Menu Utama

E-MEL PEMBACA: Mahathir, Najib, UMNO dan Bola Sepak

Oleh Amin Yatim

1. Saya serorang yang realis. Lalu saya kena akui pandangan terbaru Tun Mahathir bahawa Mohd Najib Tun Razak gagal menggunakan perhimpunan ini untuk menjawab sebaik-baiknya persoalan-persoalan mengenai 1MDB, RM 2.6 bilion dan isu-isu rakyat yang lain.

2. Saya fikir ucapan penggulungan Presiden UMNO kali ini kurang memberangsangkan dan tidak menggambarkan “presidential speech” yang sepatutnya. Ramai berharap Mohd Najib akan menggunakan perhimpunan ini “membunuh” terus Tun Mahathir dan penyokong beliau seperti mana yang Mahathir lakukan kepada Anwar Ibrahim dan Ahmad Zahid Hamidi pada 1998 dan 1999.

3. Namun Mohd Najib mempunyai dilema tersendiri. Beliau tidak boleh menjawab secara “no holds barred” kerana isu-isu ini masih dalam siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan pihak berkuasa lain. Sekiranya Mohd Najib menjawab isu ini ia bukan sahaja akan mencipta isu lain tetapi juga mengundang persepsi Mohd Najib mendahului siasatan.

4. Benar Mohd Najib tidak menjawab isu-isu Pendidikan, ekonomi dan politik lain secara tuntas atau berkesan seperti mana sepatutnya. Mohd Najib sepatutnya melupakan terus isu Timbalan Presiden dan Mahathir ini, sebaliknya menumpukan penggulungan kepada isu-isu yang dibangkitkan oleh perwakilan.

5. Malangnya ia tidak terjadi sedemikian kerana Mohd Najib mahu menyatukan parti terlebih dahulu. Beliau mungkin beranggapan menyatukan parti adalah agenda utama Perhimpunan kali ini. Justeru beliau menawarkan perdamaian dan penyatuan dengan Muhyiddin Yassin dan Shafie Apdal.

6. Yang melucukan saya Tun Mahathir mempersoalkan mengapa Polis menyoal beliau tetapi tidak menyoal penyokong bola sepak yang menggantung kain rentang “undur najib” semasa perlawanan akhir Piala Malaysia antara Kedah dan Selangor. Tun Mahathir yang tidak minat bola menyoal mengapa beliau disiasat bukan penyokong yang memasang kain rentang tersebut.

7. Tanya Tun Mahathir, “Kenapa daripada ribuan rakyat yang meminta Najib undur (sepanduk oleh penonton bola sepak Kedah VS Selangor yang menyuruh Najib letak jawatan) saya sahaja yang hendak disoal oleh polis. Prinsip keadilan berkehendak undang-undang dikuatkuasakan kepada semua orang tanpa diskriminasi.”

8. Mengapa Tun yang sebelum ini hebat menyatakan dirinya sedia disiasat, sedia memberi keterangan kini kelihatan teraba-raba mencari dahan mahu berpaut dan mengelak siasatan?

9. Tun bukan disiasat kerana meminta Mohd Najib berundur. Tun Disiasat kerana disyaki terbabit berkomplot mahu menjatuhkan Perdana Menteri Mohd Najib Tun Razak menggunakan dokumen-dokumen yang dicuri dan dipalsukan mengenai 1MDB.

10. Sangat tidak adil Tun “mislead” (menyesatkan) orang ramai kononnya beliau disiasat kerana meminta Mohd Najib berundur. Lebih tidak adil Tun menggunakan penyokong-penyokong bola sepak sebagai benteng pertahanan sedangkan Tun pernah menganggap bola sepak permainan buang masa kerana 22 orang mengejar sebiji bola.

11. Kemunculan kain rentang undur Mohd Najib tidak ada erti apa-apa kerana ia tidak mewakili 80 ribu penonton. Bagaimana hanya beberapa orang memegang kain rentang tersebut boleh ditafsirkan ribuan orang oleh Tun sangat melucukan.

12. Namun kain rentang tersebut sebenarnya manifestasi keterbukaan Mohd Najib, tidak seperti Tun yang menangkap ratusan orang ke dalam ISA sebelum Sukan Komanwel 1998.-MYKMU.NET






7 Komen to E-MEL PEMBACA: Mahathir, Najib, UMNO dan Bola Sepak

  1. Anak_Nogori says:

    Masak kau madey…

  2. dkds says:

    Mahathir tengah memutar belit segala fakta dan mendorong rakyat terkeliru dalam isu-isu yang berbangkit.

    lihat sahajalah kes 1MDB berapa kali Mahathir menukar figure dari 42B ke 27B, malah acapkali berkata lesap bertukar menjadi hutang dan macam-macam lagi.

    setuju dengan penulisan amin yatim ini

    “Tun bukan disiasat kerana meminta Mohd Najib berundur. Tun Disiasat kerana disyaki terbabit berkomplot mahu menjatuhkan Perdana Menteri Mohd Najib Tun Razak menggunakan dokumen-dokumen yang dicuri dan dipalsukan mengenai 1MDB.”

  3. Memang Terok says:

    Terdengar jugak walau pun penentang PM sudah concede defeat, tapi Madey masih ada strategy baru bakal digunakan terhadap PM. Justeru, memang jelas, teramat terang bahawa segala yang didakwa mereka sebelum ini terhadap PM merupakan conspiracy semata2.

    Jika benar salah laku atau salah guna kuasa berlaku maka dimanakah kuatkuasaan undang2 terhadap beliau sedangkan seorang PM tidak kebal undang2.

    Jika ada yang bertanya kenapa PM tidak pakukan saja keranda Madey dan Midin… tapi PM sebaliknya menghulur tangan untuk berdamai… Jawabnya mungkin PM berpandangan jauh dan tindakan ini untuk mengelakkan perpecahan lebih besar dari berlaku. Perpecahan memberi makna kerja keras perlu dilakukan untuk memulih. Dan banyak masa pulak diperlukan untuk bertangkup kembali.

  4. Org Lama says:

    Ikut saranan PM, start fikir dan cipta visi selepas 2020. Jangan terperangkap gaya tadbir, politik 80an. Jangan terperangkap industri dan teknologi luput, jangan terperangkap cara dan isi pembelajaran lapuk utk anak2 kita.

  5. semangat dato' haron says:

    Najib kena fokus pd GE14. Lupakan mereka, sebaik sahaja beliau mampu bawa BN menang GE14 lg, career politik Mamak Kutty dan Muhyiddin akan berkubur. Percayalah jika ekonomi bertambah baik dan BN kembali kukuh, rakyat akan buat2 lupa pd segala fitnah ke atas Najib. Almaklumlah kebanyakan rakyat terutamanya melayu lebih mudah terpengaruh sentimen emosi.

  6. burrpp.. says:

    Bilakah ia akan berakhir? Pegaduhan politik ini amat merimaskan. Adakah jika DAP dan sekutunya berjaya menguasai negara pada PRU 14 nanti baru kita akan sedar dan berhenti salah menyalah? Tun M patut memberikan peluang kepada Najib seperti mana Rakyat Malaysia memberikan Tun M peluang ketika krisis ekonomi dan politik pada 1997.

  7. kakak says:

    Sila lihat cerita baru dari RP berkenaan “allegations of tycoons backing dr mahathir against najib di

    http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/were-investigating-allegation-of-tycoons-backing-dr-mahathir-against-najib

Leave a Reply

Threesome