Menu Utama

Apa Besar Sangatkah Jawatan Naib Presiden Hingga Tidak Boleh Ditegur Ku Nan?

shafie2

Sebenarnya penulis malas untuk mengkritik Dato’ Seri Shafie Apdal. Maklumlah, diakan Naib Presiden UMNO. Jauh lebih tinggi makamnya berbanding penulis yang hanya ahli cawangan biasa. Jadi AJK Cawangan pun dilantik sebab untuk cukupkan korum…

Namun mendengar kata-katanya yang mempersoal tentang hierarki jawatan dalam parti berhubung peringatan yang diberikan Setiausaha Agung UMNO, Dato’ Seri Tengku Adnan Tengku Mansor untuk tidak melampau batas-batas disiplin parti dalam kritikan, membuat penulis rasa menyampah.

Cakap tak serupa bikin! Dia persoal tentang kelayakan Setiausaha Agung UMNO untuk menegur Naib Presiden dan Timbalan Presiden? Jadi maksudnya mana-mana individu yang jawatannya di dalam parti itu tidak boleh memberi peringatan atau amaran demi kepentingan parti?

Terus terlintas di fikiran penulis. Siapa Shafie Apdal? Naib Presiden UMNO? Jadi siapa dia untuk memberi peringatan atau amaran kepada Presiden UMNO? Siapa Shafie untuk memberi teguran pada Najib? Siapa Shafie untuk mengkritik Najib?

Shafie sudah cermin dan suluh muka sendiri sebelum berkata begitu pada Ku Nan? Shafie buat maka dihalalkan, tapi kalau Ku Nan yang buat maka diharamkan? Dari mana belajar prinsip ‘wal halalluku wal haramu mu’? Dari PAS atau Mat Sabu?

Pada pandangan penulis, tidak salah bagi Ku Nan untuk memberi peringatan kepada Naib Presiden atau Timbalan Presiden, mahupun Presiden sendiri, asalkan amaran tersebut dilakukan demi keutuhan parti.

Kita semua tahu UMNO secara tradisinya mengamalkan konsep keluarga sejak parti itu ditubuhkan. Sekiranya tidak puas hati terhadap mana-mana pemimpin, maka ia diselesaikan di dalam rumah, bukan di dewan orang ramai atau pasar malam.

Semua pertikaian atau selisih faham, mahupun bertengkar sampai tepuk meja sekalipun hanya akan diketahui oleh orang dalam rumah saja. Malah jiran tetangga di sebelah rumah pun tak tahu. Jika terdengar dan bertanya sekalipun, maka ahli rumah bijak menyembunyikan insiden itu.

shafie1

Tapi lain pula perangai Shafie, Muhyiddin dan mereka-mereka yang berada di atas pentas di Kelab Sultan Sulaiman semalam. Lagi kuat mereka menghentam dan memburukkan Presiden UMNO, lebih seronok pula mereka. Seronok busukkan UMNO dengan pekung yang direka-reka?

Apa besar sangatkan jawatan Naib Presiden sampai tidak boleh diingatkan supaya jaga imej UMNO dan tidak langgar disiplin parti? Hebat sangatkah jawatan itu? Ada sehebat jawatan Khalifah Ar-Rashidin? Jika Umar Al-Khattab pun merendah diri bila ditegur oleh orang biasa, apa Shafie itu makamnya lebih tinggi dari sahabat yang dijamin syurgakah?

Penulis sedar penulis hanya AJK Cawangan saja. Tapi penulis juga tidak takut untuk dipecat kerana mengkritik seorang Naib Presiden jika dia melakukan sesuatu yang bertentangan dengan semangat parti dan konsep jemaah di dalam UMNO.

Pecatlah penulis kalau hebat sangat jawatan Naib Presiden Shafie Apdal itu yang kononnya tidak layak ditegur mereka yang lebih rendah jawatannya. Cuma penulis ingin melihat selepas dipecat, berapa lama pula Shafie mampu bertahan sebagai Naib Presiden UMNO. Bolehkah jawatan itu dibawa masuk sekali ke dalam kubur nanti?

Justeru itu penulis menyarankan kepada Shafie supaya belajarlah berfikir secara waras, rasional, tidak emosional dan berfakta. Penulis tahulah baru jatuh dari jeti reput sekalipun. Penulis simpati dengan kejatuhan itu.

Tapi janganlah jatuhkan sekali tahap pemikiran penyandang jawatan Naib Presiden UMNO sebegitu. Naib Presiden UMNO sebelum ini hebat-hebat belaka. Shafie Apdal tidak wajar malukan mereka dengan kenyataan poyo sebegitu, memalukan…






8 Komen to Apa Besar Sangatkah Jawatan Naib Presiden Hingga Tidak Boleh Ditegur Ku Nan?

  1. moo says:

    So bagi org yg songlap duit negara, salah kah kalau rakyat suruh dia step down??? Dia berkhidmat untuk siapa? Untuk Obama?

  2. moo says:

    Yahoo… Tarif elektrik naik tahun depan…! Hasil pemerintahan hebat Najib. GST kutip, tapi tariff pun naik jugak.

  3. bajak says:

    tgk kt paper tulis tarif xnaik..tarif letrik kekal…mabuk ketum ke mooo

  4. Anak_Nogori says:

    Itu lah…kalau nak hormat…sama sama hormat..kalau nak bantai..sama sama bantai lah..selama ni pun ada midin dan sapi hormat presiden ka?.

  5. maula says:

    Apa besar sangat jawatan S/U tu sampai x boleh ditegur naib president?

  6. Fadzli says:

    Itulah ciri2 orang munafik, resign jelah bang pedal join parti PANtat, apa yg dikata ‘TIADA YANG TIDAK BENAR, KECUALI YG BENAR2 BELAKA’.Tapi kena kat batang hidung sendiri! kah kah kah

  7. abe says:

    Kalau bertanding jawatan Setiausaha comfirm Ku Nan kalah.. koman koman Naib Pres. tu menang bertanding.. bukan macam SU jawatan ihsan ketua… Hari ketua turun tahkta hari ni juga Su byebye..

Leave a Reply

Threesome