Menu Utama

Bukan Jenis ‘Masuk Bakul Angkat Sendiri’…

tunmpau1

Bila hati itu penuh dengan rasa benci, perkara tidak salah pun akan diada-adakan salahnya. Burung terbang di udara pun akan dilihat sebagai salah dan dipersalahkan. Mungkin itulah yang berlaku pada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap Presiden UMNO, Dato’ Seri Najib Tun Razak.

Ketika berucap di PWTC merasmikan Perhimpunan Agung UMNO 2015, memang benar Presiden menyingkap kembali kejayaan dan jasa bakti UMNO kepada agama, bangsa dan negara. Memang benar Najib ada berkata begitu.

Namun lain pula reaksi Dr Mahathir mendengar ucapan Najib itu. Beliau menempelak pula Presiden UMNO itu dan mendakwa Najib kononnya hanya bijak mengungkap jasa-jasa Presiden UMNO yang terdahulu sebelumnya. Beliau persoal pula di mana jasa Najib…

Penulis melihat, ucapan Najib itu tidak menjurus pada mana-mana Presiden, namun lebih memberi tumpuan pada subjek parti yang berjasa dan ia merujuk kepada UMNO, bukan individu. Kita semua tahu jasa-jasa yang pernah ditabur UMNO, bukan?

Tidak perlu disebut nama, kita tahu siapa bapa kemerdekaan negara. Kita tahu bagaimana bapa kemerdekaan itu diperlekeh, dihentam, dihina dan dituntut meletak jawatan oleh salah seorang Presiden UMNO yang lebih junior, bukan?

Kita juga mengiktiraf jasa bakti Presiden-Presiden UMNO yang lain seperti Allahyarham Tun Abdul Razak, Allahyarham Tun Hussein Onn, Tun Abdullah Ahmad Badawi dan beliau sendiri, Tun Dr Mahathir Mohamed. Kita tahu jasa-jasa mereka ketika mengemudi UMNO dulu.

Namun kita juga tahu bahawa setiap manusia itu mempunyai kelemahan masing-masing, termasuklah Presiden UMNO. Perlu kita tahu, Presiden UMNO bukan Mursyidul Am PAS atau ‘negarawan ulung’ yang bersifat maksum. Itu biasalah…

Maka sebab itulah penulis berpandangan bahawa jasa-jasa tersebut tidak difokuskan mengikt Presiden, sebaliknya imbasan yang dibuat oleh Najib itu lebih mewakili parti UMNO secara umum. Jadi, kenapa pula Dr Mahathir perlu perincikan mengikut jasa Presiden?

Penulis tahulah beliau yang paling lama memerintah. Banyak jasanya berbanding Perdana Menteri yang kurang tempoh mentadbir negara berbanding dirinya. Tapi tidakkah dia sedar bahawa lebih lama mentadbir juga mendedahkan beliau kepada lebih banyak kesilapan, kelemahan dan kekurangan yang mungkin berlaku? Itu belum disebut tentang dosa lagi…

Mahu mendabik dada sebagai Perdana Menteri paling banyak berjasa? Cuba beri peluang kepada Karim bin Abu jadi Perdana Menteri selama 22 tahun, silap-silap Karim mampu berjasa lebih banyak berbanding Dr Mahathir, bukan?

Dr Mahathir perlu tahu bahawa Najib bukanlah sejenis orang yang ‘masuk bakul angkat sendiri’. Mahu dipuja dan dipuji dengan menggunakan ‘reverse psychology’ seperti yang selalu dibuat oleh Dr Mahathir? Itu bukan cara Najib rasanya…

Sekiranya ditanya kepada mereka yang mengkaji dan meneliti segala masalah dan kepincangan yang berlaku di zaman Dr Mahathir dulu, mungkin lebih dari RM100 bilion duit negara kita ‘lesap’. Agaknya berapa nilai RM100 bilion di zaman Dr Mahathir jika dinilai pada zaman ini? Mungkin sudah jadi RM300 bilion?

Sekadar menyebut beberapa skandal berprofil tinggi seperti MAS dan Tajuddin Ramli, krisis perlembagaan, ‘bailout’ syarikat anak, skandal perwaja, skandal PKFZ dan pelbagai anugerah kepada kroni-kroni tertentu, penulis yakin ramai lagi yang mampu menyebut skandal-skandal lain yang menjadi ‘duri dalam daging’ ketika beliau menjadi Perdana Menteri.

Mujurlah ketika itu internet baru diperkenal di Malaysia, tiada lagi Facebook, Twitter, Instagram, blog dan sebagainya seperti hari ini. Jika tidak, teruk juga beliau kena ‘throll’. Yang ada hanyalah laman web biasa yang bersifat ‘purba’. Itupun, teruk juga kami pertahankan beliau di IRC dan laman web. Tak perlulah kami ungkit…

Cuma pesan penulis, jika mahu dikenang sebagai insan yang berjasa, tidak perlulah perburuk dan perlekeh pemimpin yang sedang menabur jasa. Mungkin ada kelemahan, tapi jika nanti terbukti kelemahan itu menjadi kelebihan, bagaimana?

Pada penulis, sabar itu memang kelebihan. Tapi sifat sabar itu boleh jadi kelemahan bila hanya bersabar hingga membiarkan kepala dipijak terbenam ke tanah, kan? Faham? Kalau kelingking menjolok mata? Apa agaknya yang akan Dr Mahathir buat? Kalau tak faham sudah…






5 Komen to Bukan Jenis ‘Masuk Bakul Angkat Sendiri’…

  1. azmi says:

    Bukan legasi Mahathir yang rakyat nampak, tetapi fakta yg kelirukan rakyat, kalau fakta ini tidak diterjemahkan oleh kepimpinan UMNO memang ada kesilapan di mana-mana. Faktanya mudah UMNO dilihat wadah kepimpinana Melayu, org Melayu sayangkan UMNO, dulu mereka beralih ke PAS tetapi Pas dilihat hanya parti yang jengkel dalam perancangan, amat mudah membuang dan menghina bukan ulama dan profesional itulah mala petaka bagi Pas, Pas dilihat parti untuk ulama dan ustaz, kegagalan bangun dan bantu mangsa banjir di kelantan dan pembangunan kelantan yg masih jadi mimpi retorik sejak 20 tahun Pas di Kelantan, saya pasti PRU 14 Pas berakhir di kelantan. mungkin juga Pas makan sumpah Amanat Hadi. dan UMNOlah yg org Melayu ada, cuma bila kepimpinan UMNO gagal menjelaskan fakta 2.6 billion dan 1MDB maka mungkin org Melayu akan berkecuali dalam bahasa mudah mereka sokong UMNO tapi tidak sokong Presiden UMNO dan pembodeknya. Kenapa 2.6 billion jadi tanda tanya, kerana jawapannya yang jengkel cuba kita analisis jawapan yang pelik, 1. duit untuk parti 2. duit untk UMNO 3. duit untuk lawan penganas Is demi islam 4. duti dari jutawan Arab 5. duit dari pelbagai penderma.. rumusannya yang mana BETUL. rakyat bukan bodoh generasi Y dan cerdik hasil Dasar ekonomi baru, 1MDB mudah jual aset bayar hutang jual EDRA kuasa tenaga yg kemudian bekal kepada TNB bayar hutang, jual tanah ke Tabung Haji bayar hutang, sampai sekarang siapa yang beli balik tanah tersebut seperti janji tanah itu akan ada pembelinya, tabung haji pun dah tidak ada kekuatan Haji, bersih beriman suci dan telus. Kenaikan demi kenaikan minyak masak, elektrik Tol pengangkutan awam semua ini menjana kepada penderitaan rakyat, penganguran siswa, penempatan guru lepasan Universiti,di katakan guru sudah lebih tapi disekolah jelas guru tidak cukup dan nilai RM terus merudun bereti nilai barangan kian meningkat. Tapi yang pasti orang tiada wadah lain kecuali UMNO, maka mereka sayang UMNO tapi mereka tidak suka pemimpin UMNO, mereka lihat UMNO tidak suka org jujur macam TSMY dan Safie Afdal. Mereka adalah hero Tun Mahahir bagi org tertentu UMNO adalah musuh dan macam-macam gelaran tapi rakyat rata-rata anggap adalah hero kerana bercakap benda fakta. Kalaulah DNTR berani terus terang dari mana 2.6 billion dan siapa derma untuk apa, secara public dan bubarkan 1MDB dan struktur semula pengurusannya, Pakatan Harapan tinggal Harapan UMNO melonjak mendapat sokongan padu orang Melayu, tapi kalau isu ini jadi YO YO maka UMNO akan jadi YO YO terhadap sokongan Melayu. Yang orang Melayu nak JUJUR sahaja. Sedarlah pemimpin Melayu rata-rata orang Melayu susah sekarang, macam zaman baru merdeka, kalau bergaji 10K sebulan bersungut kerana kos hidup tinggi bagaimana yang berpendapatan 1K ke 5K dan yang kais pagi makan pagi, selamilah derita rakyat, itulah dosa Melayu pilih pemimpin asal dari atap genting bukan pernah tahupun derita golongan atap rembia. Bertaubatlah

  2. system baru says:

    Legasi tun m je nampak, lupa umno penah buang presiden,timbalan presiden Dan bekas presiden mereka semua penah berjasa tapi ada antara mereka lakuakan kesilapan, jika mereka berjasa kemudian angkoh terlalu bangga dengan jasa mereka akan penggirkan ada faham tak azmi, umno kena pandang masa depan bukan pandang jasa2 kebelakang sehinggakan orang buat jasa boleh buat kerosakan pada umno itu

  3. Meriam Buluh says:

    kepimpinan Umno tak gagal explain isu derma RM2.6 bilion dan 1MDB. Rakyat bebal macam azmi je yang tak faham-faham dan buat-buat tak faham. Ciri tipikal pewaris pakatan retard. Sama genetik dengan abu baghal si burung kakak tua mykmu ni. Hahaha..

  4. Mat Desa says:

    Kalau boleh meriam buluh dan system baru (belum tentu baru)jawab/hujah secara fakta macam Azmi nampak hujah dia bukan main ikut perasaan. Macam x tahu nak berhujah jawab sekerat-sekerat. Kalu dah faham benar tentang IMDB 2.6 bintang jawablah secara profesional biar orang lain faham dan jelas. Bila x de jawapan mula mengata mengutuk nampak benar dia sendiri yang bebal kononnya dia faham sangat. Klu dah faham sangat berilah penjelasan yang ada fakta.

  5. Seliparkasutgetah says:

    Najib mengerti dan faham politik itu ape sebenarnya…najib juga diharap bole faham tentang meniaga 1mdb tu ape…mungkin yg najib tak faham adalah politik dalam meniaga tu sendiri…itu yg menjengkelkan…

Leave a Reply

Threesome