar bleh jadi artis…yg dahi licin skit kasi dedah peha akan ada la yb2 politik yg berketayap dan tak berketayap dtg pinang…yg lembut2 jambu skit akan kena liwat…mana la melayu belajar buat perangai mcm tu….ooo lala…

  7. Meriam Buluh says:

    ayam, hang telan dedak untuk babi ke? macam org meroyan je.

  8. raplahjingaa says:

    Pemakan dedak tegar tuduh orang lain makan dedak…… hehehe bebudak BR1M…. sedih !

  9. rockers says:

    pemakan dedak ni makan dedak gred A lah..

  10. mata-mata says:

    Macai NEGARAWAN KERALA tu dapat dokumen dari dalam mimpi la bro…

    Mimpi dia mampu bawa macai tu pusing satu dunia berselfie depan balai polis merata dunia… Cuma berselfie depan FBI je tak sempat…

    Kalau suruh NEGARAWAN KERALA yang buat laporan polis kat negaa-negara lain terutama kat dunia Arab, tak berani mamak tu nak buat. Bukan apa, bukti tak ada… Nak buat laporan apa pun. Suruh macai dia paling setia bertindaK cukup la… NEGARAWAN KERALA cuma hentam dalam blog cukup la. Nama pun NEGARAWAN KERALA, turun BERSHIT minta sokongan… Bukan sekali, dua hari berturut-tuut lak tu… Salam dengan babi-babi kuning…

    Kah kah kah kah kah

  11. Hantu Gigi Jarang says:

    Jumpa syaitan pun okay kalau tujuan hendak membenteras rasuah, pecah amanah, penipuan, pencurian wang rakyat…

  12. Memang Terok says:

    Khairuddin bukan sedang menentang pemimpin rasuah saperti dakwaan nya tetapi Khairuddin senarnya mendemdami sesaorang yang tidak lagi sanggup membantunya disaat dia jatuh dan terus diistihar muflis. Jika sebelumnya pemimpin itu padanya adalah seorang bapak, andalah ibu, anda juga abang dan kakak dia. Malah andalah segala2 buat dia.

    Atas sebab2 tertentu segala pertolongan terhenti . Tiada pertolongan yang datang disaat dia memerlukan untuk melangsai segala hutangnya. Kerana kegagalan membayar lalu dia diistihar muflis. Seorang muflis passportnya disimpan oleh pihak kerajaan atau pun disenarai hitamkan oleh pihak imigresen. Itulah apa yang berlaku kerana dia gagal keluar negara semasa dengan segala persiapan untuk keluar negara dia ditahan di check point.

    Siapa tak marah, tak kecewa dengan apa yang menimpanya. Jika dikait dengan rasuah , kajilah siapa Khairuddin sebelum ini. Apa bisnis dia buat, atau anak orang kayakah dia. Itu bukan, ini pun bukan. Tetapi semua orang tahu Khairuddin seorang yang kaya raya hinggalah dia jatuh muflis. Dari mana datang kekayaan kalau tidak dengan projek kerajaan. Jadi siapa yang lebih rasuah dari siapa sebenarnya.

  13. jebon says:

    Apalah punya bengong soalan ni???

    Secara tersirat, MYKMU dah akui Khairudin dan sahkan Khairudin telah berjumpa dgn mamat Saleh tu.

    Secara tak langsung, blog ni mengakui Khai ada memiliki dokumen ttg 1MDB dan Petrosaudi.

    Serangan mesti dibuat utk menunjukkan dokumen tu adalah palsu dan telah diubahsuai.

    Apalah punya bingai, perkara paling SIMPLE yg nak diputarbelit buat apa?

    Jika benar dokumen2/data pada WSJ,SR,The Edge,Khairudin,Tun M etc,adalah maklumat palsu/diubahsuai, MAKA tunjukkanlah kpd rakyat negara ini maklumat yg asli/original.

    Pamerkan kedua2 data tersebut, yg ori dan yg palsu, kemudian kita minta rakyat yg komen sendiri.

    Tak perlu siasatan bertahun2, naik turun mahkamah, rakyat dah makin bijak pandai, ada beratus ribu yg pakar ekonomi,pakar pelaburan, pakar undang2.

    Aku amat yakin, Najib dan para penjilatnya akan lari terkincit2 kerana takut dan malu besar.

    Ada berani ke?

    Admin jgn lupa delete cepat komen aku ni ye.

  14. Sham Das says:

    ini lah orang malayu bodoh….dapat duit dari karajaan / najid sokong
    hehehe…malayu bodoh

  15. semangat dato' haron says:

    Dari muflis tiba2 kaya raya…musykil betul si Khairuddin ni.

  16. omega says:

    soalan yg sama macamana mamak madey kutty karala soal pasal 1MDB. Kalau soalan tu dikira tak benar dan fitnah macamana pulak pemakan bangkai madey boleh kata soalan keatas madey, bangkai bangkai beliau fitnah. jawab dan buktikanlah kalau dia tak bersalah. senang cerita.. bukankah itu caranya yg madey kutty ajarkan bila soal dan fitnah najib

Leave a Reply

Threesome