Menu Utama

Elok-Elok Tiada Tol, Tiba-Tiba Diada-adakan Tol Di Zaman Beliau…

Baru-baru ini rakyat di negara kita kecoh memperkatakan tentang kemungkinan kadar bayaran tol akan dinaikkan khususnya membabitkan tol PLUS. Kecohnya macam esok nak kiamat bunyinya, bagai esok ajalnya sudah tiba…

Mengulas mengenai kadar tol ini, pada pandangan penulis, adalah tidak adil untuk meletakkan diri sebagai rakyat sahaja sedangkan pemilik konsesi lebuhraya juga punya hak untuk menaikkan kadar tol sebagaimana yang tertulis dalam perjanjian dengan kerajaan.

Jika kita pemilik tol atau memiliki saham dalam syarikat-syarikat konsesi berkenaan, setidak-tidaknya mungkin kecewa juga dibuat bila hak kita untuk meraih keuntungan dinafikan. Jika dinafikan sekali sekala tidak mengapalah. Tapi kalau sudah bertahun-tahun, mungkin ada yang hilang sabar…

Namun begitu, penulis lebih tertarik pada istimewanya lebuhraya di Sabah dan Sarawak yang kenali sebagai Lebuhraya Pan Borneo. Dirancang dari hujung Sarawak hinggalah ke hujung Sabah, panjangnya leburaya itu mungkin lebih dari lebuhraya PLUS di Semenanjung.

Paling penulis cemburu, Pan Borneo tiada tol! Berbilion-bilion bajet diperuntukkan untuk membina lebuhraya berkenaan, tapi tidak dikenakan sebarang bayaran tol. Penulis benar-benar cemburu. Apatah lagi khabarnya ada lebuhraya di Sarawak yang dimansuhkan bayaran tol baru-baru ini, kan?

Penulis dapat maklumat bahawa idea asalnya pembinaan lebuhraya di Semenanjung ini adalah tidak dikenakan sebarang bayaran. Ideanya bermula di zaman Allahyarham Tun Abdul Razak. Khabarnya, idea berkenaan diteruskan oleh Allahyarham Tun Hussein Onn.

Kedua-dua bekas Perdana Menteri itu meneruskan projek pembinaan lebuhraya tanpa sebarang bayaran tol. Dalam ertikata lain, ianya percuma seperti Pan Borneo dengan semua perbelanjaan ditanggung kerajaan. Maksudnya, kerajaan ketika itu mampu dari sudut kewangan.

Namun entah apa alasan, tiba-tiba semua lebuhraya yang dibina meminta kita membayar tol. Malah kadarnya naik mengikut jadual berdasarkan perjanjian. Entah kenapa kocek rakyat dibebankan dengan ‘dasar baru’ kerajaan ketika itu…

Kononnya, kerana kemelesetan ekonomi, benarkah? Khabarnya hebat sangat individu itu kendalikan kewangan negara, tapi kenapa rakyat dibebankan dengan ketidakmampuan kerajaan ketika itu? Yang peliknya, projek-projek mega yang lain ada pula peruntukan berbilion-bilion ringgitnya, kan?

Penulis tidak mahulah menyalahkan sesiapa tentang perkara sebegini. Hendak bising-bising pun tak guna sebab nasi sudah menjadi bubur. Perjanjian tetap perjanjian dan untuk membatalkan perjanjian itu akan memakan dana yang lebih membebankan duit negara yang berasal dari rakyat.

pan borneo

Tidak perlu sebutlah siapa yang terlalu ‘bijaksana’, ‘pandai belaka’ dan ‘ulung’ yang telah menjadikan lebuhraya percuma kepada lebuhraya berbayar. Nanti ada pula yang ‘melompat-lompat’ panas hati kelemahan idolanya dinyatakan…

Tapi, mujurlah Perdana Menteri di zaman ini, meskipun dikatakan ‘tidak tahu’ dan ‘tidak pandai’ menguruskan ekonomi negara, tapi beliau mampu beri lebuhraya beratus kilometer tanpa tol untuk rakyat Malaysia. Tidak perlu sebut nama beliau…

Apapun, penulis tetap cemburu dan mengucapkan tahniah kepada seluruh rakyat Sabah dan Sarawak yang akan berubah hidup mereka selepas terbinanya Pan Borneo nanti. Bukan saja dapat lebuhraya percuma, malah pembangunan ekonomi pun dijangka makin rancak di sana.

Semoga suatu hari nanti konsesi tol di Semenanjung Malaysia akan dapat ditamatkan dengan ‘win-win situation’. Sehingga belum ditamatkan, maka hiduplah kita di sini dengan perjanjian yang terhasil dari ‘kebijaksanaan’ beliau mentadbir negara selama dua dekad dulu…






7 Komen to Elok-Elok Tiada Tol, Tiba-Tiba Diada-adakan Tol Di Zaman Beliau…

  1. Memang Terok says:

    Semua tol yang rakyat dipaksa bayar berlaku dizaman Madey. SEmua rakyat tahu. Samy vellu diletak ditempat sesuai untuk menerima segala tohmahan sehingga samy adi dosaalah tol dan tol itu samy. Boss dia duduk sebang lenag kerana terhindar dari tohmahan rakyat.

    Madey buat segela hal yang baik2 belaka mengikut acuan nya sendiri. Yang salah, yang tak betul semua orang lain. Bank Bumi rugi banyak billion pun katanya tidak menjadi dosa jika berniaga rugi dan hilang duit. Maknanya Madey cakap rugi itu bukan dosa dan jangat diungkit2kan sangat kerana itu hal biasa macam makan nasi dengan kari saja.

    Lain halnya dengan 1MDB. Besar sungguh dosa PM sekarang kerananya . Sedangkan dosa itu dipalit atas teori yang diputar belit bukan fakta. Mungkin status dosa pahala berubah2 mengikut zaman. Dulu buat itu berdosa sekarang tidak lagi jadi dosa dan begitulah sebaliknya.

  2. Anak_Nogori says:

    Sebut je nama dia…madey…semua org tahu bangaimana bijaknya dia menyusahkan kira sekarang.

    Org bijak pandai yg dikatakan fikirannya jauh 10 tahun kedepan..dia akan fikir menyenangkan semua pihak..bukan menyenangkan satu pihak dan menyusahkan ramai pihak.

    Negarawan ulong yeee.

  3. Abe says:

    Dah lh My Kemut anda nak tegakkan benang yg basah buat apa dgn pelbagai cerita dan teori… Cuba tanya rakyaf marhein yang bawah ini… . Zaman Tun jadi PM ada rakyat kena menanggung pelbagai kos… sedar kan diri dari mimpi yg tak sudah itu.. ayuh cubit peha sehingga ia nya merasa sakit…

  4. kri says:

    SAYA PUN TIDAK FAHAM APA YANG MAHATHIR BUAT SEMUA SALAH A HINGGA Z, YANG PILIH DIA JADI PEMIMPIN ALLAH TA’ALA. SAMPAI 22 TAHUN, YANG KITA TAHU ALLAH AMAT MENGETAHUI, SEGALA-GALANYA.

  5. Meriam Buluh says:

    Siapa pula kata semua yang Tun M buat salah? Cukuplah nak spin..kami dah kenal korang memang pakar bab kelentong rakyat ni.

    Aku pun rakyat marhaen yang dahulu susah tapi Alhamdulillah dengan rezeki yang Allah bagi, sekarang hidup lebih senang berbanding zaman Tun M.

  6. Memang Terok says:

    Pada mulanya kita nampak seolah2 Madey yang tiap hari menyeru agar PM undur gunakan Midin untuk buat kerja dia. Namun setelah hal ini berjalan beberapa lama apa yang tersembol keluar dengan tidak semena2, Midinlah yang sebenarnya mintak bantuan Madey menembak PM dari luar. Midin masa itu kurang sanggup untuk tembak direct kerana dia masih berada didalam . Maka kurang sopan untuk dia tembak boss dia dari jarak dekat.

    Lepas tak tahan agaknya dengan keliatan PM tak bergerak mahu pun berganjak barang satu inci pun , barulah dia nekad menembak ikut stail Madey tembak. Berdentum 00000000!!!!!!! bunyinya senapang Midin ….lalu terbarai lah mangsanya setelah tepat kena sasaran. Mangsanya ialah dia sendiri bukan PM yang dia tembak.

    Rahsia nya begini…. kalau takut kena tembak jangan tembak orang lain. Kalau takut musnah akibat mendoakan akibat buruk menimpa orang lain, jangan doakan yang buruk untuk orang lain. Maknanya apa yang kita doa untuk orang lain, sebenarnya doa yang sama itu tertuju jugak untuk diri kita sendiri.

  7. dah lama tau dah says:

    KUALA LUMPUR: Gerakan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang memberikan persepsi serta fitnah terhadap Perdana Menteri membuatkan bekas ketua Penerangan Cawangan Pusat Bandar Taman Chempaka, Bahagian Pandan, Syed Rosli Jamalullail berubah hati dan kembali kepada kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak.

    Syed Rosli yang kini merupakan penolong setiausaha Pemuda bahagian sama memberitahu, penjelasan pelbagai isu kebelakangan ini menjadikannya sedar terlalu banyak perkara tidak betul dilemparkan kepada Najib selama ini.

    “Saya bertukar sokongan kerana dapati gerakan Dr Mahathir menyebar persepsi dan fitnah. Banyak penjelasan yang diterima termasuk 1MDB dan derma RM2.6 bilion sebenarnya memang masuk akal dan rasional.
    “Sebagai contoh, kalau buat perbandingan, RM2.6 bilion digunakan untuk 222 Parlimen yang bertanding di atas tiket Barisan Nasional (BN).
    “Jadi apabila dibahagikan satu Parlimen akan dibahagikan lebih kurang RM11.7 juta. Ia masuk akal, Najib tidak akan menggunakan duit kerajaan untuk pergerakan pilihanraya. Najib juga tidak akan menggunakan duit tokoh korporat yang pasti mahu balasan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

    Sebelum ini, Syed Rosli merupakan salah seorang ahli UMNO yang lantang mengkritik kepimpinan Najib.

    Syed Rosli juga pernah menimbulkan provokasi selepas proses penyerahan borang pencalonan bagi pemilihan UMNO 2013 selain mencabar Ketua Pemuda dan barisan kepimpinan Pemuda untuk bersumpah laknat tidak akan melakukan rasuah.

    Dalam pada itu tegasnya, kepimpinan Najib juga tidak pernah melahirkan individu yang menonjol dengan kekayaan seperti pada zaman Dr Mahathir.

    “Apa yang Najib buktikan adalah peningkatan peluang pekerjaan dalam sektor awam dari 1.2 juta pada 2009 kepada 1.6 juta sekarang.
    “Najib buat semuanya untuk rakyat dan isu penggantian perdana menteri seperti yang didesak Dr Mahathir tidak akan berakhir juga. Kalau najib berhenti, siapa pula hendak gantikannya?
    “Banyak yang dikatakan Dr Mahathir akhir-akhir ini tidak betul, ia termasuk duit yang diberikan kepada ketua bahagian yang tidak mempunyai jawatan di dalam Kabinet,” ujarnya.
    Syed Rosli di laman Facebooknya hari ini menaikkan status syukur kehadrat Illahi kerana antara menjadi antara individu yang Allah telah bukakan pintu hati untuk kembali kejalan yang benar.

    “Malahan jiwa saya lebih tenang dibandingkan sebelum ini kerana saya telah mempercayai fitnah terhadap PM. Saya berasa amat insaf dan menyesal terhadap kenyataan saya yang mahukan PM Najib berundur setahun yang lalu.
    “Dari semasa ke semasa saya ditunjukkan bukti bahawasanya PM telah di fitnah selama ini.Allah sayangkan saya dan telah sedarkan saya.Syukur Alhamdulilah.
    “Akhir sekali saya hanya mampu berdoa agar Allah SWT melindungi YAB PM dan keluarga dari serangan fitnah oleh mereka yang berniat jahat terhadap PM dan negara,” katanya semasa dipetik

Leave a Reply

Threesome