Menu Utama

Jangan salahkan kerajaan kerana najis yang dipalit dahulu : Zahid

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menggesa semua pihak tidak menyalahkan kerajaan hari ini, sebaliknya melihat apa yang dilakukan pentabiran kerajaan sebelum ini.

Dakwaan itu merujuk kepada zaman pemerintahan Tun Dr Mahathir Mohamad susulan beberapa isu yang disifatkan berat sebelah khususnya kenaikan tambang ERL sebanyak RM55 daripada RM35.

“Disebabkan najis yang terpalit dulu, jangan salahkan kita sepenuhnya, walaupun bukan 100 peratus kita kena faham, mahasiswa nakkan tadi supaya ada diskaun kad untuk ERL, cuma semua harus faham bahawa kalau rombak, kita terpaksa bayar puluhan ribu sebab melanggar perjanjian konsesi.

“Bukan itu sahaja yang saya merasakan ia berat sebelah, malah perjanjian konsesi tol juga saya kira ia adalah berat sebelah, cuma pada hemat saya kita harus berdamai dan capai persetujuan, asalkan kita bersatu dalam bersetuju untuk bersetuju, bersetuju untuk tidak bersetuju,” katanya mengulas cadangan wakil mahasiswa tpm najis dahulu 2dalam Majlis Deklarasi Prioriti 2016 anjuran Yayasan Damai Sejahtera Malaysia (YDSM) di Pusat Dagangan Dunia Putra, Isnin.

Menurut Zahid, kenyataan beliau itu tidak bermakna cuba melempiaskan kesilapan hari ini pada pentadbiran dahulu, namun beliau hanya mahu rakyat sedar akan perkara sebenar dan menilai kembali pada setiap tuduhan yang dilempar pada kerajaan.

“Inilah legasi yang terpaksa ditanggung, bukan nak lempiaskan, bukan kita nak menolak ketidak tanggungjawaban, tapi ini akibat daripada kebersamaan apa yang diputuskan dulu.

“Sekarang kita lunaskan kebertanggungjawab tapi rakyat jangan salahkan kita dan memuji kerajaan yang dulu sahaja, cuma kita kena tanggung risiko bersama apa yang kita sedang lakukan sekarang,” ujarnya.

Dalam pada itu, Zahid memaklumkan bahawa beliau akan mengadakan rundingan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak bagi menubuhkan Jawatankuasa peringkat tertinggi yang bertujuan membincangkan pandangan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dalam menangani peningkatan kos sara hidup rakyat.

“Saya menawarkan diri untuk mempengerusikan jawatankuasa berkenaan yang terdiri daripada enam menteri dan KSU kementerian berkenaan.

“Insya-Allah dalam minggu pertama Januari ini, saya sendiri akan mempengerusikan jawatankuasa bagi membincangkan semua resolusi yang dicapai hari ini.

“Saya akan jemput semua pemimpin NGO untuk bertemu bagi menyatakan pandangan kepada Perdana Menteri mengenai isu berkaitan kos sara hidup,” katanya.

Menurutnya, menteri terbabit ialah Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hamzah Zainuddin, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed, Menteri Kewangan II, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah, Menteri Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Wahid Omar, Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh dan Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid.

BNBBC






7 Komen to Jangan salahkan kerajaan kerana najis yang dipalit dahulu : Zahid

  1. bujuk says:

    hehehe…
    pada aku sejak dulu lagi inilah cara pemimpin umno memerintah. Kalau Najib kata orang dulu salah, dia pun ada dlm kabinet orang dulu kenapa tak tegur? Kamu nampak salah tapi kamu sokong sebab apa? kamu telah khianat pada negara dan rakyat kamu dan ulang lagi kerosakan yg orang lama buat bila kamu berkuasa. Inikah orang yg patut kita semua sokong? Kalau kita dah tahu orang ni khianat pada negara dan terus sokong maknanya kita pun khianat pada negara dan diri kita sendiri. Inikah cara korang yg sekarang nak PAS pulak sokong pengkhianatan tersebut?

  2. cikminah says:

    Wak Zahid, kalau tak mahu cuci Najis, senang saja. Letak jawatan. Tak pandai menari jangan kata, tanah tinggi rendah. Bak kata Dr. Asri, kalau tak pandai berfikir, jangan jadi menteri. Bagilah kerja kotor mencuci Najis ni kat orang yang sanggup buat tanpa merungut. Siapa pun ambil alih pentadbiran negara, meastilah mewarisi NAJIS pemerentah terdahulu. Bergantung kepada pengganti yang bijak macam mana nak urus najis tu supaya tak terpalit.

  3. cikminah says:

    Wak Zahid, kalau tak mahu cuci Najis, senang saja. Letak jawatan. Tak pandai menari jangan kata, tanah tinggi rendah. Bak kata Dr. Asri, kalau tak pandai berfikir, jangan jadi menteri. Bagilah kerja kotor mencuci Najis ni kat orang yang sanggup buat tanpa merungut. Siapa pun ambil alih pentadbiran negara, meastilah mewarisi NAJIS pemerentah terdahulu. Bergantung kepada pengganti yang bijak macam mana nak urus najis tu supaya jadi sumber ekonomi yang
    bernilai. Tak tahu bersyukur langsung. Kalau negara lain, macam Cina, Viatnam, Indonesia dll tentu berbangga mewarisi legasi yang tak ternilai, bukan merungut siang malam sebab gagal men guruskannya dengan baik. Menyampah betul aku dengan pemimpin macam ni. Nak hidup dengan mudah tanpa berusaha – hidup asik nak bergantung pada DERMA PAK ARAB. Sungguh memalukan dpat pemimpin bongok macam ni.

  4. SVG says:

    Orang2 kita pada masa sekarang lebih suka membiarkan najis2 lama bersepah di laman rumah sendiri daripada mencuci/menyamak najis2 itu sehingga bersih.

    Pada masa yang sama, kerajaan sekarang terpaksa mengharungi & membersihkan setiap “najis” yang ditinggalkan oleh pentadbiran kerajaan lalu tetapi sebilangan rakyat yang kurang cerdik lebih suka menghamburkan kata2 yang nista kepada Najib dan menteri2nya kerana tidak mahu menerima “najis2” tersebut bulat2.

    Saya percaya bahawa tiada rakyat di setiap negara dunia yang mahu mewarisi legasi pentadbiran kerajaan lepas yang bakal menyusahkan kehidupan rakyat sekarang.

    Apabila kerajaan Najib hendak melaksanakan pelbagai dasar/rancangan yang membantu golongan yang tidak berkemampuan seperti pemberian BR1M, ada antara kalian yang cepat2 menuduh kerajaan tidak adil dan zalim kerana kononnya membantu kroni2 Najib.

    Padahal, pada zaman Mahathir berkuasa, semua pihak cepat2 memuji tindakan beliau dalam perkara yang sama walaupun beliau ada membantu mengkayakan kroni2 beliau secara senyap2 seperti perjanjian harga tol jalan yang berat sebelah dan kenaikan harga barang keperluan harian.

    Jadi, apabila kerajaan sekarang tidak lagi menolong kroni2 Mahathir, merekalah yang berniat jahat dengan menaikkan harga tol dan barang keperluan sewenang2nya serta mewujudkan persepsi buruk terhadap kerajaan Najib.

    Maka, siapa yang sebenarnya pengkhianat kepada rakyat dan negara ini kalau bukan kita sendiri yang tidak mahu menyokong setiap usaha & aspirasi kerajaan sekarang?

  5. Meriam Buluh says:

    Sebab Najib dan Zahid sanggup cuci najis la mereka berada di sana sekarang. Kalau bagi peluang cikminah & co memerintah, najis makin banyak ada la..

  6. azmi says:

    Meriam buluh..he he he Najib, zahid dan semua penyokong UMNO/BN termasuk kau bukan sahaja sanggup cuci najis malah makan dan jilat najis yang dikeluarkan dari pemimpin kau dulu kini dan selamanya..bagi kau najis tu dah wangi dan tak haram pun..kerja pemimpin kau ialah SENDIRI BUAT TAIK (NAJIS) SURUH ORANG LAIN CUCI..HARAMJADAHHH…

  7. esamanja says:

    Najis ialah bahan buangan. Setiap benda ada najis nya sendiri. Kita makan kemudian kita buang najis (tahi). Kereta makan minyak buangan najinye ialah asap. Durian kita makam isi, kulit dan biji adalah najisnye. Kita tidak terganggu ketika sesorang itu sedang makan tapi kita akan terganggu ketika seseorang itu sedang membuang najis. Biasanya masa kita makan ada yang buang najis ambik masa 1, 2, 3 hari malah ada yang seminggu.

    Contohnya semasa kita sedang memandu menyusuri jalan kampung, kita terjumpa orang jual durian. Dalam hati nak beli dan makan durian sambil lepak ditempat yang cantik berhampiran pantai. Ketika itu adakah kita memikirkan dimana kita nak buang kulit dan biji semasa kita membuat keputusan untuk membelinya. Masaalah ini biasanya timbul apabila kita telah selesai menikmati keenakkan durian tersebut.

    Begitulah ibarat makan sedap di zaman Tun M tapi najisnya dibuang zaman Najib. Terang dan nyata najis telah ujud hanya siapa dan bagaimana cara untuk membersihkan najis tersebut.

Leave a Reply