Menu Utama

Dimana Salah Dan Dosa Jika UMNO-PAS Bekerjasama?

image

Penulis tidak faham apa yang didengkikan sangat bila UMNO dan PAS mula menunjukkan bibit-bibit kerjasama. Apa yang didengkikan sangat bila Dato’ Seri Najib Tun Razak dan Dato’ Seri Abdul Hadi Awang sedondon, berjalan seiring sehala?

Ada yang berkata kononnnya UMNO dan PAS amat sukar bersatu. Ada yang beri komen mengatakan UMNO dan PAS tidak mungkin berpadu. Ada yang mengulas kononnya UMNO dan PAS tidak mungkin bekerjasama. Macam-macam komen, seolah-olah mereka itu Tuhan lagaknya…

PAS itu hakikatnya sebahagian dari UMNO sejak asalnya. Itu fakta. PAS dan UMNO terpisah sejurus sebelum PRU pertama Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1955. Itu fakta. PAS pernah bersatu bersama UMNO dalam Parti Perikatan, itu fakta. Dan PAS juga pernah dikeluarkan dari Parti Perikatan di zaman 70’an dulu. Itu juga fakta.

Bagi mereka yang mengenali politik, seni politik itu memungkinkan segalanya. PAS dulu bermati-matian menentang DAP yang dilabel sebagai kafir harbi. Tapi mereka akhirnya terkulai juga ditunggang DAP sejak 2008 hingga Pakatan Haram dikuburkan. Lupa tentang kisah itu?

Jadi, apa yang hendak digusarkan sangat jika PAS berbaik-baik dan mesra UMNO di zaman Najib – Hadi? Gusar sangat jika orang Melayu yang beragama Islam menguasai pentas politik Malaysia? Jika tidak gusar, mengapa pula beri tanggapan negatif terhadap apa yang berlaku di antara PAS dan UMNO sekarang?

Pada pengamatan penulis, parti yang diketuai Mat Sabu, DAP dan PKR mungkin suka jika PAS berbaik-baik dengan UMNO kerana mereka akan berpeluang memburuk-burukkan kepimpinan PAS. Mungkin bagi mereka, berbaik-baik dengan UMNO dan BN itu adalah satu perkara yang buruk…

Tapi mereka mungkin tidak sedar bahawa Islam itu menganjurkan perpaduan dan kerjasama di antara umatnya. Malah Islam juga menggariskan supaya berkasih sayang sesama saudara seagama dan bertindak tegas serta adil kepada mereka yang bukan Islam yang tidak menzalimi hak muslim…

Umno-Pas

Apa yang mengecewakan penulis, bibit-bibit mesra di antara PAS dan UMNO itu turut mendapat reaksi negatif dari pemimpin ‘lama’ UMNO, termasuk ‘bekas’ pemimpin UMNO dan NGO pro-Melayu. Majoriti mereka menyatakan ia ‘sukar’ dan agak ‘mustahil’ untuk berlaku.

Apakah mereka lupa pada prinsip politik yang berkonsep ‘art of possibilities’? Apakah mereka lupa pada konsep Islam yang menekannkan konsep ‘kun fa yakuun’? Jika Allah berkuasa melembutkan hati Umar Al-Khattab, apatah lagi hati Najib dan Abdul Hadi serta semua hati kepimpinan UMNO dan PAS?

Pada pandangan penulis, menolak penyatuan umat Islam di Malaysia merupakan satu tindakan yang bertentangan dengan ajaran Islam yang disampaikan Rasulullah SAW. Umat Islam di Malaysia sebelum ini berpecah belah kerana politik, apakah salah disatukan di atas kalimah Islam, satu titik persamaan yang terbesar bagi kita?

Penulis yakin bahawa mungkin MCA, MIC dan parti-parti komponen lain dalam BN sedang ‘melatah’ tidak tentu arah. Itu mungkin kerana mereka ‘belum tahu’. Namun jika kena pada gaya penerangannya, penulis positif semua parti komponen BN akan membentang karpet merah kepada PAS untuk menyertai BN…

Buat masa ini, penulis enggan mengatakan PAS akan menyertai BN. Cukuplah dulu dengan bibit-bibit kerjasama yang sedang berlaku. Di atas nama Islam, penulis yakin sekiranya wujud keikhlasan dan izin Allah, apa yang dicitakan majoriti umat Islam di negara ini akan berlaku juga akhirnya…

Justeru itu, sama-samalah kita saksikan perkembangan lanjut kerjasama di antara PAS dan UMNO tersebut. Kita nilai sendiri keikhlasan dan niat sebenar di sebalik pendekatan terbaru dua pucuk pimpinan parti itu. Semoga segalanya diredhai Allah SWT dan kita perlu cari hikmah di sebalik apa yang berlaku sebelum, sedang dan akan berlaku selepas ini…






11 Komen to Dimana Salah Dan Dosa Jika UMNO-PAS Bekerjasama?

  1. daud says:

    Memang dah lama patut bersatu…tapi tk buat…tapi bila dah nyawa nyawa ikan baru nk berkerjasama…baik UMNO & PAS. sama saja…

  2. ayam says:

    Dua2 cuma memperalatkan sokongan org2 melayu…si hadi bawang dgn hudud dia…si najib bugis dgn 1msia dia. Bila dua2 fail kena cari jalan mcm mana nak tarik balik undi org melayu…konon atas dasar perpaduan Islam.

  3. dina says:

    perpaduan dua parti tu dah lama di hulurkan umno.hati pas skrg dah lembut utk menyambutnye.
    lain ideologi politik tu tak salah pun. biar lah pas jadi pembangkang asalkan hubungan sesama saudara islam kita tak putus dan diganggu dap n pkr yg hanya nak kan kuasa dgn menyebarkan kebencian sesama kita. nak politik pun biar lah gentlemen …bukannye menghasut kebencian dan menyebar finah.

  4. jebon says:

    Aku amat yakin ini permainan PAS dan PR utk jahanamkan Umno dan BN.

    Sampai masa, PRU14,PAS akan kembali bersama PR/PH.

    Bagi aku, PAN adalah cabang PAS yg lebih liberal, ditubuh utk puaskan hati Mat Sabu dan golongan Anwarinas.
    PAN juga ditubuh utk menarik semula sokongan pengundi bukan Islam yg gelisah bila PAS nak buat undang2 hudud.

    PAS dah seronok goyang kaki dlm PRU12 dan PRU13, semua kerja2 PRU banyak DAP dan PKR yg buat termasuk bajet2.

    Paling best, PAS dapat kawasan2 elit yg tak pernah mereka terfikir. Sebab tu bila ada isu2 yg membabitkan Islam PAS buat acuh tak acuh demi menjaga ‘penyelenggaraan’ yg dibuat oleh rakan sekutu.

  5. system baru says:

    jebon pergi kau ajak si khairuddin Dan fanatik tun m berkerajasaman dengan dap ITU ‘kan senang dia pun suadara anwar itu, jawapan mudah je berkerjasama tak salah malah tun m penah berkerjasama dengan pas tapi tak hina sampaikan jatuh kerajaan guna perusuh bersih dap itu seperti tun m lakuakan sekarang. APA salah orang berkerjasama, kita mesti utama pembangunan umah Dari politik, kita boleh berbeza pendapat dalam politik, untuk agama kita tak boleh buat main2 sampai agama kita pijak pun tun m masih nak berkerjasama dengan dap untuk jatuhkan najib itu

  6. Meriam Buluh says:

    Yang beri komen mengatakan UMNO dan PAS tidak mungkin berpadu, bersatu atau bekerjasama adalah kelompok petai dan harumanis dalam PAS yang dah rasa malu selama ini mereka kuat menghentam UMNO tapi masih tak mahu menginsafi kesilapan silam mereka.

  7. Meriam Buluh says:

    jebon wrote:

    “PAS dah seronok goyang kaki dlm PRU12 dan PRU13, semua kerja2 PRU banyak DAP dan PKR yg buat termasuk bajet2.”

    jebon ni pun barua pakatan haram yang tak nak PAS dan UMNO bersatu.

    PKR dan DAP yang sebenarnya goyang kaki. Ahli-ahli PAS jadi keldai kempen dan mengundi Pakatan Retard, meramaikan perhimpunan BerSHIT dll. Tengok apa jadi bila PAS tak join BerSHIT 4?

  8. Meriam Buluh says:

    jebon, ayam dan daud ketiga-tiganya barua pakatan haram.

    Berapa banyak korang dapat dedak buat kacau dalam mykmu ni? Pergi la bagi pendapat korang kat blog pakatan haram korang yang heavily moderated tu. Hahaha..

  9. semangat dato' haron says:

    Dlm UMNO yg menentang perpaduan tersebut adalah mamak kutty dan boneka ciptaannya Ibrahim Ali dan Perkasa. Almaklumlah mamak x suka melayu bersatu sejak zaman Tun Mutahir lg nanti mereka x boleh peralatkan melayu lg

  10. acid says:

    Bersangka baiklah….separuh masalah umat manusia selesai..in syaa Allah.

  11. jebon says:

    Aku bukan barua mana2 parti pembangkang.

    Aku ahli Umno yg menolak 200% kepimpinan Najib yg ternyata sgt munafik dan suka memperleceh dan memperbodohkan ahli2 Umno dan rakyat negara ini.

    Kepada KW2 Najib yg mendapat ganjaran kewangan drpd Najib, sedar dan insaflah.

    Renungkan sementara waktu dan hayat masih ada.

    Kamu semua terang2 menyokong seorang pemimpin lidah bercabang yg bakal menjerumuskan Umno dan BN kelembah kehinaan.

    Jika Najib masih memimpin BN utk PRU14, aku amat yakin, BN bakal jadi pembangkang.
    Simata sepet akan bersorak riang kerana Najib berterusan membekalkan ‘peluru’ kpd mereka.

Leave a Reply