Menu Utama

Antara Ahmad Maslan dan Pengkritik Siapa Yang Bangang Sebenarnya?

Ramai yang mencemuh dan mengkritik kenyataan Datuk Ahmad Maslan mengenai saranan membuat dua kerja tanpa membaca atau mendengar keseluruhan kenyataan beliau tersebut.

Jika dibaca keseluruhan kenyataan beliau yang disiarkan oleh Astro Awani, ia sepatutnya dianggap idea yang baik.

Malangnya kerana kemalasan dan kebodohan sebahagian pengguna media sosial, tajuk berita sahaja sudah dijadikan asas untuk memaki beliau.

Berikut berita yang dijadikan alasan untuk memaki Ahmad Maslan. Saya fikir hanya orang bodoh sahaja yang melenting pada saranan seperti ini.

JOHOR BAHRU: Realiti kehidupan masa kini memaksa individu berpendapatan rendah melakukan dua pekerjaan bagi menjana kewangan untuk menampung kos sara hidup yang semakin meningkat.

Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Ahmad Maslan berkata, tindakan sebegitu digalakkan oleh kerajaan sebagai salah satu usaha untuk menangani isu kenaikan kos sara hidup.

Menurut Ahmad, ia bukan sesuatu yang luar biasa, kebanyakkan rakyat di negara-negara utama juga melakukan dua pekerjaan.

Selain memilih untuk makan gaji daripada hasil dua pekerjaan berlainan, seseorang individu juga disyorkan untuk memulakan perniagaan secara kecilan menerusi perniagaan atas talian.

“Saya rasa ia (dua pekerjaan) bukanlah satu kesalahan, (walaupun) Malaysia ada peraturan, ia satu cara bagi menangani kos sara hidup juga. Walaupun kerja waktu pejabat (dari jam 8 pagi ke 5 petang), masih boleh buat online business, asalkan datang kerja dengan tidur yang cukup. Online business boleh buat weekend juga.

“Kerajaan telah melancarkan dua perkara; e-usahawan dan e-rezeki… boleh lihat portal… ia (dua pekerjaan) selaras dengan apa yang dibuat oleh peringkat kerajaan,” kata beliau ketika ditemui di Majlis Sesi RamahBersama Usahawan Negeri Johor di sini, hari ini.

Beliau turut memberitahu, penjawat awam bebas untuk menjalankan perniagaan secara dalam talian, untuk menambah pendapatan.

Namun, tumpuan sepenuhnya serta komitmen pada tugas hakiki perlulah diutamakan, supaya ia tidak menjejaskan prestasi kecemerlangan.






8 Komen to Antara Ahmad Maslan dan Pengkritik Siapa Yang Bangang Sebenarnya?

  1. bravo says:

    takder salahnya saranan ahmad Maslan tu. aku setuju saranan dia. tak salah kalau baut 2 kerja..Nak buat 4 Kerja pun lagi bagus selagi terdaya untuk rezeki yang halal

  2. dina says:

    kalau pemimpin buat kerja elok2 takdelah rakyat perlu buat lebih dari satu kerja nak tanggung kehidupan sekrang. ni nak beli rumah pun tak mampu. kerajaan x de buat analysis ke kenapa harga barang naik dan akibat nye pada rakyat?
    kenapa tol tak habis2… makin tinggi dan makin banyak pula tol booth yg kerajaan buat skrg.
    gst punya pasal harga barang byk yg naik…sepatutnye tak naik…tapi kerajaan kita pemalas …malas nak pantau and selidik…..semuanye pakat duduk kat ofis ada aircond…main game kat pc n smartfon.

  3. maula says:

    Benda AM cakap x salah …

    Yg jadi salah contoh yg dia bagi …

    Bodoh sangat bunyinya..
    Sebodoh contoh2 lain yg dia bg, walau benda tu x salah ( etc nasi goreng tanpa gst )

    Level tu ja ketua penerangan umno , patut la ramai makin jauh

  4. system baru says:

    he.he.he APA bodoh sangat jebon ini ketika 1988 11orang ahli umno yg bawa ke penipuan undi, cawangan umno di johor baru pun meninggalkan umno, kalau tak tahu sejarah baik jangan jebon,berapa cawangan Wang dia sekat. Kalau kes Watergate semua media pun dikawal oleh yahudi ‘Cuba orang terbabit kroni yahudi besok je kes wetargate itu nuteralkan oleh media yahudi Dan kuncu2 nya. Cuba tengok bush itu ada media yahudi buruk dia malah bush itu dia layan dengan baik oleh media yahudi itu ada faham. Kalau tak tahu hal dunia baik tak payah cakaplah ,media sosial tak dapat dikawal oleh kerajaan. Kalau kau tahu hanya china je berani sekat media sosial dari barat itu sebab dia ada system internet media sosial dia sendiri. Lupa ia pada 1997 media kerajaan cuba menyekat buku 50dalil kenapa anwar tak boleh jadi pm, kalau tak kroni nasihat tun m itu supaya buang anwar sebab dia perosak ekonomi malaysia itu dah lama anwar si peliwat tegar kesayangan tun m jadi pm pertama gay malah jebon suka akan dia kan

  5. fareez says:

    apa jua komen anda,pendapat anda,cemuhan anda,dan segala luahan anda tidak bisa merubah apa-apa jua keputusan PM Najib untuk terus berkuasa apa lagi menukar menteri2 yg bodoh di atas sana ….so gunakan kebijaksanaan anda di kertas undi PRU 15 akan datang.sekian wassalam

  6. system baru says:

    Jebon cari jalan ketika harga komuniti Dan sumber tenaga jatuh harga macam mana kita dapat wang sila jawab? Dulu boleh segala2 subsidi petronas felda yg tangung, macam ini jebon cuba kaji kes watergate itu, presiden niXon Cuba hapuskan pengaruh yahudi Dan spy yahudi tapi dia gagal, yahudi kenakan niXon guna kes Watergate. Kalau tak tahu hal dunia baik jangan cakap

  7. rockers says:

    samalah perangai mcm najib tu

  8. jebon says:

    System Baru.

    Apa yg ko merapu?
    Aku kait skandal Watergate dgn cara aliran berita berkembang.

    Ko gebang besar cerita Nixon dgn Yahudi, itu cerita lama yg kau google je, tapi sembang tahu semua cerita dunia.

    Sabit tu la, ko dgn idola ko si Najib dan penjilat2nya , perangai dan pemikiran serupa!!!

    Bila org tanya, betulkah ada duit dlm acc Najib?
    Jawapannya, ejaan nama Najib untuk akaun tu salah?

    Org tanya lagi, betulkah ada 2.6b dlm acc Najib?
    Jawapannya, saya tak ambil satu sen pun duit tu.

    Ditanya lain, dijawab ke laut!!!

    Bagi tau aku cawangan mana yg kena sekat duit tu?
    Berapa ratus ribu/juta yg kena sekat.
    Takat cawangan, paling tinggi pun dua tiga ribu je.
    Sepanjang aku hidup zaman tu, tak de pulak berita ttg isu ni. Utusan,BH,TV3 dah wujud masa tu bro.
    Kalau takat 11 org yg keluar parti, tu celah gigi je,tu pasal Sharir Samad sampai sekarang berdendam dgn Tun, sampai sekarang tertonggeng2 merafak sembah kat Najib.

    Ayat selenge ko, bila org tegur mesti nak kait dgn pembangkang, DAP, PKR, Anwar,Mat Sabu dsb.
    Sorry bro, aku langsung tak sokong pembangkang.
    Biar saja, Anwar mereput di Sg. Buloh.

    Aku penyokong GKCM. Najib mesti berambus dari Umno.

Leave a Reply

Threesome