Menu Utama

Isu Israel: Apa Yang Hendak PAS Persoal Lagi Tentang Pendirian PKR?

anwar-wolfowitz

PAS semalam bising-bising di media mempersoal pendirian PKR yang dikatakan berdiam diri tentang dua pelayar Israel yang disekat masuk ke negara kita. Katanya, tindakan PKR yang berdiam diri itu seakan-akan ‘merestui’ pendirian DAP yang sebelum ini mahu dua warga Israel itu dibenarkan masuk.

Penulis faham kegusaran di hati PAS tersebut. Maklumlah, DAP itu rakan setilam sebantal PKR. Bila DAP bertindak biadap begitu seolah tidak sensitif dengan pendirian umat Islam yang membenci rejim Israel dan PKR pula tidak bersuara, maka selaku ‘rakan tahaluf siyasi’ pasti PAS akan gusar, bukan?

Benarlah DAP telah menarik balik gesaan itu. Tapi penulis berpandangan bahawa selaku sebuah parti yang dianggotai oleh orang dewasa, mempunyai pakar perlembagaan sebagai ahlinya dan antara parti ‘lama’ yang mampu bertahan, apakah DAP tidak berfikir sebelum membuat gesaan di media?

Nampak sangatlah ia disengajakan oleh DAP, bukan? Seakan-akan mahu ‘test power’ tentang keterbukaan rakyat Malaysia, nampaknya DAP tersilap langkah kali ini. Bukan saja teruk dikecam, malah menampakkan warna sebenar DAP yang sebelum ini tersembunyi…

Pada pandangan penulis, PAS harus faham bahawa PKR adalah rakan sekutu PKR. DAP pada mata PKR mungkin jauh lebih penting dan dihargai berbanding PAS. Cuba lihatapa yang berlaku sebelum ini, bukankah PAS sendiri pernah ‘dikenakan’ PKR?

anwar james wolfenson

Masih ingat lagi tentang resapan ‘Anwarinas’ di dalam PAS sehingga terpaksa dilakukan pembersihan pada muktamar lalu? Walaupun dikatakan DAP adalah ‘mastermind’nya, PAS perlu ingat bahawa PKR juga dikatakan adalah ‘pelaksana’ bagi gerakan menjahanamkan PAS dari dalam.

Jadi, apa yang hendak dihairankan atau dipersoalkan tentang pendirian PKR berkenaan isu ini? PKR mendiamkan diri mungkin sengaja mahu ‘playsafe’. Jika PKR menyokong PAS, maka mereka akan bergaduh dan mungkin kehilangan DAP sebagai rakan kongsi.

Namun jika mereka menyokong DAP pula, mereka sedar bahawa ramai yang akan hentam mereka, terutama umat Islam yang mereka pengaruhi sebelum ini. Jadi, mungkin kerana itu maka PAS mengambil jalan ‘playsafe’, takut ‘diliwat’ mana-mana pihak.

PAS perlu sedar bahawa PKR itu tidak setaraf dengan parti mereka. PKR jauh lebih ‘junior’ dan tidak sekuat mana pun, malah boleh dikategorikan sebagai pincang dan lemah. Tersilap langkah, tidak mustahil parti itu akan karam tanpa sokongan dari DAP atau PAS.

Namun begitu, pendirian PKR yang berdiam diri itu mungkin disebabkan mereka sebenarnya takut pada ‘tuan ghaib’ mereka. Cuba PAS perhatikan, sewaktu Anwar Ibrahim bebas dulu dan pergi ke luar negara, siapakah tokoh-tokoh yang dia temui?

Ketika dia menjadi Timbalan Perdana Menteri dulu, dia dibentang karpet merah dan diberi penghormatan begitu besar sekali oleh pihak tersebut berbanding Perdana Menteri Malaysia. Kenapa agaknya dia jadi ‘anak emas’ pihak berkenaan?

wan madeline

Sewaktu Anwar dipenjara bagi kes pertamanya dulu, kepada siapakah Wan Azizah mengadu? Kenal dengan Madeline Albright? Siapa pula Wolfowitz yang menjadi sahabat karib Anwar? Apa keturunan nasab rakan-rakan baik Anwar di luar negara? Keturunan ‘baik-baik’ belaka?

Lagipun, penulis perhatikan sejak dulu lagi sekiranya Anwar menghadapi masalah, dia selalunya akan cenderung mengunjungi negara-negara barat, khususnya negara yang pro-Yahudi Israel seperti Amerika Syarikat dan sekutu-sekutunya.

Jarang pula penulis dengar Anwar atau penyokongnya ke Timur Tengah bertemu dengan pemimpin Islam yang seagama dengannya sekiranya menghadapi masalah. Jika ada sekalipun, tokoh yang ditemuinya itu kebanyakannya adalah pro-Islam liberal dan mendokong pluralisme.

ned board

Jadi, apa yang hendak PAS persoalkan lagi pada PKR. Takkanlah masih tidak kenal PKR setelah bertahun-tahun bersama? Biarlah PKR dengan pendirian mereka dan tidak perlulah dipersoal. Tidak dipersoal pun PAS mampu hidu jawapan sebenar tentang pendirian PKR, bukan?

Cuma yang penulis hairankan ialah PAS sendiri yang kelihatan masih lagi ‘terhegeh-hegeh’ pada PKR. Orang sudah buat ‘geng’ baru dan tinggalkan PAS terkial-kial keseorangan, lagi PAS mahu ‘terhegeh-hegeh’ pada mereka?

Untuk makluman PAS, PKR itu pada pandangan penulis adalah seperti Parti Amanah Negara. Sama sifat kedua parti tersebut. Sama-sama khianat dan sama-sama cuba jahanamkan parti asal. Tidak faham? Cuba selidik dan fikirkan asal-usul sebenar kewujudan parti itu…



« (Previous News)



Satu Komen to Isu Israel: Apa Yang Hendak PAS Persoal Lagi Tentang Pendirian PKR?

  1. zainab says:

    PAP sekutu DAP di seberang adalah pendokong yahudi sejak dulu lagi, mereka menerima bantuan utk meluaskan pengaruh mereka dirantau asia. Jadi tidak menghairankan Mat Syabu hanya mendiamkan diri tanda setuju dlm soal ini agama tolak tepi…islam lah sangat kononnya

Leave a Reply

Threesome