Menu Utama

Dana RM 2.6 Billion: Jawapan Dah Diberi, Kalau Ada Bukti Tipu, Tunjuklah Dimana

Ahmad-Zahid-Hamidi

PENERANGAN Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Zahid Hamidi berhubung dana RM 2.6 billion yang dimasukkan ke dalam akaun Perdana Menteri di Parlimen semalam, cukup padat dan menjelaskan semua persoalan yang rakyat perlu ketahui – setakat siasatan sekarang.

Bahawa,

  1. Wang itu bukan wang rakyat atau 1MDB tapi wang derma dari luar negara, SPRM sudah sahkan
  2. Najib tidak boleh menjawab sendiri atas nasihat Peguam Negara memandangkan siasatan masih berjalan (subjudis dan prejudis).
  3. Semua pihak perlu bagi peluang agensi berkenaan menjalankan siasatan mereka.

Soal subjudis dan prejudis ini pembangkang patut tahu benar kerana ketika kes liwat Anwar berjalan, pernahkah Anwar buka mulut pasal kesnya di Parlimen?  Balaci macam Rafizi dan lain-lainlah yang bercakap pun, bukan Anwar.

Oleh itu membuktikan pembangkang tidak berpuas hati bukan kerana apa yang Zahid sebut, tapi kerana tidak ada bukti yang mengaitkan wang itu adalah wang rasuah.  Agaknya kalau Zahid kata itu wang rasuah, baru mereka nak puas hati.

Begitupun, jawapan ini sudah dibuat di Parlimen.  Kalau Zahid tipu, silaa hadapkan beliau ke Jawatankuasa Halk & Kebebasan Parlimen kerana bagi kenyataan palsu, kalau pembangkang ada buktilah beliau menipu.

Lain dari itu, tak payah buang masalah.  Pembangkang ni kita kenal sangat, fakta bukan penting pada mereka tapi keuntungan dari segi politik saja.  Tengok kes Anwar cukup, apa yang kurang, semua ada tapi pembangkang tetap pilih untuk tidak percaya.

Jadi, soal pembangkang tidak puas hati dengan jawapan semalam, tidaklah perlu diberi perhatian sangat, itu memang cara mereka, berpolitik 24 jam tak sudah-sudah.  Yang penting sekarang, apa yang perlu dibuat, dibuat, apa yang perlu dijawab, dijawab.






45 Komen to Dana RM 2.6 Billion: Jawapan Dah Diberi, Kalau Ada Bukti Tipu, Tunjuklah Dimana

  1. HANG TUAH says:

    PUAK PEMBANGKANG TERUTAMANYA MALAYSIAKINI, MALAYSIA INSIDER, DARI KAUM KAFIR DAN MELAYU YANG GILER KUASA SEPERTI MAT SABU, TAK PERNAH TAKUT DENGAN SIKSAAN ALLAH , SERING MENABUR KAN FITNAH DEMI BERKUASA BUKANNYA NAK TAMBAH AMAL IBADAT

  2. Memang Terok says:

    Kebanyakan dari peniaga Msia mengeloh tentang berbagai perkara. Keluhan mereka dikaitkan dengan suasana ekonomi yang suram. Mereka buat perbandingan dengan negara Asia lain saperti Indon, Thai, Vietnam malah Burma yang dikatakan masih dapat mempertahankan kerancakan aktibiti ekonomi mereka lantas menjana pulangan yang baik pada para peniaga khususnya .

    Walau negara saperti Thailand yang sering dilanda banjir baju berbagai warna, merah, baju kuning dan berbagai lagi, masih rancak ekonomi mereka.

    Apa yang kita nampak (jika telahan peniaga itu benar) ini semua berpunca dari suasana politik kita yang sentiasa hangat dengan orang baru dan issue baru.

    POlitik carca merba saban hari dengan isu kita semula dan baru yang tak habis2, telah melembabkan ekonomi (??)

  3. zex says:

    mempertahankan kemungkaran tu ibadat ke?

  4. Zex1 says:

    Zex,

    Tanya opah kau kemungkaran yg macamana. Bgtau la,kalau takat jadi burung tiung elok dok diam. Dapat jugak mengelakkan dosa fitnah.

    Cer tanya opah kau Zex

  5. rockers says:

    Alasan aj e tu.dh bicara kt mahkamah ke.bila nk saman WSJ.Najib mane brani jawab.takut x terjawab.hehe

  6. azmi says:

    Betullah memang tak tipu nye..ni mamak kutty dgn pembangkang ni aja yang fitnah macam-macam kat PM Najib..dia orang ni saja nak kacau-kacau najib buat kerja..kan kan kan ?

  7. system baru says:

    Tun m tak saman wsj itu he.he.he
    Najib telah dinasihat oleh ahli umno supaya tak saman wsj sebab makan masa lama perundungan amerika agak pelik ada faham tak rockers wsj terkenal dengan media penipu dia media tak ada kualiti sama macam media tongkang insider ada faham, rakyat amerika pun tak percaya wsj itu he.he.he, pm ulang alak Malaysia ke amerika turun naik mahkamah pm tak kerja ke itu macam pkr akan cakapkan.

  8. sman says:

    Dah terlalu banyak cerita keburukan PM Najib yg di taburkan sejak dulu lagi,tapi satu pun belum terbukti secara kukuh.Lama kelamaan semua nya dah tak berkesan lagi,hanya bagaikan menonton filem di pawagam,semuanya kosong sebaik sahaja filem tamat dan lampu di nyalakan.

    Saya cukup kagum dengan ketabahan PM Najib dan isterinya dalam menghadapai pelbagai tomahan,tuduhan dan kata nista.Tanggung jawab beliau terus beliau laksanakan,rakyat terus di beri perhatian,negara terus aman,ekonomi pun terus juga berkembang walau pun pelbagai pihak mengatakan akan bankrupt.Rasanya kalau Mahahtir menghadapi keadaan begini mungkin semuanya hancur berkecai,mungkin beliau akan melolong sakan,tidak setakat teresak-esak merajuk mahu meletak jawatan.

    Semuga semua ini sudah sampai ke penghujungnya.Yang keciwa,kerana gagal menjatuhkan PM Najib elok lah muhasabah diri sendiri.

  9. Meriam Buluh says:

    Lepas pilihanraya pemimpin politik pembangkang di Malaysia bukannya bekerja bersungguh-sungguh bersama-sama pemimpin politik kerajaan untuk membangunkan negara walau dibayar pelbagai gaji dan elaun. Mereka lebih berminat mengukuhkan pengaruh politik masing-masing termasuk berpolitik cara kotor. Mentaliti pembangkang Malaysia..berterusan membangkang. Pemimpin pembangkang ramai taraf longkang.

  10. rockers says:

    cakap je la x brani saman takut terbongkar semua.klu masuk mahkamah us pun ape kisah kn ade jet baru.blh shopping skl.money trail lead to najib account.sprm,pdrm ckp nk siasat tp sampai sekarang mcm tu juge .dlm msi a jaguhlah semua yg x mendengar degup nadi najib dipecat @ dirasuah naik pangkat.poyolah macai najib..

  11. Meriam Buluh says:

    Tak berbaloi PM saman WSJ kes macam tu. Masa yang ada lebih afdhal dimanfaatkan untuk kesejahteraan rakyat dan negara. Selagi mentaliti suka memfitnah tak berubah, fitnah baru akan muncul lagi. Saman banyak mana pun mereka boleh bayar.

    Anuwar bukan PM pasal tu rajin saman sana saman sini. Dia bukan fikir sangat kebajikan rakyat dan kesejahteraan negara. Dia kemaruk nak jadi PM dan lunaskan dendam politiknya. Terutamanya kepada Tun M. Itu sahaja.

  12. system baru says:

    He.he.he. dizaman tun m semua boleh di sorokan sebab bpr bawah jabatan pedana menteri

  13. Anak_Nogori says:

    Yg macai madey sibuk kenapa najib tak saman wsj..yg madey tak repot polis tu kenapa tak sibuk sekali?..

  14. Gengrembau says:

    Kalu setakat cakap .. Semua org boleh cakap
    Setakat air liur aje.. Semua org ade…
    Tak pe la.. Kepada yang masih percaya biar la
    Tapi macam aku ni.. Tak caya lansung derma… Semua tu poyo
    Lantak lah.. Derma ke aper ke… Nak mati nanti susah sbb tipu
    So merana la badan….

    Tak de hal semua tu.. Allah ade.. Kepada dier kiter berserah.. Kita dah berikthiar.. Biar Allah balas
    Tapi kutu kutu rasuah ni mana takut Allah.. Sama la mcm pemakan pemakan dedak ni…..

    Oh ya.. Aku simpan aje aper pemakan dedak ni tulis… Satu hari nanti.. Hang tau lah … Ape ko rang dah tulis… Aku bagi balik..

  15. azmi says:

    Mahathir dan isteri akan hadir PAU selasa ini. Nak tengok najib berani tak ikut pintu depan di PWTC nanti sebab dikhabarkan sepanduk menggesa pesiden UMNO itu berundur akan dinaikkan semasa ketibaan Najib di PAU nanti oleh puak yang tak berpuas hati dengan Najib. Jangan macam ari tu Najib lari Tun Mahathir di perhimpunan Nothing to Hide, kendian lari dari peserta pesidangan Tranperancy, pas tu lari ahli umno didepan pejabat umno diPWTC..

  16. azmi says:

    Diharapkan Najib Berani berhadapan dengan penentang-penentangnya di PAU selasa ini.. Ha ha ha ha ..La ni nampaknya najib buat-buat tenang je.. Ya, Tenang Dalam Memperbodohkan Rakyat Bila pemimpin lain terpaksa tampil mempertahankan keberanian Najib dan memuji2 Najib, itu menunjukkan memang Najib penakut !

    Satu Malaysia sudah nampak sejauh mana keberanian pahlawan Bugis Malaya ni …… Oya, sejak sauh dilabuhkan, tak dengar2 dah cerita penglipurlara pahlawan Bugis ni.

    Then again, saya kena setuju dengan Hishammudin yang Najib memang seorang yang tenang. Najib tenang je lari dari bersemuka dengan Tun Mahathir masa di Nothing To Hide.

    Najib pun tenang jer lari dari menunjukkan muka di Seminar IACC mengenai Rasuah bila dapat tahu isu 1MDB dan RM2.6 bil menjadi topik hangat sesama perwakilan antarabangsa.

    Najib tenang jer bila bagi alasan tak mahu saman WSJ sebab duit saman kalau menang pun, ciput jer…..

    Tidak kurang tenangnya bila menafikan timbalannya dalam parti dari berucap kepada sayap2 parti, satu amalan tradisi berpuluh tahun …..

    Dan kemarin, Najib dengan tenang jer boleh lari dari menunjukkan muka di Parlimen bila satu negara menantikan saatnya untuk beliau mendedahkan segalanya mengenai RM2.6 bil setelah lebih sebulan diumumkan.

    Memang Najib tenang …… Tenang dalam ketakutan. Tenang dengan muka sardin. Satu Malaysia mencemuh Najib sebagai penakut, tapi ada Najib kisah ? Tenang jer ….. hahahaha …..

    Segalanya mengenai RM2.6 bil mengundang persoalan. Tidak ada jawapan yang mampu memuaskan hati rakyat. Dan segala reaksi Najib dalam menangani isu RM2.6 bil hanya menguatkan persepsi negatif terhadapnya. Kerana tindak tanduk Najib dan kuncu2nya dalam menangani isu ini adalah tindak tanduk seorang yang BERSALAH.

    Hanya orang yang bersalah saja yang akan beri pelbagai alasan dan seberapa boleh akan mengelak dari membuat pengakuan.

    Pernah dengar Najib sendiri menjelas kedudukan RM2.6 bil itu ? TIDAK PERNAH kan …..

    Hanya orang bersalah saja yang akan memarahi dan bertindak terhadap sesiapa saja yang mempersoalkan perbuatan salahnya.

    Padahal semuanya boleh diselesaikan dengan satu cara yang paling mudah iaitu tampil buat penjelasan dan jawab segala persoalan yang selama ini beliau elak.

    Tunjukkan bahawa beliau berani kerana benar. Persepsi rakyat sekarang – Najib takut kerana salah.

    Sampai bila nak mengelak ? Satu dunia duk bercakap hal RM2.6 bil sebab ia satu sejarah tamaddun dunia di mana seorang individu menerima derma sebanyak itu sekali berdebuk !

    Di harap masa PAU nanti adalah seorang hamba Allah dikalangan para perwakilan yang berani bertanyakan hal RM2.6 bil walaupun dilarang dari bercakap mengenainya. Seluruh rakyat mahu dengar penjelasannya tapi perwakilan dilarang dari bercakap mengenainya ….. tidakkah itu tanda ada yang tak kena ?

    Saya syak isu RM2.6 bil jugalah yang menyebabkan Timbalan Presidennya dinafikan peluang berucap sebagaimana lazim.

    Apakah ahli Umno sanggup berdepan kemungkinan diharamkan kerana melanggar Akta Pertubuhan sebagaimana disebut oleh Tun Mahathir ?

    Pelbagai tindakan pelik dan diluar tabiee dilakukan …. semuanya kerana isu RM2.6 bil.

    Jika Najib seorang yang pemimpin yang bertanggungjawab, beliau dengan sendiri akan tampil beri penjelasan atas sebarang isu yang boleh membawa kemudaratan kepada parti. Dan jika tidak mampu selesaikan, beliau akan undur diri kerana tidak mahu parti menanggung beban yang terhasil dari kesalahan dirinya….. itu kalau Najib seorang yang berani bertanggungjawab.

  17. Anak_Nogori says:

    Saya risau madey kena boo je masa PAU tu nanti…merajuk lagi lah dia.

  18. Meriam Buluh says:

    Nak naikkan dan tayang sepanduk tulis macam-macam termasuk mengata orang lain bukanlah sesuatu yang sukar sangat untuk dilakukan. Orang bodoh pun boleh melakukannya. Kalau ada habuan duit yang cukup tentu ada orang boleh diupah untuk melakukannya. Orang yang waras dan bertamadun akan fikir dengan otak di kepala mereka jika terpaksa atau dipaksa melakukannya. Yang tak waras dan bebal? Mereka akan guna otak di kepala lutut mereka…

  19. Anak_Nogori says:

    Kita pun dah minta bukti..tunjukkan je..tak yah spin.

    Yg paling elok madey kasi bukti tu..dia ada telor lagi ke?

  20. azmi says:

    Nak bukti apa lagi? yang dah tebukti najib lari dari parlimen suruh zahid jawab isu 2.6 bilion dalam akaun dia….Ramai yang menantikan penampilan Najib untuk menjawab kesemuanya persoalan mengenai RM2.6 bil dihari terakhir Parlimen walaupun dalam hati memang dah agak – HAMPEH !, ternyata hari ini memang benar2 HAMPEH !
    Tidak ada maklumat baru pun ….. patutlah menggelabah beruk nak halang sipolan2 dari berucap di PAU. Yalah, kalau 3 hb boleh jawab, kenapa nak perlu takut ada orang timbulkan isu2 RM2.6 bil pada 8 hb, kan ?
    Saya juga heran kenapa perlu di tentukan tarikh sekian2 untuk jawab padahal jika jawapan itu SAMA dan BENAR, bila2 masa pun boleh jawab sebab jawapan itu akan tetap yang sama.
    Sekali lagi alasan Dalam Siasatan diberikan. Macam kes 1MDB dulu, alasan Dalam Siasatan dijadikan sandaran bagi mengelak sebarang pertanyaan.

    Di bawah saya copy jawapan Zahid bagi pihak peribadi Najib mengenai isu RM2.6 bil –

    PENERANGAN DARIPADA TIMBALAN PERDANA MENTERI
    MERANGKAP MENTERI DALAM NEGERI
    DI BAWAH PERATURAN MESYUARAT 14 (1) (i)
    PENERANGAN BERKAITAN ISU DANA POLITIK RM2.6 BILLION

    Tuan Yang di-Pertua,
    Saya memohon untuk membuat penerangan dengan menggunakan Peraturan 14 (1) (i) Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat di Dewan yang mulia ini berhubung dengan isu dana politik RM2.6 billion yang telah dibangkitkan oleh beberapa Ahli Dewan ini melalui pertanyaan bagi Jawapan Lisan, pertanyaan bagi Jawapan Bertulis serta semasa perbahasan peringkat dasar dan jawatankuasa Bajet 2016 pada Mesyuarat Ketiga, Penggal Ketiga, Parlimen Ke-13 Dewan Rakyat yang bermula pada 19 Oktober 2015.
    Pada 4 Ogos 2015, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah memaklumkan bahawa jumlah RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun Yang Amat Berhormat Perdana Menteri itu bukan daripada 1MDB.
    Kerajaan telah dinasihatkan oleh Peguam Negara bahawa apa-apa kenyataan tidak wajar diberikan berhubung dengan perkara yang dibangkitkan memandangkan perkara tersebut masih dalam siasatan oleh agensi yang berkaitan. Namun begitu, saya rasa perlu dimaklumkan bahawa, SPRM telah pun mengenal pasti penderma dana politik RM2.6 bilion. Selain itu, Bank Negara juga telah dimaklumkan mengenai pembukaan akaun bank tersebut.
    Agensi yang berkaitan hendaklah diberikan kebebasan dalam menjalankan siasatan secara telus dan tidak dipengaruhi oleh mana-mana pihak.
    Apa-apa kenyataan yang dikeluarkan oleh mana-mana pihak berhubung dengan perkara yang dibangkitkan boleh dianggap sebagai sub judice yang boleh menjejaskan penjalanan sesuatu siasatan dan juga menimbulkan prejudis oleh orang awam terhadap pihak-pihak dalam siasatan berkenaan.
    Pada masa yang sama, saya juga ingin menjelaskan di sini bahawa dalam sistem demokrasi, amalan menerima dana politik dibenarkan kepada parti-parti politik termasuk parti pembangkang.
    Pada masa ini, Malaysia masih tidak mempunyai undang-undang yang mengatakan derma atau pembiayaan politik perlu diisytiharkan dan tidak mengharamkan derma untuk kegunaan politik. Malah realitinya di kebanyakkan negara maju juga derma politik diberi secara umum.
    Janganlah mana-mana pihak menunding jari dan berpura-pura tidak memerlukan dana politik kerana dalam sistem demokrasi derma politik bukan perkara baru.
    Sebenarnya, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sendiri telah menyatakan kesediaannya supaya pembiayaan politik dikawal selia sejak tahun 2009 lagi. Pada 2010, Program Transformasi Kerajaan (GTP) menyerankan cadangan kawal selia terhadap pembiayaan dana politik. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri juga telah menandatangani Ikrar Integriti Pilihan Raya oleh transparency International (TI) Malaysia pada tahun 2013.
    Namun, saranan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri untuk mengawal selia derma atau pembiayaan dana politik tidak jadi kenyataan kerana cadangan ini ditolak oleh parti pembangkang dan sehingga kini tidak ada undang-undang khusus dalam negara untuk menguruskan pemberian pembiayaan dana politik.
    Memandangkan isu derma ini telah mendapat perhatian umum dan pelbagai reaksi, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada tahun ini sekali lagi mengenengahkan semula cadangan asal untuk mengawal selia pemberian dana politik dengan mnenubuhkan Jawatankuasa Konsultatif Nasional Mengenai Pembiayaan Politik (JKNMPP) yang akan mengambil kira pandangan semua pihak berkaitan.
    Sekian. Terima kasih.
    Hahahahahaahaha …….. TAK BOLEH JAWAB PUNYA !!
    Semuanya hanya lakonan supaya tidak ada sebarang persoalan ditimbulkan oleh ahli2 parlimen sepanjang sesi Parlimen berjalan. Jika ada sesiapa yang bertanya hal2 berkaitan RM2.6 bil, akan dijawab – Semuanya akan dijawab pada hari terakhir sidang.
    Jadi semua pun senyap dan sabar menunggu.
    Pada hari terakhir Parlimen, langsung tidak di jawab apapun selain dari apa yang sudah dikatakan sebelum ini. Dan speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia berkata, ahli parlimen bukan sahaja tidak dibenarkan mengemukakan sebarang soalan tetapi mereka juga tidak boleh membahaskan jawapan atau penjelasan yang diberikan.
    Dalam masa 3 minit, selesai penjelasan ….

    Baik punya kencing !

    PS – Najib ada tak dalam Parlimen masa Zahid jawab ? LARIIIIIIII !!!!!!!

  21. sino says:

    Orang yg sayang UMNO, yg gembira atas kemenangan UMNO dlm pru13 dulu tidak akan pertikai, mengungkit
    dan meragui cara presiden mengatur perjalanan aktiviti dan perbelanjaan. Percayalah bahawa utk menarik undi pengundi kepada UMNO pada masa itu adalah teramat sukar. UMNO yg tengah lumpuh kerana isu2 lama dari bekas pemimpin dahulu teramat lemah dan memerlukan seorang yg cukup tenang dan berani utk mencari kaedah
    supaya UMNO boleh menang. Syabas kepda UMNO dan Dato sri Najib kerana menang PRU13. Dan ketahuilah bahawa belanjanya cukup besar. Bukan setakat RM2.6 BILLION!!.

    Pembenci UMNO akan terus pertikai kerana mereka teramat kecewa dg kemenangan DSNajib dan UMNO.

  22. system baru says:

    Elok pun he.he.he azmi Cuba haram umno he.he.he buat malu je lah hanya tun m sahaja berjaya cipta sejarah umno diharamkan. Baik kau suruh suadara Mara anwar itu si khairudin tengok diri dia sendiri, umno tak boleh simpan orang kayakan ahli keluarga seperti anwar Dan saudaramara dia itu, khairudin hasil dari kegagalan usahawan bumiputera ciptan bilout itu ada faham tak

  23. anak selangor says:

    Jemputan Harijadi

    Untuk semua pemakan-pemakan dedak………

    Datang…..jangan tak datang….

    Menu khas untuk pemakan-pemakan dedak: Dedak Jagung Panas

    Pakaian: hallooooo…..ha…….

  24. YopKD says:

    Jangan syok sendiri dengan jawapan anda.
    – bukan hanya jawap pada pembangkang / Tun..tapi rakyat terbanyak.

    Cuba duduk dengan masyarakat marhain. Jangan dengan kelompok UMNO sahaja.
    Dengar keluh kesah mereka.

    – berapa ramai yg boleh terima jawapan derma ini? inilah penentu PRU 14 nanti.

    ditambah dengan GST, macam macam kenaikan dlm masa terdekat.

    Apakah masih mahu menang dlm PRU14

    bukan Tun yg tentukan sapa menang. tapi rakyat majoriti yg sekarang merasa perit ini.

    Sembang dgn kawan kawan di pejabat. tiada seorang pun bersetuju dgn pelbagai kenaikan ini.
    Kesan GST pun tak habis dirungut tiap kali topup. Masih nak menafikan lagikah?
    – masih nak sokong Najib. beliau pun lari dari menjawap isu ini.

    – Dulu masih ada yang point utk menjawab atas tindakan kerajaan ini.

    sekarang macam kena knockout awal awal. berturut turut pulak tu.

    Cakap apa point terbaik dari kerajaan utk rakyat sekarang.

    sebut satu pun cukuplah …

  25. Hantu Gigi Jarang says:

    Sebab tiada jawapan…bolehlah diandaikan yang sang penderima budiman itu ialah Joe Low…budak penang tu…

  26. Lazim Gudau says:

    Truskan perjuagan PM yg baik untuk rakyat…..

  27. Meriam Buluh says:

    Penjelasan pasal derma RM2.6 bilion tu sebenarnya mudah je nak faham. Penyokong, pendokong dan pewaris pakatan retard dan pakatan haprak memang akan buat-buat tak faham atau sengaja tak mahu faham. Mereka saja nak kitar semula isu ni sampai PRU14. Otak lembab..nak buat macam mana lagi.

  28. Hantu Gigi Jarang says:

    Sapkah yang kaya sangat boleh kasi derma RM2,600,000,000 tu.. cuba pikiaq!

  29. Anak_Nogori says:

    Sprm sedang siasat derma tu kan…biar mereka siasat..najib pun sedia kerjasama.

    So apa masalahnya?..kalau derma tu diseleweng..tu kita minta bukti..apa pasal dungu sangat?.

  30. Meriam Buluh says:

    Kepada yang masih duduk bawah tempurung:

    http://www.astroawani.com/berita-dunia/putera-arab-saudi-derma-harta-lebih-rm120-bilion-kepada-badan-kebajikan-64557

    Ramai lagi hartawan Muslim yang sering menyumbang di luar sana. Bukan Bill Gates sahaja..

  31. Ku Seman says:

    Tidak menjadi isu sama ada “derma RM2.6 bilion” datangnya dari duit rakyat atau tidak. Isunya integriti. Kalau bukan duit rakyat sekalipun, mesti ada integriti supaya dilihat berintrigiti. Isunya ialah seorang Perdana Menteri menerima derma kerana kedudukannya sebagai Perdana Menteri. Jangan salahkan rakyat kalau ada yang beranggapan keputusan terhadap sesuatu perkara dipengaruhi oleh derma yang luar biasa banyaknya itu.

    Zahid Hamidi semasa menjawab di Parlimen berkata duit RM2.6 bilion itu “dana politik”. Baiklah, kalau itu dana politik, UMNO sewajarnya malah wajib ada SOP untuk menerima dana politik dan di akaun mana perlu disalurkan. Saya beranggapan UMNO tidak ada SOP itu. Sebab itu dana politik boleh disalurkan dalam akaun peribadi.

    Adalah menjadi perkara yang wajib iaitu semua dana politik disalurkan dakan akaun parti. Tetapi dana politik kepada UMNO agak pelik sebab dimasukkan dalam akaun peribadi. Tidakkah UMNO terfikir bahawa dengan memasukkan dalam akaun peribadi, pihak parti tidak mempunyai kuasa untuk mengauditnya?

    Saya tidak terfikir UMNO selemah itu dan tidak mungkin akan selemah itu hingga tidak dapat membezakan antara dana politik dan derma peribadi. Siapa yang mengaudit “dana politik 2.6 bilion” itu apabila pemimpin tertinggi UMNO sendiri tidak tahu kewujudannya sebelum dibongkar?

    Kalau UMNO boleh menerima kaedah begini iaitu dana politik boleh dimasukkan dalam akaun peribadi dan parti tidak dimaklumkan, saya fikir UMNO dalam keadaan pelik. UMNO tidak bijak menguruskan SOP asas berkaitan kewangan parti. Saya tidak menjangka Najib Razak akan datang ke Parlimen menerangkan isu derma RM2.6 bilion. Dan “penjelasan” yang luar biasa jelasnya oleh Zahid Hamidi membuatkan isu itu semakin jelas. Ia menjelaskan, bagi UMNO dana politik boleh dimasukkan dalam akaun peribadi. Ini adalah yang pertama berlaku di dunia.

    Apalah maknanya UMNO mendapat dana politik yang begitu besar sedangkan pemimpin kanan parti itu sendiri tidak tahu kewujudannya? Maknanya duit itu tidak dibelanjakan oleh UMNO. Kalau dibelanjakan UMNO mesti tahu dan mustahil UMNO tidak membuat audit pada laporan kewangannya. Kalau benar UMNO tidak membuat audit (sebab itu tidak tahu kewujudan derma) jawapan saya ialah Masyaallah.

  32. Meriam Buluh says:

    Derma RM2.6 bilion tu bukan Najib sorang tahu. Setiausaha & Bendahari Umno tahu. Bank Negara tahu. Muhyiddin tahu tapi buat-buat tak tahu.

    Tak perlu recycle isu yang dah dijawab. Perlembagaan Umno yang ada sekarang pun tak menegah dana tu transit akaun Najib.

  33. Meriam Buluh says:

    Pendokong pakatan retard & pakatan haprak memang pakar recycle isu lapuk. Sudah-sudahlah memperdaya rakyat yang tak tahu.

  34. Meriam Buluh says:

    PAU ni tengok la kalau ada cadangan SOP baru dana politik. Banyak sangat SOP yang menyusahkan nanti dana lambat sampai kat akar umbi. Ramai nanti yang tak puas hati.

  35. Meriam Buluh says:

    Saya percaya Najib gunakan dan belanjakan dana tu dengan baik.

    Pembangkang ada buat penafian terima dana politik macam tu? Ada berani?

  36. Ku Seman says:

    Adakah ini menunjukkan UMNO sangat birokratik? “Dana” yang dimasukkan dalam akaun parti lambat sampai ke akar umbi? Adakah dengan memasukkan dalam akaun peribadi “dana” itu sampai kepada akar umbi dan yang penting siapakah yang dapat memastikan “dana” itu dibelanjakan untuk parti? Adakah juruaudit UMNO boleh memeriksa akaun peribadi, apa lagi akaun Perdana Menteri?

    Kalau UMNO sudah kenal pasti masalah iaitu lambat sampai kepada akar umbi kalau masuk dalam akaun parti, penyelesaiannya bukan dimasukkan dalam akaun peribadi. UMNO kena mencari jalan untuk mengurangkan birokrasi. Meriam Buluh tulis dia percaya Najib menggunakan dana politik itu dengan baik? Apa definisi baik kepada Meriam Buluh?

    Apakah asas-asas yang membuatkan dia begitu percaya “dana” itu digunakan dengan baik? Mesti ada asas-asasnya. Kalau tak ada asas itu lamunan namanya. Sikap begini yang membuka ruang kepada berlakunya pelanggaran integriti.

  37. Ku Seman says:

    Kenapa kalau orang lain memasukkan duit syarikat, persatuan atau pertubuhan dalam akaun peribadi dikatakan menyeleweng dan ditangkap? Adakah ini membuktikan undang-undang kita pilih kasih, ada yang kena dan ada yang terlepas?

  38. Anak_Nogori says:

    Najib baru je beri keterangan selama 2 jam setengah dgn sprm..kalau ada penyelewengan dana tersebut…boleh lah bising..selagi tak ada…tak perlu lah fitnah.

  39. Meriam Buluh says:

    Kalau Ku Seman dan lain-lain ada bukti penyelewengan, bawa la bukti tu. Aku nak tengok juga.

    Ringkasan perbelanjaan Najib tunjuk pada Bendahari dan Setiausaha Umno je. Kepercayaan dah diserahkan pada Presiden parti dan yang berkenaan. Kenapa yang lain dengki?

  40. sino says:

    SOP dan integriti politik hanya difahami dan diamali oleh ahli politik. Prosidurnya tidak rigit dan mesti pelbagai. Kalau tidak parti akan lemah dan payah nak tarik pengundi. Semua parti politik sama shaja…
    Apa yg sebenarnya penentang UMNO dan penentang DS Najib memasang perangkap di segenap penjuru. Tetapi
    UMNO n DS Najib tetap tenang dan bijak mengendali situasi.

  41. jebon says:

    Memang jelas nak menipu dan kencing rakyat.

    1. Kenapa tunggu sehingga 3Disember, baru nak umum Najib tak dibenar bagi penjelasan?

    2. Mengapa Najib n the gang bersungguh2 nak buat penjelasan pada 3Disember, tetapi yg membaca skrip, Zahid, kemana tuan punya badan, Najib?

    3. Mengapa Azalina menegaskan, kerajaan akan menjawab ttg duit 2.6b yg masuk ke akaun Najib?

    4. Apa kena mengena, kerajaan dengan duit 2.6b?

    5. Bukankah SPRM telah mengesahkan duit tersebut adalah derma PERIBADI, yg secara dasarnya penjilat2 Najib mengatakan, duit itu milik Najib, mereka juga memperlekeh dan menyindir pembangkang kerana menyibuk, malahan ada yg mengatakan pembangkang dan Tun M cemburu kerana tidak mendapat ‘kepercayaan’ yg begitu tinggi seperti Najib.

    Nah, secara faktanya, duit itu milik Najib dan tanggungjawab memberi penjelasan terletak di atas bahu Najib atau peguam yg dilantik JIKA isu ini telah direkod menjadi kes di mahkamah!!!!

    6. Adakah Azalina dan ratusan pengamal2 undang2 yg ada dlm Umno dan BN, tidak dapat mengesan ‘malapetaka’ akibat drpd salah memberi nasihat kpd Najib. Jika SUBJUDIS dikata sebagai penghalang kpd Najib memberi penjelasan, mengapa mereka tidak menasihati Najib dari awal dan mengumumkannya kpd rakyat secara berterusterang tanpa perlu menunggu 3Disember?

    7. Jika kerajaan dikatakan akan menjawab bagi pihak Najib, apakah ini mengesahkan kebenaran/kesahihan tuduhan pembangkang dan Tun selama ini, duit tersebut ada kaitan dgn rakyat, mungkinkah duit 1MDB?

    8. Jika bukan duit rakyat/kerajaan, adakah duit 2.6b ini juga diterima, diguna dan diurus oleh kerajaan?

    Persoalannya, untuk tujuan apa, bagaimana disalurkan dan berapa jumlahnya?

    Begitu juga, jika kerajaan mengaku menerima, bolehkah ditampilkan/lampirkan segala bukti rekod2 ttg penggunaan duit tersebut jika diminta?

    Pendapat aku, secara jelas, Najib, Zahid, Azalina, Pandikar secara terang2 mempersenda dan memperbodohkan rakyat dgn skrip pengumuman 3 minit yg pada akhirnya menjerut leher mereka sendiri.

    Jika Najib berintegriti dan gentleman, dia boleh sahaja membuat penjelasan secara peribadi dan memikul tanggungjawab membersihkan namanya yg teruk tercemar kerana ‘duit peribadi’ ini.

    Tak perlulah nak mengguna semua dis..prajudis, subjudis, chickedes, aedes dsb.

    Rakyat bukan bodoh dan buta hati.

  42. Meriam Buluh says:

    Jebon, ko marah la minah bodoh dari Langkawi yang bawa isu RM2.6 bilion ni ke mahkamah.

    Najib bijak, pasal tu dia senyap dulu isu RM2.6 bilion ni sebab dah jadi kes mahkamah.

  43. Meriam Buluh says:

    jebon wrote:

    “Rakyat bukan bodoh dan buta hati.”

    Bukan semua rakyat negara kita matang dan bijak. Yang terpedaya dengan spin pakatan retard / haprak / rapizi / tony pu@ka / anuwar dsb pun ramai. Yang jadi keldai tunggangan DaPIG bun ramai juga. Cukup ramai. Hehehe…

  44. […] Sumber: http://www.mykmu.net/2015/12/dana-rm-2-6-billion-jawapan-dah-diberi-kalau-ada-bukti-tipu-tunjuklah-d… […]

  45. […] Sumber: http://www.mykmu.net/2015/12/dana-rm-2-6-billion-jawapan-dah-diberi-kalau-ada-bukti-tipu-tunjuklah-d… […]

Leave a Reply

Threesome