Menu Utama

Henti burukkan Mara Digital

Majlis Amanah Rakyat (Mara) kesal apabila masih terdapat usaha memperlekeh Mara Digital dengan mengaitkan pusat sehenti penjualan gajet dan alat telekomunikasi itu dengan isu perkauman.

Pengerusinya, Tan Sri Annuar Musa berkata, Mara Digital diwujudkan bertujuan membantu usahawan belia bumiputera dan perkara itu selari dengan tugas utama agensi tersebut sejak sekian lama iaitu memperkasa ekonomi golongan pribumi di negara ini.

Sehubungan itu, kata beliau, orang ramai sepatutnya menyokong inisiatif Mara, bukannya terus menerus mengutuk, menye­rang dan mengaitkan pusat tersebut sebagai sesuatu yang bersifat perkauman.

“Mara Digital bukan eksklusif untuk pelanggan Melayu, pusat ini terbuka kepada sesiapa sahaja. Sesuatu perniagaan itu tidak boleh berasaskan perkauman. Adakah Melayu hanya mahu jual kepada Melayu? Tidak boleh, lingkuplah perniagaan.

“Dalam konteks Mara, agensi ini memang diwujudkan untuk membantu peniaga bumiputera. Di Kuala Lumpur, bukan mudah mahu dapat premis perniagaan, sewa pun mahal. Jadi kita bantulah dengan cara dapatkan lokasi bagus di tengah-tengah pusat bandar raya,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas merasmikan Kongres Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) di Pengkalan Chepa, di sini hari ini.

Sejak dibuka 8 Disember lalu, Mara Digital semakin mendapat sambutan namun pihak yang tidak menyenangi kewujudannya pula dikatakan mahu menggagalkan usaha itu dengan cara menyebarkan pelbagai tohmahan menerusi media sosial.

Mengulas lanjut, Annuar yang juga Ahli Parlimen Ketereh berkata, beliau sendiri tertanya-tanya, mengapa ada kelompok tertentu mempertikai usaha Mara yang mahu membantu golongan bumiputera sedangkan kaum lain turut mempunyai platform bagi menyokong perniagaan masing-masing.

“Contohnya kawasan perniagaan di Petaling Street dimonopoli satu kaum sahaja. Begitu juga di Brickfields. Di Pulau Pinang boleh dikatakan semua tempat sudah macam Petaling Street. Kenapa tidak serang?

“Kenapa hanya serang orang Melayu, yang hanya ada 32 gerai (Mara Digital), yang mahu beri peluang belia kita berniaga dalam ICT? Ini tidak adil,” katanya.

Utusan






4 Komen to Henti burukkan Mara Digital

  1. james bond says:

    Selama ni yang support business Cina di pertama kompleks, low yat, kota raya tu semuanya melayu. Maka Cina akan takut dah tidak ada pelanggan yang boleh ditipu sekiranya melayu membeli di digital mara. Sekiranya melayu ada kesedaran, mereka akan tetap support business melayu walau apa fitnah dan propaganda yang ditaburkan. Cina ni memang cunning, mereka sendiri tak nak membeli dari melayu, tapi bila melayu baru nak cuba membeli dari melayu, maka bermacam tohmahan dilontarkan. Sudah banyak wang saya diberikan kepada peniaga handphone Cina, sudah tiba masa saya buat seperti apa yang mereka buat selama ini, iaitu membantu bangsa sendiri berniaga

  2. Amirul Shahezi says:

    Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. al-Baqarah (2) : 120

  3. dotdot says:

    macam itu lah melayu, Bukan nak membantu bangsa sendiri ,,tp perasaan hasad dengki yg selalu ada dlm hati,,,tak suka tgok melayu berjaya,,lebih2 lagi set2 pembangkang, bila melayu buat untuk melayu mula la ckap rasis,,sampai bila pn melayu akan layu klu melayu sendiri tak ubah sikaP PHD (Perasaan Hasad Denki) ,

  4. syaa says:

    melayu bodoh yg mengutuk usaha2 memajukan melayu.dengki mcm setan.

Leave a Reply

Threesome