Menu Utama

Barang Sekolah: Persatuan Pengguna Patut Didik Bukan Hasut

1451271113971

KALAU kita lihat gaya hidup orang Malaysia hari ini, majoritinya tidak ada yang susah atau merana.  Lebuhraya penuh sesak dengan kereta, pusat membeli belah dan pawagam pun penuh dengan pengunjung sekalipun ia bukan sebahagian dari keperluan hidup.

Yang hisap rokok, yang hisap Vape, mabuk-mabuk di Kelab malam, tak bertambah kurang, bertambah banyak ada – ini semua hakikat, bukan kita sokong semua tu atau tidaknya tapi inilah yang berlaku.  Yang jadi kaya raya kerana jual peralatan kecantikan pun bertambah ramai di negara ini, semuanya sebab orang ada duit untuk beli semua itu.

Tapi aneh bila bab beli baju sekolah anak, tetiba semua jadi serba tak kena.

Nak bagi tambah kusut, ada persatuan pengguna yang masuk campur, ketuanya buat kenyataan macam orang baru keluar gua.  Harga ditunjukkan seolah-olah rakyat tidak ada pilihan lain, hakikatnya rakyat ada banyak pilihan.

Bersepah tempat jual kasut yang tidak caj GST kerana tak cukup haul RM 500,000 setahun nilai jualan.  Ada pasaraya yang tawar harga kasut serendah RM 5 dan semua ibu bapa yang ada akal tahu, tidak ada gunanya beli kasut sekolah mahal-mahal kerana ia akan jahanam sebelum tengah tahun pun.

Budak pakai, tahu sajalah tapi hairan persatuan pengguna tidak dedahkan.

Logiknya juga, ibu bapa tidak akan menyediakan perbelanjaan sekolah anak pada ketika sekolah baru nak buka.  Perbelanjaan dah disimpan sejak beberapa bulan sebelum, nak nak yang ada anak ramai.  Ini hakikat yang berlaku tapi cara persatuan pengguna tulis seolah semua orang terbeban dengan kos menyediakan persekolahan anak.

Kenyataan seumpama ini hanya mengundang persepsi buruk kepada kerajaan.  Barangan sekolah adalah atas penawaran dan permintaan, kalau semua kerajaan nak kawal harga, lebih baik kita jadi negara komunis.  Anak berapa orang pun kerajaan tentukan juga, tu komunis.

Untuk keluarga berpendapatan rendah, kerajaan dah bagi RM 100 untuk setiap anak, 3 anak dah RM 300, kalau tak berduit sangat, jimat-jimatlah dari jumlah ini.  Tak cakap lagi yuran sekolah dah kerajaan dimansuhkan, zaman Mahathir yang konon hidup paling senang dalam sejarah pun yuran sekolah kena bayar, buku teks kena beli (bagi ibu bapa mampu, sekarang semua percuma) dan lain-lain lagi.

Apa nak lagi pun tak tahu lah.  Persatuan pengguna kalau hanya tahu tunjuk benda mahal, tak didik cari tempat murah, elok tutup sajalah.






5 Komen to Barang Sekolah: Persatuan Pengguna Patut Didik Bukan Hasut

  1. ayam says:

    Berpada2 la kalau nak mengampu tu…

  2. jawab says:

    1. Boleh bagitau pasaraya mana jual kasut RM5 tu? Nak juga beli kalau berkualiti
    2. Pasaraya tak caj GST (kat mana ni?) tapi kilang kasut caj GST
    3. Duit bantuan RM100 bukan dapat tahun depan ke? Ada kawan suami isteri jumlah gaji RM3000++ tapi anak 5 orang semua sekolah, tak dapat lah RM100 tu
    4. Yuran sekolah mansuh tapi cuba tanya mak bapak sekolah takde ke minta duit? Akhirnya lagi banyak kena bayar dari yuran dulu2

  3. system baru says:

    Aku kecil dulu pakai baju Dan kasut sekolah sampai rosak sampai ketat kasut Dan baju baru beli, orang sekarang nak beli baju sekolah tiap2 tahun mana lah berduit

  4. semangat dato' haron says:

    Setuju barang keperluan sekolah dikecuali GST dan diletak sbg bahan kawalan. Saya x sanggup melihat ada kanak2 x pergi sekolah disebabkan x mampu beli baju dan beg sekolah.

  5. bujuk says:

    Rasanya.. cukup tak cukup, mampu ke tidak ibubapa akan cuba sediakan yg terbaik untuk anak2 mereka. Isunya ialah perit dan sedih sehingga ada yg berhutang nak seronokkan anak2 masuk sekolah. Najib dan Ahmad maslan tak rasa benda ni, Adamyan pun tak rasa… p la kampong2, flet2, orang susah anak ramai. Dengar keluhan mereka baru kamu tau rasanya. Lihatlah rumah mereka, bekas beras gula tepung dan kelengkapan mereka. Pemimpin tak patut ukur orang lain sama dengan diri mereka. Betul mereka kaya, bijak, rajin dan serba-serbi bagus tapi pernahkah mereka mendalami hidup rakyat? Tak guna waktu PRU masuk kampung menoreh tapi tak tau berapa pendapatan penoreh dan bagaimana susah mereka membesarkan keluarga.

Leave a Reply