Menu Utama

Blogger Hentam Najib, Minta Bantuan Kewangan Dari Najib Untuk ‘R&D’ Proton?

tun-mahathir-pengerusi-baru-proton

Penulis garu kepala yang tidak gatal. Membaca kenyataan bekas Perdana Menteri yang meminta-minta bantuan kewangan dari pihak kerajaan membuat penulis rasa loya, bagai hendak ‘muntah’ di depan skrin sebuah komputer buruk siang tadi.

Katanya, pihak Proton telah berjanji untuk menghasilkan kereta elektrik dan hibrid. Untuk melaksanakan janji itu maka pihak beliau mahu dana suntikan dari kerajaan untuk melunaskan janji yang dikatakan susah untuk dilaksanakan itu.

Membaca kenyataan Tun Dr Mahathir di media itu, terlintas di fikiran penulis bahawa beliau sebenarnya tidaklah sehebat yang disangka…

Beliau berjanji bahawa Proton akan menghasikan kereta elektrik dan hibrid. Tapi apakah kerajaan berjanji untuk memberikan dana kewangan untuk melunaskan janji yang beliau tabur itu? Pernah dengar kerajaan berjanji mahu beri bantuan kewangan kepada bekas GLC itu?

Kita semua maklum bahawa Proton kini bukan lagi berstatus GLC setelah sahamnya yang berjumlah lebih 42% itu sebelum ini yang dimiliki Khazanah telah pun dibeli oleh DRB Hicom. Secara tidak langsung, maka Proton boleh dikira sebagai milik Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhari.

Jadi, memandangkan kerajaan sudah tiada lagi kepentingan di dalam Proton, apakah wajar pihak kerajaan memberikan duit rakyat kepada syarikat milik Syed Mokhtar tersebut? Nanti rakyat tidak bising wang mereka disalahgunakah?

Sekiranya kerajaan memberi suntikan dana kewangan kepada Proton, penulis yakin bahawa mana-mana syarikat swasta pun akan meminta dana kewangan untuk mereka lakukan ‘research & development’ bagi syarikat masing-masing. Jika tidak diberi, maka mereka akan bising mendakwa kerajaan pilih kasih dan tidak adil, bukan?

drb beli proton

Terlintas juga dibenak penulis, mengapa beliau tidak meminta dana ‘R&D’ dari Syed Mokhtar atau DRB Hicom? Bukankah mereka memiliki kepentingan di dalam syarikat berkenaan? Lagipun, khabarnya Tun M ‘rapat’ sangat dengan Syed Mokhtar…

Selain itu, tergamak juga Tun M mendesak pertolongan kewangan dari kerajaan untuk membantu syarikat yang beliau pengerusikan. Tiada rasa bersalahkah di fikirannya? Teruk beliau memaki hamun dan menjejaskan Perdana Menteri di blog, namun sekarang dia desak pula wang dari kerajaan.

blog chedet

Wang kerajaan secara jelas diuruskan oleh Kementerian Kewangan. Malah kementerian itu juga diketuai oleh Dato’ Seri Najib Tun Razak, Presiden UMNO yang beliau ‘balun’ dan ‘hentam’ hampir setiap hari. Tidak malukah beliau mendesak pertolongan dari individu yang beliau mahu gulingkan itu?

Sekiranya penulis ditempat Tun M, sampai mati pun penulis tidak minta tolongan dari Najib. Biar penulis merangkak meminta tolong dari pihak lain, namun penulis tidak akan sesekali rendahkah maruah dengan meminta tolong dari individu yang penulis hentam dan malukan imejnya seantero dunia.

Penulis tertanya-tanya, sekiranya Najib memberikan dana secukupnya kepada Proton untuk melunaskan janji membina kereta elektrik dan hibrid, apakah Barisan Nasional (BN) akan menang pada Pilihan Raya Umum ke-14 nanti? Tun M fikir bagaimana? Ada peluang BN menang?

Pada pandangan penulis, mungkin Tun M terlupa bahawa beliau baru saja maki Najib di laman blognya baru-baru ini…

Justeru itu, penulis mengharapkan supaya beliau mengamalkan pemakanan yang seimbang dan menjadikan amalan memakan kismis minda untuk memulihkan daya ingatan beliau seperti sediakala. Sekurang-kurangnya, beliau tidak lupa puisi ‘Melayu Mudah Lupa’ yang beliau karang sebelum ini, kan?






7 Komen to Blogger Hentam Najib, Minta Bantuan Kewangan Dari Najib Untuk ‘R&D’ Proton?

  1. kereta sayang says:

    Mahathir sepatutnya minta bantuan kewangan daripada taikun DRB-Hicom, Tan Sri Syed Mokhtar AL-Bukhari. jika pernah minta sebelum ni, apa reaksi pembuat keputusan syarikat DRB-Hicom?

  2. kereta sayang says:

    siapa pernah tengok badan Mahathir, ada bulu dada dan bulu perut tak? kenapa tak pernah nampak misai dan janggut Mahathir? patutnya keturunan India ada banyak bulu.

  3. sireh ke gagang says:

    Org nyanyuk memang pelupa & kuat buat2 lupa !!!

  4. semangat dato' haron says:

    Speechless…

  5. kri says:

    KERETA PROTON HAK MILIK RAKYAT, BUKAN HAK MAHATHIR, KALAU NAJIB KUASA PALING BESAR SEKALI KALAU TIDAK SOKONG MAKSUDNYA TIDAK SOKONG RAKYAT, PENULIS KATA penulis rasa loya, bagai hendak ‘muntah’ di depan skrin sebuah komputer buruk siang tadi.PENULIS PENTINGKAN DIRI TIDAK PENTINGKAN HAK RAKYAT.

  6. Tun says:

    Dedak mania…

  7. Memang Terok says:

    Madey perlahan2 akan kembali kepada kejadiannya. Yeini akal jadi lemah dan tak lagi boleh berfikir macam manusia waras. Lepas itu yang lain2 akan muncul lepas satu, satu.

    Itu memang fitrah manusia, tanpa kita mendoa pun sifat itu tetap akan datang pada Madey sebagaimana di firmankan Allah dalam surah yasin ayat ke 67.

Leave a Reply

Threesome