Menu Utama

Dana RM 2.6 Billion: BNM Dah Tahu Dari Mula, Kenapa Tak Cakap Apa-Apa?

unnamed

PENJELASAN Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kelmarin bahawa Bank Negara Malaysia (BNM) awal-awal lagi sudah dimaklumkan akan kewujudan akaun dimana derma sebanyak RM 2.6 billion dimasukkan pada 2013, agak memeranjatkan kita semua.

Sebab dari mula kes ini berjalan, BNM nampak macam Muhyiddin Yassin dalam isu 1MDB, keliru, macam bodoh dan tak tahu apa-apa.  Apa rupanya sebelum wang itu masuk pun, BNM telah dimaklumkan mengenainya.  Ada 4 surat dari penderma berkenaan untuk membuktikan perkara tersebut.

Tak hairan kenapa Perdana Menteri arah kebocoran maklumat mengenai dana itu disiasat, beliau tahu semuanya sudah ikut prosedur tapi kenapa boleh bocor, dimanakah puncanya? Sekarang agak-agak sudah tahulah puncanya dari mana.

Jadi untuk menangani persepsi ini, BNM perlu tampil bagi penjelasan kenapa dari mula mereka tidak buat kenyataan bahawa kemasukan wang itu ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri (atas permintaan penderma yang terbabit), adalah mengikut prosedur?  5 minit cakap pun tak sampai, tapi kenapa tak buat sehingga perkara ini berlanjutan berbulan-bulan?

Bukankah jadi tanggungjawab BNM untuk memastikan urus tadbir perbankan negara ini terkawal dan terlindung dari sebarang salah laku yang boleh menghilangan keyakinan umum terhadap urusan perbankan di negara kita?

Apakah BNM nak negara ni jadi macam sesetengah negara lain di dunia dimana institusi perbankan tidak dipercayai, rakyat nak beli kereta kena bawak selonggok wang tunai kerana tidak ada bank yang nak bagi pinjaman dan sebagainya?

Semua ini memerlukan penjelasan dari pihak yang terlibat, terutana Gabenornya.  Jika ada salah laku yang berkaitan perlu diambil tindakan sebab nampak macam ada penglibatan orang dalam BNM sendiri sehingga perkara ini boleh terbocor ke pihak luar.

Dulu NFC dah sekali, takkan kali ni berlaku lagi?






10 Komen to Dana RM 2.6 Billion: BNM Dah Tahu Dari Mula, Kenapa Tak Cakap Apa-Apa?

  1. Anak_Nogori says:

    Dulu dikatakan bnm akan menyiasat penglibatan org dlm…mana keputusannya?.

  2. Hantu Gigi Jarang says:

    Ha..ha..itu kata dia..siapa yang masih percaya pada dia…

  3. che ted says:

    BNM patut disiasat sebab pendirian mereka terlalu cenderung pro Tun M. Mereka pernah buat tindakan desperado dgn mempertikaikan satu perpindahan yg hakikatnya kekeliruan dtg dari pihak mereka sendiri. Gaya BNM sekarang spt sdg berusaha cari kesalahan 1MDB sampai tahap wujudkan bukti konon ada salah laku. Ini kerja gila.

  4. Abu seman says:

    Klu tak boleh buat keje resign jelah wahai gabenor, asyik tido memanjang.You are not helping, useless people

  5. […] Sumber: http://www.mykmu.net/2015/12/dana-rm-2-6-billion-bnm-dah-tahu-dari-mula-kenapa-tak-cakap-apa-apa/ […]

  6. bangKano says:

    Governor BNM adalah salah seorang baruah Madey untuk menjatuhkan Najib dari karier kabinet & politik…begitulah kelicikan cicit Madeliar hendak menjatuhkan supremasi melayu di bumi ini. Harus diingat Governor BNM titisan dari keturunan arab sebelah bapanya…maka inilah kaedah Mdey hendak menghapuskan anak jati melayu keturunan nusantaran dari menempa nama & daulat ke puncak kejayaan…apa yang dimahukan semua pemimpin tertinggi negara dipegang oleh anak cucu berdarahkan mamak,arab,cina & eropah.

  7. […] Sumber: http://www.mykmu.net/2015/12/dana-rm-2-6-billion-bnm-dah-tahu-dari-mula-kenapa-tak-cakap-apa-apa/ […]

  8. jebon says:

    Kahkahkah

    Sekarang ni yg kena jawab, BNM ke Najib?

    Kenapa Najib ambil masa hampir sebulan baru nak mengaku?

    Kenapa dari awal pendedahan WSJ, Najib enggan mengaku dan cakap berbelit2?

    Kenapa menunggu sehingga SPRM sahkan memang ada 2.6b dlm akaun Najib, baru dia nak mengaku?

    Kenapa, tiba2 ada 4 keping surat yg kononnya nengiringi derma tersebut?

    KENAPA NAJIB TAK JAWAB DLM MASA 24 JAM JIKA DIA BENAR2 ADA BUKTI SOKONGAN?????

    Ada sesiapa dlm blog ini yg dah melihat atau sahkah dokumen/surat tersebut wujud?

    Adakah rakyat akan terima pakai saja cerita air liur Najib tanpa menunjukkan bukti?

    Pendapat aku, ini semua auta Najib utk lepas tengkok.
    Isu ini awalnya bukan tuduhan, cuma pertanyaan.
    Najib dan juak2 makan dedak dah gelabah puyuh, akhirnya terjebak kerana kesilapan strategi menjawab dan memberi penjelasan.

    Isu ini belum pun dibicara/direkod di mahkamah, tapi penjelasan berbelit2 akhirnya jerut leher sendiri, seolah2nya Najib sekarang sedang berada di kandang OKT.

    Hmmmm…memang pun.

  9. abdul jalil says:

    Terimakasih penyokong najib kerana anda memudahkan kerja kerja pembangkang pada pilihanraya akan datang.. Teruskan sokongan anda kepada najib dan zahid and co.

Leave a Reply