Menu Utama

Bandar Malaysia: Perjanjian Jual Beli Saham untuk Ekuiti 60% Dilaksana Cemerlang

Kenyataan media oleh 1Malaysia Development Berhad

1Malaysia Development Berhad Group (“1MDB”) hari ini melaksanakan Perjanjian Jual Beli Saham dengan menjual 60% ekuiti Bandar Malaysia Sdn Bhd (“BMSB”) kepada Konsortium Iskandar Waterfront Holdings Sdn Bhd (“IWH”) dan China Railway Engineering Corporation (M) Sdn Bhd (CREC).

Konsortium yang dikenali sebagai IWH-CREC Sdn Bhd adalah hasil usahasama 60:40 antara IWH dan CREC.

IWH, pemaju utama bagi bahagian Flagship A Koridor Pertumbuhan Ekonomi Malaysia Iskandar, adalah perkongsian awam-swasta antara Credence Resources Sdn Bhd (60%) dan Kumpulan Prasarana Rakyat Johor Sdn Bhd (40%) yang dimiliki oleh Kerajaan Negeri Johor.

Buat masa ini, IWH memiliki sejumlah 4,300 ekar tanah tepi laut yang bernilai tinggi di Iskandar Malaysia.

CREC adalah salah satu daripada firma kejuruteraan dan pembinaan yang terbesar di dunia, dan turut mempunyai perniagaan yang antaranya termasuk industri pengilangan, pembangunan hartanah, sumber asli dan bahan mineral. Ia kini menduduki di tangga 71 dalam Fortune 500 dengan perolehan melebihi US$100 bilion setahun.

Konsortium IWH-CREC Consortium telah menilai penuh 100% tanah Bandar Malaysia pada RM12.35 bilion. Nilai bersamaan 60% tanah adalah RM7.41 bilion. 1MDB akan menerima deposit 10% atau RM741 juta apabila melaksanakan Perjanjian Jual Beli Saham. Urusniaga ini dijangka lengkap menjelang hujung Jun 2016.

Perjanjian Jual Beli Saham adalah hasil dari Permintaan untuk Saranan (RFP) yang dilancarkan pada Jun 2015 oleh penasihat urus niaga, CH Williams Talhar & Wong (“WTW”). WTW menerima 40 pernyataan minat daripada pelabur dalam dan luar negara, termasuk dari Singapura, China, Jepun, Korea dan Australia. Empat pembida telah disenarai pendek pada September 2015 dengan dua tawaran akhir, terikat dan diterima pembiayaian pada 9 November 2015.

Perjanjian hari ini menandakan kejayaan besar terakhir dalam rancangan rasionalisasi 1MDB seperti yang dikemukakan kepada Kabinet Malaysia pada 29 Mei 2015, susulan dari perlaksanaan Lembaran Jangka Mengikat dengan IPIC pada Jun 2015 dan Perjanjian Jual Beli Saham dengan Kumpulan CGN pada November 2015.

Arul Kanda, Presiden dan Pengarah Eksekutif Kumpulan 1MDB berkata: “Kami berbesar hati dengan hasil yang muncul dari sebuah proses yang ketat, sangat berdaya saing dan menambah nilai. Malah, ia telah melangkau jangkaan kami. Konsortium ini adalah rakan pembangunan yang amat menarik untuk Bandar Malaysia dan bidaan mereka selaras dengan objektif yang digariskan dalam RFP, iaitu memaksimumkan nilai, terma perdagangan yang boleh pakai dan kepastian dalam perlaksanaan urus niaga. Hasil daripada jualan ini, 76% daripada Bandar Malaysia akan dimiliki oleh entiti Malaysia, yang mana kira-kira 54%  daripada projek tersebut dimiliki oleh Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri Johor, masing-masing melalui 1MDB/MOF Inc dan KPRJ. Kemasukan CREC sebagai rakan kongsi antarabangsa dengan ekuiti projek sebanyak 24% mewakili Pelaburan Langsung Asing (FDI) yang besar dan bukti kukuh akan kekuatan dan tarikan ekonomi Malaysia dalam meyusun langkah ke arah mencapai status negara berpendapatan tinggi.”

Tan Sri Dato’ Lim Kang Hoo, Naib Pengerusi Eksekutif Kumpulan IWH:  “Penyertaan IWH dalam urus niaga ini sejajar dengan peranan kami sebagai pemaju induk utama di Malaysia. Keupayaan IWH dalam mempelopori projek sebesar ini telah terbukti dan ia juga berdasarkan falsafah kami untuk bekerja dalam usahasama, kerjasama dan rundingan dengan semua pihak berkepentingan. Penglibatan IWH dalam projek Bandar Malaysia mewujudkan titik perhubungan yang penting, khususnya mewujudkan pautan yang penting bagi projek Rel Berkelajuan Tinggi dan pembangunan lain yang sedang berjalan di Iskandar Malaysia. Kami berasa bangga kerana dipilih untuk projek ini dan berharap untuk bekerjasama rapat dengan 1MDB/MOF Inc. dalam melaksanakan projek Bandar Malaysia.”

Mr Yao Guiqing, Pengurus Besar China Railway Engineering Corporation dan Pengarah  Urusan China Railway Group Limited, berkata: “Penyertaan CREC sebagai rakan kongsi Konsortium adalah berdasarkan keyakinan kami dalam ekonomi Malaysia, kekuatan kepimpinan, perundangan dan peraturan yang berkualiti tinggi dan yang paling utama, ciri-ciri unik Bandar Malaysia yang diilhamkan oleh 1MDB dan sebagai satu projek pembangunan strategik untuk Kerajaan Malaysia. CREC menyifatkan pelaburan kami di Malaysia adalah sebahagian yang penting dalam portfolio global kami. Khususnya, kami memiliki kepakaran global dalam perancangan induk dan pembinaan yang berorientasikan pengangkutan. Kami berharap untuk memindahkan teknologi, berkongsi pengetahuan dan bekerja rapat bersama-sama rakan Malaysia kami dalam merealisasikan pembangunan Bandar Malaysia sebagai destinasi kebanggan yang bertaraf dunia.”

Pembangunan Bandar Malaysia menerima Kebenaran Merancang dari pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur pada Oktober 2015. “Kebenaran bersyarat” yang diberi berdasarkan pelan induk Bandar Malaysia adalah untuk pembangunan bercampur pada purata nisbah plot kasar 4.05, melangkau keseluruhan tapak seluas 486 ekar di Sungai Besi.

Tapak strategik yang terletak kira-kira tujuh kilometer dari Pusat Bandar Kuala Lumpur (KLCC) bakal meletak Bandar Malaysia sebagai gerbang masuk Kuala Lumpur untuk keretapi berkelajuan tinggi (HSR) yang menuju ke Singapura dan menjadi hab pengangkutan utama dalam bandar melalui laluan MRT 2 dan 3 serta KTM dan ERL.

Rancangan lanjut oleh pihak kerajaan turut dianjurkan bagi meningkat dan menyediakan jaringan lebuh raya baru dari pusat bandar ke kawasan selatan yang bakal menghubungkan Bandar Malaysia ke kawasan-kawasan lain di “Greater Kuala Lumpur” dengan lancar.

Bandar Malaysia akan menjadi pembangunan bandar bercampur yang dijangka memangkinkan transformasi “Greater Kuala Lumpur”. Pelan induk tersebut termasuk rangka tindakan untuk mewujudkan kehidupan di bandar yang berkualiti, menyediakan hab perniagaan global dan perusahaan kreatif, dan menjadi destinasi peruncitan, gaya hidup dan pelancongan yang menarik.

Bandar Malaysia, yang akan dibangunkan dalam tempoh 15-25 tahun pada unjuran Nilai Pembangunan Kasar sebanyak RM150 bilion, dibina sebagai mercu tanda antarabangsa Malaysia yang baru apabila siap kelak.






10 Komen to Bandar Malaysia: Perjanjian Jual Beli Saham untuk Ekuiti 60% Dilaksana Cemerlang

  1. jackal says:

    Tahniah 1MDB….apa lagi Pro M nak kata?

  2. geekpuk2 says:

    Alhamdulillah.

    Plan rasionalisasi makin berjaya

    Tanah Bandar Malaysia yang pada asalkan disediakan kerajaan sebagai pemacu pembangunan hartanah pribumi Bumiputera berjaya dijual kepentingan kepada pelabur termasuk China Railway Engineering Corporation dan nampak gaya Tan Sri Dato’ Lim Kang Hoo berjaya melebar sayap ke Lembah Kelang dari Johor Selatan

    Adalah diharapkan Tan Sri Dato’ Lim Kang Hoo dan Mr Yao Guiqing meneruskan usaha murni kearah mengemudi ekonomi hartanah pribumi Bumiputera selaras kehendak 1MDB

  3. kakak says:

    Inshaa-Allah kalau dirancang dengan baik, ia akan berjaya. Kita ada pegangan 60% dan yang lainnya FDI yang penting untuk memacu pertumbuhan. Hanya diharap IMDB di bawah MOF dapat memantau dan membuat penilaian dengan terperinci dari semasa ke semasa.

    Berilah peluang kepada peneraju kepimpinan sedia ada merealisasikannya. Semoga diberkati Allah Yang Maha Esa.

  4. sman says:

    Bila semuan sudah selesai yg paling rugi ialah M’din ,terpaksa kehilangan jawatan no 2 dalam negara kerana bergantung kepada lapuran The Edge.Nasib le.

  5. azmi says:

    ALHAMDULLILLAH..
    SATU LAGI KEJAYAAN PEMIMPIN “MELAYU” UNTUK “ORANG-ORANG MELAYU”..
    HIDUP UMMMMNNNNNOOOOO!!!!!

  6. jebon says:

    Tahniah.

    Malaysia sebuah negara Islam pertama di dunia telah mendapat tempat ke 3 dalam ranking rasuah negara2 dunia.

    Apa ada hal.
    Mesti pemakan dedak akan kata, itu bancian tak sah, saja negara Yahudi nak dengki Malaysia, dia org saja nak hijack ekonomi Malaysia dan blablabla….

    Pendapat aku, negara luar pun buka mata pasal isu 2.6b, mereka memang tak yakin langsung,2.6b tu duit derma.

    Tahniah Najib kerana meletakkan nama Malaysia dipersada dunia.

  7. sayang negara says:

    sebab derma 2.6 bintang semua kos rakyat perlu tanggung bala

  8. Teja says:

    Terima kasihla sebab berjaya jual tnah kepada negara china. Sama2 kita raikan kehilangan tanah melayu kita ni ke tangan negara lain dengan jayanya. Susah2 sahaja org dulu2 berperang menentanv komunis. Tahniah sekali lg kepada UMNO BARU.

  9. syaa says:

    klu buat itu salah ini pun salah macai2 pembangkang melaburlah dlm 1MDB.tapi macai pembangkang akan pusing kata rugi melabur dlm 1MDB.SEDANGKAN SYARIKAT2 LUAR BEREBUT2 MELABUR DI 1MDB MACAI PEMBANGKANG KATA RUGI?bangang.tak guna cakap banyak.semuanya mainan politik macai pembangkang utk burukkan pemerintah.

  10. Kasim says:

    Pelan jual tanah malaysia..aka pelan rasionalisasi.sedap sikit nama utk org dgr..dh brjaya jual tanah..tapi hasil jualan semata2 nk byr hutang. Sedih-sedih…
    http://dinturtle.blogspot.my/2016/01/penjualan-bandar-malaysia-kos-rm218.html?m=1

Leave a Reply

Threesome