Menu Utama

Dakwaan Mansuh Pinjaman Perumahan Kerajaan Adalah Fitnah Jahat

bahagian-pinjaman-perumahan-550pxKerajaan menafikan tuduhan beberapa pihak bahawa Pinjaman Perumahan Kakitangan Kerajaan akan dihapuskan dan diuruskan oleh bank dan kadar faedah pinjaman mengikut bank komersial mulai 1 Januari 2016.

Menurut sumber kerajaan, perubahan yang berlaku hanyalah penstrukturan semula Bahagian Pinjaman Perumahan (BPP) yang mulai 1 Januari 2016 akan menjadi sebuah badan berkanun dengan nama Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA).

LPPSA akan mengambil alih semua fungsi BPP termasuk memberi pembiayaan perumahan kepada Sektor Awam.

Oleh yang demikian, pinjaman perumahan Sektor Awam KEKAL . Manakala, SEMUA keistimewaan yang dinikmati sekarang seperti kadar faedah sebanyak 4% akan KEKAL seperti sedia ada.

Isu ini pernah menjadi kontroversi tahun lepas tetapi dibangkitkan semula pada tahun ini menjelang pelaksanaan Lembaga ini mulai 1 Januari 2016.

MYKMU pernah menyiarkan penafian Kerajaan pada September 2014 di bawah tajuk : MOF Nafi Dakwaan Tutup Bahagian Pinjaman Perumahan

Berikut ialah contoh mesej yang sedang disebarkan:

Nak berkongsi info dgn kawan-kawañ terutamanya yg kerja goverment. Government housing loan berakhir pd 31/12/2015. Selepas ini dah x wujud dah bahagian perbendaharaan perumahan (BPP). Permohonan govt loan dah diswastakan bermula 1/1/2016. So semua permohonan govt loan diperketatkan macam permohonan loan di bank2 swasta. Rekod ctos dan tanggungan pemohon diambil kira. Tak macam sebelum2 ni. Interest rate pun dah naik. So sebarang urusan pinjaman perumahan govt diarahkan utk diselesaikan sebelum 31/12/2015. Kalau tak sempat selesai, semua permohonan dan dokumen kena buat lain di bawah LPPSA – Lembaga Pinjaman Perumahan Sektor Swasta (nama baru bagi BPP). Dengar cerita CIMB yg bagi fund utk LPPSA. Tapi x dpt pekeliling la psl tu. Mungkin BPP dah x cukup fund utk offer govt loan. So selamat menjalani lagi satu perubahan kawan2 ku ‍‌‌‌‌‍‌‌‌‌?‌‌‍‌‌‌‌‍‌‌‌‌?‌‌‌‌‍‌‍

***senyum…xperlu kata ap2 ***






Satu Komen to Dakwaan Mansuh Pinjaman Perumahan Kerajaan Adalah Fitnah Jahat

  1. syaa says:

    matlamat dia burukkan kerajaan.persepsi baru

Leave a Reply

Threesome