Menu Utama

Hayati salam silaturahim Najib

Semua pihak perlu menghayati salam silaturahim Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Presiden UMNO sebagai simbolik bahawa perpaduan parti perlu berada pada tahap paling tinggi terutama menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khalid yang juga Menteri Pendidikan berkata, salam yang dihulurkan Perdana Menteri itu bukan sahaja membuktikan jiwa besar pemimpin berkenaan tetapi kesungguhan beliau untuk mengukuhkan perpaduan parti.

Katanya, Perdana Menteri sudah membuka laluan ke arah penyatuan parti dengan sikap rendah diri beliau itu dan semangat itu wajar dihayati oleh semua pihak demi perpaduan parti.

“Perdana Menteri sudah bagi laluan untuk tujuan penyatuan, kepada kita perpaduan adalah langkah terbaik dalam parti kerana untuk hadapi PRU, perpaduan adalah keutamaan,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada majlis Penyampaian Sumbangan Pakaian Sekolah serta Penyerahan Elaun kepada Pengerusi dan Setiausaha Jawatankuasa Kemajuan dan Ke­selamatan Kampung (JKKK) Parlimen Kuala Kedah di sini hari ini.

Katanya, kini terpulang kepada pihak berkenaan untuk menyambut salam perpaduan daripada Perdana Menteri itu.

“Kita tunggulah maklum balas dan tindakan selanjutnya daripada pihak lain,” katanya.

Berucap pada majlis itu, Mahdzir mahu semua JKKK yang dilantik memainkan peranan dengan berfikiran di luar kotak demi kecemerlangan kawasan masing-masing.

Utusan






6 Komen to Hayati salam silaturahim Najib

  1. ayam says:

    Hehehehe…salam dedak 1Malaysia lepas bantai orang…mana la brader tu nak sambut

  2. Org Islam says:

    Syaitan dan iblis sentiasa membisik mengadu domba membuatkan hati manusia berbolak balik. Yg baik jadi tak baik, yg tak baik jadi baik. Nauzubillah.

  3. semangat dato' haron says:

    Slps PAU kedudukan Najib lebih kukuh. Muhyiddin patut tahu jika beliau menentang Najib, masa depan dia akan lebih kelam

  4. Memang Terok says:

    Org Islam, Semangat dato’ haron….

    Anda antara manusia yang jernih hati tidak berserabut, tidak lalang, tidak condong mengikut arus angin. Alhamdulillah, kita sama2 tidak pertahan sesuatu kerana emosi, kerana prejudis.

    Kita nampak yang benar kerana masakan kita tak tahu mana yang haq mana yang bathil untuk diikut atau dibuang..

    . Wallahu alam.

  5. Memang Terok says:

    Kadir Jasin yang tak pernah berhenti menulis memberi komen tentang PM Najib terus menerus menulis mengenai hal yang sama hingga kehari ini.

    Kali ini Kadir menulis mengakui bahawa PM sudah boleh diistihar sebagai pemenang kerana semua seteru beliau sudah menyerah kalah. Selepas selama 12 bulan mereka menyerang PM dengan mengguna berbagai senjata, tenyta mereka kini kehabisan peluru.

    Muhyiddin & Shafie Bedal sudah pun ditinggal Madey terkontang kanting. Kedua2 bekas menteri yang berikrar taatsetia tapi akhirnya menderhaka itu sedang berjalan berseluar dalam saja kerana seluar mreka tertinggal sepelas terlondeh.

  6. Ku Seman says:

    Berdamai? Pernahkah Najib dengan Muhyiddin atau Shafie Apdal bergaduh? Pernahkah Muhyiddin melancarkan serangan untuk menjatuhkan Najib walaupun beliau wajar berbuat demikian? Jadi, kalau tidak ada pergaduhan atau persengketaan untuk apa berdamai?

    Agenda berdamai hanya didoktrinkan oleh pemakan dedak supaya kelihatan Muhyiddin menolak perdamaian. Isunya Muhyiddin hanya menegur integriti Najib yang memasukkan derma RM2.6 bilion dalam akaun peribadi. Adakah kalau seseorang yang menegur seorang yang lain yang tidak berintegriti kena memohon maaf? Adakah satu kesalahan kalau kita menegur orang yang seperti Najib, masukkan derma untuk parti dalam akaun sendiri? Hanya pemakan dedak yang boleh menjawabnya.

Leave a Reply

Threesome