Menu Utama

Dari Main FB, Lebih Baik “Meniaga Online”

KITA terpaksa menerima hakikat bahawa masalah fitnah yang semakin berleluasa tanpa mengenal erti bosan dan sempadan diakibatkan oleh penggunaan media sosial secara agresif dan tidak bertanggungjawab.

Wise men talk because they have something to say; fools talk because they have to say something”. Ini yang terjadi apabila mereka yang tidak mempunyai halatuju berada dalam dunia media sosial.  Dalam keadaan mereka mencari “nama” dalam media sosial secara tidak langsung mereka menjerumuskan diri ke dalam dunia fitnah tanpa sempadan. Dalam masa yang sama, golongan ini juga yang merungut “duit tak cukup”, barang mahal dan lain-lain lagi.

ahmad maslan meniaga

Oleh itu, saranan Datuk Ahmad Maslan mempromosikan perniagaan atas talian sebagai kerja sampingan memang tepat pada masanya. Bagi golongan yang merungut dan menuding jari menyalahkan kerajaan atas “kesenpitan” hidup maka ini lah masa yang paling sesuai untuk anda mendapatkan pekerjaan sampingan yang hanya memerlukan dua hingga empat jam masa peribadi anda.

Untuk makluman, mereka yang sering merungut “kesempitan” hidup merupakan mereka yang selalu memuat naik status mereka bercuti ke luar negara dan makan di restoran mewah.

Kita abaikan gaya hidup mewah mereka, kita fokus kepada masalah “kesempitan” hidup yang mereka alami, maka mereka perlu kurangkan masa layari laman web yang tidak mendatangkan kebaikan dan fokus kepada perniagaan online yang mampu menjana pendapatan keluarga.

Berdasarkan statistik terkini di laman Statistika, penggunaan harian media sosial oleh pengguna Internet secara global telah mencecah 106.2 minit sehari berbanding 103.2 minit sehari pada 2014. Pada 2016 yang akan menjelang tidak lama lagi, pengguna media sosial sedunia dijangkakan mencecah dua bilion. Facebook masih media sosial paling popular pada 2015 dengan 1.5 bilion pengguna aktif sebulan.

Kalau dilihat dari segi jumlah jam purata penggunaan media sosial mengikut negara, Argentina paling hebat dan menjuarai senarai ini dengan penggunaan 4.3 jam sehari. Ini diikuti Filipina, Mexico, Brazil, Thailand dan Emiriyah Arab Bersatu. Malaysia berada di tempat keenam dengan 3.5 jam sehari.

Penggunaan media sosial sememangnya sia-sia apabila mereka fokus kepada gosip dan pelbagai permainan interaktif yang mengasyikkan. Akhirnya keadaan ini menimbulkan konflik antara ibu bapa dan anak, suami dan isteri serta pekerja dan majikan. Dalam situasi ini, adakah media sosial suatu alat yang positif atau negatif?

Dengan itu, lebih baik rakyat Malaysia belajar perniagaan atas talian daripada menghabiskan masa melayari media sosial sampai ke tengah malam.

Tahukah anda yang e-dagang dalam digital ekonomi ini boleh menambah pendapatan? Malahan barangan keluaran tempatan turut mencatat kejayaan perniagaan atas talian. Menurut sumber, gula melaka yang dijual atas talian mampu meraih jualan empat juta ringgit Malaysia.

Kalau poket anda penuh dan rezeki yang anda perolehi melalui cara yang halal, maka tidak ada sesiapa pun yang mampu memandang anda sebelah mata. Disamping itu juga anda akan mampu membantu insan-insan lain yang memerlukan bantuan anda. Pilihan ditangan anda. Tepuk dada, tanya selera.






7 Komen to Dari Main FB, Lebih Baik “Meniaga Online”

  1. semangat dato' haron says:

    2016 akan menjadi tahun mencabar. Kurangkan perbelanjaan x perlu Dan tingkatkan tabungan. X semua masa Kita akan sentiasa senang, sekali sekala kenalah bersusah sikit. Dan jgn asyik salahkan Najib, beliau sudah buat terbaik pd waktu yg Sukar. Lihatlah belanjawan Arab Saudi pun $US98 Billion. Bersyukurlah Najib berjaya mengawal kesan kejatuhan teruk harga minyak dan gas pd ekonomi negara. Alhamdulillah walau apa org kata pasal GST, GST lah yg menyelamatkan ekonomi negara.

  2. semangat dato' haron says:

    Defisit Arab Saudi $US98Billion

  3. semangat dato' haron says:

    Mungkin Mykmu boleh berkongsi artikel mengenai perbelanjaan berhemah. Mungkin dpt membantu pembaca yg kurang arif dlm mengawal urusan kewangan. Sekali sekala kita ckp luar sikit dr politik. Lebih menarik

  4. jebon says:

    Hahaha

    Tak salah nak main FB.

    Tang ni aku tabik Mat Maslan, bagus ideanya.

    Tapi FB juga adalah sumber maklumat yg bagus kerana nak harap media2 naugan Najib semua dok pakat junjung dan puji berbakul2 idola kesayangan penjilat2nya.

    Walaupun mati2an puak Najib berkompang mengatakan jangan percaya kpd media sosial, tapi aku memilih utk menolak Utusan,BH, TV3 suku dan seangkatan dengannya.

    Dulu, aku adalah pembaca dan pelanggan setia Utusan, tapi sejak aku dapat info dari Youtube, bawah tajuk Salur Derma Politik,Apa Kata Najib, aku mula curiga dgn berita2 yg disiarkan oleh media kawalan kerajaan.

    Bila terpampang di Utusan, berita Najib nak saman WSJ, langsung aku tak baca terus Utusan dan tengok TV3 ,kerana mmg tepat telahan aku, Najib tak akan saman, kemudian berbelit2 membuat alasan utk melepaskan tengkuk.

    Alasan paling lawak tak jadi saman, takut nanti tak dapat pulangan/gantirugi yg setimpal.

    Oii mangkuk, mcm la ko tau boleh menang. Sebelum ni, ko sembang, boleh tanya pulak WSJ akan pakai akta ni, akta tu tak?

    Najib dan penjilat2nya mmg sahih penipu besar.

    HARI INI 31 DISEMBER 2015.

    Hari terakhir Najib kata semua masalah berkaitan isu 1MDB akan selesai.
    Dah 4 kali Najib dan kuncu2nya kata masalah 1MDB akan selesai dalam masa 6 bulan. Aku simpan rekod2 kata2 Najib dan kuncu2nya yg mintak nyawa diberi peluang utk selesai masalah tersebut.

    Bukan apa, sebab Najib sembang tinggi dalam Utusan, katanya 1MDB tak bermasalah, yg bermasalah ialah mereka yg suka buat persepsi.

    Persepsi kepala tengkorak ko, habis yg 1MDB tanggung hutang berbilion tu bukan masalah, yg terpaksa jual EDRA utk bayar hutang tu bukan masalah?

    Betul kata2 pujangga, sekali seseorang itu berbohong, maka akan berterusanlah menjadi tabiat hidupnya utk berbohong.

    PRU13, dlm manifesto, janji akan turunkan harga tol berperingkat2.

    Janji turunkan harga kereta berperingkat2.

    Janji akan telus dan terbuka serta sanggup dikritik.

    Janji akan mendahulukan rakyat.

    Janji2mu,adalah janji yg dicapati.

    KW2 Najib, dah ambik payment dedak Najib,bulan ni?
    Kata Najib, tak beri kang merajuk pulak.

    Boleh la bawak anak bini makan besar sampai tergolek2 kekenyangan ye.
    Teruskan menjilat.

  5. Meriam Buluh says:

    jebon wrote:
    “Walaupun mati2an puak Najib berkompang mengatakan jangan percaya kpd media sosial, tapi aku memilih utk menolak Utusan,BH, TV3 suku dan seangkatan dengannya.”

    Esok dah masuk tahun baru. Buat la azam baru untuk tinggalkan budaya suka buat fitnah.

  6. jebon says:

    Meriam buluh.

    Aku dah mangli dgn ayat suka buat fitnah ni.

    Aku berkata berasaskan fakta yg aku lihat, dengar, kemudian aku teliti, aku tapis, aku analisa.

    Aku berjuang demi agama,anak cucu dan negara yg sejahtera dan aman.

  7. rockers says:

    bolehlah najib derma kt Kami nk bli laptop.semangat nk buat bisnes online ni.ikut sarapan AM.

Leave a Reply