Menu Utama

ERL: Kenapa DAP Tanya Kerajaan Bukan YTL?

Ahli Parlimen Serdang, Ong Kian Ming membidas Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai dan menuntut penjelasan mengapa beliau membenarkan tambang Express Rail Link Sdn Bhd (ERL) bagi perjalanan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan ke KLIA2 dinaikkan menjadi RM55 daripada RM35.

Menurut pemimpin DAP itu, sejak pembukaan rel lanjutan ke KLIA2, KLIA Express menyaksikan peningkatan hampir 40 peratus dalam jumlah penumpang sehingga enam unit kereta api baru terpaksa ditempah pada akhir 2014.

Katanya, peningkatan dalam bilangan penumpang pasti akan meningkatkan pendapatan dan keuntungan KLIA Express.

Sungguhpun kuasa meluluskan kenaikan tambang terletak kepada kerajaan, namun DAP tentu sedar bahawa ERL merupakan milik swasta yang pemegang saham utamanya ialah YTL Corporation Berhad.

Mengapa DAP tidak membelasah YTL sebelum menegur kerajaan? Apakah kerana YTL mempunyai hubungan baik dengan Tony Pua salah seorang ahli Parlimen DAP?

Semalam, syarikat itu mengumumkan bahawa tambang baru bagi perjalanan sehala dari KL Sentral ke KLIA dan ke KLIA2 ialah RM55, berkuat kuasa mulai 1 Januari tahun depan.

Ia menyaksikan kenaikan kadar tambang sebanyak 57 peratus – dari RM35 kepada RM55.tambang KLIA ekspres akan meningkat.

Namun apa yang DAP tidak faham atau sengaja sembunyikan fakta ialah dengan menggunakan pengangkutan Bas dari KL Sentral ke KLIA hanya memakan kos RM 10 sahaja. Jadi orang ramai ada pilihan untuk menggunakan Bas atau ERL.

Demikian juga perjalanan ke Putrajaya dan Cyberjaya mempunyai rangkain bas yang cekap dan selesa.

Apa pun kita harus sedar, ERL ialah satu sistem pengangkutan swasta yang mensasarkan golongan ahli perniagaan dan pelancong. Kos pembinaan berbilion ringgit ditanggung oleh pihak swasta dan pelabur tentu perlu membuat keputusan perniagaan bagi memastikan mereka mampu membayar pinjaman dan mendapat keuntungan dari pelaburan mereka.






8 Komen to ERL: Kenapa DAP Tanya Kerajaan Bukan YTL?

  1. azmi says:

    Ye la pemakan dedak MYKMU suka kalau semua benda naik..sampai nak tanya pun tak boleh..ok la teruskan MYKMU..selamat maju jaya..

  2. Ekonomi_handalan says:

    Susah gak menda ni,susah gomen nak jawab..klu nak salahkan tukang bg lulus dulu pun,org tetap akan tembak gomen yg skrg..gomen pun da takleh watpe da..takkan nak ambik alih smua syarikat konsesi..

  3. rakyat smart says:

    Sebenarnya ERL ada hak naikkan tambang sehingga RM64 tapi minta RM55 je. Lagi pun yang naik ERL tu bukan orang yang tak de duit pun. Kebanyakan ahli perniagaan yang boleh claim balik dari kos perjalanan syarikat atau pun orang berduit yang suka pergi bercuti ke luar negara.

  4. moo says:

    Bodoh punya artikel. kenaikan kadar adalah di bawah Kem Pengangkutan.

    Macam Hari tu, kenaikan toll adalah di bwh Kementerian jugak.

  5. DAPbodo says:

    macam la hari hari ramai naik ERL. yang naik ERL ni yang nak pi airport terbang sana sini. kira berduit jugak.alternatif lain pun ada BAS pun banyak dari KL sentral tu.

    aku nak pi KLIA naik bas je. jimat dan murah.

    rakyat Malaysia ni dah terbiasa bertongkat. patut jangan buat ERL ni lagi bagus

    naik kereta lembu cam si moo lembu ni

  6. semangat dato' haron says:

    Poyo je semua, melancong hbs beribu2 x bising. Naik erl bising. Hipokrit

  7. rockers says:

    ytl pun kroni umno jugak kn….

  8. […] Sumber:http://www.mykmu.net/2015/12/erl-kenapa-dap-tanya-kerajaan-bukan-ytl/ […]

Leave a Reply

Threesome