Menu Utama

Cahaya perpaduan semakin terang – Asyraf Wajdi

Umat Islam di negara ini perlu mencontohi ke­terbukaan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam mengetepikan perbezaan ideologi politik demi perpaduan Islam.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, usaha penyatuan antara dua parti politik, Pas dan UMNO seperti ada sinar yang semakin terang dan nyata.

“Alhamdulillah berdasarkan apa diungkapkan oleh Abdul Hadi kemudian disambut Perdana Menteri, saya rasa cahaya di hujung terowong ke arah perpaduan dan tahuluf siyasi antara kedua-dua parti kini semakin terang dan nyata,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas majlis perasmian Multaqa Serantau Alumni Al-Azhar Malaysia 2015 di sini hari ini yang dirasmikan Perdana Menteri.

Yang turut hadir Timbalan Syeikhul Azhar, Prof. Dr. Ahmad Mohammad Al-Tayyeb dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Dalam pada itu, Asyraf Wajdi yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO berkata, dalam usaha ke arah kesatuan ummah itu, tidak seharusnya mana-mana parti mengorbankan ideologi perjuangan politik masing-masing.

Apa yang penting katanya, kedua-dua parti sudah bersetuju untuk berbeza pandangan dalam isu ter­tentu.

“Apabila kita melihat perpaduan, kita tidak boleh ukur dengan mencairkan mana-mana ideologi dan identiti parti.

“Apa yang paling penting adalah kita meletakkan kepentingan rakyat dan umat Islam di tempat paling tinggi. Kita boleh berbeza pandangan tetapi apabila menyentuh kepentingan Islam, maka semua pihak harus bersatu memperjuangkannya,” katanya.

Utusan






Satu Komen to Cahaya perpaduan semakin terang – Asyraf Wajdi

  1. Zulkiflee MS says:

    Buat diri saya dan keluarga amat bersetuju program penyatuan parti UMNO dan PAS terlaksana. Orang ramai terutamanya orang Melayu Islam mahukan agar Islam dan perundangan syariah dapat dilaksanakan dengan jayanya. Janganlah ada yang bersikap suka ungkit mengungkit kisah lama. Kerana yang demikian sikap yang tidak baik sebagaimana yang telah berlaku sebelum ini. Ikutlah sunnah Nabi Muhammad saw. Adalah perlu suara atau undian majoriti di dalam parlimen Malaysia yang mengamalkan sistem demokrasi. Dengan bersatu dan bekerjasama sesama seagama dan bangsa akan dapat memartabatkan syiar Islam di negara yang kita cintai ini. Wallahuaklam.

Leave a Reply

Threesome