Menu Utama

G25 mahu hukuman khalwat dimansuh

Selepas mencadangkan pemansuhan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), kumpulan bekas penjawat awam, G25 pula mahu penubuhan sebuah jawatankuasa perunding bagi membincangkan untuk meminda atau memansuhkan beberapa undang-undang syariah.

Antara yang dicadang untuk dimansuhkan ialah hukuman terhadap perbuatan berkhalwat yang didakwa melanggar hak kebebasan seseorang seperti termaktub di dalam Perlembagaan.

Jurucakap G25, Datuk Noor Farida Ariffin berkata, dengan berpandukan pada prinsip Perlembagaan, kumpulan tersebut menentang sebarang hukuman terhadap perbuatan khalwat jika dilakukan di rumah persendirian kerana itu adalah hak dan privasi setiap individu.

Menurutnya, perbuatan khalwat di tempat peribadi adalah dosa peribadi antara pelakunya dengan Allah kecuali jika dilakukan di kawasan awam, namun Malaysia adalah satu-satunya negara yang menjatuhkan hukuman terhadap kesalahan itu.

“Ini bertentangan dengan Islam. Apa orang buat di dalam rumah sendiri, anda tidak boleh ketuk pintu pada pukul 3 pagi dan menahan mereka, ini bertentangan dengan prinsip perundangan Islam, dosa peribadi adalah antara diri sendiri dengan Allah.

“Anda boleh masuk neraka atau tidak, atau apa sahaja tetapi bukan urusan undang-undang menghukum anda ke dalam penjara kerana melakukannya secara privasi di rumah, bukan taman awam,” tegasnya dalam sidang akhbar selepas Forum Islam Dalam Demokrasi Berparlimen di bangunan Persatuan Alumni Universiti Malaya (PAUM) hari ini.

Yang turut hadir, Penasihat G25, Tan Sri Mohd. Sheriff Mohd. Kassim dan Pengerusi Jawatankuasa Penganjur Forum, Datuk M. Redzuan Kushairi.

Noor Farida berkata, pelaksanaan undang-undang syariah menjadi masalah apabila ia melanggar Perlembagaan sehingga menjadikan dosa peribadi seseorang sebagai satu kesalahan jenayah.

“Bidang kuasa jawatankuasa perunding ini adalah untuk melihat jika sesungguhnya undang-undang itu melanggar Perlembagaan, mereka akan mencadangkan ia dimansuhkan atau dipinda,” tegasnya.

Tambahnya, G25 akan mendapatkan kerjasama dan penglibatan daripada semua NGO dalam membincangkan perkara tersebut termasuk kemungkinan memohon dana kerajaan untuk memudahkan pergerakan mereka.

Sementara itu, M. Redzuan berkata, jawatankuasa tersebut akan melakukan kajian menyeluruh untuk ‘memperbetulkan’ beberapa perkara di dalam undang-undang syariah yang telah melangkaui sempadan Perlembagaan.

“Ini akan melibatkan masyarakat dan orang ramai, mereka akan mengkaji undang-undang syariah dan sivil untuk melihat di mana bahagian yang pelaksanaan syariah ini melampaui Perlembagaan,” jelasnya.

Utusan






22 Komen to G25 mahu hukuman khalwat dimansuh

  1. Kassim Ahmad says:

    Mencuri, merogol, membunuh pun boleh di’kata’ itu antara dosa pelaku dgn tuhan, memang akan menjadi masalah besar!Maka akan ramailah lahir anak2 haram. ;amal makruf nahi mungkar’ adalah satu ibadah.Dunia akhir zaman ini wpun usia dah dkt pintu kubur tp hati hitam legam seperti syaitan.

  2. mata-mata says:

    Boleh la G25 bersedia untuk bersatu dengan amBABIga dan puak liberal pada PRU-14 nanti…..

    Puak-puak amBABIga dan liberal pasti akan jadikan usul kamu tu satu kenyataan….

    Lepas tu boleh la lantik peliwat tegar jadi Punaisinat Teragung bagi parti kamu nanti…

  3. azmi says:

    Ya! Perbuatan menangkap orang berkhalwat adalah berdosa sepertimana Firman Allah dalam Surah Al-Hujarat ayat 12..

    “Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani”.

    SEKIAN TERIMA KASIH.

  4. Pemerhati says:

    janganlah kerajaan melayan memberi dana walau sedikit pun kepada mereka itu untuk membuat kajian kononnya nak memperbetulkan undang2 syariah yang melampaui perlembagaan….harus kita ingat mereka itu bukan para ulama’ atau para ilmuan Islam yang tegas pendirian mereka tentang hukum & kaedah dalam bab mencegah kemungkaran dari berlaku atau dilakukan oleh orang Islam

    jika orang pejabat agama atau penghulu kampung menyerbu rumah(untuk mencegah atau memastikan tiada kemungkaran berlaku atau dilakukan) dianggap telah melakukan kesalahan(kononnya sebab mengganggu privasi), tidakkah ianya bermaksud memberi tambahan kebebasan & kesenangan kepada ‘golongan Islam liberal’ seperti kumpulan G25 itu, ‘prototype2 seperti mat sabu’ & mereka2 yang mengamal ajaran syiah untuk melakukan khalwat dalam rumah?

    harus kita ingat sebuan yang dibuat itu bersandarkan laporan/aduan yang dibuat oleh orang awam…bukannya kerja orang pejabat agama 24/7(tanpa aduan/laporan) sesuka hati menyerbu rumah orang…bukan juga kerja orang pejabat agama suka menghendap(kononnya sebab nak membiarkan kemungkaran lebih besar berlaku atau dilakukan) seperti yang diperkatakan & difahami dr maza(Mufti Perlis)…selepas menerima aduan/laporan, tugas orang pejabat agama cuma nak cegah atau nak pastikan tiada kemungkaran berlaku atau dilakukan, itu sahaja!

    tersilap membuat serbuan boleh minta maaf, apa yang penting kita faham tugas orang pejabat agama untuk apa…perlu ke tuan rumah yang tahu hukum agama membenarkan ‘orang luar\'(merupakan kekasih/tunang/bakal suami kepada anak perempuannya) tidur semalaman dalam bilik berasingan di rumahnya nak marah2 pada orang pejabat agama? susah sangat ke tuan rumah(seperti si bapa) yang tahu hukum agama ini nak beri penjelasan kepada orang pejabat agama? apakah orang pejabat agama ini semuanya sukar nak bersikap rasional & sukar nak berhenti bersangka buruk setelah si bapa memberi penjelasan?

    berkhalwat sudah senang maknanya nak berzina pun bertambah senang tak perlu risau tentang orang pejabat agama atau penghulu kampung datang nak serbu sebab serbu rumah orang sudah menjadi satu kesalahan…yang jadi mak-bapak dalam kumpulan G25 itu boleh tidur dengan lena juga bila kekasih kepada anak perempuan mereka tidur sebilik dengan anak perempuan mereka, begitu juga sebaliknya…cuma mak-bapak syiah sahaja akan menyuruh kekasih kepada anak perempuan mereka membuat nikah mut’ah terlebih dahulu sebelum tidur sebilik dengan anak perempuan mereka

  5. Pemerhati says:

    azmi says:
    December 7th, 2015 at 3:12 PM

    “Ya! Perbuatan menangkap orang berkhalwat adalah berdosa sepertimana Firman Allah dalam Surah Al-Hujarat ayat 12..

    “Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani”.

    SEKIAN TERIMA KASIH.”

    alo bongok, ayat ko paste tu melibatkan individu Muslim bukan melibatkan pihak berkuasa(ulil amri) yang menguatkuasakan undang2(syariah) & hukum agama

  6. kau berambus ada aku kesah? says:

    senang saja.. tak suka duduk malaysia.. berambuslah duduk negara lain.. nak sangat kan buat seks dalam bilik hotel.. pergilah new york, los angeles, las vegas, london, sydney, dan segala bandar di eropah yang begitu terbuka dan tak kesah pon nak oral sex ke, anal sex ke, group sex ke, pancutlah air mani suka hati kau di sana.. bila kau duduk di malaysia, buat cara duduk malaysia lah.. tak dinafikan ada yang terlepas daripada ditangkap walaupun selamba badak buat seks.. who cares?? nanti ada AIDS, HIV, SYPHILIS, GONORRHEA, dan segala penyakit pelik-pelik, rasa dah lama sangat hidup kot, matilah kau sebelum 100 tahun.. cuba kau tanya centenarian, apa yang mereka buat sepanjang hidup mereka, ada mereka buat benda sia-siakan diri mereka?

    kau tu hanyalah seorang daripada berbilion manusia di bumi ni. patah tumbuh hilang berganti.. jangan nak kata kau seorang boleh majukan malaysia ni.. hey, dah rasa malaysia ni nak jadi failed state lah, third-world lah, dan segala sumpah seranah merapu kau tu, kau dipersilakan berambus ke negara lain..

  7. Meriam Buluh says:

    Pasal tu Penasihat Agung pakatan retard bagitau tak salah main dengan pelacur, bini orang atau liwat asalkan buat in secret. azmi faham macam ni juga rupanya. Laknatullah besar rupa-rupanya. Awas semua!

  8. semangat dato' haron says:

    Seorang perempuan x bertudung nk ckp psl hukum agama. Mmg dh terbalik dunia ini.

  9. acid says:

    Aik..tangkap orang berkhalwat adalah berdosa…he he he…pulak dah !!!

  10. Memang Terok says:

    Secara perlahan kumpulan ini cuba menerapkan hukum liberal kedalam agama yang kita anuti. Tidak kita sangkal bahawa dosa tidak boleh dikongsi dan dosa tidak boleh diwarisi. Namun dengan membenarkan maksiat zina berlaku dirumah persendirian, ini tahap dakwah yang menghalalkan kemuungkaran dan salah laku. Sedangkan islam menuntut umatnya mencegah kemungkaran dengan lidah, dengan tangan atau dengan hati/niat mengikut tahap dan peluang yang ada.

    Hukum hudud yang menjatuhkan hukuman potong tangan yang sedang diamal di arab saudi untuk kesalahan mencuri, adakah itu dosa mencuri ditempat awam, dikedai, dibank saja ? Mencuri dirumah orang apakah tidak dihukum ?.

    Kesimpulannya ini kumpulan perosak agama yang perlu ditentang habis2an. Jakim yang ditubuh sekian lama pun dikatakan tidak relevan, apa jenis pemikiran baru yang kini muncul ?.

  11. Pemerhati says:

    anak mengadu pada bapak kata buatlah sesuatu pada JAKIM yang telah memfatwakan dirinya & SIS sesat lalu bapak pun pergi berjumpa G25 untuk mengadu tentang ketidakpuasan hati anak perempuannya itu…tup2 bersuaralah G25 berkata mereka mahu mansuh JAKIM & bapak kepada anak perempuannya yang sesat itu pun membuat artikel dalam blog bertanya apakah umat Islam di Malaysia harus mengikuti acuan Islam yang dikehendaki oleh JAKIM?

    lebih dilihat menyesatkan bila bapak tergamak berkata jika rakyat mahu JAKIM dimansuh maka rakyat harus memastikan kerajaan baharu harus memerintah negara yang bermaksud UMNO & BN harus ditumbangkan dalam PRU14

    bila aku rasakan madey menyokong seorang anti hadis bernama kassih ahmad maka tidak hairanlah kenapa madey turut sama bersekongkol dengan G25 yang mahu mansuh JAKIM

  12. Pemerhati says:

    better the devil you know than the angel you don’t know…madey ialah ‘angel’ yang kita ‘don’t know’…lebih merbahaya ‘angel’ yang kita ‘don’t know’ ini

  13. azmi says:

    Wahai sedara pemerhati..owh ulul amri dengan individu lain eh? Ulul amri boleh benarkan toto, kuda magnum genting hailand, individu tak boleh? pasal tu duit zakat kalau tak bayar pada ulul amri hukum HARAMMMMM..tapi ulul amri balun duit zakat HALALLLLL…sama la ulul amri kat aab saudi ni ha..

  14. Pemerhati says:

    kepada si bongok(azmi), janganlah melencung fasal negara lain…di negeri Kelantan bergelar Serambi Mekah pun ada jual toto & arak untuk orang bukan Islam…janganlah buat fitnah, kemukakan bukti & buatlah laporan kalau ko tahu ada orang Islam dikalangan ulil amri balun duit zakat…kalau ko biasa balun duit zakat takde siapa pun tahu hanya tuhan sahaja yang tahu, betul tak apa aku kata?

  15. Pemerhati says:

    kepada si bongok(azmi), boleh tak ko beritahu & pastikan ‘kelab’ dalam video itu terletak di negara mana & di bandar apa?

  16. Obina Naser says:

    G25 ni pikir bijak sangat ke sampai nak pengaruh hal2 agama..bila rumah sendiri dibuat seperti sarang pelacur apa lagi definisi hukuman patut diberi??
    Mungkin G25 terlibat dlm perkara2 seumpamanya??

  17. azmi says:

    kepada pemerhati..zaman ni zaman maklumat diujung jari..kau buleh cari dan tengok sendiri kejelikan bangsa arab saudi..hukum islam hanya untuk rakyat marhain bukan kepada ulul amri iaitu keluarga diraja keturunan saud..disini aku copy paste sedikit catatan tentang kejelikan tesebut..terpulang lah kepada engkau untuk menilainya..

    Arab Saudi mungkin sebuah negara yang mengamalkan peraturan Islam ketat berteraskan aliran fahaman Wahabi, tetapi di belakang tabir kediaman mewah ahli bangsawan negara itu tersembunyi pelbagai kejelikan seperti pesta seks, dadah dan arak.

    Berdasarkan kabel diplomatik Amerika Syarikat yang dibocorkan laman sesawang WikiLeaks, cara hidup konservatif mungkin boleh dilihat di jalanan saja, tetapi secara tersembunyi, suasana malam di Arab Saudi dipenuhi aktiviti mendebarkan.

    “Pelbagai jenis hiburan tersedia, termasuk pelacur, alkohol, dadah dan seks, tetapi ia berlaku secara tertutup,” kata kenyataan dibuat pada November tahun lalu itu.

    Keluarga raja

    Menurut kabel diplomatik itu lagi, kejelikan berkenaan berlaku kerana pihak yang bertanggungjawab memantau aktiviti maksiat tidak berani bertindak apabila majlis itu dianjurkan keluarga diraja Arab Saudi.

    Catatan dibuat pegawai konsulat AS itu memberikan gambaran sebuah parti Halloween diadakan dengan dihadiri kira-kira 150 orang.

    Kebanyakan pengunjung, kata kabel itu, berusia di antara 20-an dan 30-an.

    Suasana parti itu pula dikatakan tidak ada beza dengan pesta diadakan di luar Arab Saudi.

    Katanya, setiap kali parti dianjurkan, ia dipenuhi dengan hidangan arak, pasangan muda-mudi menari secara bebas dan deejay dijemput khas sibuk menghiburkan pengunjung.

    Parti Big Jeddah itu juga sering dihadiri pelacur – perkembangan baru yang semakin lazim di negara berkenaan.

    Seorang daripada pengunjung pesta itu memberitahu konsulat AS berkenaan, penganjur parti itu mengadakan majlis keraian untuk meraikan keluarga bangsawan atau menjemput mereka semata-mata menghalang pihak berkuasa mengambil tindakan.

    Disebabkan kos menyeludup arak agak tinggi – kira-kira RM1,300 sebotol bagi vodka Smirnoff – memaksa sesetengah penganjur mengisi semula bekas berkenaan dengan arak murah tempatan. Sebagai negara yang mengamalkan undang-undang Islam, sebarang aktiviti menghasilkan atau menjual arak di Arab Saudi adalah dilarang. Jika dilakukan dan ditangkap, pesalah boleh dikenakan hukuman penjara.

    Bagi pengedar dadah pula, undang-undang Arab Saudi memperuntukkan hukuman mati jika didapati bersalah.

  18. Pemerhati says:

    aku tak suka nak komen fasal gaya hidup jelek & mungkar anak raja pak arab itu…fasal anak raja di negara kita mempunyai gaya hidup jelek & mungkar seperti anak raja pak arab itu, komen aku ialah aku tidak boleh nafikan ada anak raja seperti itu di negara kita

    suka atau tidak suka, kita sebagai rakyat biasa harus terima undang2 & hukuman yang dikatakan tidak adil itu dimana kita sebagai rakyat biasa boleh dikenakan hukuman(sekiranya ditangkap sedang minum arak, berkhalwat & sebagainya) oleh pihak berkuasa sementara anak raja boleh terlepas begitu sahaja

    raja ada penasihat agama masing2…jika menjadi pengetahuan tentang anggota kerabat diraja terlibat dengan gaya hidup jelek & mungkar, biarlah penasihat agama mereka yang memberi teguran & membetulkan diri anggota kerabat diraja berkenaan

    kepada yang menjadi mufti di negeri yang mempunyai raja, jika anda tidak setuju & tidak suka dengan undang2 yang dikatakan tidak adil itu, silalah berhenti menjadi mufti

  19. mata-mata says:

    Copy paste tapi bersumberkan wikileak…

    Macam tu boleh la kita percaya kata-kata wikileak yang mengesahkan anwar tu memang peliwat, iye tak….

    Kabel diplomatik yang bertarikh 8 November 2008 dibocorkan laman web Wikileaks kepada kumpulan Media Fairfaz di Australia.

    Menurut kabel diplomatik itu:

    “Australia menyatakan bahawa perkhidmatan perisikan Singapura dan (bekas Perdana Menteri) Lee Kuan Yew telah memberitahu Pejabat Penilaian Kebangsaan (ONA) dalam pertukaran maklumat bahawa Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim pernah sesungguhnya melakukan perlakuan yang kini dia dituduh”

  20. acid says:

    Hhhmmm.hujah bersumber wikileaks ???

  21. mata-mata says:

    Acid… Boleh la tanya mana sumber si azmi tu dapat…

  22. bangKano says:

    Kita tak boleh salahkan para penguatkuasa agama negeri kerana mereka bertindak mengikut Enakmen Jenayah Syariah setiap negeri……kalau tidak suka pada tindakan birokrat agama,mansukhkan saja semua enakmen tersebut..kita paham kadangkala tindakan para birokrat agama ini melampaui kehakikatan yang munasabah dalam menafsirkan sesuatu klausa Perlembagaan Persekutuan & enakmen kerana tahap intelektual mereka yang amat rendah. Biarlah kita bertindak secara demokratik gunakan parlemen & sistem demokrasi negara ini yang terwujud di Negara ini. Lantiklah pegawai penguatkuasaan agama islam yang berwibawa dan terdidik secara ilmiah dalam pelbagai disiplin sains sivil & syariah kerana islam itu cara hidup sejagat bukan dikongkong oleh satu pihak yang kuno & primitif cara berfikir dalam menyelesaikan permasalahan manusia.Manusia itu bersifat dinamis sentiasa berubah-rubah mengikut lingkungan & peredaran zaman.

Leave a Reply