Menu Utama

Bengap Tak Jawab Soalan Atau Bengap Tak Faham Jawapan?

bengap

KITA agak tak faham apa lagi yang tak kena dengan respon kepimpinan kerajaan dalam isu berkaitan RM 2.6 billion dan 1MDB bila seorang Menteri Besar semalam mendakwa kerajaan tidak menjawab soalan berkaitan 2 isu berkenaan.

Dia tak sebutlah 1MDB, dana RM 2.6 billion atau tidak tapi dengan separuh dari kumpulan 5M yang ditubuh khas untuk menjatuhkan Datuk Seri Najib Tun Razak hadir dalam majlis itu, apa maksudnya lagi? Lagipun seperti dalam ucapannya semalam “saya kena jaga bahasa juga” (atau dalam erti kata lain, “saya kena jaga jawatan saya”), takkan nak cakap terang-terang ye tak?

Rasanya berbuih jawab dah, dalam parlimen, dalam TV, sesi penerangan dari masa ke semasa, siasatan yang dijalankan banyak pihak malah dalam perhimpunan Agung ini pun ada dinyatakan.  Semua ini ada jawapan disana sini, kalau takde jawapan lagi sebab siasatan tu belum selesailah. apa lagi masalah?

Dimana yang kita dengar orang tanya pasal 1MDB, kepimpinan jawab pasal Telekom?  Atau tanya pasal dana RM 2.6 billion, kepimpinan jawab pasal RM 73 billion yang hilang zaman Mahathir, ada?

Yang penulis tahu, tanya 1MDB, jawab 1MDB, tanya dana RM 2.6 billion, jawab dana RM 2.6 billion, puas hati tak puas hati jawapan itu soal lain sebab seperti yang disebutkan di atas, ada beberapa perkara masih dalam siasatan.

Tapi tanya apa jawab itulah, mana ada jawab lain seperti yang didakwa.

Sebelum ini kita ada bekas Timbalan Perdana Menteri yang tak tahu semua perkara, sekarang ada juga Menteri Besar yang sama dakwa tak faham apa benda.  Nak kata tertutup dari dunia luar, tiap-tiap minggu balik KL, jawapan dah 3 suku jalan, masih lagi kata tak jawab apa-apa.

Jadi sekarang siapa bengap?  Yang bagi jawapan atau yang taknak faham jawapan?






21 Komen to Bengap Tak Jawab Soalan Atau Bengap Tak Faham Jawapan?

  1. Bugis says:

    Tu pasal najib jangan lari…

    Live tv show…jemput mereka yang kau anggap bengap tu untuk tanya dan berhujah.

    Yang lebih tak faham najib tak berani..

    Itu kau jawAb dulu kenapa najib tak berani…spin, auta, temberang pun tak pe, cuma aku nak dengar alasan.
    Kalau tak ada telor, cakap terus terang, jangan malu sebab memang pemimpin kau muka tak malu.

  2. sman says:

    Elok kalau jangan jawap apa-apa lagi selepas ini,rakyat biasa dah faham,ahli Umno pun dah faham,mereka saja yg buat tak faham.Kita kena pentingkan mejoriti bukan menoriti 5M.Fokuskan saja kepada perpaduan Melayu Islam selepas ini,kerana seperti yg di katakan oleh perwakilan Terngganu,musuh sebenar kita adalah DAP.Kalau DAP boleh di tewaskan ,5 M pun akan dgn sendirinya tewas, begitu juga gulungan yg sealiran dgn mereka dalam Pakatan Harapan.Berdasarkan mood perhimpunan Umno sekarang,5M boleh di biarkan saja,meroyan tanpa hala tuju yg jelas,apatah lagi jika mereka terus menunjukan kedegilana mereka,lagi lah mudah rakyat biasa khususnya ahli Umno mengenali dan memahami niat mereka.

    Agenda besar Melayu Islam dan Bumiputra sekarang ialah perpaduan tanpa mengira fahaman politik.Kita tidak mahu Umno tewas ,kita tak mahu Pas tewas,dan kita juga tidak mahu rakan kita di Sabah dan Serawak tewas,yg kita mahu ialah menang-menang utk semua,demi Melayu ,Islam dan Bumiputra.

  3. jebon says:

    Hanya pemakan dedak tertinggi Najib yg akan kata Najib dah menjawab isu 1MDB dan 2.6b.

    Dalam ucapan pembukaan Najib dgn egonya berkata org kampung tak kisah pun ttg 1MDB dan 2.6b dengan itu mengesahkan kebenaran seorng pemimpin parti yg ditanya ttg gerakan ketua2 cawangan yg menolak Najib. Jawapan pemimpin tu sama mcm Najib, mereka tu cuma org2 kg,undi mereka tak gugat kedudukkan Umno. Semua ini ada bukti dan dirakam dlm media2.

    2.6b, sekejap Zahid kata dah jumpa keluarga penderma. Itu bermaksud penderma individu, lepas tu Zahid kata drpd kerajaan yg salurkn derma, itu bermaksud derma drpd negara luar. Akhir sekali, yg terbaru dlm PAU, Zahid kata, derma itu datang drpd pelbagai sumber, bukan seorang penderma.

    Sekali lagi aku tegaskan, inilah penipuan terbesar ttg isu 2.6b ini. Secara terang2 dapat dikatakan duit tersebut memang duit haram.

    Dahlah Najib mengambil masa hampir sebulan berbelut2 menafi utk mengaku ada 2.6b dlm akaun sendiri yg kononnya datng drpd Pak Arab bukan PAK ARAB PAK ARAB.

    Kemudian, Zahid pulak buat penipuan terbesar utk halalkan kemasukan 2.6b yg terlalu besar utk satu akaun peribadi.

    Kepada, KW2 Najib dlm MYKMU dan blog2 yg lain, kamu semua dah kena check mate oleh kenyataan PENIPUAN TERBESAR Zahid dalam PAU.

    Ini adalah bukti besar, 2.6b memang duit yg sangat2 dicurigai cara mendapatnya dan cara dibelanjakannya.

    Dalam PAU mungkin isu ini tidak berapa disebut kerana majoriti rakyat tahu siapa yv berada dlm PAU hari ini, kenapa, mengapa dan ap cara yg dibuat utk mereka datang ke situ.

    Tunggu saja dlm beberapa bulan lagi, bilamana cawangan2 akan mula bernesyuarat agung.

    Tahun depan, aku pasti ramai KB2 dan wakil2 rakyat akan lari seperti anjing bercawat ekor, dibalun oleh kuasa cawangan2.

    Korang goreng, rebus, uli dan buatlah apa saja utk spin isu 2.6b ni, bagi org2 kampung, isu ini telah selesai.

    Najib memang wajib ditolak.

    Segala duit dedak Najib beri yg korang makan dan beri kpd anak bini, korang fikirlah sendiri hukumnya.

    Nak nafi lagi?

    Najib sendiri sebut dalam PAU…tak beri merajuk…

  4. azmi says:

    Yang turut sama bengap dalam MYKMU ni adalah meriam buluh, sistem baru, mata-mata, memang terok..
    kenapa aku cakap bengap?
    dia orang cakap najib adalah kerajaan…
    cakap najib = cakap kerajaan..
    duit najib = duit kerajaan
    arahan najib = arahan kerajaan
    tindakan najib = tindakan kerajaan..

  5. daud says:

    Mykmu dah masuk air…dah masuk air…
    Orang kata najib rehat sementara siasatan selesai…
    Najib kata `jangan cuba gulingkan kerajaan…’
    Mykmu pun angguk…buat buat tk faham…

  6. daud says:

    Agenda besar Melayu Islam dan Bumiputra sekarang ialah perpaduan tanpa mengira fahaman politik.Kita tidak mahu Umno tewas ,kita tak mahu Pas tewas,dan kita juga tidak mahu rakan kita di Sabah dan Serawak tewas,yg kita mahu ialah menang-menang utk semua,demi Melayu ,Islam dan Bumiputra

    Petikan di atas adalah contoh ayat ayat penyokong Najib@mykmu yg minta talian hayat…dah terasa nk lemas ker…. tk mahu Pas kalah konon…dasar talam 7 muka, 1 muka pun jangan percaya 🙂

  7. sman says:

    1.Satu penderma atau ramai penderma,itu bukan persoalan utama,yg penting wang tersebut bukan dari 1MDB sebagaimana yg di tuduh oleh Mahathir.

    2. Yg terus mengoreng,merebus dan menguli ialah Mahathir dan geng 5M.Apa yg mereka gorengg,rebus dan uli adalah batu dan pasir yg mereka sendiri tak boleh makan,jadi sampai bila pun benda tersebut tak akan masak,dan mereka akan terus mengorengnya sebagai umpan mengekalkan sokongan beberapa kerat mereka yg terus tidak dapat menerima kenyataan,bahawa mereka sebenarnya sudah tewas.Persepsi yg mereka bena kini sudah sudah di runtuhkan oleh PM Najib,dan persepsi yg timbul sekarang ialah 5M mahu meruntuhkan Umno dan ‘membantu’ DAP dgn membuat pelbagai tuduhan tanpa bukti.Mustahil sudah hampir se tahun mereka masih gagal mengemukakan sebarang bukti,kalau tuduahn mereka betul.

  8. Akbar says:

    Nak tutup mulut 5M ni senang sahaja. Bwaw depa pi jumpa penderma penderma ini face2face dan beri peluang mereka bertanya untuk puas hati mereka. Untuk 1MDB bawa depa jumpa dgn Najib secara tertutup. Keluarkan apa yg depa nak tanya dan jelaskan dengan sejelasnya. Ini baru katakan pemimpin yg berani dan memprrjuangkan kebenaran.

  9. azmi says:

    kepada saudara sman..
    aku faham maksud kau..kira-kira macam ni la..
    ni kata-kata najib masa taklimat tertutup PAU beberapa hari lalu..
    Apalah 2.6 bilion berbanding dengan keperluan kita sebagai parti yang berkuasa ! ?
    “Zaman saya jadi Presiden, ada sumbangan ke Bahagian…. Pemuda, Wanita dan Puteri pada TIAP-TIAP BULAN kita bagi. Zaman dulu tak ada. Zaman saya, saya bagi. Saya buat ini kerana saya nak parti Umno ini kuat !”
    OKLAH …. tutup kes…. Orang Umno nak duit, Najib bagi. Dari mana Najib dapat, itu jangan tanya !
    Kalau Najib kata duit itu adalah Derma, orang Umno kena terima saja, dan jangan banyak tanya. Semua ada terima duit. Semua pun terlibat sama.
    Ko nak duit tak ? ? ? Kalau nak, baik ko diam.
    Pendek kata itulah rumusannya penjelasan Najib kepada perwakilan Umno semasa Taklimat dua malam lepas.
    Apa nak jadi dengan parti Umno sekarang ? Masih Keramat lagi kah kalau sudah berpaksikan kepada amalan Cash Is King yang dibawa oleh Presiden Umno ?
    Tang mana lagi yang keramatnya Umno itu ?
    Sesiapa yang mendengar rakaman ucapan Najib semasa Taklimat itu akan setuju jika saya katakan sebenarnya Bukan Penjelasan yang diberikan tapi ia lebih berbentuk AMARAN dari Najib supaya ahli2 Umno jangan lagi membangkitkan isu RM2.6 bilion kerana menurut Najib, Umno sudah terheret sama.
    Apapun alasan, apapun hujah yang diberikan oleh Najib – SEMUANYA tak boleh pakai ! TIDAK ADA alasan yang boleh diterima untuk menghalalkan RM2.6 bil itu.
    Sebab utamanya adalah kerana tidak ada jawapan yang dapat menjelaskan FAKTA bahawa duit itu masuk secara senyap2, di simpan dan digunakan secara senyap2, akaun ditutup dan baki dipindahkan entah ke mana secara senyap2.Semuanya secara SENYAP2.
    Disebalik kepetahan Najib bercerita tentang 2.6 bilion itu, masih tidak jelas akan persoalan ini – RM2.6 bilion itu merupakan Derma untuk UMNO atau derma untuk peribadi Najib ? Boleh sesiapa tolong jawab soalan ini secara resmi ?
    Kalau jawapannya ia adalah Derma untuk Umno, maka banyaklah soalan lain yang berkaitan bakal menyusul ……
    Kalau jawapannya ia adalah Derma untuk peribadi Najib, maka banyaklah soalan lain yang berkaitan bakal menyusul …… contohnya, jika Najib BUKAN Perdana Menteri, apakah Pak Arab itu akan tetap berikan derma itu kepadanya ?
    Baiklah, katakanlah orang Umno semuanya sudah kena mandrem ( dengan katalain dah jadi bodoh ) dan mampu menerima alasan yang duit itu merupakan derma ikhlas dari Pak Arab dan Najib hanya sekadar pemegang amanah bagi pihak Umno …… KENAPA tidak ada sesiapapun yang mahu bertanya DI MANA DAN BERAPA baki wang derma milik Umno itu ?
    KENAPA tidak ada siapa pun yang mahu lihat wang itu dikembalikan dan dimasukkan ke dalam akaun Umno sebagaimana sepatutnya dari awal ?
    Negara kita ada undang2 dan sewajarnya sebagai pemimpin tertinggi negara, Najib yang seharusnya menjadi contoh kepada rakyat lain.
    Malangnya apa yang rakyat lihat ketika ini adalah bagaimana Najib bersungguh2 memutar belit cerita dan menggunakan sepenuhnya kuasa yang ada sebagai PM untuk lepas lari dari undang2 !
    Apakah Najib merasakan sebagai PM, beliau harus diberikan layanan istimewa berbanding rakyat biasa dalam hal Keluhuran Perlembagaan dan Kedaulatan Undang-undang..
    KEPADA SAUDARA SMAN SAYA UCAPKAN SELAMAT MAJU JAYA..

  10. Anak_Nogori says:

    Kalau org biasa mcm saya, mcm penoreh getah boleh faham dari jawapan10 yg telah diberikan berkali2, mcm mana seorang menteri besar tak faham2..kalau betul bengap, mcm mana dia boleh jadi mb…lain lah memang dia sengaja tak mahu faham…org yg mcm ni, elok dicarutkan je.

  11. James Wong says:

    Sebenarnya, isu RM2.6 bilion timbul apabila ada pihak mendakwa ia merupakan duit rakyat. Tetapi apabila telah terbukti duit itu bukan daripada duit rakyat, maka mereka suruh pula kerajaan mendedahkan dana politik mereka tersebut. Masalahnya, RM2.6 bilion merupakan dana politik, jika nak dedah, mengapa DAP dan PKR tidak ingin turut serta untuk membuat pendedahan? Tak pelu nak pusingkan isu RM2.6 bilion ini. Sudah terbukti. Political game and play by those irresponsible person. They just do it for their own interest.

  12. ayam says:

    Kita nak tau jugak dedak nie halal ke haram?

  13. Memang Terok says:

    Meriam buluh, sistem baru, mata-mata, memang terok..

    4 kawan seperjuangan yang terperasan oleh orang . Alhamdulillah,sekurang2 nya kehadiran kita dirasai. Mereka tahu apa yang kita tulis dan tahu haluan kita kiri atau kanan. Itu sudah cukup , kerana kita tak boleh paksa sesiapa menelan fakta yang kita utarakan.

    Kau agama kau, biar aku bersama agama ku. Kau dengan apa yang kau percaya, aku akan terus berpegang dengan apa yang aku percaya.

    Teruslah melekat di portal ini, wahai pencacai, dan teruslah memberi sumbangan anda. Soal dinilai atau sebaliknya itu soal lain. Serupa macam kita solat. Kita mungkin rasa solat zohor kita tadi bagus kerana surah kesukaan dapat baca, disambong dengan doa panjang merangkumi semua perkara. Tapi penerimaan atas ibadah itu soal lain yang tak patut dikaji samada diterima atau sebaliknya.

    Namun kita tidak akan membangkang tak tentu pasal atas dasar ingin membangkang atau atas dasar tidak menyetujui.

  14. damai says:

    Jebon boleh tak kau bagi satu contoh soalan yang berkaitan 1mdb yang tidak dijawab.Kita orang pun keliru juga mana satu soalan yang sudah dijawab,mana pula soalan yang tidak dijawab atau 1mdb langsung tak jawab soalan.Tolong ye

  15. kamal ali says:

    2.6b punya goreng! peh.. kalah bau nasi goreng kampung telo mata. sman , memang penat nak layan goreng deme ni. kan? dana dari saudara dari saudi arabia tu weh

  16. bangKano says:

    Aku heranlah kenapa isu 2.6 bilion yang dimliki Najib sengaja dikepoh-kepohkan….sedangkan Mahathir memiliki 33 bilion dalam akaunnya di luar negara tidak dijerit-jeritkan…? Bila tang Najib hangpa bising seluruh dunia tapi tang Mahathir setakat seluruh Kubang Pasupun hangpa terkedu…pasai apa Azmi,Daud seangkatannya dengannya….?

    Jawab jangan tak jawab jika hangpa berani….?

  17. jebon says:

    BangKano

    Meh aku jawab.

    Duit derma 2.6b adalah sah kepunyaan Najib, itu fakta bukan fitnah, mmg wujud.

    Najib mengaku HANYA selepas WSJ telanjangkan.
    Setelah hampir sebulan berbelit2 menafi, akhirnya terpaksa mengaku bila SPRM sahkan mmg ada duit dalam akaun Najib.

    Aku pun nak tau tentang 33b milik Tun M ni, akaunnya di bank mana, siapa yg sahkan, tahun bila, drpd mana, hasil mana.

    Bagi la info lengkap2 bro.
    Kalau tak ianya cuma jadi sembang2 biasa tanpa fakta.

  18. system baru says:

    jebon berani tak tun m benarkan akuan luar negara disiasat, dulu bolehlah bpr lindungi tun m itu sebab bpr di bawah jabatan pedana menteri. Berani anwar Dan lim guan end benarkan akaun mereka siasat Dan Dari mana sumbar Dana mereka itu tentun mereka pun tak berani, dulu pun anwar rembat saham milik bumiputera dibagi pada kaum kerabat keluarga dia termasuk si khamaruddin itu. Ada faham tak

  19. maula says:

    Memang x jawab soalan pun .. full stop ..

    Jawapan pun berbeza2 dari masa ke semasa.tu dari org yg sama ditanya

    Kalau tanya org lain lagila besar beza dia

    Penerangan terperinci konon ..

  20. dindally says:

    Dah kalau dia bengap, korang yang kononnya tak bengap tolong buktikan Najib bersalah, boleh tak??? Tak boleh, koranglah bengap. Bo – doh.

  21. jebon says:

    System Baru

    Dah jenuh org tua tu mencabar, jika ada salah laku beliau, rasuah dsb, Tun M dah cabar banyak kali mintak beliau disiasat.

    Tapi Regim Najib bermain persepsi sehingga menyalahkan Tun M adalah punca tambang ERL naik.

    Najib dan penasihat ‘cerdiknya’ ingat dgn persepsi begitu imejnya akan meningkat dan rakyat semakin tak percaya cakap Tun M.

    Sebaliknya, Najib yg menjadi badut, kerana secara terang2 setelah 10 tahun, dia tidak ‘ mendengar’ lagi arahan Tun M, Najib gagal menyelesaikan masalah yg wujud, tetapi hanya mampu mengulas utk menyalahkn org lain.

    Buat sekian kalinya aku masih berpegang, Najib adalah PM yg paling teruk kegagalannya memimpin negara.

    Aku juga berpegang kpd dua fakta atau faktor.

    Najib gagal sebagai General Perang dlm PRU13.
    Ini tak payah aku ulas sebab aku dah bagi detail, tak ada seorang pun KW2 Najib yg berani mengulas komen aku utk bab ini.

    Najib gagal melonjakkan ekonomi negara sehingga terpaksa mencekik leher SEMUA rakyat dgn GST utk menampung kewangan negara, juga utk membayar gaji kakitangan kerajaan.Jika tidak, kerajaan terpaksa meminjam.
    Persoalannya, sebelum GST, mana Najib sakau duit utk bayar gaji kakitangan kerajaan?
    Ini Najib sebut sendiri dlm ucapannya utk Bajet 2016.

Leave a Reply

Threesome