Menu Utama

Disisih, Dihalang? Tentu Ada Sebabnya, kan?

sisih

Penulis ‘sedih’ sungguh membaca kenyataan ‘ayam tambatan’ bekas Perdana Menteri yang meluahkan perasaan beliau di Facebook semalam. Kenyataan beliau itu sungguh ‘menyentuh hati’ penulis sehingga terdetik, hebat juga ‘spin’ Tan Sri Muhyiddin Yassin ini…

Adu Muhyiddin, beliau mendakwa ada menasihati Presiden UMNO, namun kononnya tidak mendapat respon yang baik. Malah kata Muhyiddin, beliau disisih walau membantu Presiden UMNO. Bukan saja disisih, malah beliau juga dihalang melaksanakan tugasnya sebagai Timbalan Presiden…

“Zalim’ sungguh Presiden dan semua anggota Majlis Tertinggi UMNO? Sanggup mereka buat begitu pada Muhyiddin? Tergamak sungguh mereka menyisih dan menghalang tugasnya sebagai Timbalan Presiden? Siapa mereka? Besar sangatkah mereka hingga berani berbuat demikian terhadap seorang Timbalan Presiden?

Cuma, penulis tertanya-tanya pula. Apakah sebab gerangannya Muhyiddin disisihkan? Mengapa beliau dihalang melaksanakan tugas? Apakah mereka ‘takut’ kepada Timbalan Presiden sebagaimana yang dikatakan juak-juak penyokong Muhyiddin?

Penulis masih ingat lagi bagaimana Muhyiddin secara terbuka mempersoal tentang dana RM2.6 bilion dan mengkritik keras 1MDB. Padahal beliau punya ‘direct access’ untuk memahami dan mengetahui segala maklumat berkenaan dua perkara tersebut dengan jelas dan ‘waadhih’.

picsart_12-10-11-43-401

Beliau terpengaruh dengan The Edge dan Wall Street Journals? Dari mana sumber media-media itu jika bukan asalnya dari Sarawak Report? Muhyiddin lebih yakin pada Sarawak Report berbanding Presiden UMNO sendiri? Atau Muhyiddin punya ‘agenda di sebalik batu’? Ingin ‘test power’?

Sekiranya nasihat yang diberikan tidak dibalas dengan respon yang baik dari Perdana Menteri atau Presiden UMNO, mungkin ada yang tidak kena dengan nasihat berkenaan. Mungkin nasihat itu berbunyi seperti Muhyiddin sendiri tidak percaya pada Presiden yang membawa kepada terma berlakunya ‘nasihat tidak ikhlas’.

Jika tidak ikhlas dalam memberikan nasihat kepada ‘bos’, selalunya tindakan itu dilakukan dengan tujuan menjatuhkan ‘bos’ berkenaan dan mungkin juga bermotif untuk mengambil alih jawatan Presiden. Apakah beliau ikhlas dalam memberi teguran atau nasihat?

Sekiranya ikhlas, sudah tentu Muhyiddin akan cuba sedaya upaya ‘menarik rambut dalam tepung’. Beliau tidak akan berputus asa dan sentiasa mencari jalan untuk menegur, menasihati, memberi buah fikiran dan cuba memahami tentang apa sebenarnya yang berlaku berhubung 1MDB mahupun RM2.6 bilion.

Tapi mengapa memilih untuk ‘menyerang’ Presiden secara terbuka? Mengapa tidak sabar sekiranya ikhlas? Menegur bos tidak sama caranya menegur isteri atau pegawai. Berbeza dan perlu kebijaksanaan dalam mengajukan nasihat. Mana boleh terjah ikut suka. Mujur tidak ditempeleng Najib…

Pada pandangan penulis, Muhyiddin akan lebih dihargai dan disayangi Najib serta seluruh ahli UMNO jika beliau memilih untuk sama-sama menyelesaikan isu 1MDB secara telus dan konsisten. Malah, tidak perlu pun menyerang Najib setelah Perdana Menteri itu sendiri mengarahkan siasatan terperinci mengenai 1MDB oleh badan-badan bebas.

Sekiranya Muhyiddin benar-benar ‘jantan’, mengapa beliau tidak menempelak Tun Dr Mahathir ketika berlakunya skandal Perwaja, MAS dan Tajuddin Ramli, PKFZ dan sebagainya dulu? Mengapa berdiam diri ketika itu? Mengapa tidak didesak supaya disiasat skandal-skandal berkenaan? Mengapa pula tidak suruh Dr Mahathir supaya bercuti? Takut?

Pada penulis, Najib dan MT UMNO tidak akan bertindak tanpa sebab munasabah. Mereka sama seperti Muhyiddin, sudah berpuluh-puluh mengendalikan parti, tahulah mereka apa yang baik dan apa yang buruk. Jika tidak puas hati, tepuklah meja kuat-kuat dalam mesyuarat MT. Tapi pastikanlah hujah itu bernas, berasas dan diterima akal supaya disokong majoriti MT, kan?

Mungkin kerana Muhyiddin sendiri tidak ‘cermin diri’ sebagaimana yang penulis syorkan. Asyik pertikai dan marah-marah kenapa ‘disama polis trafik’, padahal beliau sendiri ‘langgar lampu merah’ sebelum ‘disaman’. Masih lagi tidak nampak salah langkah diri sendiri?

Penulis berpandangan, sekiranya Muhyiddin terus bersikap begitu, maka beliau bukan saja akan merugi dan merosakkan perpaduan UMNO, malah beliau sendiri akan dilihat sebagai ‘duri dalam daging’ dan mungkin ramai yang akan hilang hormat padanya.

Muhyiddin mendakwa beliau kononnya menegakkan kebenaran. Kebenaran jenis apakah jika bersandarkan pada Sarawak Report dan Claire Brown? Besar sangatkah Claire dan Sarawak Report sehingga Muhyiddin lebih percaya pada mereka berbanding Presiden sendiri?

Sewajarnya, Muhyiddin perlu bantu Presiden untuk mengembalikan keyakinan rakyat kepada UMNO dan mengukuhkan kembali kepercayaan rakyat pada Najib yang menjadi sasaran fitnah serta pelbagai tohmahan. Bukan dengan menambah luka UMNO dengan ‘menikam’ Najib.

Untuk mengembalikan keyakinan rakyat, Muhyiddin perlu bersabar dan menunggu hasil siasatan penuh 1MDB. Muhyiddin juga perlu yakin dengan hasil siasatan itu. Kemudian, jelaskan tentang fitnah yang dilemparkan kepada Presiden UMNO.

Tentang RM2.6 bilion, itu hal dalam keluarga UMNO. Kenapa dengar sangat dengan WSJ? SPRM sudah mengesahkan dana itu bukan dari 1MDB. Kenapa susah sangat hendak jelaskan pada rakyat? Tapi Muhyiddin pertikai pula dana itu dan tuding jari ia berpunca dari WSJ? Muhyiddin percaya pada WSJ berbanding Najib dan SPRM?

Akhinya, penulis berpesan. Sekiranya mahu meminta maaf pada Najib, lakukanlah dengan ikhlas. Jika mahu peluk Najib sekali pun nanti, peluklah dengan ikhlas. Jika mahu bantu Najib sekalipun selepas ini, bantulah dengan ikhlas. Janganlah terlalu fikirkan hendak jadi Presiden dan Perdana Menteri saja, kan?






16 Komen to Disisih, Dihalang? Tentu Ada Sebabnya, kan?

  1. Meriam Buluh says:

    Rasanya ini peluang terakhir TSMY untuk berundur
    secara terhormat. Harap dia tak terus ikut nafsu
    dan ikut Tun M jadi bangsat.

  2. Meriam Buluh says:

    Anwar tengah gembira dalam penjara sungai buluh kerana walaupun dia kempunan tak dapat jadi PM, harapannya untuk melihat Tun M busuk di mata rakyat nampak berjaya. Bukan atas usahanya, tapi kerana Tun M sendiri yang gagal mengawal nafsu serakahnya. Lepas ni orang mungkin lupakan jasa Tun M selama ni. Orang akan ingat dia sebagai BEKAS negarawan yang akhirnya sesat dan jadi bangsat kerana jadi pengkhianat kepada agama, bangsa dan negara.

  3. Org Lama says:

    UMNO move on, move on, move on. Tinggalkan.
    Usaha selesaikan masalah rakyat, cost of living yg semakin meningkat dll.

  4. azmi says:

    Isu pokok yang menghangatkan UMNO hanyalah DUIT..dalam UMNO duit dan kuasa tidak boleh dipisahkan..pasal duit orang UMNO berbunuh-bunuhan..jatuh menjatuhkan..ini budaya UMNO sejak mahathir mengambil alih pucuk pimpinan lagi..penyelesaian dia mudah aja..duit 2.6 billion tu najib kenalah bagi-bagi kepada semua ahli UMNO..jangan makan sorang..bila makan sorang masaalah takkan selesai..

  5. mata-mata says:

    Ada pula pengikut al-juburi yang TERSANGAT SIBUK dengan hal ehwal umno kat sini. Bukan je menyibuk, malah bagi cadangan paling bodoh aku pernah dengar….

    Duit RM2.6b beri pada semua ahli umno??

    Itu bukan rasuah ke??

    Itu bukan politik wang ke??

    Patut la mamak kerala tak diam pasal isu 1mdb dan rm2.6b ni… Rupanya dia tak dapat duit bahagi-bahagi dari rm2.6b tersebut…

    Buat penjilat al-juburi tu… Kalau nak duit pergi buat kerja, buat program bersama rakyat, buat promosi parti… Baru la minta peruntukan dari rm2.6b tu…

    Ko ingat idola peliwat ko dapat duit dari soroa ada peliwat tu bagi duit pada setiap ahli pkr ke??

    Bodoh punye azmi…..!!!!!

  6. azmi says:

    mata-mata awat hang marah? sejak bila UMNO tak ada rasuah, politik wang, tak meliwat..tak bunuh orang..anuar ibrahim meliwat mula-mula dulu dengan azizan abu bakar dia ahli PAS ka masa tu?

  7. Gengrembau says:

    Hehehehehehe
    Org lain tulis kater spin
    Sendiri tulis tak lak kater spin
    Aper kene la dgn kaum ni..?

    Mungkin dedak punya pasal..
    Tak pe
    ” saya cari makan” …
    Halal ke haram ke.. Aper ade hal
    Islam just a budaya aje…

  8. Meriam Buluh says:

    azmi, anwar meliwat dulu atas arahan rasmi UMNO atau sebahagian aktiviti UMNO ke? Tak tahu lagi nak bezakan dengan kesalahan individu itu sendiri?

    Ko ni sama macam ramai lagi orang kat luar sana yang tak boleh bezakan antara salahlaku penjawat awam dengan dasar kerajaan yang salah. Apabila ada penjawat awam yang rasuah dikatakan kerajaan yang ada sekarang kerajaan yang korup.

    Sudah-sudahlah. Pergi balik ngaji, OK?!!

  9. Memang Terok says:

    Apa yang kita nampak perbalahan mengenai 1MDB dan duit 2.6B ini akan hanya berhenti setelah penganjur atau pengasasnya sudah pergi. Pergi dijemput Illahi. Yang pasti tanpa ragu2 & wasangka ialah semua sekali akan dijemput tetapi hukum manusia yang sudah nak sampai tarikh luput itu biasanya dijemput dulu. Ini hukum manusia/adat, hukum Allah tidak begitu, kerana daun kering atau daun hijau tetap akan gugur mengikut ketetapan dan kehendakNya. Yang banyak gugur daun kering lah.

    Rahsia untuk hidup tenang ialah dengan berpegang bahawa sebarang apa yang bukan rezeki kita akan jadi hak orang , maka jangan kita risau kerana tak diberi rezeki itu. Kerana itu hak orang bukan hak kita.

    Pada Muhyiddin ternyata dia masih fikir yang dia patut masih berada ditempatnya dulu bukan Zahid. Untuk dapat balik memang susah, jadi di meroyan. Orang dulu meroyan jugak tapi meroyan dudlu sekadar hantar surat layang. Sekarang meroyan pagi, pagi itu jugak sleuruh dunia dusah termaklum.

  10. Meriam Buluh says:

    Yang dok sibuk sebut dedak dalam mykmu ni mungkin penyokong pakatan tak cukup dapat dedak.

    Wei, kat sini tak ada dedak la. Pergi jauh-jauh. Minta dedak kat tuan ko.

  11. mata-mata says:

    kah kah kah kah kah kah… kan dah kena mamat bengap sekor tu….

    Arahan rasmi… dengan perangai semulajadi…

    Itupun anjing bengap azmi tak reti nak bezakan…

    Patut la bila nenek G25 suruh hukuman khalwat dihapuskan, si mamat bengap azmi tu orang pertama yang sokong…. BENGAP TAK BOLEH DIIKUT rupenye….

    kah kah kah kah kah kah kah kah

  12. Gengrembau says:

    Hehehehehe
    Pedas jugak cili kan
    Inagt dah tak rase sbb makan dedak banyak sgt
    Hehehehe

    Setakat kat mykmu setaun jagung…. Simpan aje lah gertak kau tu
    Makan aje dedak selagi boleh….

  13. bangKano says:

    Woi Azmi…..kalau nak komen buatlah carian semula/re-serch kat mana-mana sebagai bahan rujukan…bukan main ikut emosi jerrr…cuma orang BENGAP jerrr guna emosi pakai kaedah ilusi,fantasi & persepsi macam hang ni ….!!!!

  14. muhyiddin meroyan says:

    muhyiddin fikir kroni-kroni dia… ikut plan, muhyiddin boleh naik dari tpm kepada pm malaysia yang ke-7.. sebelum digugurkan dari jawatan tpm, lihatlah macam mana perangai muhyiddin?? takdak pun buat drama tak tentu hala.. cuma bila dia dah memandai-mandai tabur fitnah, canang habis sana-sini entah betul ke tidak apa yang dia cakap.. oh assumption rupanya?? eh gurauan?? sayang seribu kali sayang. muhyiddin pun dah terperangkap dengan sang sotong tony pua dan sang sotong rafizi ramli.. cuba tengok macam mana editor malaysiakini, malaysian insider, free malaysia today, dan segala berlambak-lambak jadi media buat berita konon-kononnya kesiankan muhyiddin.. poodah.. dalam hati tu memang sumpah seranah muhyiddin.. malay first lah, malaysian first lah.. skandal tanah di johor lah.. skandal 1bestari laptop lah.. belum lagi duit kopi, duit tepi yang bersangkut paut dengan kroni-kroni dia.. syukur muhyiddin tak buat perangai pelik-pelik dalam PAU 2015.. tak mau bangun pun walaupun orang lain semua bangun, itu pun dah kira aman.. mulut kena tutup jangan nak meroyan.

  15. Meriam Buluh says:

    Aku dari dulu sampai sekarang tak pernah makan dedak sapa-sapa. Rezeki yang Allah bagi Alhamdulillah memang banyak berlebih…boleh keluar zakat lebih RM10K setahun. Penyokong pakatan retard dan pakatan haram yang menyibuk kat mykmu ni mungkin sebab tak cukup dedak kat kandang pakatan. Wei, berapa banyak dedak korang dapat menyibuk kat sini? Barua RBA gemuk la kot dapat dedak untuk mencarut kat sini dan FB Najib.

Leave a Reply

Threesome