Menu Utama

Dari RM 200 bilion Wang Proton Berapa Masuk Kepada Tun Mahathir?

Oleh AMIN YATIM

Pada Mac 2015, Tun Mahathir menulis di dalam blognya menggambarkan seolah-olah Riza Aziz, anak tiri kepada Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Naib Tun Razak, telah terbabit dalam “mengambil” wang 1 Malaysia Development Berhad (1MDB).

Mahathir menulis mempertikaikan kekayaan anak tiri Mohd Najib dan cuba mengaitkan kekayaan Riza dengan perniagaan 1 Malaysia Development Berhad (1MDB). Namun, MYKMU telah menerbitkan berita bahawa Filem Anak Tiri Najib Untung USD 200 juta yang sekaligus bukan sahaja menafikan tuduhan Mahathir malah menunjukkan bekas Perdana Menteri tersebut sering mendapat maklumat yang salah.

Biarpun sekian banyak jawapan diberikan Mahathir mengenai 1MDB, beliau sentiasa mengulangi soalan yang sama dan menyatakan kerajaan tidak menjawab soalan beliau.

Berbanding 1MDB, Proton yang dilindungi oleh kerajaan selama 30 tahun dengan puluhan bilion dana diberi secara langsung tidak pernah dipersoal.

Sekarang kita berharap Tun turut menjawab soalan orang lain seperti mana orang menjawab soalan beliau. Proton dilaporkan telah melakukan penjualan kereta bernilai RM 200 bilion sejak pengeluaran pertama. Apakah ada kepentingan tertentu Tun dalam penjualan bernilai RM 200 bilion itu?

Tun begitu melindungi Proton sehingga sanggup menjatuhkan Perdana Menteri demi Proton (Lihat kes MV Agusta dan sekarang isu suntikan dana).

Tun menyatakan Proton ialah satu kepentingan strategik nasional yang perlu dipertahankan. Hakikatnya ratusan negara tidak menjadi pengeluar kereta dan kepentingan strategik mereka tidak pernah terancam.

Justeru ramai yang tertanya-tanya apakah Tun mempunyai kepentingan peribadi dalam hal proton ini seperti mana isu IPP?

Semalam seorang Naib Presiden Perkasa menghantar mesej kepada ramai orang bahawa Proton banyak membantu vendors Melayu dalam industri automotif. Ini kita tidak nafikan dan ia adalah sumbangan terpenting proton. Cuma jika ditanya lebih mendalam, siapakah vendors Melayu paling untung sekali sehingga Tun bermati-matian mempertahankan Proton?

Bukankah Yasmin Jurumuda Sdn Bhd merupakan vendors terbesar Proton dengan menjadi pembekal tunggal “anti-rust” atau “rust proofing” kepada semua kereta Proton?

Yasmin Jurumuda Sdn Bhd merupakan anak syarikat kepada Yasmin Group? Boleh Tun maklumkan kepada umum siapakah Yasmin Group ini kepadan Tun? Bukankah Yasmin Group ini milik anak saudara Tun dan kerabat Tun?

Berapa bilion pendapatan Yasmin Jurumuda hasil dari menjadi pembekal tunggal rust proofing kepada Proton ini? Inikah yang Tun cuba lindungi dengan melindungi Proton?

Tulisan ini bukan bertujuan merosakkan imej Tun, mahupun perniagaan bumiputera seperti Yasmin Group. Cuma Tun sekarang ini sudah keterlaluan dalam usaha untuk menjatuhkan Perdana Menteri, sehingga mereka-reka cerita mengenai 1MDB tanpa segan silu.

Jika Tun sanggup fitnah anak tiri Perdana Menteri, mungkin Tun juga perlu menjawab persoalan mengenai pembabitan suku-sakat Tun dengan Proton selama 30 tahun ini.

Berapa bilion dikaut oleh Yasmin Group dari Proton sehinga hari ini? Apakah ini yang Tun cuba lindungi?-MYKMU.NET






14 Komen to Dari RM 200 bilion Wang Proton Berapa Masuk Kepada Tun Mahathir?

  1. system baru says:

    Sebab biasa lah bila najib kaya Anak tiri dia tun m marah sehinggkan pembikin filem terbesar di amerika ,tun m gagal dalam industari filem di putarayajaya korang masih ingat tak APA jadi pada kampung filem di puterajaya itu langsung tak nampak ITU salah satu bill out yg dibuat di puterajaya ketika era tun m itu.
    ITU aku cakap vendor proton ITU patut berubah termasuk proton itu. Orang dalam cakap perkara aku INI jika tak berubah orang dalam proton akan tinggilkan proton ITU pergi ke syarikat produa Dan syarikat kereta antarabangsa Ada di Malaysia atau keluar negara .

  2. che ted says:

    Strategik? Strategik raplah jingga dah jatuh no.4. Kahkahkah

  3. Anak_Nogori says:

    Kenapa kita perlu tanggung lagi biawak hidup ini?..rugi minta kat kerajaan, rugi lagi minta lagi pada kerajaan..kabilah unta pun boleh Bengrap mcm ni.

  4. Chek lan says:

    Teruknye PM umno semmuanye sapu duit

  5. sman says:

    Saya pernah juga terlibat dalam industri kereta ini,sebagai sub vendor kepada vendor gergasi.Tapi kehidupan perniagaan kami hanya kais pagi makan pagi ,kais petang makan petang,margin keutungan yg kami dapat dalam pembuatan sesuatu part sangat kecil.Itulah sebabnya ramai vendor bumpiputra yg seperti saya yg kurang bijak mengurus kewangan sudah gulung tikar.

    Berdasarkan pengalaman dan perkiraan saya kos mengeluarkan sesuatu komponen tidak lah sebesar mana,kerana berdasarkan harga tawaran yg kami terima kami masih boleh mendapat sedikit keuntungan,dan harga yg kami perolehi biasanya tidak lebih dari satu pertiga dari harga yg di terima oleh vendor gergasi dari Proton.Jadi pada pandangan saya kalau Proton di urus dgn betul,pemilihan vendor di buat berdasarkan merit,mungkin Proton mampu mengurangkan kos pengeluaran keseluruhan keretanya dgn banyak,dan mampu menawarkan harga keretanya lebih rendah bagi menyaingi pengeluar kereta lain.

    Proton sudah sampai kepada peringkat mampu mengeluarkan engin kereta,tapi yg tak kenanya sekarang ialah pengurusan pengelurannya.Kita faham kualiti Proton mungkin agak rendah,tapi kalau mampu di tawarkan dgn harga yg rendah juga ,mungkin Proton boleh lebih berjaya utk di pasarkan.Kualiti juga boleh di tingkatkan dgn memperbaiki sistem pemilihan vendor,dapatkan vendor yg benar-benar mempunyai kemapuan dari segi teknikal, kewangannya ,pengurusan dan kecekapannya bukan mereka yg hanya tahu bercakap,membodek, korup dan ada hubungan dgn pihak tertentu.

  6. Zul says:

    Inilah perubahan yg kita mahu supaya sistem kronisma ni dihapuskan, dalam semua glc, dan jika proton bukan lg glc- kerajaan tak leh wat apa apa cuma yg glc yg ada tu jika buat perubahan ini maka amatlah disanjungi tindakan ini- seperti dalam felda ke, felcra atau mana mana entiti kerajaan

  7. Naser says:

    kalau tahu berape banyak masuk poket Tun M kenape tak buat repot polis dakwa ke mahkamah.. Najib pun dlm kabinet Tun M dulu..same2 kenyang

  8. semangat dato' haron says:

    Zul, hapuskan kronisme dlm daPIG dan pGAYr dulu…

  9. kri says:

    CERITA LAMA RAKYAT TIDAK BERMINAT, TIDAK MENYAKITKAN HATI RAKYAT, TETAPI YANG MENYAKITKAN HATI RAKYAT IALAH GST, BARANG KEPERLUAN SETIAP HARI NAIK, RINGGIT MALAYSIA JATUH, ZAMAN MAHATHIR TIDAK ORANG YANG BERSUNGUT KENAIKAN BARANG. KALAU RAKYAT BACA ARTIKEL TERSEBUT PUN BUKAN ADA UNTUNG

  10. shahulhameed says:

    Penulis kata pemilik Yasmin Jurumuda SdnBhd adalah anak saudara Tun M , apakah beliau tidak boleh menceburi dalam perniagaan hanya kerana beliau anak saudara Tun M?

    Penulis saya tanya berapakah vendor bumiputera untuk Proton dan berapakah saudara Tun menjadi Vendor?

    Apakah pemilik Yasmin Jurumuda Sdn Bhd seorang yang tersenarai sebagai seorang billionaire?

    Apakah bukti yang Penulis ada untuk menulis bahawa Tun M ada kepentingan peribadi? Penulis kena dedahkan,soalan ini tak silap saya Tun M pernah jawab seperti tanah Putrajaya pun Tun M beli sendiri.Semua hadiah-hadiah dikembalikan kepada Kerajaan seperti terdapat diLangkawi

    Boleh ke Penulis bongkarkan dimana dapatnya modal bagi membuat filem oleh anak tiri PM ? untung US 200 million itu lain cerita

    Penulis mengatakan penjualan kereta proton sejak 30 tahun mencecah 200 Billion tetapi berapa pula untungnya selama 30 tahun tak cakap?

    Penulis boleh periksa akaun dalam Suruhanjaya syarikat Malaysia dan jika salah beritahu SSM, mengapa tuduh sebarangan?

    Tun M sepatutnya melindungi Proton kerena itu adalah brainchild dia,melonjakkan imej Malaysia dan memberi peluang bumiputera jadi Vendor dan banyak lagi manfaat.

    Saudara Penulis, bila Tun Abdullah jadi PM, Tun M ada masanya tidak menjadi penasihat dan pada waktu itu apakah khidmat Yasmin Jurumuda Sdn Bhd diteruskan?

    Pengataan Penulis bahawa Tun M sanggup menjatuhkan PM demi Proton tidak berasas.
    Tun M mahu jatuhkan PM kerana beliau fikir UMNO akan kalah dalam PRU 14 berdasarkan sentimen rakyak Malaysia.Manakala Pm DS Najib pula berpendapat boleh memenangi PRU 14 ,mungkin dengan kekuatan PAS tetapi itu hanya akan membantu di Kelantan, Terengganu dan Kedah. Bagaimanapun BN terpaksa berkongsi kerusi dengan PAS dan menawan Kelantan akan melibatkan kos yang tinggi sebelum dan selepas PRU 14. Dinegeri-negeri lain dulu orang DAP dan PKR undi PAS sekarang tidak mungkin itu berlaku dan juga kemungkinan timbulnya satu ‘splinter group’ yang kedua dari PAS sepertimana parti Amanah.Saya amat marah bila PAS kata kesalahan UMNO dimaafkan, seolah-olah UMNO telah melakukan kesalahan, ini sepatutnya,tidak boleh diterima oleh UMNO.Apakah PAS tidak bersalah dengan UMNO dan BN?

    Penulis mengatakan jawapan berkaitan IMDB telah diberikan tetapi menuduh Tun M mengulangi soalan yang sama . Boleh kah penulis menjawab soalan-soalan dalam blognya bertarikh 3 Dis 2015. Kalau dah jawab mengapa Parlimen Eropah mengeluarkan rasa tidak puas hati?

    Pengataan Penulis bahawa negara lain yang tidak mengeluarkan kereta tidak terancamnya kepentingan strategik adalah satu kenyataan yang mengelirukan dan tidak disokong oleh fakta

    Menjatuhkan seorang PM perlu dibuat mengikut undang-undang yang sedia ada. Kita sama-sama lihat cerita sebenar mengenai IMDB, Penulis pun mungkin tidak tahu perkara sebenar, janganlah menjadi jurucakap dengan menuduh sebarangan saya ingin juga tahu apakah hubungan saudara penulis dengan DS Najib yang kita sayangi selagi dia menjadi PM. Dia orang Pahang dansaya pun ada termakan garam diPahang.

  11. laicikang says:

    actually kau yang panas kan dengar cerita lama rakyat ni.. dah itu hakikat.. proton ni elok tutup kedai.. habiskan boreh petronas jer.. vendor-vendor sekalian cari peluang di tempat lain. berlambak lagilah pintu rezeki boleh dicari.. nak dengan tak nak je.

    mahathir ni selagi masih hidup, selagi itulah cerita lama dia akan terus dikorek-korek sehingga ke lubang cacing.. skandal billion-billion woo.. kroni-kroni dia jugak yang dilindungi. kalau mahathir ni nak didakwa di bawah kanun keseksaan, entah tak terkira berapa banyak seksyen boleh guna untuk dakwa dia.. dasyhat tak mahathir.. memandangkan mahathir dah umur 90 tahun.. cepat atau lambat dia akan mati jugak, selagi masih hidup tu planlah nak cakap apapun, nak pergi mana pun, nak buat apapun, nak fikir apapun..

    rakyat mana boleh lupa salah mahathir.. buat-buat lupa tu hanya untuk jangka pendek.. tapi memang tak boleh lupalah.. effect dia sampai sekarang dan akan datang tau rakyat nak tanggung.. kau nak kata oh rakyat sedang tertekan dengan kos sara hidup tinggi?? itu pun patut ukurlah jugak dengan taraf hidup tinggi yang dinikmati.. tak suka duduk malaysia, pergilah buat pasport nak berhijrah ke mana-mana negara yang hebat bagi kau.. yang penting kau mesti ada aset dan kemahiran yang bernilai.. campaklah kau kat mana pun kau boleh survive. bukan susah pun nak berhijrah.. jika kau rasa susah, buatlah cara duduk malaysia.. complain banyak pehal.. itu dah kira bagus kau masih hidup aman di malaysia.. negara lain entah apa bom mana hala boleh meletup.

    nanti bila najib letak jawatan.. tukar orang lain.. kita tengok complain apa pulak daripada rakyat jelata.. eh nak tukar pulak siapa tah.. haha… jadi macam jepun, tukar selalu pm sampai serabut, banyak rancangan kerajaan tergendala bila pm bertukar.. pm baru kan nak dapat credit jadi entah nak teruskan ke rancangan pm lama.. pendekatan berbeza katanya..

  12. ayam says:

    Biasa la…cerita lama kena la ungkit sebab banyak sgt kroni2 jadi kaya…cerita najib laki bini anak beranak jadi org kaya baru ok jer sebab turn diorang pulak…lain2 melayu yg dok pangkah2 wakil rakyat tu jgn cakap apa2…dok diam2 mkn dedak…

  13. shahulhameed says:

    mana komen saya semalam

  14. ramonsalem says:

    Bongkar semua sekali . . . masa utk rakyat tahu wira dunia ke 3 adalah penyamun yg licik.

Leave a Reply

Threesome