Menu Utama

Ambil Tindakan Undang-Undang Ke Atas Hallmark Events

Tindakan penganjur Kejohanan Skuasy Wanita Dunia, Kumpulan Hallmark Events, membuat kenyataan menangguhkan kejohanan terbabit atas sebab keselamatan tanpa nasihat Polis Di Raja Malaysia adalah satu tindakan mensabotaj ekonomi dan imej negara.

Dengan satu emel memohon penangguhan kejohanan terbabit atas sebab keselamatan, ia telah menjejaskan imej negara ke seluruh dunia. Malahan ini akan memberi implikasi buruk kepada usaha menarik pelaburan asing dan industri pelancongan negara.

Malahan pendedahan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin bahawa Hallmark Events menggunakan alasan keselamatan bagi mendapatkan tajaan RM3.5 juta daripada kerajaan sangat mengejutkan dan harus mengundang tindakan yang serius kepada syarikat ini.

Menurut Khairy menangguhkan kejohanan itu atas alasan keselamatan nyata sesuatu yang tidak masuk akal ketika negara baharu saja menjadi tuan rumah Sidang Kemuncak ASEAN ke-27 yang antara lain turut dihadiri Presiden Amerika Syarikat Barack Obama.

Hallmark berhadapan masalah tajaan apabila mereka membuat keputusan membida penganjuran kejohanan dunia tanpa mendapat kebenaran Kementerian Belia dan Sukan terlebih dahulu.

Sepatutnya Hallmark memaklumkan secara jujur kepada Persekutuan Skuasy Dunia bahawa mereka gagal mendapat tajaan yang secukupnya untuk meneruskan penganjuran.

Mereka memohon menganjurkan kejohanan ini atas sebab keuntungan maka tidak harus “mengugut” kerajaan dalam usaha mendapatkan tajaan.

Kementerian Belia dan Sukan harus mendedahkan siapa di sebalik Hallmark Events ini. Sama ada mereka orang biasa atau orang “berpengaruh” ia tidak harus didiamkan begitu sahaja.

Apa pun masalah mereka, memberi alasan isu keselamatan sehingga menunjukkan seolah-olah Malaysia tidak selamat berbanding fakta sebenar adalah satu pengkhianatan kepada negara.






10 Komen to Ambil Tindakan Undang-Undang Ke Atas Hallmark Events

  1. dkds says:

    Sampai begitu sekali ! Ini terang terangan satu serangan ekonomi yang terancang.

  2. Pemerhati says:

    apa yang pasti penganjur berkenaan harus disenarai-hitam & tidak harus diberi sokongan(apa jua bentuk tajaan) oleh KBS

  3. jebon says:

    Kahkahkah

    Isu keselamatan?

    Kena kat batang hidung sendiri barulah menggelabah puyuh.

    Najib lari dari Nothing To Hide pun sebab isu keselamatan kan?

    Najib lari, tak masuk Persidangan Antarabangsa Rasuah pun sebab isu keselamatan kan?

    PAU yg takkan beri TSMY berucap pun dikira ada unsur2 isu keselamatan jugak, tak gitu?

    Najib tak hadir utk menjawab isu 2.6b pun rakyat dah kait dengan isu keselamatan.
    Bila rasa tak selamat,AG nasihat Najib jangan jawab.

    Yang pelik, SPRM dah sahkan duit itu, Derma Peribadi, maknanya hak mutlak Najib.
    Jadi Najib yg kena jawab. Mengapa Zahid pulak yg kena baca skrip?

    Apa kena mengena kerajaan dengan duit 2.6b tu?

    Apakah benar cakap2 dan tuduhan pembangkang, Tun M serta rakyat, duit 2.6b ini ada kaitan dengan kerajaan, mungkinkah duit 1MDB atau sebahagian duit 42 juta?

    Allah tak mungkir, Najib yang selama ini menggunakan isu keselamatan, sekarang berkerut dahi pula bila acara sukan antarabangsa dibatalkan dibuat di negara ini atas isu keselamatan.

    Biar buta mata jangan buta hati.

  4. Pemerhati says:

    Najib suruh Zahid jawab fasal 2.6 bilion itu sebab AG tidak mahu Najib jawab kerana tidak mahu jawapan Najib itu sengaja dianggap sebagai subjudis & prejudis oleh pembangkang kepada siasatan yang masih belum selesai…apabila pembangkang menuduh PM melakukan subjudis & prejudis maka AG juga terpalit sama dengan tuduhan yang sama…ramai orang sudah menjangkakan tuduhan seperti ini dari pembangkang sekiranya Najib yang jawab

    ‘jebon’ tidak faham akan hal subjudis & prejudis ini sebab dia memang ‘keldai madey & pembangkang yang tidak berakal’

    kalau Najib sendiri yang jawab, pastinya ‘jebon’ akan menjadi terlebih faham bila pembangkang pula yang berkata subjudis & prejudis tentang jawapan yang diberikan bila Najib berkata dia tidak melakukan apa2 kesalahan tentang 2.6 bilion itu…tak gitu ‘jebon’?

    esok muhyiddin dikatakan nak ‘meroyan’ di Kelab Sultan Sulaiman didepan pentaksub2 aka ‘pengilap2 buahnya’…ditempat terbuka(seperti di padang Kelab Sultan Sulaiman), pastinya muhyiddin berani ‘menghentam’ Najib kerana yang hadir itu ialah pentaksub2 aka ‘pengilap2 buahnya’

    dalam PAU belum tentu muhyiddin berani…MT akan berbincang pada 9 Disember untuk membuat keputusan sama ada muhyiddin akan berucap atau tidak…pastinya MT akan memanggil & bertanya pada muhyiddin sama ada dia sanggup atau tidak kena ‘boo\'(oleh para perwakilan dimana majoriti menyokong & memberi kepercayaan penuh kepada kepimpinan Najib selaku presiden parti) sekiranya diberikan peluang untuk berucap & dia memilih untuk ‘menghentam’ lagi Najib?

    sekiranya muhyiddin tidak sanggup kena ‘boo’ maka MT terpaksa menjadikan muhyiddin sebagai ‘tunggul kayu’ iaitu meniadakan ucapan dari timbalan presiden pada hari terakhir PAU dimana presiden sahaja yang akan berucap untuk menggulung perbahasan & menutup PAU

    sekiranya muhyiddin berani kena ‘boo’ & dalam ucapan muhyiddin nanti lebih banyak ‘menghentam’ presiden parti(Najib), apakah muhyiddin sudah bersedia untuk dibidas & dihentam oleh presiden parti(Najib) dalam ucapannya nanti? presiden parti ialah orang terakhir yang berucap, beliau boleh dianggap ‘hero dalam filem hindustan’…semoga muhyiddin faham, semoga muhyiddin tidak keterlaluan memberi teguran & kritikan kepada presiden

  5. rockers says:

    dahlah tu pemerhati.jgn jd bodoh mc m lembu nfc.najib mmg x de telur jwb ps l 2.6b tu.mane duit tu skg.ko blh tggl kt rumah beruang panda zoo tu la.

  6. Amirul Shahezi says:

    Banyak tul lembu2 posting. Teruskan perjuanganmu Jib, Just ignore jer lembu2 ni.Mereka ni la yg lebih bodoh dari panda.Cakap berdegar2 kt kedai kopi tapi mangkuk hayun

  7. bangKano says:

    JEBON memang keterunan serba pandir…tambahan lagi sanggup jadi baruah Mahapandir Mahadir serba cerdik lagi licik….ada akauan 33 bilion tersimpan di luar negara dia masihg senyap takut nak jawab. Sudah…sudahla cukup latu jangan nak berpura-pura warak sebenaqnya dia tu kaki korup selama memegang kuasa selama 22 tahun. Cabaran Malaysia Internatioanal Amnesty & Jaringan Melayu Malaysia samapi la ni Mahathir masih takut nak angkat sumpah di masjid buktikan dia tidak bersalah…tapi dia masih sengap jerr buat derk.

    Ni membuktikan MAhathir memang korup,pecah amanah & pentingkan diri sendiri….kepada para penjilat taksub Mahathir ihsaflah diri dan gunakan kewarasan berfikir bukan guna kepala lutut….!!!!

  8. Pemerhati says:

    lembu rock says:
    December 7th, 2015 at 8:18 AM

    “dahlah tu pemerhati.jgn jd bodoh mc m lembu nfc.najib mmg x de telur jwb ps l 2.6b tu.mane duit tu skg.ko blh tggl kt rumah beruang panda zoo tu la.”

    cuba lembu(rockers) jawab ada tak madey atau muhyiddin kata 2.6 bilion tu hilang?

    bendahari(treasurer) UMNO pun takde kata 2.6 bilion tu hilang…takde undang2 malah dalam perlembagaan UMNO pun kata tak salah kalau presiden parti nak masukkan duit derma politik(termasuk 2.6 billion tu) dalam akaun peribadinya…jadinya, kenapa lembu(rockers) bodoh sangat percaya cakap madey & muhyiddin yang anggap macam bersalah besar Najib masukkan 2.6 bilion tu dalam akaun peribadinya? apakah sebab madey & muhyiddin ialah tuan pengembala lembu maka lembu seperti ‘rockers’ harus percaya ikut sahaja cakap mereka?

  9. jebon says:

    Pemerhati

    Ko tak menjawab soalan aku.

    Kenapa pulak kerajaan yg kena menjawab isu 2.6b ini, sedangkan SPRM dah mengesahkan ianya derma peribadi, membawa maksud duit itu hak milik Najib yg tidak ada kena mengena langsung dengan kerajaan.

    Adakah pembuktian drpd pihak penderma yg mahu duit itu digunakan utk bantu Umno, BN atau kerajaan dlm PRU?

    Memberi derma/sumbangan tidak ganjil dan tidak salah, tetapi kerana jumlah yg begitu besar kemudian dimasukkan ke akaun peribadi seorang pemimpin teratas negara, itu adalah amat ganjil dan bermasalah.

    Walaupun negara2 maju banyak memberi sumbangan kpd masyarakat dunia, tetapi mereka mengguna saluran sah/ akaun2 negara penerima atau NGO2.
    Yg memberi secara akaun peribadi ini biasanya mempunyai agenda tertentu,muslihat tertentu, agenda2 gelap atau menuntut pembalasan setimpal dgn duit yg dihulurkan.

    Kenapa BNM boleh meluluskan tetapi duit masuk ke akaun peribadi bukan perbendaharaan negara?

    Sekali lagi aku tegaskan.

    Kenapa kerajaan yg beriya2 mahu menjawab bagi pihak Najib?

    Adakah rakyat marah dan bertanya soalan kepada kerajaan, Umno atau Najib sekarang ini?

    Adakah kerajaan itu Najib?
    Adakah Umno itu Najib?

    Jika jawapannya YA, makna bukti2 penggunaan duit tersebut, mana bakinya, jika berbaki, dalam akaun mana ia berada sekarang?

    Kerana, Najib sendiri pernah berucap dlm satu msjlis anjuran SPRM, bahawa semua derma/sumbangan/dana politik mesti dimasukkan dlm akaun parti utk diaudit.
    Semua penggunaan duit tersebut mesti direkod supaya tidak berlaku penyelewengan dan penyalahgunaan.

    Sekarang, Najib telah meludah ke langit dan ludahnya jatuh bertepek di atas muka sendiri.

    Jika jawapannya YA, telah sahih Umno dan kerajaan terlibat dalam isu ini.
    Cuma, rakyat ingin tahu, mengapa hanya selepas ditelanjangkan oleh WSJ, baru nama Umno, BN, PRU, dana politik dikaitkan dan isu ini meletup bak bom atom di Haroshima dan Nagasaki?

  10. Pemerhati says:

    jebon says:
    December 8th, 2015 at 2:11 AM

    “Pemerhati

    Ko tak menjawab soalan aku.

    Kenapa pulak kerajaan yg kena menjawab isu 2.6b ini, sedangkan SPRM dah mengesahkan ianya derma peribadi, membawa maksud duit itu hak milik Najib yg tidak ada kena mengena langsung dengan kerajaan.

    Adakah pembuktian drpd pihak penderma yg mahu duit itu digunakan utk bantu Umno, BN atau kerajaan dlm PRU?

    Memberi derma/sumbangan tidak ganjil dan tidak salah, tetapi kerana jumlah yg begitu besar kemudian dimasukkan ke akaun peribadi seorang pemimpin teratas negara, itu adalah amat ganjil dan bermasalah.”

    aku sudah jawab tapi kepala otak ko je yang jem tak boleh terima kata aku tak jawab soalan…

    cuba ko jawab apa masalah sebenarnya sekarang ini selepas SPRM pergi berjumpa penderma itu & mengesahkan ‘tiada apa2 balasan diminta’ dari si penderma tentang derma 2.6 bilion itu?

    tentang derma itu jika si penderma tak suruh pun Najb gunakan untuk bantu UMNO, BN atau kerajaan, apa masalah sebenarnya sekarang ini jika sudah disahkan oleh SPRM bahawa derma 2.6 bilion itu tidak se sen pun diambil dari duit rakyat?

    jebon says:
    December 8th, 2015 at 2:11 AM

    “Walaupun negara2 maju banyak memberi sumbangan kpd masyarakat dunia, tetapi mereka mengguna saluran sah/ akaun2 negara penerima atau NGO2.
    Yg memberi secara akaun peribadi ini biasanya mempunyai agenda tertentu,muslihat tertentu, agenda2 gelap atau menuntut pembalasan setimpal dgn duit yg dihulurkan.”

    ko kena bersangka baik sesama Islam, sedangkan penyokong parti pembangkang yang bukan orang Islam boleh bersangka baik pada pemimpin mereka mendapat/menerima derma politik ini…kalau pemimpin pembangkang seperti lim kit siang kata penderma kepada dana politik DAP tidak minta apa2 balasan, ko nak kata ko tak percaya? kalau ko tak percaya apa boleh SPRM buat? cakap banyak pun tak guna, apa kata ko bertanding jadi ahli parlimen(tak kira ahli parlimen pembangkang atau kerajaan), nanti dapat masuk parlimen ko buatlah usul haramkan derma politik ini…amacam boleh?

    ko hairan sebab 2.6 bilion itu satu angka yang amat besar…kalau zaman madey jadi PM dapat/terima derma 2.6 bilion baru boleh ko hairan sebab zaman sekarang apa nak hairan bila pak arab derma 2.6 bilion…2.6 bilion kecik je & takde benda lah kalau pak arab mampu derma 150 bilion kepada negara2 Islam lain….macam dulu semasa madey jadi PM rugikan duit rakyat 30 bilion dalam forex trading, cuba ko jawab berapa nilai 30 bilion itu sekarang ini? boleh tak ko kata madey rugikan 30 blion itu perkara kecik je & takde benda lah?

    jebon says:
    December 8th, 2015 at 2:11 AM

    “Kenapa BNM boleh meluluskan tetapi duit masuk ke akaun peribadi bukan perbendaharaan negara?”

    ko suruh le madey & pembangkang ‘buat isu’ desak gabenor BNM dipecat & didakwa di mahkamah sebab meluluskan pemberian derma itu, kenapa madey & pembangkang senyap? masuk dalam akaun peribadi tak melanggar perlembagaan parti, kalau dalam perlembagaan parti kata presiden parti tak boleh masukkan duit derma politik ke dalam akaun peribadi baru boleh BNM bertindak melaporkan kepada polis atau SPRM…penderma tak minta pun derma itu diberikan kepada perbendaharaan negara, penderma mahu Najib masukkan dalam akaun peribadi…faham tak ngok? kalau tak faham apa masalah sebenarnya sekarang ini?

    jebon says:
    December 8th, 2015 at 2:11 AM

    “Sekali lagi aku tegaskan.

    Kenapa kerajaan yg beriya2 mahu menjawab bagi pihak Najib?

    Adakah rakyat marah dan bertanya soalan kepada kerajaan, Umno atau Najib sekarang ini?”

    UMNO yang dapat derma 2.6 bilion itu bukan kerajaan ke? kerajan tak boleh mewakili PM Najib ke untuk jawab? menteri dibayar gaji bekerja untuk siapa? PM Najib kan? menteri juga dibayar gaji bekerja untuk rakyat kan? menteri tak perlu & tak boleh jawab pada rakyat tentang derma 2.6 bilion itu?

    lantak le rakyat nak marah ke atau nak suka ke pada kerajaan, UMNO atau Najib sebab takde sesiapa boleh larang & memang lumrah pun, yang ko sibuk bertanya kenapa?

    jebon says:
    December 8th, 2015 at 2:11 AM

    “Jika jawapannya YA, makna bukti2 penggunaan duit tersebut, mana bakinya, jika berbaki, dalam akaun mana ia berada sekarang?”

    ko tanya aku buat apa ngok, pergilah tanya bendahara UMNO…nak tanya bendahara UMNO tak boleh dibuat secara terbuka…bendahara parti pembangkang pun tak akan layan kalau ko tanya secara terbuka melalui media berapa banyak baki atau berapa banyak yang tinggal derma dana politik mereka & dalam akaun mana…cuba tanya madey secara terbuka tentang dana politik UMNO yang hilang semasa dia jadi PM dahulu, mana ia berada sekarang & dalam akaun siapa? apakah daim menyimpannya?

    jebon says:
    December 8th, 2015 at 2:11 AM

    “Kerana, Najib sendiri pernah berucap dlm satu msjlis anjuran SPRM, bahawa semua derma/sumbangan/dana politik mesti dimasukkan dlm akaun parti utk diaudit.
    Semua penggunaan duit tersebut mesti direkod supaya tidak berlaku penyelewengan dan penyalahgunaan.”

    masuk dalam akaun peribadi selepas itu tak boleh masuk dalam akaun parti ke? kenalah masukkan dalam akaun parti supaya boleh diaudit…ko makan apa selama ini sampai susah sangat nak faham?

    jebon says:
    December 8th, 2015 at 2:11 AM

    “Sekarang, Najib telah meludah ke langit dan ludahnya jatuh bertepek di atas muka sendiri.

    Jika jawapannya YA, telah sahih Umno dan kerajaan terlibat dalam isu ini.
    Cuma, rakyat ingin tahu, mengapa hanya selepas ditelanjangkan oleh WSJ, baru nama Umno, BN, PRU, dana politik dikaitkan dan isu ini meletup bak bom atom di Haroshima dan Nagasaki?”

    selepas terkeluar dalam WSJ mengenai derma 2.6 bilion itu, dengan segera Najib membuat kenyataan(memberi jaminan) bahawa dia tidak mengambil duit rakyat untuk kegunaan peribadi…ternyata benar apa diperkatakan Najib setelah SPRM mengesahkan derma 2.6 bilion itu bukan duit rakyat apatah lagi duit 1MDB

    sekarang ini ‘jebon’, madey, muhyiddin dll yang patut dikatakan telah meludah ke langit & ludahnya itu jatuh bertepek di atas muka mereka sendiri…bak bom atom itu telah bertukar menjadi bunyi kentut sekarang ini

Leave a Reply