Menu Utama

Barang Sekolah Mahal? Sejak Bila Ia Bertambah Murah?

IMG-20140907-WA0005

KATA balacinya pembangkang di Facebook, barang sekolah sekarang semua mahal-mahal, kemudian salahkan kerajaan sebab ia mahal.  Tapi dia cakap mahal macam itu sajalah, dimana yang mahal, mahal yang macam mana, tak pulak dia cakap.  Beli kat Pavilion dan tempat-tempat setaraf macam itu, memang mahallah, yang pergi beli kat situ kenapa?

Anehnya, kelompok sama bila kerajaan beri RM 100 untuk setiap anak bersekolah, dia perlekeh, bila tahun depan kerajaan had penerima untuk isi rumah bergaji RM 3000 sahaja, orang sama jugalah yang bisingnya.  Tak percaya? Lihat sajalah perbualan dalam group Whatsapp masing-masing.

Bagaimanapun, ini cara mereka mengelirukan rakyat.  Kadang-kadang yang cakap tu bukan ada anak sekolah pun tapi sengajalah nak tambah api supaya orang marah kerajaan.  Senang cakap, politik saja semua ni.

Penulis sendiri yang berpengalaman membeli dan dibelikan kelengkapan bersekolah ini melihat, tidaklah rasa apa yang dikatakan sebagai mahal itu, biasalah. Bukan soal gajipun, tiap tahun memang naik, mana pernah yang turun, zaman berzaman dah macam tu, kenapa sekarang pulak jadi isu?  Kasut sekolah tahun 90-an dengan kasut sekolah tahun 2008 (sebelum Najib jadi PM), sama ke harganya?  Beza juga.

Jika harga sama dan kemudian Najib naik jadi PM, harga jadi mahal, itu mungkinlah.  Masalahnya sebelum Najib pun memang dah macam itu trendnya – menaik.

Kalau tak sebab minyak naik, sewa kedai naik. gaji pekerja naik. inflasi, itu dan ini, pendek kata ada sajalah alasan kenapa naik pun, nak hairan apa?  Yang gaji dia naik, dia lupa?  Tahun ini mungkin tak naik, tahun lepas, tahun sebelum itu?  Kalau semua pun gaji tak naik, bodoh apa pergi kerja kat situ lagi?

Ini pun kira kurang sebab kerajaan dah bagi buku teks percuma untuk semua sejak 2007.  Ramai orang lupa nikmat yang kerajaan beri ni. Lupa dah yang dulu bukan semua orang merasa skim pinjaman buku teks, yang betul-betul susah saja dapat.

Yang penting sekarang, apa pun komplen di media sosial tu, tidak ada sampai murid yang tidak ada pakaian sekolah di negara ini atau kasut sekolah sumbat dengan kertas surat khabar macam dulu.  Kok ada kes-kes yang tak mampu di sana sini, akan adalah pihak-pihak yang berkenaan membantu, kalau tak syarikat atau NGO, orang persendirian dan sebagainya.

Hujung-hujung tahun ini pun adalah waktu sesuai untuk syarikat-syarikat menderma sebab boleh kurang bayar cukai tahun depan.

Cakap pasal orang susah ni. tu biasalah, mana ada satu negara yang tidak ada orang susah.  Yang penting, mereka dibantu bukan asyik tunding jari salahkan kerajaan.






12 Komen to Barang Sekolah Mahal? Sejak Bila Ia Bertambah Murah?

  1. system baru says:

    Aneh Belikan Anak topup tiap2 minggu mereka mampu ,belikan baju sekolah setahun sekali mereka tak mampu APA jadi jadi orang malaysia ini.

  2. Mazlan says:

    ….nak cover duit rokok tuu…astro bulan2 beratus, tak bising pulak…

  3. semangat dato' haron says:

    Ehhh x cerita lg trip ke europe, Australia, Korea, japan dll. Tp asyik komplen je kos taraf hidup. Kalo yg komplen tu jenis yg betul2 susah mengertilah jugak. Masalahnya skrg banyak org lebih mengutamakan keinginan dari keperluan. Needs over necessities. Bila duit dh hbs kt keinginan, mmglah x cukup duit utk keperluan. Contoh bil internet kelajuan tinggi dan Astro lebih diutamakan dr belanja dapur di rumah. Contoh lain Europe Trip berbelas ribu ringgit sekali pergi lebih diutamakan dr pembayaran blk ptptn sekitar Rm150 sebulan. Melayu mmg suck!!! Semua nk blame kerajaan. Kalo daPIG memerintah mampu ke dorang nk salahkan daPIG.

  4. semangat dato' haron says:

    Terbaca suatu artikel di The Star Online kenapa graduan melayu x mahu membayar blk PTPTN. Pelbagai alasan diberikan termasuk x ada masa terlalu sibuk bekerja. Kemudian emotion emoticon bwh arikel tu 100% Annoyed. Nampak x bagaimana pembaca The Star yg rata2nya cina amat meluat dgn perangai graduan melayu yg x mahu membayar blk ptptn dan mencipta 1001 alasan. Hakikatnya melayu harus mengubah perangai dan kena mula berdikari spt masyarakat cina. X mustahil suatu hari nanti tanpa UMNO, melayu sudah x ada kambing hitam utk disalahkan lg kecuali diri sendiri.

  5. baju baru says:

    betul tu system baru..belikan anak topup mampu pulak. bila time beli baru sekolah komplen mahal.. pergi mydin, hari hari dan banyak kedai lain jual jenama murah dan tahan lama. ini nak taste CANGGIH tapi tak mampu nak beli komplen pulak.

    kerajaan bagi RM100 setiap murid tu dah kira cukup baik dah. kot kot dia paw guna beli benda tak berfaedah. kalau dah macam pembangkang sampai bila bila bodoh nak mampus.

  6. dot says:

    apa nak heran dengan bangkai2 pembangkang ni,,,apa pun diorang akan salah kan kerajaan,,,KUCING diorang mandul pn diorang akan salah kan kerajaan, standard la pemakan bangkai ni….

  7. kakak says:

    Ramai diantara mereka tidak tahu yang generasi kita ini juga dibesarkan dalam keluarga susah, kadangkala makan nasi dengan kicap saja. Tetapi kita bersyukur.

    Ada yang bapa berkerja sebagai pekerja am yang gaji jauh lebih kurang dari ofis boy sekarang. Semasa bersekolah, pada mulanya dapat federal scholarship di peringkat menengah, dan bila melanjutkan pelajaran, buat pinjaman. Bayar sedikit demi sedikit hingga habis. Ini kerana tidak mahu rasa terhutang dengan kerajaan yang sekian lama membantu.

    Membayar balik pinjaman memang tidak langsung dianggap sebagai satu beban kerana rasa terhutang budi dengan kerajaan itu sentiasa tersemat di hati.

    Itu dulu.

    Tapi sekarang, sudah lulus setelah pembiayaan diberi, culas membayar balik. Kemewahan hidup (spt telefon bimbit, astro yg disebut di atas) menjadi kehendak asas bukan setakat kemahuan sahaja. Kalau begitu keadaanya, sampai bila pun tidak cukup.

    Jangan lupa juga bahawa kebanyakan buku di sekolah sekarang ini dibekal di bawah skim buku tekas.

    Dalam masa yang sama, ada juga diberitakan yang IPTS tertentu mengatur sebahagian tertentu pelajarnya diberi kelulusan cemerlang untuk mengelak bayaran balik PTPTN. Jadi, kalau benar, semakin teruklah keadaan modal pusingan PTPTN dan kesalahan akan berbalik diletakkan ke bahunya jika permohonan pelajar lain tidak diluluskan.

  8. xcrewborcostegas says:

    apa nak diheran barang naik biasalah ….batang pun naik turunn….

  9. syaa says:

    cina selalu merungut barang mahal.tapi mejoriti peniaga cina jugalah yg menaikkan harga barang sebab nak kaya dan untung banyak.peniaga2 cina ni merungut barang mahal tapi lupa diri dia yg menjadikan harga brg mahal.terkini star wars tiket mahal pun orang tengok.panggung penuh.penting sgt ke star wars?tapi org malaysia bnyk duit sbb tu panggung penuh.

  10. Gabenor johor says:

    Derma ikhlas setiap jumaat pun x pernah mereka naikkan jumlah derma tu..dari dulu rm2 aje..itu pun kdg2 terlupa

  11. bangKano says:

    Makan nasi berlauk kicap bukan hina tetapi satu kebanggaan pula…hari ini aku makan nasi berlaukkan daging masak kicap campur kentang,suhun,telur itik…memang enak.

    Jadi siapa kata memakan nasi lauk kicap itu orang miskin….?

  12. bangKano says:

    Dulu tahun 70’an harga runcit petrol cuma RM1.00 segelen ( la ni 4.5 liter la )…..harga ikut taraf
    hidup rakyat …semakin banyak wang dalam poket semakin galak mereka berbelanja sehingga kini walaupun nilai matawang semakin meningkat tinggi.

    La ni pendapatan individu setakat RM10,000 sebulan tetap dianggap miskin sama dengan pendapatan individu tahun 70’an RM100.00 sebulan.

Leave a Reply

Threesome