Menu Utama

Jakim selar pihak pertikai kewujudannya

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menyelar pihak yang mempertikaikan kewujudan, sumbangan dan keperluannya sebagai sebuah institusi yang membangunkan memelihara kebajikan umat Islam di negara ini.

Ketua Pengarah Jakim, Datuk Othman Mustapha berkata, pihak­nya menyedari tentang kumpulan bekas penjawat awam yang ahlinya dikenali sebagai kumpulan G25 yang berhasrat mengaudit akaun Jakim.

Katanya, G25 perlu mengetahui bahawa kewujudan Jakim adalah berperanan membantu kerajaan dalam perkara berkaitan hal ehwal Islam.

“Selaku bekas pegawai tinggi kerajaan, sewajarnya G25 lebih memahami prosedur kewangan malahan setiap perbelanjaan Jakim berada di bawah pemantauan Kementerian Kewangan dan Bahagian Kewangan di Jabatan Perdana Menteri.

“Justeru, adalah tidak wajar mana-mana pihak untuk mempertikai peruntukan kerajaan yang diberikan kepada Jakim pada setiap tahun.

“Malahan kami bukanlah sebuah institusi picisan yang sekadar membawa peranan agama semata-mata tetapi mendekati golongan masyarakat di peringkat komuniti, menangani konflik kekeluargaan, golongan mak nyah, pengamal homoseksual dan lesbian,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut Othman, pihaknya juga telah menerapkan budaya Islam terhadap semua lapisan masyarakat sehingga berjaya melahirkan golo­ngan yang beriman dan bertakwa.

Jelasnya, Jakim juga mempromosikan semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat berbilang ka­um di negara ini, selain menghasilkan penerbitan berkualiti untuk kegunaan setiap kelompok sasaran serta merangka undang-undang yang menjadi model bagi kegunaan pihak negeri dan Persekutuan.

“Malah tidak dinafikan kami juga telah sedaya upaya membantu menangani ancaman ekstremis sehingga berjaya membendung gejala negatif daripada mengancam ke­selamatan negara.

“Justeru, kami akan terus melakar kejayaan dan mencurah sumbangan kepada ummah dan negara bagi memacu kecemerlangan Islam berdasarkan prinsip wasatiyyah dan selari dengan konsep Maqasid Syariah demi mencapai kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat,” tegasnya.

Utusan






4 Komen to Jakim selar pihak pertikai kewujudannya

  1. azmi says:

    Tidak sepatutnya kumpulan G25 mempertikaikan kewujudan JAKIM ni kerana jabatan ini banyak membantu menaikkan syiar islam dinegara ini..contoh:-

    – memberi tunjuk ajar cara-cara melaksanakan hukum islam iaitu hukum hudud dimana kerajaan PAS kelantan akan menjadi role model pertama di Malaysia
    – menghalalkan semua produk makanan dan restoran termasuk rumah-rumah sembelih dengan mengenakan fee yang berpatutan manasabah setiap tahun. Jika tiada logo halal jakim, atau produk tesebut memaparkan tanda halal selain daripda tanda halal jakim maka produk tersebut HARAM
    – memantau rumah-rumah perjudian seperti genting highland dan tempat-tempat menjual no ekor TOTO Magnum dan Big sweep supaya mempunyai lesen yang sah dan mengharamkan pembelian no ekor haram
    – menasihatkan kerajaan supaya sentiasa mengamalkan cara hidup islam, jangan rasuah, menipu dan membodohkan rakyat dan menghalalkan derma 2.6 bilion kepada perdana menteri
    – memantau program-program tv supaya tidak memaparkan program-program yang tidak memberi faedah kepada rakyat contohnya program realiti dan drama-drama melayu islam yang pompuannya seksi-seksi

    SEKIAN, TERIMAKASIH

  2. utopia land says:

    apa yang kita semua boleh nampak daripada JAKIM. peranannya ialah menghalalkan apa yang dirasakan membawa manfaat kepada negara dan mengharamkan apa yang dirasakan memudaratkan kepada negara.

    walaupun semua orang tahu rokok itu haram dan menyebabkan perokok itu menderita sakit kanser paru-paru secara perlahan-lahan.. namun, peduli apa rokok tu ada tar dan segala bahan kimia yang pelik-pelik bahayanya, asalkan rokok itu berlesen dan bayar cukai kepada negara.. maka halallah rokok itu.. ingat tau, nak jual rokok kena ada lesen, ada kebenaran kerajaan.. kalau rokok seludup tu mana bayar cukai, itu sebab tak dibenarkan kerajaan.. merugikan hasil negara. kononnya kerajaan naikkan harga kotak rokok berlesen untuk menggalakkan perokok mengamalkan gaya hidup sihat?? sungguh palsu rasional yang dikemukakan kerajaan itu. perokok jika mahu, dia akan cari jugak rokok seludup yang tak bayar cukai kepada kerajaan tu. orang kaya pulak akan cari cerut, pipe asalkan keluar asap dari mulut dan mulut rasa ada haba. tiup.. fuhh harrhh fuhh harrhh.. keluar asapnya

    walaupun arak itu memabukkan tapi masih lagi dibiarkan dijual.. kononnya non-muslim ada pilihan untuk minum arak ikut suka hati mereka. yang hairannya berapa ramai orang yang pergi night club, disco, bar tunggang arak tak kisahlah jenis apa pun arak tu, whiskey ke, champagne ke.. bila nak balik, bawa kereta mabuk.. tak ke bodoh perangai tu? dah tengok orang lain minum arak mabuk, nak jugak join minum arak, nak tau apa nikmatnya jadi mabuk? ada yang sampai muntah-muntah.. huhh seksa sungguh cerita pasal nightlife ni. dalam mabuk-mabuk tu, boleh pulak buat seks lelaki dengan perempuan ataupun sama jantina ataupun secara berkumpulan lagi.. air mani pun terpancutlah.. dah puas?? ok teruslah tidur.. esok pagi bersihkan diri pergi kerja pulak.

    dah tau judi ni haram tapi masih bagi lesen kepada pusat jadi beroperasi dan dihalalkan kerana bayar cukai kepada kerajaan.. untung tokey judi buat duit daripada penjudi-penjudi.. dalam kepala penjudi tu cuma suka-suka je buang duit main judi.. menang judi memang seronok tak ingat dunia. kalah judi habis tergadai macam-macam. huru-hara dibuatnya.. hutang sana-sini.. kongsi gelap pun ugut-ugut.. apa nak jadi lah masyarakat macam ni?

    susah sangat ke semua orang jadi orang baik.. oh sudah terlambat untuk patah balik?? cuba fikir, nak hidup berapa lama? sampai 100 tahun?

  3. utopia land says:

    Dipetik daripada laman web JAKIM. Akan dikupas satu persatu.

    Fungsi Jakim

    Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Jabatan Perdana Menteri akan berperanan sebagai agensi pusat dalam perancangan pengurusan Hal Ehwal Islam dan pembangunan ummah dengan fungsi-fungsi seperti berikut:

    1. Bertanggungjawab seperti perancang yang menentukan pembangunan dan kemajuan Hal Ehwal Islam di negara ini;

    2.Merangka dasar bagi pembangunan Hal Ehwal Islam di negara ini dan menjaga kesucian akidah dan ajaran Islam

    3.Membantu menggubal dan menyeragam undang-undang dan peraturan yang diperlukan serta menilai dan menyelaras pelaksanaan undang-undang dan pentadbiran yang sedia ada dari masa ke semasa dalam usaha untuk menyelesaikan masalah-masalah umat Islam;

    4.Melaksanakan program-program pembangunan ummah dan penghayatan Islam dalam pengurusan negara;

    5.Menyelaras mekanisma penguatkuasaan undang-undang serta peraturan-peraturan pentadbiran Hal Ehwal Islam di seluruh negara;

    6.Membuat penilaian program-program Hal Ehwal Islam yang dilaksanakan di negara ini;

    7.Bertindak sebagai pengumpul, penyebar dan pusat rujukan maklumat mengenai hal ehwal Islam; dan

    8.Melaksanakan usaha-usaha pembangunan ummah melalui kerjasama di peringkat serantau dan antarabangsa.

    Piagam Pelanggan

    Jabatan ini berjanji akan melaksanakan tanggungjawab dan memainkan peranan sebagai ”agensi pusat” yang unggul dengan memberikan perkhidmatan yang berkualiti dalam pengurusan hal ehwal Islam melalui usaha penyelarasan dan peningkatan mutu perkhidmatan dalam bidang dakwah, penyelidikan, perundangan, latihan, pendidikan serta pembangunan ekonomi dan sosial dengan menyediakan perkhidmatan seperti yang berikut:

    Menyediakan draf undang-undang Islam dalam tempoh enam bulan selepas semua dasar diputuskan.

    Menyediakan hasil penyelidikan dalam bidang akidah, syariah, falak dan muamalat dalam tempoh enam bulan selepas arahan diterima.

    Menyediakan program dakwah secara komprehensif dan melaksanakannya mengikut jadual yang ditetapkan.

    Menerbitkan rancangan agama di radio dan televisyen pada setiap hari menepati waktu, dipersembahkan secara menarik dan mudah difahami.

    Menerbit dan mengedar buku, majalah dan risalah dalam bidang keilmuan Islam mengikut jadual yang ditetapkan.

    Menyiarkan keputusan atau pandangan hukum Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia dalam Portal e-Fatwa dalam tempoh satu hari selepas ia disahkan.

    Menyediakan program Kelas al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) kepada kanak-kanak Islam berusia enam hingga 12 tahun mengikut kurikulum yang ditetapkan.

    Mengeluarkan Sijil Pengesahan Halal Malaysia bagi makanan,barangan gunaan dan perkhidmatan logistik bagi permohonan yang memenuhi syarat dalam tempoh 50 hari bekerja selepas permohonan diterima.

    Menyediakan teks khutbah Jumaat pada setiap minggu dan memaparkan dalam Portal Jakim sebelum pukul 10.00 pagi setiap hari Jumaat.

    Memberi latihan dalam bidang pengurusan hal ehwal Islam mengikut jadual perancangan yang ditetapkan.

    Mengeluarkan surat tawaran kepada calon yang berjaya dalam temuduga pengambilan pelajar baharu Darul Quran dalam tempoh tiga minggu selepas tarikh temuduga.

    Memastikan segala tuntutan yang lengkap diproses dan pembayaran dibuat dalam tempoh 14 hari.

    Mengeluarkan surat sokongan pas lawatan ikhtisas bagi pendakwah dan pelajar warganegara asing dalam tempoh 21 hari bekerja daripada permohonan diterima.

    Visi, Misi, Objektif dan Fungsi Jakim

    VISI
    Peneraju Kecemerlangan Pengurusan Hal Ehwal Islam di Malaysia Menjelang 2020

    MISI

    Memacu Transformasi Pengurusan Hal Ehwal Islam Untuk Meningkatkan Kemaslahatan Negara Melalui Pemerkasaan Agensi Islam Secara Inovatif dan Strategik

    SLOGAN : “Berwibawa dan Berhikmah”
    OBJEKTIF

    – Memastikan Ajaran Islam Tersebar Luas Kepada Masyarakat
    – Membentuk Kepimpinan Yang Berwibawa dan Melahirkan Tenaga Pengurusan Yang Terlatih, Berketerampilan, Dedikasi dan Berhikmah
    – menghasilkan Sistem Pengurusan Yang Berteraskan Nilai dan Etika Islam

    FUNGSI

    Sebagai sebuah agensi utama pengurusan hal ehwal islam di peringkat persekutuan serta urus setia kepada Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI), Maka JAKIM melaksanakan tiga fungsi utama berikut :

    Fungsi 1 : Penggubalan dan Penyeragaman Undang-Undang Syarak

    Fungsi 2 : Penyelarasan Pentadbiran Islam

    Fungsi 3 : Penyelarasan dan Pembangunan Pendidikan Islam

  4. anak selangor says:

    KP JAKIM risau unemployed.
    Tak pa bulih lantik jadi KP MYKEMU.nyet

Leave a Reply

Threesome