Menu Utama

Dyana Sofya Faham Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan Tak?

uitm_anti_christianity_seminar_fbpic_141215

Hari ini, beberapa pihak tampil mengecam penganjuran sebuah seminar yang bertajuk “Ancaman Gerakan Pemurtadan Kristianisasi”, yang dilaporkan telah berlangsung di kampus UiTM cawangan Lendu, Melaka.

Antara yang mengecam penganjuran seminar tersebut ialah Ahli Majlis Eksekutif DAPSY, Dyana Sofya Mohd Daud dan Persatuan Belia Kristian Malaysia.

Dyana Sofya dalam kenyataannya mendakwa seminar tersebut telah memburuk-burukkan Kristian dan melarang program seumpama itu dilakukan kerana mendakwa ia akan menjejaskan imej Islam di negara kita.

Sementara itu, Persatuan Belia Kristian Malaysia melalui Prsidennya, Pastor David Ngu, mempersoal tentang penganjuran seminar tersebut dan bertanya “bagaimana pula sekarang orang Kristian dianggap ancaman kepada negara?”. Dia turut mempertikai kehadiran seorang pegawai polis yang dikatakan hadir membentang kertas kerja di seminar tersebut.

Dyana-Sofya

Amboi, bersemangat sungguh Dyana Sofya membela Kristian, bukan? Selama ini Islam dipersenda dan diperkotak-katikkan partinya, tidak pula dia buat kenyataan media membela nasib agamanya sendiri.

Siapa yang memburukkan imej Kristian, Dyana? Merujuk kepada tajuk seminar pun, tiada sebarang perkataan yang menunjukkan agama Kristian diburuk-burukkan. Dyana ada bukti kukuh yang mendakwa seminar itu memburuk-burukkan Kristian? Jika ada, sila buat laporan polis.

Secara jelas, tajuk seminar tersebut adalah berunsur menjaga akidah umat Islam yang diancam isu murtad oleh gerakan tertentu yang membabitkan penyebaran agama Kristian terhadap umat Islam di semenanjung Malaysia. Penulis yakin, seminar tersebut disampaikan secara ilmiah dan berbentuk akademik ekoran dianjurkan di sebuah institusi pengajian tinggi awam…

Seminar itu menjejaskan imej Islam? Pada pandangan penulis, mereka yang beragama Islam namun mengenakan skirt pendek atau menolak usaha perlaksanaan hukum Allah adalah lebih jelas menjejaskan imej Islam sendiri. Itu jelas.

Berkenaan pertikaian Pastor David, penulis yakin bahawa pegawai polis yang dikatakan telah membentang kertas kerja di seminar tersebut mungkin mempunyai maklumat mengenai penyebaran dakyah Kristian yang mengancam akidah umat Islam di Malaysia. Cuba Pastor berjumpa dengan pegawai tersebut untuk penjelasan lanjut.

Sebenarnya, adalah bukan rahsia lagi tentang beberapa gerakan yang dianjurkan oleh pihak tertentu yang telah berjaya menyebarkan agama Kristian di semenanjung Malaysia. Cuba tanya pihak berkuasa tentang laporan-laporan yang dibuat tentang penyebaran agama Kristian di kalangan umat Islam di Malaysia. Ada atau tidak?

Penulis positif mengatakan bahawa terdapat banyak laporan yang mendakwa wujudnya penyebaran agama Kristian terhadap umat Islam di semenanjung Malaysia. Cuma mungkin ia tidak digembar-gemburkan demi menjaga sensitiviti masyarakat berbilang agama di negara kita.

Sekiranya tiada penyebaran agama Kristian di sini, tidak mungkin umat Islam rasa terancam dan menganjurkan seminar sedemikian tajuknya, bukan? Sudah tentu mereka punya bukti dan alasan yang kukuh untuk merasa terancam, bukan?

Justeru itu, penulis ingin memperkenalkan kepada Dyana Sofya dan Pastor David tentang Perkara 11 yang termaktub di dalam undang-undang tertinggi negara, Perlembagaan Persekutuan, berhubung ‘Kebebasan Beragama’.

perlembagaan-persekutuan-01

Perkara 11. Kebebasan beragama.

(1) Tiap-tiap orang berhak menganuti dan mengamalkan agamanya dan, tertakluk kepada Fasal (4), mengembangkannya.

(2) Tiada seorang pun boleh dipaksa membayar apa-apa cukai yang hasilnya diuntukkan khas kesemuanya atau sebahagiannya bagi maksud sesuatu agama selain agamanya sendiri.

(3) Tiap-tiap kumpulan agama berhak —
(a) menguruskan hal ehwal agamanya sendiri;
(b) menubuhkan dan menyenggarakan institusi-institusi bagi maksud agama atau khairat; dan
(c) memperoleh dan mempunyai harta dan memegang dan mentadbirkannya mengikut undang-undang.

(4) Undang-undang Negeri dan berkenaan dengan Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya, undang-undang persekutuan boleh mengawal atau menyekat pengembangan apa-apa doktrin atau kepercayaan agama di kalangan orang yang menganuti agama Islam.

(5) Perkara ini tidaklah membenarkan apa-apa perbuatan yang berlawanan dengan mana-mana undang-undang am yang berhubungan dengan ketenteraman awam, kesihatan awam atau prinsip moral.

Dyana dan Pastor David boleh baca petikan Perkara 11 (1) hinggalah ke Perkara 11 (5) sebagaimana di atas. Sekiranya tidak faham, sila bertanya pada pakar perlembagaan Dr Abdul Aziz Bari yang kini telah mendaftar sebagai ahli DAP. Penulis yakin dia boleh jelaskan sejelas-jelasnya.

Cuba penulis tegaskan di sini bahawa penyebaran agama lain selain dari agama Islam di semenanjung Malaysia adalah dilarang merujuk kepada peruntukan Perlembagaan Persekutuan di atas. Di Sabah dan Sarawak tidak mengapa, tapi tidak boleh di Semenanjung Malaysia, faham?

Justeru itu, tidak perlulah dipertikai, dipersoal atau tersinggung hati dengan penganjuran seminar seumpama itu kerana ia adalah bertepatan dengan semangat dan prinsip Perlembagaan Persekutuan sekiranya benar wujud penyebaran agama Kristian terhadap umat Islam di semenanjung Malaysia.

Pada pandangan penulis, tidak perlulah bermain api dengan mencetus perkara yang mampu menyentuh sensitiviti masyarakat berbilang agama di negara kita. Kita hanya perlu faham tentang peruntukan Perlembagaan Persekutuan tersebut dan ikut saja ketetapan sebagaimana yang termaktub, kan?

Sehingga kini semua penganut agama di Malaysia hidup dalam keadaan aman damai tanpa sebarang sekatan mengamalkan agama masing-masing. Cuma fahamilah tentang ketetapan Perlembagaan Persekutuan itu kerana ia adalah menjadi satu kesalahan jika kita melanggar batas-batas yang telah ditetapkan. Harap Dyana dan Pastor David faham dan jelas…






7 Komen to Dyana Sofya Faham Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan Tak?

  1. syaa says:

    orang sebuk pertahankan kemuliaan islam yang kamu sebuk pertahankan kemuliaan kristian.patutlah masuk dap.pi la masuk kristian terus klu dah sibuk pertahankan kristian.org mcm ni pas suka dan puja2 lagi.pas bolehla ikut cakap betina ni.

  2. dkds says:

    Dyana sofea ni sah liberal atau atheist

  3. semangat dato' haron says:

    Syabas UiTM Melaka. Teruskan perjuangan anda

  4. itsme says:

    Bertuah zairil dpt selalu naik “kuda betina” yg tgh naik “bulu” ni…

  5. System baru says:

    Semina Pemurtadan Kristianisasi dah lama adakan di univesiti kenapa dyana sofya bising sebab duit punya pasal mahukan duit Dari vatikan disingapore mereka gunakan agama untuk disebarkan kepentingan diri. ancaman sebenar puak liberal agama sekarang mereka berkuasa diIndonesia puak liberal.

  6. Talatha says:

    Agama lain boleh di sebar tetapi tidak atas orang islam. Keduanya bukan perlembagaan yang melarang. Perlembagaan kata ahli persekutuan (negeri negeri) dan persekutuan sendiri ( Malaysia dan wilayahnya) BOLEH membuat larangan melalui perundangan masing masing.

    Contohnya jika Kelantan tidak ada perundangan tersebut maka orang buddha bolehlah berdakwah pada orang Islam dan perlembagaan membenarkannya. Jika tak adalah..

    Juga Perlembagaan masih belum mantap melindungi orang Islam kerana perkataannya “BOLEH” yang membawa maksud optional. Nasib baik ada mamak yang di benci orang sekarang yang neminda artikel 121 A perlembagaan persekutuan pada 1988 yang menyamatrafkan mahkamah syariah dan sivil. Kalau tidak katakanlah SELANGOR yang dikuasai DAP membatalkan perundangan larangan tersebut dam bawa ke mahkamah sivil habis lah orang islam. Baru baru ini di negeri sembilan mereka dah cuba dengan kes transgender.

    Ingat jasa mamak tu wahai mykmunet okay?

  7. musanghitam says:

    celaka punya dyana DAP ini, dia ni memang dah jadi barua mubaligh kristian

Leave a Reply

Threesome