Menu Utama

Biar Muhyiddin Tak Menggulung Asal Parti Tak Gulung Tikar

kosong

KALAU dilihat sepanjang mesyuarat pemuda, wanita dan puteri semalam – terutama Pemuda, ramai di kalangan perwakilan mahu perseteruan politik yang dicetuskan Timbalan Presiden terhadap Presiden, diselesaikan secara baik, apa cara sekalipunlah.

Jadi kalau Majlis Tertinggi (MT) membuat keputusan untuk tidak membenarkan Muhyiddn Yassin membuat ucapan penggulungan demi mengelakkan kepimpinan dan parti itu sendiri retak dan berbelah, so be it.  Setakat tak benar Muhyiddin berucap itu pada penulis kecil kalau dibanding dengan kepentingan parti yang lebih besar.

Lagipun, bukan Muhyiddin saja, yang lain (kecuali Presiden) pun tak dapat menggulung juga – semuanya demi kelangsungan parti.  Kalau benar Muhyiddin menggulung dan selepas itu parti gulung tikar, nak buat apa?

Sebab pendirian Muhyiddin ni kita dah tahu, dia memang dah tak boleh dengan Presiden.  Belum musim pemilihan (Muhyiddin juga yang bersetuju pemilihan diatngguh), Muhyiddin dah nak Presiden berundur, tak kena dari segala segilah tu, tak demokratik pun ya.

Kalau ikut prinsip demokrasi, tunggulah habis mandat dulu dan bertandinglah macam anak jantan, masalahnya mandat ada lagi dan biarkanlah Presiden menjalankan tugas-tugasnya yang telah diamanahkan kepada parti.

Yang penting parti, bukan Muhyiddin.  Keputusan pun dibuat mengikut saluran parti, bukan ada majlis berasingan, guna nama UMNO, pacak bendera UMNO dan dakwa itu ini tak kena macam kat Kelab Sultan Sulaiman hari itu.

Cara ini (tak benar Muhyiddin menggulung) pun pada penulis begitu berhemah.  Kalau ikut cara Presiden dulu-dulu selesaikan masalah macam ini, akan ada lah benda buruk dicungkil keluar untuk jadikan sebab memecat, macam Anwar kenalah – tahu dah buat hal sejak 1992 tapi 1998 jugak dia nak dedahkan.

Justeru, penulis menyokong penuh keputusan ini yang penulis rasa dibuat demi kebaikan parti.  Kalau ikut kecewa juga sebab harap ada yang kena pecat malam tadi tapi sebab tiadanya keputusan itu demi kebaikan semua pihak, maka kita perlu akurlah – sekalipun rasa macam simpan ular dalam rumah.

Bukan seekor tapi 2 ekor.  Anjing tua yang menyalak-nyalak kat luar tu tak cakap lagi – perumpamaanlah semua ni.






11 Komen to Biar Muhyiddin Tak Menggulung Asal Parti Tak Gulung Tikar

  1. azmi says:

    Dah berapa kali dan telah beribu kali dinyatakan bahawa masaalah yang menimpa sekarang bukan masaalah UMNO..masaalah peribadi presiden UMNO ni..sikit pun tak ada kena mengena dengan UMNO..mykmu cuba nak spin..masaalah yang dibuat oleh presiden UMNO ni buat seluruh malaysia terkena bahananya..kalau presiden UMNO bukan perdana menteri malaysia lantak pi lah..masaalah jenayah diri dia, dia heret UMNO sama..dia memperalatkan UMNO sebab dia nak jadi perdana menteri selamanya..dia tau jika dia bukan presiden dia tak boleh jadi perdana menteri..sebenarnya dia tau yang dia bersalah ambil duit 2.6billion masuk akaun dia..dia cuba nak melepaskan diri dengan kuasa perdana menteri yang ada..dia ni bukan seekor kerbau bawa lumpur..dia ni kerbau berlumpur yang bawa segala penyakit virus kuku dan mulut yang buleh menjahanamkan negara ini..RAKYAT SEBENARNYA SEDANG MEMIKUL BIAWAK HIDUP SEKARANG NI!

  2. abdul jalil says:

    pepatah melayu ada menyebut : SOKONG MEMBAWA REBAH…. ini yg berlaku dalam umno sekarang

  3. Meriam Buluh says:

    azmi wrote:

    “Dah berapa kali dan telah beribu kali dinyatakan bahawa masaalah yang menimpa sekarang bukan masaalah UMNO..masaalah peribadi presiden UMNO ni..sikit pun tak ada kena mengena dengan UMNO”

    Ini bukan masalah UMNO. Ini masalah sawan politik pakatan retard dan pakatan haprak yang kempunan putrajaya. Sawan politik yang dah menjangkit pada muhyidin, madey dan yang seangkatan dengan mereka..

    Bila la pewaris pakatan retard nak berhenti menipu rakyat. Tak tahu malu.

  4. yon76er says:

    Bukan MUhiddin yg akan gulong BN/UMNO tetapi Prngundi/Raayat sendiri akn Gulongkan Najb & The Geng……Raayat tertekan Kos Sara Hidup yg Meningkat…Nak naik Pengangkutan Awam pon dah x mampu….Cakap xserupa Bikin sekarang ini…

  5. dindally says:

    Dari dulu korang nak gulung umno dan BN , apasal tak b oleh gulung??? Nak gulung najib, apasal tak boleh gulung??? Cepatlah gulung, cepatlah gulung, cepatlah gulung….. tergedik-gedik aku tunggu korang gulung.Ekekekek. Gulung tikarlah dulu ye.

  6. anak pejuang says:

    apa yg kau dpt dari guling najib..? nothing..ada madey dan midin nak bagi kau habuan atau tender projek? belajar apa yg berlaku di p pinang dan selangor…boleh tanya org pas sendiri…

  7. Meriam Buluh says:

    Pakatan retard dah gulung tikar. Pakatan haramjadah termasuk Parti Kelentong Rakyat dan PAN akan gulung tikar kepas PRU14 nanti. Just wait and see.

  8. Meriam Buluh says:

    Pas sipi-sipi gulung tikar akibat gunting dalam lipatan, musang berbulu ayam yang belum keluar semuanya. Kita lihat sama ada Pas akan insaf atau masih masuk lubang yang sama lepas ni.

  9. burrpp.. says:

    Tang mana salah atau silapnya Presiden UMNO? Semua yg dituduh telah dijawab berulang kali. Tuduhan-tuduhan yg lain pun tiada bukti, hanya sebuah retorik dan andaian. Benar, kos hidup meningkat di Malaysia, tetapi adakah Malaysia sahaja yg menghadapi isu ini? Masalah ekonomi adalah masalah global, peningkatan kos hidup, harga minyak naik dan barangan naik juga masalah dunia yg semakin sampai ke penghujung. Belum pernah dengar di dalam mana-mana negara di dunia harga barangan menjadi semakin murah, tetapi gaji rakyatnya semakin meningkat.

  10. dindally says:

    Kalau ada orang melayu sini yg bercadang nak undi pembangkang, lihat kat Penang sekarang ni, ada ka pemimpin melayu pembangkang(yg la ni memerintah) sanggup kata tidak kepada LGE dalam banyak perkara yang merugikan Melayu spt gerai Melayu dirobohkan, gerai cina tidak,bacaan quran di masjid tak boleh dipasang dengan pembesar suara,kawasan penempatan melayu dibangunkan untuk usir melayu secara halus dan lain-lain lagi. Makan gaji buta sungguh pemimpin melayu pembangkang(yg la ni memerintah) di Penang.Dalam UMMNO kalau ada yg tak setuju, dia orang gaduh walaupun dalam satu parti tapi akhirnya diselsesaikan dengan cara yang bijaksana. Pembangkang Melayu pembangkan di Penang(yg la ni memerintah) dengar dehem LGE saja lari lintang pukang. Sebab tu isu 2.6 billion, IMDB hampa serang lah habis-habisan tapi tak adalah kami nak sokong pembangkang bila memikirkan nasib Melayu di Penang dan kebodohan pemimpin melahyu Pakatan Rakyat(dulu, Pakatan Harapan- harapan DAP sekarang. Kami mungkin sokong hampa dlm beberapa hal tapi tak adalah sampai nak tukar kerajaan spt yang melayu pembangkang bo-doh harapkan.Pembangkang dan penyokong pembangkang low class.

  11. sireh ke gagang says:

    gulung , silakan gulung. lawan dulu kat PRU , tengok sapa yg bergulung masuk gaung. = org ini sah lucu & gila

    UMNO takde masalah , presiden UMNO yg bermasalah = org ni mabuk di siang & mlm hari. oragnisasi kalau takde masalah , bukan organisasi namanya. org yg kau tuduh bermasalah tu dan beri penjelasan atas pelbagai pentas. kenapa kau pekakkan telinga butakan mata ? simple. dendam peribadi pd presiden UMNO.

    SOKONG BAWA REBAH = kau seorang tak sokong umno , takpe. umno takkan melingkup pun kalau tanpa sokongan kau sorang.ramai dah golongan mcm kau cuba hancurkan umno , tapi berpuluh tahun mencuba , sampai dah ramai jadi arwah , umno tetap berdiri juga. sbb niat busuk , Allah takkan izinkan. simple.

Leave a Reply

Threesome