Menu Utama

Pro Kerajaan & Pro Pembangkang: Apa Perbezaan Mereka Yang Kita Tidak Sedar?

image“Mother of All Battle”, itulah yang meniti di bibir ramai peminat politik tanahair, sekitar 1 tahun sebelum menjelangnya PRU13. Tidak kurang juga yang menggunakan istilah “Do or die”.

Kedua-duanya membawa pengertian yang cukup besar, di mana PRU13 itu nanti adalah titik penentu, samada Barisan Nasional akan terus kekal sebagai parti pemerintah, apabila dihimpit rapat-rapat dengan slogan seperti “Inikalilah” dan “Ubah” ciptaan DAP.

Fitnah bertebaran di seluruh pelusuk negara, dengan Perdana Menteri menjadi sasaran utamanya. Isu-isu seperti Altantuya, pengundi hantu 40k dari Bangladesh, dan banyak lagi, tidak ubah laksana sekumpulan deruan hujan anak panah fitnah, yang bertujuan untuk menjatuhkan pemerintah pada PRU13 yang lalu. 

Yang haq tetap haq, tidak mampu ditewaskan dengan yang bathil. Tidak kurang pula yang menganggap kemenangan Barisan Nasional sebagai tuah.  Malah lebih membuatkan parti Umno-BN ini kelihatan bertuah, perikatan Barisan Nasional adalah parti pemerintah paling lama mentadbir sesebuah negara di Asia malah parti tertua dunia yang memerintah Paraguay – Parti Colorado tewas pada pilihan raya negara itu pada 2008 selepas memerintah selama 61 tahun.

Itu penangan “mother of all battle” yang menyaksikan tuah masih bersama UMNO. Namun, setelah menang, ahli UMNO sendiri dilihat seperti tidak cuba mempertahankan kemenangan yang diperolehi dari kegetiran PRU13.

Anehnya, segelintir ahli UMNO kini bersifat terlebih bangkang dari pembangkang. Pada ketika ini, samada PAS, PKR atau DAP sekadar menjadi hiasan kepada hidangan, di mana hidangan tersebut disediakan oleh ahli UMNO sendiri.

Apa berbezaan antara penyokong pembangkang, dan kerajaan pada waktu ini?

Bezanya ialah, walaupun telah dibuktikan di mahkamah sebagai bersalah, penyokong-penyokong pembangkang tetap mempertahankan Anwar Ibrahim “at all cost”.  Sebaliknya, kini jelas dilihat ada ahli-ahli UMNO sendiri telah menghukum Najib Razak seteruk-teruknya sekalipun Perdana Menteri belum disabitkan dengan apa-apa kesalahan.

Di mana logik penyokong kerajaan?

Kalaulah PRU13 digelar sebagai “mother of all battle”, apakah boleh kita gelar situasi yang berlaku sekarang ini sebagai “mother of all stupidity”?

Jika dahulu, penyokong-penyokong UMNO menuduh penyokong PAS atau PKR sebagai taksub kepada pemimpin, kini sudah lahir ketaksuban yang serupa di dalam hati dan sanubari ahli-ahli UMNO sendiri kerana masih mendengar hujah-hujah yang diakui sendiri tiada bukti oleh “The Leader from Council of Elders”.

Sedar atau tidak, “baton” telah diserahkan kepada ahli UMNO, untuk terus-terusan mengenakan pembantaian ke atas pimpinan sendiri tanpa henti.

Oleh yang demikian, jangan hairan jika ada pimpinan pembangkang yang lepak santai bersama anak Kiram di luar negara. Status pembangkang kini sudah diambilalih.






5 Komen to Pro Kerajaan & Pro Pembangkang: Apa Perbezaan Mereka Yang Kita Tidak Sedar?

  1. semangat dato' haron says:

    Amat menyedihkan…?

  2. Meriam Buluh says:

    Cintakan dunia takutkan mati menyebabkan hati jadi buta. Na’uzubillahi min zalik.

  3. Memang Terok says:

    Makin lama rakyat Malaysia semakin gemar berpolitik. Apa jua hal mengenai politik pasti akan menarik minat semua golongan dari apa jua bangsa/agama. Jika dulu cina dianggap tidak ambil kisah pasal politik. Kita anggap cina tak kisah siapa jadi PM asalkan hidup mereka tidak terganggu dan mereka terus dapat berniaga dan beroleh keuntungan hasil dari suasana aman negara.

    Ketika itu hanya melayu yang sukakan poitik. Penyokong PAS dianggap paling taksub dan ekstrim dari yang lain.

    Kini semua sudah berubah sejak cina dan india mula tunjuk sikap fanatik dan ekstrim mereka. Saperti kita percaya harga petai naik sejak cina makan petai, demikianlah yang berlaku dengan politik. Bukan kerana duit cina untuk beli petai tinggi nilai nya tapi bila jumlah pembeli bertambah, pengguna barangan itu bertambah, maka harga barang pun naik.

    Walau apa pun kita perlu pastikan politik negara terus dikuasai kita orang melayu, jika tidak keadaan negara tidak akan menjadi indah lagi. Malah kaum bukan melayu pun berfikiran begitu bahawa sukar untuk mereka memerintah sedangkan majoriti rakyat adalah melayu dan islam agamanya. Kafir tak boleh rule muslim.

  4. syaa says:

    pembangkang duduk rumah smbil minum kopi dan ketawa melihat ahli umno gali lubang sendiri untuk terjun ke dalam lubang dan kemudian pembangkang timbus lubang itu.apa gunanya ahli umno bertelagah sesama sendiri dan akhirnya pembangkang mengambil kesempatan yg terhidang.kat dalam ni pun sudah ramai macai pembangkang yg menyamar kononnya penyokong umno dan jadi batu api untuk hancurkan umno.sekilas ikan di air tahu jantan atau betina.

  5. sireh ke gagang says:

    Ahli umno yg rasional , bijak tidak akan mencari sumber kebenaran dari 1 pihak sahaja.

    sedih melihat karenah ahli umno sekarang yg lebih mempercayai berita palsu , khabar angin ,fitnah dari berusaha sendiri mencari kebenaran disebalik tiap isu yg melanda.sepatutnya sebagai parti tertua dan parti paling lama memerintah ,ahli ikut sama bergerak maju dalam konteks pemikiran seiringan dengan parti.bukannya menjadi org suruhan atau pun pembela kpd puak-puak yg ingin melihat umno rebah.

    dan yg lebih teruk ,ada kalangan ahli umno yg termakan dakyah pembangkang dan kata-kata org yg bukan ahli umno ,lalu digunakan kenyataan mereka2 itu untuk menyerang kepimpinan umno. dimana kesetiaan bangsa melayu yg sedemikian ini ?

Leave a Reply