Menu Utama

Bertemu pengganas Sulu tidak hormat perasaan rakyat – PM

Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan tindakan seorang rakyat negara ini mengadakan pertemuan dengan individu yang mempunyai kaitan dengan pengganas Kiram seperti langsung tidak menghormati perasaan penduduk negara ini khususnya rakyat Sabah.

Perdana Menteri berkata, sudah tentu kejadian pencerobohan di Lahad Datu, Sabah pada 2013 oleh pengganas masih segar dalam ingatan.

“Ramai anggota pasukan keselamatan kita yang kehilangan nyawa dengan cara paling zalim pada ketika itu.

“Tindakan seorang rakyat negara kita yang bertemu dan kelihatan begitu mesra bersama orang yang mempunyai kaitan dengan pengganas Kiram baru-baru ini langsung tidak menghormati perasaan penduduk negara ini terutamanya rakyat Sabah,” katanya dalam satu catatan di laman Facebook miliknya hari ini.

Sebelum ini, Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar dalam satu kenyataan mengakui beliau bertemu dengan anak perempuan bekas ketua pengganas kumpulan bersenjata Kiram, Jacel Kiram.

Beliau mendakwa pertemuan yang diadakan di Filipina bersama-sama dengan Ahli Parlimen Batu Tian Chua itu adalah sebagai sebahagian daripada rombongan PKR untuk bertemu dengan pelbagai pihak berkepentingan negara itu.

Nurul Izzah yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai memberitahu, majlis itu dianjurkan Majlis Hal Ehwal Filipina dan Institut Asia bagi Demokrasi, pejabat Datuk Bandar Manila dan pejabat Naib Presiden Filipina.

Utusan






5 Komen to Bertemu pengganas Sulu tidak hormat perasaan rakyat – PM

  1. rakyat smart says:

    Mana komen panjang berjela Abu Ya Batu Api dalam hal Nurul Izzah ni?

    Sedarlah semua, Abu Bakar Abuya Batu Api ni menyamar je sokong Mahathir. Padahal dia tak kisah pun semua ni, hanya nak tengok UMNO berpecah.

  2. azmi says:

    Pada pandangan aku abu bakar jelas seorang yang amat sayangkan negara ini amnya dan UMNO BN sebagai pemerintah khasnya dan tentu sekali dia tidak akan bersetuju dengan tindakan anak anwar ibrahim itu sama seperti PM Najib yang telah mengkhianati negara ini dimana tindakan PM Najib yang sedang menjual negara ini kepada orang asing melalui penjualan aset-aset 1mdb kepada syarikat2 asing demi kelangsungan nafsu peribadi najib dan isteri nya.

  3. rakyat smart says:

    Lolz Azmi. Macai Mahathir posmen yang kena tangkap berselfie di Eropah, Khairuddin, pun dah sokong Anwar dibebaskan. Apa nak hairan kalau Abuya Abu Bakar Batu Api ni pun sokong Anwar juga.

  4. Anak_Nogori says:

    Bila madey bisu dln isu nurul kawan baik penganas sulu ni..pak abu pun sama bisu lah..

    Bila nurul nak saman najib pula?.

  5. burrpp.. says:

    Tkde la pulak tanda-tanda Najib nak jual negara. Boleh bgtau yg mana satu? Kalau Anwar banyak la bukti-buktinya

Leave a Reply

Threesome